KHUTBAH JUMAAT
“AL-QURAN DIHAYATI, UMMAH DIRAHMATI”
(21 Oktober 2022M/ 24 Rabiulawal 1444H)
___________________________________________________________________________________________________________________
ُُ ُأَ ْشَه ُد ُأَ ْن َُل ُإِلَٰـّوَ ُإِاَل ُالـّٰلّو. ُاَلْـ َح ْم ُُد ُلِـّٰلُِّو ُالْغَِِّن ُاُلْـ َح ِمْي ُِد،ُاَلْـ َح ْم ُدُ ُلِـّٰلِّو
ُم.ْ ًاَمُالَُُكَثوِأَْيـنْـًتُرا.َِهَُحُاُِدتااـمُُقأٍَدْوُاانَُوُاَعلَـسلَِّٰليّّوََىدنَُُاآلَُِحِوُمـُاقََوحُتـُامَصَقًداْاحتُِبِِوِوَعُُْبََووُدَلهَُسُِلََُّوْمتَُرُْوتَُتسُ ْاْونسُلُلُِوُُْيإ،ُِداُنَلـاَٰوّلّأَُُِوُُمْـش،ُِّّلَُشُفَـِيَرَيعْالَ َُكىِعُُبَلَاَوُسَِدي.ُ،اأَََُملوـامّٰلّْاحْسُهلَُِدباَـمُهُمُْعُْوَُدَلَُنص
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan bersungguh-sungguh melaksanakan
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-
mudahan kita dikurniakan kejayaan yang hakiki di dunia dan di
akhirat. Bersempena dengan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-
Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 yang berlangsung pada 19
hingga 24 Oktober 2022, mimbar akan membicarakan khutbah
yang bertajuk “Al-Quran Dihayati, Ummah Dirahmati”.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Al-Quran adalah kitab agung umat Islam yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sebagai seorang
mukmin, kita yakin bahawa al-Quran merupakan kitab pedoman
daripada Allah subhanahu wata'ala. Kehebatan al-Quran tiada
tandingannya sehingga tiada manusia yang berupaya untuk
1
mencipta setanding dengannya walau pun beberapa ayat pendek.
Penurunan al-Quran kepada manusia merupakan satu rahmat yang
amat besar. Kita dituntut untuk membaca dan mengamalkan isi
kandungan al-Quran supaya kita boleh menjadikannya sebagai
rujukan asas dalam menjalani kehidupan seharian. Allah
subhanahu wata'ala berfirman dalam surah al-Nahl, ayat 89:
Maksudnya: Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran
menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta
membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang
Islam.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Budaya penghayatan al-Quran berkembang dengan baik dalam
masyarakat kita hari ini. Banyak majlis rasmi yang dianjurkan
dimulakan dengan bacaan al-Quran. Perkara ini wajar diberikan
pujian dan patut dikekalkan. Alunan al-Quran melalui kelas
pengajian tajwid, tafsir al-Quran dan sebagainya memberi
gambaran bahawa usaha-usaha menghayati al-Quran sentiasa
dilaksanakan. Sebagai mukmin, kita dituntut untuk menghayati dan
membudayakan al-Quran dalam kehidupan kita serta ahli keluarga
dengan menggiatkan beberapa usaha, antaranya:
2
Pertama: Sentiasalah melazimi membaca al-Quran. Pembacaan
al-Quran akan memberi kekuatan dalaman yang luar biasa bagi
pembacanya. Dekatilah al-Quran dengan membacanya setiap hari
semampu yang boleh. Ibnu Hibban rahimahullah meriwayatkan
daripada Abu Zar radiallahu anhu bahawa Nabi sallallahu alaihi
wasallam berpesan kepadanya dengan bersabda:
ُ َُوذُ ْخٌر ُلَ َك ُِف، ُفَِإناوُ ُنُوٌر ُلَ َك ُِف ُاْلَْر ِض،ا(ل(اسَعلََمْيآِءَُك))ُُبِتَِلَوِة ُالُْقرآ ِن
Maksudnya: Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran
kerana ia adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan
untuk kamu di langit.
