SULIT MPU3092
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Semester 2 Tahun 2
PENDIDIKAN ISLAM
KUIZ : APRIL 2021
KAMPUS : IPGKTAR
ANGKA GILIRAN : 2019312340052
KOD KURSUS : MPU3092
KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM
MASA : 60 MINIT
JUMLAH MARKAH
20
ARAHAN KEPADA CALON
1. Kertas soalan dihantar melalui Google Classroom (GC) kepada calon 10 minit
SEBELUM bermula.
2. Calon dikehendaki memuat turun soalan dan menjawab soalan dalam tempoh 60
minit
3. Ujian ini adalah SULIT. Calon tidak dibenarkan meniru, berbincang atau melakukan
plagiat.
4. Semua jawapan hendaklah dalam tulisan rumi (Arial)
6. Setiap helaian skrip jawapan dilabelkan dengan angka giliran (bahagian kiri header)
kod kertas peperiksaan (bahagian kanan header).
7. Calon hendaklah menghantar jawapan masing-masing kepada pensyarah
matapelajaran melalui Google classroom (GC) sebelum atau pada masa tamat.
8. Calon perlu membuat satu salinan lembut (softcopy) dan salinan bercetak
(hardcopy) skrip jawapan sebagai sandaran (backup) sekiranya fail yang diemel
rosak dan tidak dapat dibuka.
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
2019312340052 MPU3092
BAHAGIAN A
(10 MARKAH)
Jawab semua soalan
1. Islam, Iman dan Ihsan merupakan tiga kumpulan utama yang saling berkaitan di antara
satu sama lain.
Jelaskan konsep ketiga-tiga komponen tersebut.
a) Islam :
Islam dari sudut bahasa bermaksud sejahtera dan patuh. Dari sudut Istilah, Islam ialah
nama sebuah agama yang mentauhidkan Allah dan mengikuti kitab yang diturunkan
olehnya. Rukun Islam ada lima iaitu, pertama mengucap dua kalimah kesaksian
(syahadah), kedua, menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam, ketiga, berpuasa
di bulan Ramadan, keempat, menunaikan zakat, kelima menunaikan haji di Baitullah,
Mekah bagi yang mampu.
b) Iman :
Iman dari sudut bahasa bermaksud percaya. Dari sudut istilah bermaksud mempercayai
Allah dengan hati, berikrar dengan lisan dan membuktikannya dengan amalan zahir. Iman
ada enam rukunnya iaitu beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan
rasul-rasul, hari akhirat dan qada’ serta qadar Allah.
c) Ihsan :
Ihsan bermaksud beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihat Allah, jika kita tidak
melihat Allah, ketahuilah Allah sentiasa melihat kita.
( 5 markah )
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
2019312340052 MPU3092
2. Jumhur ulama berpandangan bahawa keadaan iman seseorang boleh bertambah dan
berkurang. Huraikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan iman boleh bertambah dan
boleh berkurang.
a) Faktor bertambah iman :
Iman manusia boleh bertambah dan berkurang. Iman boleh bertambah melalui amal
ibadah dan perbuatan zahir. Iman akan bertambah dengan melaksanakan perintah Allah
seperti menunaikan solat, berpuasa dan melaksanakan haji. Imam juga boleh bertambah
dengan menuntut ilmu agar asas kepercayaan menjadi kukuh. Umat islam boleh
melakukan amalan sunat sebanyak-banyaknya bagi meningkatkan iman seperti solat
sunat, puasa sunat dan bersedekah. Zikir merupakan amalan yang paling cepat
menambah keimanan.
a) Faktor berkurang iman :
Iman boleh berkurang melalui iktikad hati dan perbuatan maksiat. Bersangka buruk kepada
Allah boleh menyebabkan iman berkurang. Selain itu, iman boleh berkurang apabila
manusia melakukan dosa-dosa besar seperti membunuh, minum arak dan melakukan
perkara tahyul seperti mempercayai bomoh. Dengan mengabaikan ilmu tauhid, syariat dan
akhlak, keimanan seseorang akan menjadi goyah dan mudah berkurang. Maksiat akan
mengurangkan iman seperti mengumpat, mencuri dan berbohong. Meninggalkan suruhan
Allah akan menyebabkan iman berkurang seperti meninggalkan solat, meninggalkan puasa
dan tidak membayar zakat.
( 5 markah )
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
2019312340052 MPU3092
BAHAGIAN B
(10 MARKAH)
Jawab soalan berikut :
1. Agama Islam merupakan sebuah agama yang lengkap dan memenuhi semua keperluan
hidup manusia. Selain itu, Islam juga sesuai diamalkan dalam semua keadaan dan tempat
di sepanjang zaman.
Huraikan ciri-ciri khusus agama Islam yang membuktikan pernyataan ini.
( 10 markah )
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
2019312340052 MPU3092
Bahagian B
Agama Islam merupakan sebuah agama yang lengkap dan memenuhi semua
keperluan hidup manusia. Dalam penulisan ini, ciri-ciri khusus agama islam yang akan
diutarakan ialah syumuliyyah, alamiyyah dan waqii’yyah.
Syumuliyyah ataupun syumul membawa maksud sempurna dan menyeluruh. Dalam
konsep ini, agama Islam dikatakan sebuah agama yang lengkap dan menyeluruh dari segi
syariatnya. Sebagai contoh, Islam mengajarkan cara menjaga hubungan antara manusia
dengan tuhan. Amalan ibadah seperti solat menjadi pertalian yang menyambungkan antara
manusia dengan Allah. Contoh seterusnya, islam mengajarkan cara menjaga hubungan
antara manusia dengan manusia melalui pensyariatan hukum hudud, tatacara muamalat
dan sebagainya. Contoh lain, bagi menjaga hubungan antara manusia dengan alam,
manusia perlulah menjalankan tugas sebagai khalifah memakmurkan muka bumi dengan
menjaga alam sekitar.
Alamiyyah membawa erti global di mana agama islam dikatakan sebuah agama
yang sesuai bagi semua manusia dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa. Melihat
kepada aspek manusia, agama islam tidak hanya khusus kepada orang arab seperti mana
agama Yahudi hanya untuk orang-orang yahudi. Agama islam meletakkan semua manusia
adalah sama dan yang membezakan mereka hanyalah iman mereka. Dari aspek tempat,
agama islam sesuai dilaksanakan di seluruh dunia. Syariatnya mungkin berbeza mengikut
mazhab ulama-ulama tempatan, namun tauhidnya tetaplah Allah dan panduannya tetaplah
Al-Quran dan As-Sunnah. Dari aspek masa, Islam sesuai diamalkan sepanjang zaman.
Tiada istilah syariat lapuk atau kolot dalam agama. Contoh paling jelas adalah solat jamak
dan Qasar yang masih boleh dilaksanakan walaupun pada zaman kini, tempat solat boleh
dikatakan mudah didapati.
Waqii’yyah bermaksud dinamik. Konsepnya ialah agama islam sentiasa
berkembang selari dengan perkembangan masa dan bersifat praktikal. Tidak dinafikan
bahawa pelbagai persoalan dan permasaalah baharu yang timbul seiring dengan peredaran
waktu. Oleh itu, bagi menyelesaikan perkara ini, ulama sentiasa mengkaji Al-Quran dan
hadis serta berijtihat supaya agama islam kekal releven. Sebagai contoh, masalah rokok
dan dadah hanya muncul pada zaman moden. Namun syariat islam tetap mempunyai
jawapan bagi permasaalahan tersebut. Syariat islam juga adalah praktikal dalam
menyelesaikan masalah seperti faraid dan pengurusan urusan perniagaan.
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia