GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
MAHASAINSGWKATAAN
ANTIRASUAH
1
BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
Kandungan dan Olahan:
Cawangan Universiti
Konsep dan Rekabentuk:
Cawangan Media Cetak
Tel : 603 8870 0000
E-mel : [email protected]
Faks : 603 8899 4329
HAK CIPTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA@2020
Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman
dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Edisi pertama: cetakan tahun 2020
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
MAHASAINSGWKATAAN
ANTIRASUAH
Kandungan
1.0 01Sejarah Penubuhan 7.0 Moto AMAR 04
2.0 Nama Persatuan 03 8.0 Nilai Korporat AMAR 04
3.0 Logo AMAR 03 9.0 Warna Korporat AMAR 04
4.0 Visi AMAR 03 10.0 Peranan Ahli AMAR 05
5.0 Misi AMAR 03 11.0 Garis Panduan 06
Pelaksanaan Angkatan
Mahasiswa Antirasuah
6.0 Objektif AMAR 03 11-12Lampiran C Lampiran B 14
Lampiran D 15
Lampiran A 13
PRAKATA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) merupakan pergerakan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang
menyebarkan mesej-mesej pencegahan rasuah. Kewujudan AMAR adalah bertitik tolak dari hasil dapatan Kajian
Persepsi Masyarakat Malaysia Mengenai Rasuah pada tahun 2002. Hasil dapatan kajian ini menyatakan bahawa
30% pelajar sanggup menerima rasuah sekiranya ada kuasa dan peluang, 23% pelajar sanggup memberi rasuah
untuk mengelakkan tindakan diambil terhadap mereka kerana telah melakukan sesuatu kesalahan dan 15% pelajar
menyatakan sanggup memberi rasuah untuk melicinkan urusan harian atau menyelesaikan sesuatu urusan.
Kerajaan memandang serius perkara ini. SPRM telah mencadangkan agar diwujudkan Sekretariat Pencegahan
Rasuah (SPR) di 20 buah IPT awam dan pelancaran telah dibuat pada tahun 2007. Kewujudan SPR kemudiannya
telah dikembangkan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun 2012 dan Institusi Pendidikan MARA pada 2013.
Setelah sedekad kewujudan SPR, SPRM telah menjenamakan semula SPR untuk diberi imej baru dan hala tuju yang
lebih jelas. Pada tahun 2018, menerusi proses penjenamaan semula, SPR telah dijenamakan sebagai AMAR bersama
dengan identiti, profail dan imej yang tersendiri. Pelancaran penjenamaan semula AMAR telah dilancarkan oleh YB
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan di Universiti Malaysia Perlis.
Semoga AMAR akan terus relevan dalam memberi sokongan dan kerjasama kepada SPRM dalam konteks
menyebarkan mesej antirasuah kepada pelajar khasnya dan Malaysia secara umumnya. Syabas kepada semua ahli
AMAR seluruh Malaysia.
Sekian.
Pengarah
Bahagian Pendidikan Masyarakat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
1.0 SEJARAH PENUBUHAN A 15% daripada 494
pelajar menyatakan
1.1 SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH 15% kesanggupan memberi
UNIVERSITI AWAM / UNIVERSITI SWASTA rasuah untuk melicinkan
urusan harian atau untuk
SPR yang pertama ditubuhkan menyelesaikan sesuatu
adalah di Institusi Pengajian urusan;
Tinggi Awam ekoran daripada
dapatan Kajian Persepsi B 23% daripada 494
Awam Terhadap Rasuah 2002 pelajar menyatakan
yang telah dijalankan oleh 23% kesanggupan memberi
pihak Universiti Kebangsaan rasuah untuk mengelak
Malaysia daripada sesuatu
tindakan diambil
Angkatan Mahasiswa terhadap mereka kerana
Antirasuah (AMAR) sebelum telah melakukan sesuatu
ini dikenali sebagai Sekretariat kesalahan;
Pencegahan Rasuah (SPR).
Penubuhan Sekretariat C 30% daripada 494
Pencegahan Rasuah (SPR) di pelajar menyatakan
negara ini bermula pada tahun 30% sekiranya mempunyai
2007. kuasa, sanggup
menerima rasuah jika
1 berpeluang.
