The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2021-06-03 21:06:35

MPU3092 - Tawazun (seimbang)

MPU3092 - Tawazun (seimbang)

MPU 3092
PENDIDIKAN ISLAM

NAMA AHLI KUMPULAN :

1) Muhammad Asyraaf
2) Muhammad Aslam
3) Muhammad Amjad
4) Muhammad Aizuddin

TAWAZUN
(SEIMBANG)

KEPERLUAN DUNIA DAN AKHIRAT

ISI KANDUNGAN.

• PENGENALAN
• ISI
• AYAT AL-QURAN
• HADIS NABI
• TAWAZUN DARI SUDUT FIZIKAL
• DALIL HADIS DAN AL-QURAN
• TAWAZUN DARI SUDUT KEROHANIAN
• PENUTUP
• SENARAI RUJUKAN

PENGENALAN

• Tawazun menurut bahasa bermaksud keseimbangan atau seimbang.

• Menurut istilah tawazun merupakan suatu sikap seseorang untuk memilih

sesuatu yang seimbang atau adil dalam menjalani kehidupan didunia ini, iaitu
perlu ada keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat.

• “Setiap manusia perlu beriman bahawa adanya hari akhirat dan perkara-

perkara yang berkaitan dengannya. Kiamat ialah hari terakhir dan penghabisan
bagi alam ini.”

Ahmad Mohd Salleh (2008)

ISI

• Dalam menjalani kehidupan di dunia ini kita sebagai hamba Allah

harus menyeimbangkan antara urusan duniawi dan akhirat, dimana
kita perlu seimbangkan aktiviti harian kita dengan ibadah kepada
Allah.

• Namun dalam kehidupan ini, kadangkala ada timbulnya persoalan

apabila seseorang itu tidak menyeimbangkan kehidupan dunianya
dengan akhirat seperti hanya mementingkan urusan duniawi dan
hanya mementingkan kesenangan didunia sahaja tanpa
menghiraukan akhirat.

• Contoh aktiviti duniawi:

-Belajar -Bekerja –Bermain –Berorganisasi -Berjual beli

• Contoh amalan yang membawa kepada kesenangan akhirat:

-Solat -Puasa -Infaq-Haji -Berbuat kebaikan

✓ “Orang-orang beriman juga diminta membuktikan keimanannya dengan amalan.”

Mardzelah Makhsin (2003)

✓ Dalam menjalani kedua perkara ini kita harus menyeimbangkannya, kita tidak boleh

terlalu fokus pada satu hal saja tanpa memerhatikan aspek aspek yang lain. Dunia ini
adalah jalan kita menuju kehidupan yang sebenar benarnya, Dunia ini ibarat sebuah
jalan yang kita tempuh yang penuh dengan halangan dan rintangan hingga kita
mencapai satu titik tujuan (akhirat).

CONTOH
KETIDAKSEIMBANGAN

❑ Dalam kehidupan ini, ramai orang Islam yang bekerja dan tidak
pandai untuk membahagikan masa untuk menyeimbangkan
kehidupan duniawi dan akhiratnya. Contohnya, semasa bekerja,
mereka terlalu fokus sehingga melengah-lengahkan solat malah ada
yang meninggalkan solat.

❑ Dalam urusan jual beli juga ada berlaku ketidakseimbangan.
Contohnya, ahli bisnes hanya memikirkan keuntungan sehingga
sanggup untuk menjatuhkan orang lain. Mereka hanya memikirkan
kesenangan dunia sehingga melupakan kehidupan akhirat.

AYAT AL-QURAN

• Allah berfirman dalam Al-Qur`an Surah Al Qasas (28): 77)

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan

bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada
orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan"

MAKSUD AYAT

• Ayat ini menunjukkan bahwa kita diperintahkan Allah untuk mencari

kebahagiaan akhirat atau mengerjakan amal Ibadah yang telah
diperintahkan Allah kepada kita dan dalam mencari kebahagian akhirat
tersebut kita juga jangan melupakan bahagian dari kenikmatan duniawi.
Maksudnya perlu ada keseimbangan antara keduanya. Dan Allah juga
memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada orang lain sebagaimana Allah
telah berbuat baik kepada kita (amalan baik). Dan janganlah kita berbuat
kerosakan di bumi kerana sesungguhnya Allah tidak suka dengan orang orang
yang berbuat kerosakan. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlulah
menjaga alam dan memastikan kesejahteraannya.

HADIS NABI

"Kalian yang tadi berkata begitu dan begini. Adapun
aku sesungguhnya orang yang paling takut dan takwa
kepada Allah, namun aku kadangkala puasa dan
kadangkala berbuka. Aku kadangkala solat (tahajjud)
dan kadangkala tidur. Dan aku menikahi wanita. Maka,
barangsiapa yang membenci sunnahku maka bukanlah
termasuk golonganku" (HR Bukhari no. 5063).

SEBAB HADIS

• Dalam mengerjakan amal Ibadah kita juga tidak boleh terlalu berlebih lebihan ,

seperti yang pernah terjadi ketika masa Rasulullah dimana Rasulullah saw
membetulkan persepsi yang salah sebahagian sahabat, yang telahbertemu dengan
isteri Nabi S.A.W dan bertanya tentang ibadah Nabi S.A.W. Setelah diberitahu
selok belok ibadah Nabi, mereka pun terpecah menjadi tiga kelompok. Salah
seorang di antara mereka berkata: Aku akan solat malam selama-lamanya. Yang
lain mengatakan: Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan pernah
berbuka. Sementara yang ketiga berkata: Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan
menikah untuk selama-lamanya. Lalu, datanglah Rasulullah SAW yang mendengar
kata-kata mereka.