Allah subhanahu wata'ala dan Rasul-Nya telah memberikan
jaminan syafaat yang begitu banyak hanya dengan membaca al-
Quran. Hayatilah hadis riwayat Imam Muslim rahimahullah daripada
Abu Umamah al-Bahili radiallahu anhu bahawa Nabi sallallahu
alaihi wasallam bersabda:
))((اِقْـَرءُواُالُْقْرآ َنُفَِإناوُُيَأِِْتُيَـْوَمُالِْقيَاَمِةُ َشِفْيـًعاُِْلَ ْص َحابُِِو
Maksudnya: Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari
akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.
Alangkah ruginya jika kita dapat meluangkan masa untuk menonton
televisyen, melayari internet, whatsapp, instagram dan lain-lain lagi,
3
tetapi kita tidak boleh memperuntukkan sedikit masa untuk
membaca al-Quran.
Kedua: Fahamilah al-Quran.
Al-Quran mengandungi ilmu dan petunjuk dalam pelbagai ilmu
seperti tauhid, hukum-hakam, syariat, kisah bangsa-bangsa
terdahulu, sains dan banyak lagi. Oleh kerana itu berusahalah
sebaik mungkin untuk memahaminya. Yang pasti al-Quran akan
sentiasa memberi pedoman kepada para pembaca setiap kali
mereka membacanya dengan penuh tadabbur. Firman Allah
subhanahu wata’ala dalam surah Sod )(ص, ayat 29:
Maksudnya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan
kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak
faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan
teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang yang berakal
sempurna beringat mengambil iktibar.
Dengan ledakan Revolusi Industri 4.0 hari ini, al-Quran beserta
terjemahannya amat mudah untuk didapati. Jika dahulu mungkin
agak mencabar untuk membawa al-Quran, tetapi hari ini kita
mempunyai telefon bimbit yang boleh menyimpan pelbagai aplikasi
al-Quran. Oleh itu, jadikanlah pembacaan dan pemahaman al-
Quran sebahagian daripada gaya hidup kita.
Ketiga: Amalkan al-Quran.
4
Mengamalkan al-Quran merupakan elemen paling penting dalam
penghayatan al-Quran. Bagi memastikan kita dapat mengamalkan
al-Quran dengan baik, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
bagaimana untuk memahami ajarannya. Lantaran itu, kita perlu
menekuni kisah-kisah, hukum-hakam dan mengambil ibrah serta
pengajaran daripada al-Quran untuk diamalkan dalam kehidupan
seharian kita. Jadikan al-Quran tempat rujukan utama dalam
menghadapi segala kesulitan dan permasalahan. Nescaya agama
dan kehidupan kita akan terpandu dan menjamin maqasid al-
Syariah.
Keempat : Aplikasikan tuntutan al-Quran dalam interaksi sosial.
Masyarakat Islam khususnya di negeri kita ini terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan. Kepelbagaian ini mewujudkan
sedikit sebanyak perbezaan di antara kaum dari aspek sosial, adat
dan pemikiran. Namun, Allah subhanahu wata'ala telah memberi
panduan dan pengajaran kepada kita melalui al-Quran supaya
perbezaan-perbezaan tersebut dapat diharmonikan.
Al-Quran sangat mementingkan aspek persaudaraan, perdamaian,
kebersamaan, tolak-ansur, tolong-menolong, belas kasihan dan
sebagainya. Malah, al-Quran juga mendidik manusia supaya
menghindarkan diri daripada perpecahan, perbalahan, kezaliman,
diskriminasi, perbuatan khianat, dengki dan lain-lain. Ingatlah
firman Allah subhanahu wata'ala di dalam surah al-Hujurat, ayat 13:
5
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan
keadaan dan amalan kamu).
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada kali ini, terdapat beberapa perkara
penting yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dan
penghayatan. Antaranya adalah:
Pertama: Penurunan al-Quran merupakan anugerah agung dari
Allah subhanahu wata'ala kepada Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam dan seluruh umat baginda yang menjadi rahmat kepada
sekalian alam.