1.1 Hasil dapatan ini adalah satu mesej kepada kerajaan bahawa sesuatu
perlu dilakukan diperingkat ini untuk mengubah pandangan dan
persepsi pelajar mengenai keterbukaan terlibat dengan perbuatan
rasuah yang sepatutnya dipandang serius sebagai satu jenayah berat di
negara ini. Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju
untuk menubuhkan SPR di 20 Universiti Awam di Malaysia dengan
bantuan geran sebanyak RM 10,000.00. Selaras dengan itu pada
6 Disember 2007, penubuhan SPR telah dirasmikan oleh YB Datuk
Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada masa tersebut.
1.2 SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Pada 22 Januari 2013, Sekretariat Pencegahan Rasuah ini telah diperluaskan lagi dengan
menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru di 27 buah Institut Pendidikan
Guru seluruh Malaysia yang dirasmikan oleh YB Dr. Haji Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pendidikan
II.
1.3 SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengambil langkah untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan
SPRM. Usaha ini telah dijadikan platform untuk mewujudkan Sekretariat Pencegahan Rasuah Institusi Pendidikan MARA
pada 31 Mei 2013. Sebanyak 57 SPR diwujudkan di bawah Majlis Amanah Rakyat yang meliputi Universiti Kuala Lumpur,
Kolej Polytech MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (Rujuk Lampiran C). Majlis tersebut telah dilancarkan oleh YB Dato
Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
PENJENAMAAN SEMULA SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH
1.4
Bagi memastikan kewujudan SPR sentiasa relevan di Institusi Pengajian Tinggi, SPR telah dicadangkan untuk dijenamakan
semula. Penjenamaan semula ini adalah bagi memberi imej dan identiti yang tersendiri dan seragam di seluruh negara.
Pada awal penubuhannya, SPR hanya ada nama dan garis panduan pelaksanaan sahaja. Tidak ada identiti pengenalan
seperti logo, misi, visi, nilai dan moto. Justeru, penjenamaan semula SPR telah dicadangkan pada awal tahun 2018
untuk penambahbaikan SPR. Pada 24 September 2018, dengan rasminya nama Sekretariat Pencegahan Rasuah telah
dijenamakan dengan nama baru Angkatan Mahasiswa Antirasuah. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Syed Saddiq
bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis.
2
2.0 NAMA PERSATUAN Angkatan Mahasiswa Antirasuah
Rasional Nama
Mahasiswa merupakan bakal pemimpin masa hadapan Malaysia yang diharap
akan bersatu hati dan prinsip untuk antirasuah.
3.0 LOGO AMAR
OBJEKTIF Menerapkan nilai antirasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pelajar IPT.
Membudayakan nilai-nilai murni dan antirasuah dalam kalangan pelajar IPT.
4.0 Mendedahkan pelajar IPT kepada program pencegahan rasuah.
Melatih pelajar IPT kepada pengurusan pelaksanaan program pencegahan rasuah.
Menjadikan pelajar IPT sebagai penyampai mesej antirasuah kepada komuniti kampus dan luar kampus.
Menjadi sumber rujukan dan pusat informasi mengenai jenayah rasuah dan salahguna kuasa.
Menjadi pemangkin kerjasama antara SPRM dan IPT.
VISI 5.0 Mewujudkan generasi muda yang membenci rasuah dalam usaha
menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah.
MISI 6.0 Menerajui usaha pembudayaan nilai-nilai murni, pencegahan
rasuah dan salahguna kuasa dalam kalangan pelajar IPT.
3
MOTTO AMAR 7.0
Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah
8.0 Jujur Sifat jujur ini harus dimiliki oleh setiap manusia, kerana
sifat dan sikap ini merupakan prinsip dasar dari cerminan
NILAI akhlak dan keperibadian seseorang.
KORPORAT
AMAR
Bersungguh-sungguh dalam Komited Bermaruah Tidak melakukan perkara-perkara yang
melaksanakan sesuatu pekerjaan mencemarkan nama, sentiasa menjaga nama
baik dan imej kendiri.
tanpa mengharapkan ganjaran.
