The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Pertandingan Badminton (Tertutup) SKBP
Sekolah Kebangsaan Balik Pulau
IPKTAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2020-11-11 17:44:10

Kertas Kerja Pertandingan Badminton (Tertutup) SKBP

Kertas Kerja Pertandingan Badminton (Tertutup) SKBP
Sekolah Kebangsaan Balik Pulau
IPKTAR

SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU 11000
BALIK PULAU PULAU PINANG ,
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BADMINTON
(TERTUTUP)

SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU

TEMPAT:

DEWAN SERBAGUNA

BALIK PULAU

TARIKH:

25 APRIL 2020 (SABTU) & 26 APRIL 2020 (AHAD)

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1.0 PENDAHULUAN

Sukan badminton telah dijadikan sebagai salah satu bidang tumpuan
sekolah bagi mengilap bakat murid ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk
mencapai matlamat tersebut sekolah telah menganjurkan pertandingan yang
melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini diadakan bertujuan untuk
mencungkil bakat-bakat baru dalam badminton untuk mewakili sekolah ke
peringkat zon Daerah Balik Pulau. Murid yang berjaya terpilih dalam program
ini akan disenaraikan untuk mengikuti latihan badminton sebagai persediaan
di tahun hadapan. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk menjalinkan
pertalian yang kukuh di antara murid. Peruntukan yang ada akan digunakan
sebaik mungkin oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk
mengadakan program ini. Segala perancangan pada tahun ini perlu
diteruskan supaya impaknya terhadap permainan badminton akan terus
terserlah pada tahun ini dan berterusan pada tahun yang akan datang.
Justeru itu, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memerlukan sokongan
dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi merealisasikan perancangan
yang telah dirancang bagi melahirkan pemain badminton bertaraf
antarabangsa.

2.0 MATLAMAT

Pertandingan badminton bermatlamat untuk mengembangkan potensi semua
murid SK Balik Pulau. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah akan
meneruskan kesinambungan program ini yang telah dilaksanakan pada tahun
lepas dengan jayanya. Dapatan daripada program yang lepas, program ini
telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.
Sehubungan dengan itu, jelas membuktikan bahawa program tersebut telah
berjaya mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan seberapa ramai permain harapan bagi mewakili sekolah
ke

peringkat Zon Bandar seterusnya ke peringkat Daerah Balik
Pulau/MSSD/MSSM.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara murid melalui
penyertaan pertandingan badminton.
3.3 Melahirkan atlet yang berjaya mengharumkan nama sekolah ke
peringkat yang lebih tinggi.
3.4 Meningkatkan jumlah pelajar bagi menyertai skuad badminton.
3.5 Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid sekolah rendah.
3.6 Menarik minat murid sekolah untuk menyertai pasukan badminton

sekolah.

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 25 - 26 April 2020 iaitu pada hari Sabtu
dan Ahad.

4.2 Dilaksanakan selama 2 hari.

5.0 TEMPAT PERLAKSANAAN

Gelanggang badminton Dewan Serbaguna Balik Pulau.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Murid- murid lelaki dan perempuan tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6.
(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran )

7.2 Fasilitator : 1. Semua guru SKBP

1.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

1. Penaung :
Pn. Hjh Zaharah Bt Hj Jaafar (Guru Besar)

2. Pengerusi :
Muhammad Anis Bin Ab. Ghani (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

3. Ketua Penyelaras :
Puan Saliza Bt Mansor

4. Penyelaras :
En. Mohammad Saad Bin Ghazali

5. Penyelaras Program :
Pn. Sarina Bt Mohd Rejab

6. Setiausaha :
Pn. Hasdhatul Nor Faezah Binti MD Said

7. Bendahari :
En. Mohd. Adzrul Bin Abdul Jalil

2.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Promosi dan Pendaftaran : Puan Norzaniza Bt Che Ani
Hadiah dan Jamuan : Pn.Halimah Bangawan

: Pn. Fatimah Yakub
Keselamatan dan Peralatan : En. Kadir Endak

: En. Jamillah Nuh
Kebersihan : Cik Syakhira Husna Binti Illias
Pertandingan : En. Ahmad Syafiq Bin Abdullah

: En Mohd Zakry Bin Abdul Rahim

7.0 SKOP PERTANDINGAN

7.1 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN

- Pertandingan dijalankan dalam peraturan badminton ( MSSM ).
- Pertandingan dijalankan dalam sistem liga berkumpulan & kalah mati
(separuh liga).

