Pendekatan
dan Strategi
ketika PdP
Pendekatan Tematik: Tema Kesihatan
⬗ Tajuk pembelajaran adalah tentang adab riadah.
⬗ Pada awal pembelajaran, guru menunjukkan gambar
aktiviti sukan dan meminta murid-murid mengaitkan
gambar dengan perkara yang akan dipelajari.
⬗ Guru meminta idea murid-murid tentang maksud riadah
dan menulisnya di papan putih.
⬗ Guru memberikan kad yang mengandungi dalil tentang
riadah.
2
Pendekatan Induktif
⬗ Guru menunjukkan sekeping gambar aktiviti sukan kepada
murid-murid.
⬗ Guru meminta murid agar mengaitkan gambar tersebut
dengan kehidupan harian.
⬗ Murid memberikan pendapat masing-masing tentang
gambar tersebut.
⬗ Guru memberitahu kepada murid tentang konsep riadah
dan perkaitan dengan kehidupan harian murid.
3
Strategi Pemusatan Murid
⬗ Murid bersoal jawab dengan guru tentang gambar aktiviti sukan yang
ditayangkan.
⬗ Murid memberikan idea tentang maksud riadah.
⬗ Murid diminta menghafal dan menyebut maksud riadah.
⬗ Murid membaca dalil tentang riadah dan guru membetulkan kesilapan murid-
murid.
⬗ Murid-murid berbincang tentang adab-adab beriadah secara berkumpulan dan
membentangkan idea tersebut kepada murid-murid lain.
⬗ Idea yang dibentangkan itu dibincangkan dan dikembangkan oleh murid-murid
lain.
4
Strategi Berasaskan Bahan
⬗ Guru menunjukkan gambar aktiviti sukan menggunakan slaid.
⬗ Guru menulis idea murid-murid tentang maksud riadah pada papan
putih.
⬗ Guru memperdengarkan dalil naqli berkaitan riadah menggunakan
audio.
⬗ Murid-murid menyambung kad menjadi dalil yang lengkap.
⬗ Murid menulis idea tentang adab-adab beriadah di atas kertas A4.
⬗ Lembaran kerja diberikan sebagai kerja rumah.
5
Teknik dan
Kaedah
Pengajaran
ketika PdP
Kaedah dan Teknik Pengajaran Berdasarkan RPH
Sumbang Saran Perbincangan Permainan
7
Sumbang Saran
⬗ Guru menulis tentang konsep riadah di papan putih.
⬗ Murid bebas memberikan pendapat dan idea masing-
masing tentang konsep tersebut.
⬗ Guru mendengar semua pendapat murid dahulu tanpa
membetulkan murid.
⬗ Guru membincangkan semula tentang setiap pendapat yang
dikemukakan murid dan merumus kembali tentang konsep
riadah.
8
Perbincangan
⬗ Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil dan membuat
perbincangan tentang adab beriadah yang menepati syarak.
⬗ Setiap ahli memberikan idea dan pendapat masing-masing
tentang isu tersebut.
⬗ Murid menulis kesemua pendapat yang dikemukan di atas
kertas A4 dalam bentuk peta minda.
9
Permainan
⬗ Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
⬗ Setiap kumpulan diberikan sampul surat yang
mengandungi potongan kad ayat .
⬗ Audio bacaan dalil naqli akan diperdengarkan selama 3 kali
oleh guru dan murid perlu mengingati ayat tersebut.
⬗ Murid menyambung kad potongan ayat tersebut agar
lengkap berdasarkan audio tersebut.
10