Melaksanakan sesuatu tindakan
itu kerana didorong oleh minat
dan kesukaan.
Membawa maksud Biru 9.0 Hitam Ianya juga dikaitkan dengan
ketenangan. Warna warna menawan di samping
yang sejuk, damai dan WARNA memberi penuh kerahsiaan
sejahtera di samping KORPORAT dan ketegasan. Melambangkan
serius dan kemewahan.
melambangkan AMAR
keikhlasan dan
harapan. Biru mewakili
semangat dan elegan.
Warna ini lebih optimis dan moden. Kuning Merah Membawa makna kekuatan, kebencian,
Melambangkan kegembiraan, penuh keberanian, semangat dan isyarat.
semangat dan riang. Sifatnya girang Kebanyakan warna mengandungi implikasi
positif dan negatif. Warna merah juga
akan menyebabkan kita sentiasa membawa maksud agresif.
ceria. Juga dikaitkan sebagai warna
4
panas dan berinovasi.
10.0 PERANAN Menyelaraskan urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan program pencegahan rasuah
AHLI AMAR sama ada yang dianjurkan oleh SPRM atau badan-badan pertubuhan pelajar. Ini termasuklah
penyelarasan bagi mendapatkan penyertaan komuniti/warga kampus atau hebahan makluman
program.
Memberi panduan dan informasi mengenai cara-cara pengendalian program-program
pencegahan rasuah dan menyampaikan maklumat-maklumat aktiviti yang dianjurkan.
Menjadikan organisasi perantara di antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT, SPRM dan pelajar di
dalam pelaksanaan program-program pencegahan rasuah.
Mewujudkan suasana ceria AMAR dengan kelengkapan peralatan publisiti seperti banting,
logo, pelekat, risalah dan lain-lain bahan penerbitan.
Menjadikan pejabat Urusetia AMAR sebagai pusat aktiviti masa lapang pelajar-pelajar peringkat
kampus.
11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH
Garis panduan ini meliputi 2 aspek berikut: 11.1 KERTAS CADANGAN
Mana-mana persatuan/kelab/jawatankuasa kerja IPT
Panduan yang ingin melaksanakan program dan memohon
Pelaksanaan atau menghantar bantuan kewangan hendaklah
Program terlebih dahulu berbincang dengan pegawai yang
Pencegahan
Rasuah bertanggungjawab di SPRM bagi tujuan pelarasan
program. Kertas cadangan mestilah mengandungi:
1Kumpulan sasaran 2 Mesej yang hendak disampaikan
Panduan 3 4Perancangan dan justifikasi program
Penyediaan Objektif
Laporan
Pelaksanaan 5 Latar belakang 6 7Kos pelaksanaan Aturcara program.
Program Format penyediaan
kertas cadangan adalah
5 seperti di Lampiran A.
11.1.2
Kertas cadangan yang dihantar kepada SPRM oleh pihak penganjur
IPT hendaklah terlebih dahulu disokong oleh Angkatan Mahasiswa
Antirasuah (AMAR) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mendapat
kelulusan rasmi untuk menjalankan program oleh Bahagian Hal
Ehwal Pelajar (HEP) IPT. Surat iringan oleh HEP dan AMAR yang
ditandatangani perlu disampaikan semasa menghantar permohonan.
11.1.3
Semua kertas cadangan yang telah lengkap perlulah dihantar kepada
AMAR untuk perhatian Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat selewat-
lewatnya 1 bulan sebelum projek dilaksanakan melalui Unit PenMas, SPRM
Negeri. Setiap permohonan perlu ada sokongan Pengarah SPRM Negeri.
11.1.4 11.1.5 Permohonan tidak dapat
Nama program mestilah dipertimbangkan dalam situasi berikut:
dipilih mengikut kesesuaian
iaitu berkaitan dengan aktiviti Tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan.
pencegahan rasuah atau
pengukuhan integriti. Kertas cadangan tidak menepati aktiviti yang
bersesuaian dengan aktiviti pencegahan rasuah atau
pengukuhan integriti.
Lewat diterima (tempoh kurang 1 bulan)
dari tarikh pelaksanaan.