TAWAZUN
( SEIMBANG)

FIZIKAL DAN KEHORANIAN

TAWAZUN DARI SUDUT
FIZIKAL (makanan)

• Fizikal ataupun jasad merupakan suatu amanah oleh Allah agar kita sentiasa mengingati Allah

pada setiap masa dengan menjaganya dengan baik dan tidak berlebihan

• Antara makanan yang seimbang untuk menyihatkan tubuh badan kita ialah seperti nasi,

sayur, buah-buahn dan makanan lain yang berkhasiat serta halal

• Sekiranya kita hanya melebihkan tentang kerohanian sahaja tanpa mementingkan kesihatan

tubuh badan maka fizikal kita akan lemah dan mudah mendapat penyakit Kurang makanan
lemah, sakit, bahkan bisa mati (kelaparan)

• Allah SWT telah menyediakan makanan yang cukup untuk manusia agar kita sentiasa sihat

tubuh badan supaya kita dapat beribadah dengan tenang

• Allah SWT hanya melarang untuk tidak berlebihan dan tidak terlalu berkurangan agar kita

sentiasa seimbang dengan kehidupan seharian

TAWAZUN DARI SUDUT
FIZIKAL (pekerjaan)

• Kita sebagai manusia juga perlu bekerja seperti orang lain dari

pekerjaan yang halal agar dapat mencari sumber makanan

• Islam melarang kita membuat pekerjaan yang sia-sia dan terkutuk

kerana hasil pendapatan kita akan menjadi haram

• Makanan halal tapi didapati wang yang diperolehi haram maka

hukumnya tetap haram kerana makanan yang kita makan adalah
hasil daripada pekerjaan yang haram

DALIL HADIS DAN AL-QURAN

• “Mukmin yg kuat itu lebihh baik dan disukai oleh Allah daripada mu’min yg

lemah” [riwayat Muslim]

• “Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya” [80:24]
• “ Wahai manusia! makanlah dari makanan yg halal dan baik yg terdapat di bumi

dan jaganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh syaitan itu
musuh yang nyata bagi kami” [2:168]

• “Wahai org yg beriman, makanlah dari rezeki yang baik yg Kami berikan kpd

kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu menyembah kpd-Nya” [2:172]

• “ Dan kami jadikan tidurmu untuk beristirehat” [2:172]

TAWAZUN DARI SUDUT
KEROHANIAN

• Kerohanian dari segi tawazun pula ialah berkaitan dengan hati iaitu setiap

mukmin perlu menyucikan hatinya dengan dzikrullah

• Jenis manusia yang berlebihan serta tidak bertawazun :
• 1) manusia atheis - mereka tidak mengakui Allah itu tuhan kerana mereka

bersandarkan kepada akal semata-mata

• 2) manusia materialis – mementingkan masalah jasmani sahaja dan

materialistatik

• 3) manusia pantheis: mementingkan hanya keada batin dan hati sahaja

AKIBAT TIDAK MENJAGA
KEROHANIAN

• Kehidupan seseorang akan menjadi tidak terkawal serta tidak

mempunyai pegangan yang mantap

• Halal dan haram tidak dipedulikan

• Mereka hanya membiarkan orang susah tanpa menghulurkan

bantuan kerana hanya mementingkan diri sendiri sahaja

• Apabila kita tidak bertawazun maka masyarakat akan menjadi

hancur serta secara tidak langsung negara juga akan hancur
kerana masyarakat yang bersikap berlebihan di dalam
kerohanian

PENUTUP

• Fungsi utama manusia diatas muka bumi ini adalah bagi beribadah kepada Allah S.W.T

sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rahmat Allah S.W.T yang tidak terhingga dan
ternilai. Mardzelah Makhsin (2003)

• Begitulah keseimbangan antara hak-hak Allah swt seperti solat dan puasa, dan

keperluan fitrah manusia seperti mencari rezeki, makan, tidur dan berpasangan. Ayat Al-
quran dan hadis tersebut juga memberikan pemahaman kepada kita, bahwa
kesempurnaan ibadah seseorang tergantung kepada sejauh mana ibadahnya dapat
menimbulkan impak sosial positif bagi kehidupannya. Sejauh mana ibadahnya mampu
melahirkan kebaikan demi kebaikan yang dapat dirasai orang sekelilingnya.

SENARAI RUJUKAN

Abdullah Nasih ‘Ulwan. (1998). Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam. Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid Hafidz Ahmad. (2008). Islam Agama Rabbani: Dasar
Pendidikan Islam Teras. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mardzelah Makhsin. (2003). Pendidikan Islam Jilid 1. Pahang: PTS Publication & Distribution Sdn.
Bhd.

Mardzelah Makhsin. (2003). Pendidikan Islam Jilid 2. Pahang: PTS Publication & Distribution Sdn.
Bhd.

Mohd Nakhaie Ahmad. (2004). Masyarakat Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.


Click to View FlipBook Version