- 7 pemain utama ( 3 perseoranggan, 4 orang beregu ) & 4 orang simpanan
untuk sebuah
pasukan bagi kategori lelaki begitu juga kategori perempuan

7.2 PERYERTAAN PASUKAN
- Setiap pasukan perlu mendaftarkan 7 orang pemain lelaki dan 7 orang
pemain perempuan

dalam satu masa peringkat pertandingan
- Terbuka kepada semua pelajar tahun 4,5 & 6.
7.3 PERATURAN PENGADILAN
- Pertandingan akan diadili oleh pengadil daripada guru yang dilantik oleh
jawatan kuasa pertandingan
- Pengadil dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pasukan
bertanding.
-Taklimat permainan dan pertandingan akan diberikan sehari sebelum
pertandingan berlangsung iaitu semasa undian pasukan dibuat.
- Setiap keputusan adalah tertakluk kepada jawatankuasa induk

7.4 YURAN PERYERTAAN
- RM 10 untuk setiap pasukan yang menyertai pertandingan .

8.0 JADUAL PERTANDINGAN

HARI / MASA 7.00 – 11.00 TENGAHARI 2.30 – 4.00
PAGI PETANG

SABTU Perasmian Pertandingan Pertandingan

25 APRIL peringkat kumpulan peringkat kumpulan
2020

AHAD Pertandingan Penyampaian

26 APRIL peringkat kalah hadiah
2020 mati

* Jadual pertandingan adalah tertakluk kepada faktor masa dan cuaca

PERINGKAT KUMPULAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Kumpulan A Kumpulan B

Pasukan Lee Chong Wei Pasukan Rashid

Pasukan Misbun Pasukan Lee Wan Wah

Pasukan Jailani Pasukan Razif

PERINGKAT KALAH MATI

1. Juara kumpulan A lwn naib juara kumpulan B
2. Juara kumpulan B lwn naib juara kumpulan A
3. Perlawanan tempat ketiga
4. Perlawanan akhir

9.0 PERBELANJAAN

BIL KEPERLUAN KOS JUMLAH TINDAKAN
KOS

1 - Gelanggang En Amil
Hasli Amil
Hassan

2 - Alatan Gelanggang :

* Tiang net (4) RM 25.00 RM 50.00
RM 180.00
* Jaring (2) RM 30.00

* Bulu Tangkis (6
kotak)

* Meja (8)

* Kerusi (20)
* Papan markah
* Papan Kenyataan

3. - P.A system Bilik P&P

4. - Makan & minum 32 x RM 10 RM 320.00
Peserta RM 50.00
RM 15.00
- Air Mineral

5. - Hadiah - Pinggat Johan Sumbangan
(7 x RM 10.00) & Yuran
peryertaan
- Pinggat N.Johan
(7 x RM 7.00)

- Pinggat T.ketiga
(7 x RM 6.00)

- Hamper Johan
- Hamper N.johan

- Hamper T.ketiga

- Hamper
Peryertaan

6 pasukan x
RM50.

6. Keperluan lain - Baju ‘T’ urus

setia RM160.00

(32 x RM 20) RM50.00

- Banner

- Lain –lain

JUMLAH RM951.00

* Untuk menampung baki kos pertandingan, pihak kami akan memohon
kepada PIBG SK Balik Pulau.

10.0 PENUTUP

Adalah yang diharapkan daripada pertandingan ini berjaya mencapai
matlamat dan objektif bagi mengenal pasti bakat dan mencari pemain bagi
mewakili sekolah ke Kejohanan Daerah, Kejohanan MSS Zon Tenggara ,

MSS Negeri dan MSS Peringkat Kebangsaan (MSSM).

PERKARA TANDATANGAN

Disediakan Oleh,
Pn. Hasdhatul Nor Faezah Binti MD Said
Ketua Penyelaras Pertandingan Badminton

Disemak Oleh : Muhammad Anis Bin Ab. Ghani
Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan Oleh, :
Pn. Hjh Zaharah Bt Hj Jaafar
Guru Besar


Click to View FlipBook Version