Tidak menyatakan butiran anggaran
perbelanjaan program.
Tidak selaras dengan objektif AMAR
dan dasar SPRM.
6
KAEDAH PELAKSANAAN
11.2 PROGRAM
11.2.1 Penganjur perlulah memahami serta mematuhi etika dan peraturan IPT.
11.2.2 Penganjuran program adalah berkonsepkan perkongsian bestari antara SPRM dan IPT.
11.2.3 Perbincangan/ penerangan mengenai program pencegahan rasuah yang ingin dilaksanakan
di kawasan-kawasan tertentu yang mana melibatkan pihak berkuasa tempatan atau pihak
swasta atau pihak lain perlulah dibuat satu (1) bulan sebelum tarikh pelaksanaan. Jangka
waktu ini bagi membolehkan perbincangan di semua peringkat yang terlibat untuk
mendapatkan kebenaran dan kelulusan.
11.2.4 Bagi program anjuran persatuan/ kelab pelajar IPT yang membawa status kerjasama SPRM,
maka pegawai daripada SPRM adalah bertindak atas sifat sebagai salah seorang penasihat
projek berkenaan.
11.2.5 Hanya persatuan, kelab atau badan yang berdaftar melalui HEP (mempunyai perlembagaan
dan struktur organisasi yang tetap) boleh menganjurkan Program Pencegahan Rasuah di
IPT serta layak memohon bantuan. Jawatankuasa di peringkat kolej yang ingin menjalankan
program boleh mendapatkan pengesahan pihak pengetua kolej dan sokongan daripada
Bahagian Hal Ehwal Pelajar masing-masing.
11.2.6 Acara perasmian sama ada pembukaan dan penutup yang ingin melibatkan Menteri,
Timbalan Menteri atau pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi SPRM hendaklah
dimaklumkan selewat-lewatnya dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pelaksanaan
program. Salinan surat tersebut hendaklah dihantar ke Urusetia SPR IPT, Bahagian/ Unit
Pendidikan Masyarakat, SPRM Ibu Pejabat atau Negeri bagi penyelarasan persiapan dari segi
protokol, ucapan dan publisiti.
11.2.7 Sebarang penangguhan program perlulah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Hal Ehwal Pelajar
masing-masing dan salinan kepada Urusetia SPR IPT, Bahagian/Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM
Ibu Pejabat dan Negeri sekurang-kurangnya satu (1) minggu dari tarikh penerimaan penangguhan.
7
11.3 PROGRAM/ AKTIVITI
11.3.1 Pengisian aktiviti hendaklah berasaskan kepada aktiviti-aktiviti
pencegahan rasuah dan penerapan nilai-nilai murni.
11.3.2 Bagi aktiviti yang melibatkan masyarakat tempatan ahli
jawatankuasa program seharusnya memaklumkan kepada
peserta-peserta mengenai peranan AMAR di IPT. Pelaksana
dan fasilitator perlulah menunjukkan model yang baik dan
bersesuaian dengan masyarakat tempatan.
11.3.3 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri hendaklah
dimasukkan ke dalam aturcara majlis perasmian/
pembukaan program pencegahan rasuah IPT.
11.3.4 Mesej yang hendak disampaikan bagi
setiap program mestilah merangkumi
mesej antirasuah yang ditetapkan
oleh SPRM.
11.4 PENYERTAAN “ Penganjur juga mestilah mengambil kira penyertaan
meluas daripada segenap lapisan masyarakat kampus
dan bukannya hanya tertumpu kepada penyertaan “
segelintir peserta di bawah Persatuan Anak-Anak
Negeri, peringkat kolej dan fakulti. Program yang
mengambil kira penglibatan oleh komuniti tempatan
di persekitaran tempat di mana aktiviti diadakan adalah
dialu-alukan.
8
11.5.1 11.5 PROMOSI 11.5.3
11.5.2
Logo SPRM perlulah Sebarang bentuk publisiti Sebarang bentuk percetakan
dipamerkan pada semua jenis termasuk sidang akhbar perlulah dan penulisan, kenyataan
bahan promosi seperti banner, akhbar, buku program yang
brosur, poster, cenderamata, menekankan liputan yang akan didokumentasikan /
buku program, borang, serta wajar atas nama AMAR di IPT diterbitkan untuk tujuan
sijil penyertaan, kecuali baju/ dan dengan kerjasama SPRM
dan bukan merupakan penaja hebahan perlu dirujuk kepada
topi. pihak SPRM terlebih dahulu
program. untuk tujuan pengesahan dan
kelulusan.
11.6 PERUNTUKAN KEWANGAN
11.6.1 Bantuan kewangan yang dipersetujui oleh SPRM hanyalah untuk menampung sebahagian kos keseluruhan
program, melainkan bagi program-program khas yang telah mendapat kelulusan SPRM.
11.6.2 Perbelanjaan projek mestilah mengikut peruntukan seperti butiran yang diluluskan sahaja dan mendapat
kebenaran dari SPRM.
11.6.3 Persatuan/ Pertubuhan yang telah diluluskan permohonan bantuan akan dimaklumkan secara bertulis oleh
Urusetia Sekretariat Pencegahan Rasuah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.
11.6.4 Tajaan/ sumbangan bagi program pencegahan anjuran AMAR adalah tertakluk kepada kebenaran / kelulusan
institusi pengajian masing-masing.
9
11.7 PENYEDIAAN LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
11.7.1 Laporan pelaksanaan program perlulah disampaikan kepada Urusetia AMAR, Bahagian Pendidikan Masyarakat,
Ibu Pejabat SPRM dalam tempoh 30 hari selepas program dilaksanakan. Satu salinan dihantar kepada Unit
PenMas Negeri.
11.7.2 Laporan pelaksanaan program perlu mengandungi butir-butir lengkap program seperti format yang
dilampirkan.
11.7.3 Penilaian mengenai impak program adalah merupakan sebahagian dari kandungan atau ulasan dalam laporan
pelaksanaan program. Penganjur boleh melihat ketepatan / keberkesanan program diukur dari aspek :
i) Objektif program dan objektif AMAR secara keseluruhan telah dicapai.
ii) Perubahan sikap para peserta sebelum dan selepas program.
iii) Maklumbalas positif dari para peserta, komuniti atau ahli masyarakat di mana program telah
dilaksanakan.
iv) Tanggapan para peserta dari segi peranan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah terhadap pembentukan
sahsiah diri mereka.
v) Penerimaan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah di IPT yang telah dijalankan.
vi) Peningkatan pengetahuan sebelum dan selepas program.
11.8 KEAHLIAN
11.8.1 Ahli AMAR adalah dilantik oleh institusi pengajian masing-masing.
11.8.2 Watikah pelantikan akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.
11.9 PENYELARAS
11.9.1 Penyelaras AMAR adalah dilantik oleh pihak institusi pengajian masing-masing daripada kategori pengurusan dan
profesional.
11.9.2 Watikah pelantikan akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.
Format penyediaan laporan pelaksanaan program adalah seperti di Lampiran B.
10
Lampiran C
11.8 STRUKTUR ORGANISASI
Format penyediaan laporan pelaksanaan program adalah seperti di Lampiran C.
PENASIHAT BERSAMA KETUA PENYELARAS PENYELARAS PRESIDEN TIMBALAN SETIAUSAHA
PRESIDEN
Ketua Pesuruhjaya SPRM Pengarah Pegawai Pelajar Pelajar
Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM/ Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Pelajar
& TNC (Hal Ehwal Pelajar)
Ketua Unit PenMas Negeri Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar
11
FACE TO FACE Ceramah
Seminar/ Forum/ Bengkel
Round Table Discussion
Pameran
Aktiviti Keagamaan/
Nilai-nilai Murni
RAKAN SEKRETARIAT
TIMBALAN BENDAHARI PENOLONG JAWATANKUASA Pelajar
SETIAUSAHA BENDAHARI KERJA
Pelajar
Pelajar Pelajar Pelajar
DOKUMENTASI/ MEDIA DOKUMENTASI/ MEDIA
Risalah
Radio
Majalah/ Newsletter/
Bahan-bahan Penerbitan lain
Facebook/ Twitter/ Flicker
12
Lampiran A
FORMAT PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PROGRAM ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH
1.0 TAJUK KERTAS CADANGAN
Nyatakan tajuk kertas cadangan (Kertas Cadangan Memohon Kelulusan dan peruntukan Program AMAR
bagi Melaksanakan {Nama Program}).