Kedua: Kita hendaklah membudayakan pembacaan dan
pemahaman al-Quran. Yakinlah bahawa al-Quran adalah petunjuk
dalam kehidupan muslim.
6
Ketiga: Yakinlah, jika kita mentadabbur dan mengamalkan al-
Quran, pasti al-Quran akan menjadi syafaat kepada kita di akhirat
kelak.
Marilah kita bersama-sama menghayati firman Allah subhanahu
wata'ala dalam surah Ibrahim, ayat 1 :
بِ ْسِم اللِه الَّر ْح َمـٰـ ِن الَّرِحْيِم.أَعُْوذُ بِاللِه ِم َن ال َّشْيطَا ِن الَّرِجْيِم
Maksudnya: Alif, Lam, Ra. Ini adalah kitab (al-Quran) Kami
turunkan kepada kamu (Muhammad) supaya engkau mengeluarkan
umat manusia seluruhnya daripada gelap gelita kufur kepada
cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha
Kuasa Lagi Amat Terpuji.
ُُُُُُُُاإِفِلنَْياولِوُِواسَُُسِمِامُْيىئََُِِنوعر،ا ُُْسكُإِتَـَنْاوملَْغوُُِفُُبكِـُرُْىَْمومَهُاو،َُوَُتَُوإِفَِوُياال،ِمهَُْنُمَُُْؤوُاكنَِـملْنََْمفَعاَعُِظتِِِْيَتنَلم،ُقََُُْرووُاتءََـلَْآوَأقَُمباِنْْسؤَلتَُِـمانُِلْْغِْْمَِعفَُِيّرِظْنْيَُُُاِوماَلولْل،ْل،ا،رولَُُمُُقَـاُكْلْْـسولِِْمَلحَمُاُِِكْفيَىِِتُمَاذ.َِْتُِلمالُْلُْهَُُأاََورُايقُـلِِحُِّْْويلذَُْواُُلكُمل.اااابَلللْْْلاَعغآََُمريلَُِفَْياكْْسوُُمُلُِرِا
7
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
______________________________________________________________________________________________________________________
ُُُُّٰلُُّاأَُهلاملاامه.ُْإَُُِياَاَلل.َِْبَُِوُِوََرُلأَُُسإِْْْلَوـُٰلّجـَُُوُوع.ُّأْامملُُِأًَِودتُـاُْْشفَُولِأََهَعْبُُدحْصُُْدوأَهَُحَُنْنا.ُٰلَتلاـُِّّٰٰلُّىقَِووُأَواََُُْسشاَِيّلحَْهلًِدهَدُدناَُاُُُأََحَُكُمـانثاِقيَُُحًرتاُـَاسمَُِقُيّاٍَدكتَُِدُِنوََمَاُوالََُُعَعألََُمُـلاَمَّٰىَرُُكح،ُُِودَُعُا،ََُبَشاَُوِراَيبََْدلْـاُاِرََلكحْلكُِْهمُل.ُْمهَُُُُوفدَُـيَََُسلاِِلٰلّّلُُِّْوُمِع،ابََـَلْوـَْعصْحَُِحدّلَد
Kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita terus berwaspada dan melakukan kawalan kendiri
dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan terdedah kepada bahaya
wabak penyakit kerana mencegah itu lebih baik daripada
mengubati. Pada masa yang sama, teruskanlah memohon
keampunan serta bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala
agar diangkat segala wabak dan musibah daripada kita dan
dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan buat diri, keluarga,
masyarakat, negeri dan negara.
:ُقَا َلُاللهُُتَـ َعا َ ّٰل
ُُ ََُُعكلََمّٰاُىُ َصَسلاِيّْيِدنََات،ُمُـََُوحبَاامِرٍدْك،ُاَلَعّٰلّلَُٰهُّىامُ َسَِصيّ ِِّدلنَُاَعُلَإِٰبّْـُىَرا ِىَسْيِيَّمِدنَُاَوَُعُُمـلَ َّٰحىامُّٰأٍدُُِلَوَعلََسِيّّٰىِدُنَّٰأاُِلُإِبْـََسراِيِّىِدْينَاَم
8
َُسِيّ ِدنَا ُإِبْـَرا ِىْي َم.َُمإِاناُبََكاَُرَْكَِحْيَتٌدَُُُمَـعلَِٰجُّىْي ٌُُد،َُْْيَك،اُُُِْفُمـُاَلْحَُعامالٍَدِم،ََُُموـَعَلَح ّٰامىٍُدٰأُِّلَُوَعَلَسِيّّٰىِدنَُٰاّأُِإُِلبْـَرا َِسىِْييّ َِدمن
ُُْسلُِإِِمناََْْيك َُُوَاَلِْسْيُمٌعْسلُِقََمِرايْ ٌِتب َُُوُامـلُِْمجْْيؤِمنُِبَْْيُالَُادوالَْعَُمواْؤِمِنَتاَُِوتيَاُاُْْقلََاْحِيَضآَِيء.فلَُْرْمَُوالِْلُُِتم.ِْااَِملّْْٰنلْـّلَُاُهه ْاممَجاُُاَِواْغُت
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.
Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-
Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.
Ya Allah ! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati,
hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah
keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang
berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan
makmur serta mendapat perlindungan Allah subhanahu wata’ala.
9
Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Kabulkanlah doa kami.
Terimalah segala amal ibadah dan ketaatan kami kepada-Mu. Ya
Allah, kukuhkanlah perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah,
ibadah dan akhlak di bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jadikanlah diri kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami dari
kalangan yang mendirikan solat serta menjauhi dosa-dosa kecil
apatah lagi dosa-dosa yang besar. Limpahkanlah ke atas kami
nikmat kesihatan dan keafiatan. Kurniakanlah kesembuhan kepada
mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit dan bebaskanlah
negara kami daripada segala perkara yang tidak diingini dan wabak
penyakit.
ًَُُُُُُُه.،آُضُْقمُْلِجفَُِْراِوخَعََََُْٰلوّذُْرَبِِةويامـُوُُُكُُْْعرَُُْنُرَوَيَِطـوَحاْحطَُْنـبَُُـهُُكهاََهسْعلْْنمَوُمٰلًّرُِىادة،ْْةهالل.ُُِفٰاَِّكلّمِْوذرُُُِِرهْصْنفوُيامُلََاـُُنحفَُاُْا.آْاِتلوَةًُضِءهُُُِةْغَاذَُُُل،َْإَِْاسمريَْمأاَصيَتَسلُـَُُن.اُٰاّلِْلُّلْالَُُْوااَُِهيُملَََُمكحو.ُناِاَْمسُلَوع.َدمْيااُنمْْـُمِلُدَُُيَُِمل،ُّْْحِازاُُُبْلكَدَلـْايأَلَُُْْسَكقعِع.َُُُْمُصُامَُعانَْـُُرَُِويَُْعمُاَِْسرمَِلوضِعلِِوِْإافُُنَُِنبمظيى.ََُُْهَُُْبُووَُِمأَُٰتََوَضّأرااببُْـاللاَِْْعمنََنبمَىَـَِلدعَْاآاْلْـْغُّْٰدُيىُُتَُاٰهّأَُِِلْيُُتوليَِْنمُِن،َْْموُلَر.ََُمُروِْيررع،تَوَاواـَعاُنْنلَُُـمُِٰأّهْلايْشنَفُُهُُِهمأْْمَُُُُْكُكمْيَْـُم.ْلَُُِرُووُِْزاللشتَََلَْه.اْن.اباَـُنُلِءُْمُنُاََرُُمُوَاُفُام.فِرََُفَِوفحيَاَُأُكَنَبَشْْةإُعِْْاُمعرُُْكآك.ممِاُُءرُِهلََْمعاَُُُُُلافاُْمَُالَذلَعيوَاالِْهُاُْرِْهشْْحذ،اااالَََـَََلْلللْوووَِععلَّّٰٰبقَللُِّّبََعهَعنَِاَِذنُُاههاِْمظْلَكدفُُِْياا
10