DRAFF
...
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: 2020
Program: Program Ijazah Sarjana Muda Nama Pelajar:
Perguruan (PISMP)
Semester/Tahun: 1 / 2
Kod: EDUP3043
Ambilan: Jun 2019
Nama Kursus:
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Kumpulan:
Laku PISMP PJ1619 - PISMP PJ2618
PISMP PI1619 - PISMP PI6619
Tugasan
1. Pengurusan Grafik Tarikh Mula Tarikh Hantar
2. Penulisan Akademik 16.09.2020 25.09.2020
24.09.2020 28.10.2020
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Membolehkan pelajar :
1. Menjelaskan secara mendalam konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang
berkesan. (C2, LO1)
2. Membincangkan dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah
aliran perdana dan inklusif (C4,LO3,CTPS3)
3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan (C4, LO3, LO6, LL1, CTPS3)
4. Memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah
laku bermasalah di dalam bilik darjah (C5, A1, LO3, CTPS3)
5. Membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif dan inovatif (C6, LO3,
CTPS3)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.
V1.0
OBJEKTIF TUGASAN
Pelajar akan dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Membuat interprestasi tentang konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang
berkesan. (C2, LO1)
2. Menghasilkan satu penulisan akademik dengan memperlihatkan daya kreaviti
berdasarkan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah. (C4,LO3,CTPS3)
3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan (C4, LO3, LO6, LL1, CTPS3)
4. Menghasilkan satu pengurusan grafik mengikut model pengurusan disiplin dan
intervensi dalam menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. (C5, A1,
LO3, CTPS3)
TBI: Kreativiti
EQ: Bagaimanakah kreaviti guru mempengaruhi peranan mereka dalam mewujudkan
persekitaran bilik darjah dan pengurusan pembelajaran yang kondusif?
Tugasan 1: Pengurusan Grafik (10%)
Persekitaran bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang efektif. Justeru itu, guru harus bijak memainkan peranan dalam
mentransformasikan bilik darjah ke arah pembangunan potensi murid secara holistik dan
bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni selaras dengan tuntutan
FPK.
Berdasarkan pengalaman anda semasa PBS, ilustrasikan dalam bentuk pengurusan grafik
peranan anda semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Ilustrasi tersebut haruslah merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif
dalam kelas pendidikan aliran perdana dan inklusif.
Tugasan 2: Penulisan Akademik (40%)
Kegagalan guru dalam pengurusan bilik darjah berkait rapat dengan kegagalan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Masalah ini akan mendorong murid untuk melakukan
tindakan salah laku yang akan mengakibatkan keciciran dalam pembelajaran serta menganggu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Sediakan penulisan akademik berkaitan transformasi pengurusan pembelajaran yang kondusif
dengan mengaplikasikan model-model pengurusan disiplin yang sesuai serta merujuk pelbagai
sumber yang releven dalam membuat analisis untuk menangani kemungkinan terdapat tingkah
laku bermasalah semasa melaksanakan proses pdp dalam bilik darjah.
V1.0
PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN 1 DAN 2
1. Tugasan 1 adalah secara berkumpulan (satu kumpulan tidak melebihi 3 orang),
manakala tugasan 2 adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat
berkaitan keperluan tugasan.
3. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
4.1 Muka surat depan hendaklah mengikut templat terkini yang mengandungi:
4.1.1 Nama Pelajar
4.1.2 Angka giliran
4.1.3 Nombor Kad Pengenalan
4.1.4 Kumpulan
4.1.5 Kod Dan Nama Kursus
4.1.6 Nama Pensyarah Kursus
4.1.7 Tarikh Hantar
4.2 Arial/Saiz huruf 11 Font
4.3 Langkau 1.5 baris
4.4 Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan, dan dimasukkan
ke dalam senarai kandungan
4.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
5. Panjang tugasan 1 adalah 300 patah perkataan.
6. Panjang tugasan 2 adalah 1300 patah perkataan
7. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
8. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
9. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali
10. Tugasan ini membawa markah 50%.
V1.0
Kriteria Pentaksiran Penulisan Akademik
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
( LEE BIN SAAT ) ( ROHA BINTI TAMIT)
Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)/Penyelaras Kursus
/Pensyarah Kanan
Disahkan oleh:
( ROHA BINTI TAMIT )
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Tun Abdul Razak
V1.0
V1.0