2.0 PENDAHULUAN
Nyatakan tujuan kertas cadangan ini dikemukakan.
3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
3.1 Nyatakan nama aktiviti/ program
3.2 Tarikh pelaksanaan
3.3 Tempat pelaksanaan
3.4 Penganjuran – Nyatakan nama penganjur ( persatuan/ kelab/ majlis dan sebagainya).
3.5 Kumpulan Sasaran – Nyatakan dengan jelas kumpulan yang disasarkan atau kumpulan yang akan
menyertai/ menghadiri program.
3.6 Justifikasi – Nyatakan mesej yang hendak disampaikan.
3.7 Nyatakan perancangan program.
4.0 OBJEKTIF
Nyatakan dengan jelas objektif program
5.0 KOS PELAKSANAAN
5.1 Nyatakan perbelanjaan yang dianggarkan.
5.2 Nyatakan sumber kewangan untuk melaksanakan program tersebut.
6.0 ATURCARA PROGRAM
Nyatakan dengan terperinci aturcara program atau aktiviti dalam program.
7.0 MAJLIS PERASMIAN
7.1 Nyatakan tetamu jemputan khas.
7.2 Nyatakan individu yang dijemput untuk merasmikan program.
8.0 JAWATANKUASA KERJA
8.1 Lampirkan struktur AMAR
8.2 Lampirkan senarai jawatankuasa kerja
8.3 Nyatakan nama dan nombor telefon Urusetia yang boleh dihubungi
9.0 PENUTUP
Nyatakan jumlah peruntukan program AMAR yang dipohon.
13
Lampiran B
FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH (AMAR)
LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH UNIVERSITI AWAM/UNIVERSITI SWASTA/
INSTITUT PENDIDIKAN GURU/ INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH:………………………………………………………………………….…….……………….…….
TAJUK PROGRAM 1. RM
TARIKH PELAKSANAAN 2. RM
TEMPAT PELAKSANAAN 3. RM
MASA PELAKSANAAN 1. RM
KUMPULAN SASARAN 2.
KEHADIRAN
i. PERASMI SPRM
ii. Tetamu VIP INSTITUSI
TANPA BAJET
OBJEKTIF /TUJUAN PROGRAM LAIN-LAIN (NYATAKAN)
RINGKASAN PROGRAM
JUMLAH PERBELANJAAN
BAHAN EDARAN
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………………………………… ………………………………………………………………
() ()
Tandakan / pada dokumen yang telah dilampirkan.
Senarai semak lampiran yang perlu disertakan:
1. Aturcara Program ()
2. Gambar Program ()
3. Keratan Akhbar (sekiranya ada) ()
14
Lampiran D
IKRAR
Bahawa kami,
anak muda mahasiswa yang merdeka dan bermaruah,
dengan penuh iltizam dan rela hati, berikrar dan bersumpah,
akan memelihara maruah serta integriti kami, agama,
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, dengan mencegah
dan memerangi, sebarang bentuk rasuah dan salahguna kuasa.
Ke arah itu kami bersumpah:
Akan menjunjung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
Akan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-
undang negara; Akan meningkatkan integriti, dan mengamalkan nilai-nilai
murni, serta mengelakkan diri,daripada terlibat dengan sebarang jenayah
rasuah dan salah guna kuasa; akan mendukung dan mempertahankan
segala usaha untuk mencegah dan memerangi sebarang perlakuan jenayah
rasuah dan salah guna kuasa; dan akan kekal teguh dalam perjuangan
menentang kemungkaran rasuah dan salah guna kuasa demi agama,
bangsa dan negara.
15
Penglibatan AMAR dalam program ‘Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages’ sebar luas mesej cegah rasuah
menerusi warga pendidik.
16
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Malaysian Anti-Corruption Commission
17