Kemahiran RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Tahun BAHASA MELAYU TAHUN 6
Masa
Tajuk Membaca
Standard 6 Pintar
Pembelajaran 09.30 pagi – 10.30 pagi
Objektif Operasi Selamat
Pembelajaran 2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan pelbagai keterangan secara mekanis
Pengisian Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) murid-murid dapat:
Kurikulum/EMK
1. Membaca secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan
BBM intonasi yang betul dan memahami ayat dalam petikan
Aktiviti 2. Mengenal pasti dengan menggariskan dan menyebut secara verbal
sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk yang mengandungi kata hubung
serta melengkapkan peta bulatan
Ilmu : PKJR
Fokus : 2.4 Aliran lalu lintas
HP : 2.4.3 Menerangkan waktu/ masa boleh mempengaruhi kesesakan trafik
dan keselamatan pengguna jalan raya.
Nilai : Prihatin, bertanggungjawab, berwaspada
KB : Mengenal pasti, menjana idea
BCB : Bacaan mekanis
KP : Interpersonal, Verbal-linguistik
Lagu Balik Kampung (Sudirman Hj. Arsad), Buku Teks Tahun Bahasa Melayu
Tahun 6 m/s 67, Buku Aktiviti Murid PKJR ms 9.
Bahan: Kertas mahjong, Lembaran contoh peta bulatan dan PKJR, gambar
jalan raya semasa perayaan, poster “Pandu Cermat Jiwa Selamat” dan
“Ingatlah orang yang Tersayang”.
1. Murid diedarkan dengan lirik lagu “Balik Kampung” dan mendengar serta
menyanyikan lagu secara bersama dengan melakukan gaya pulang ke
kampung. Murid disoal secara rawak dan menyatakan pandangan verbal,
kaitan lagu dengan tajuk PdPc. (TMK) dan (didik hibur)
2. Murid membaca mekanis petikan “Operasi Selamat” secara berkumpulan
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan memahami
ayat. (Buku Teks BM ms 67)
3. Murid mengenal pasti dengan menggariskan dan menyebut secara verbal
sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk yang mengandungi kata hubung serta
melengkapkan peta bulatan. (KBAT)
4. Murid secara berkumpulan mengenal pasti dan menyenaraikan kata
hubung pada kertas mahjong menggunakan peta bulatan. (kolaboratif)
i. Kata hubung gabungan
ii. Kata hubung pancangan: relatif, komplemen dan keterangan
5. Murid dikaitkan dengan topik “Operasi Selamat” melalui elemen PKJR bagi
hasil pembelajaran 2.4.3 (Buku BAM ms 9) dan murid membaca soalan yang
diperolehi dan menjawabnya.
6. Murid memurnikan jawapan dan membuat rumusan tentang pelajaran hari
ini.