The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2020-11-06 03:36:07

Garis Panduan Perlaksanaan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR)

Buku Panduan AMAR
ANGKATAN MAHASISWA ANTI RASUAH
SPRM

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN

ANGKATAN
MAHASISWA
ANTIRASUAH

1


TERBITAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT,
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

NO TEL : 03-8870 0000
FAKS : 03-8899 4329
EMEL : [email protected]
HOT LINE : 1-800-88-6000

1


“Suara Mahasiswa “
Memerangi Rasuah
2


Senarai Kandungan Muka Surat

Kandungan 4
Prakata Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat 5
1.0 Sejarah Penubuhan 6
1.1 Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Awam/ Universiti Swasta 6
1.2 Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru 7
1.3 Sekretariat Pencegahan Rasuah Institusi Pendidikan Mara 7
1.4 Penjenamaan Semula Sekretariat Pencegahan Rasuah 7
2.0 Nama Persatuan 8
3.0 Logo AMAR 8
4.0 Visi AMAR 8
5.0 Misi AMAR 8
6.0 Objektif AMAR 8
7.0 Moto AMAR 9
8.0 Nilai Korporat AMAR 9
9.0 Warna Korporat AMAR 9
10.0 Peranan Ahli AMAR 10
11.0 Garis Panduan Pelaksanaan Angkatan Mahasiswa Antirasuah 10
11.1 Kertas Cadangan 10
11.2 Kaedah Pelaksanaan Program 11
11.3 Program/ Aktiviti 12
11.4 Penyertaan 12
11.5 Promosi 12
11.6 Peruntukan Kewangan 13
11.7 Penyediaan Laporan Pelaksanaan Program 13
11.8 Struktur Organisasi 13
Lampiran A 14
Lampiran B 15-16
Lampiran C 17
Ikrar 18

3


PRAKATA

PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) merupakan pergerakan pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) yang menyebarkan mesej-mesej pencegahan rasuah. Kewujudan
AMAR adalah bertitik tolak dari hasil dapatan Kajian Persepsi Masyarakat Malaysia
Mengenai Rasuah pada tahun 2002. Hasil dapatan kajian ini menyatakan bahawa
30% pelajar sanggup menerima rasuah sekiranya ada kuasa dan peluang, 23% pelajar
sanggup memberi rasuah untuk mengelakkan tindakan diambil terhadap mereka kerana
telah melakukan sesuatu kesalahan dan 15% pelajar menyatakan sanggup memberi
rasuah untuk melicinkan urusan harian atau menyelesaikan sesuatu urusan.

Kerajaan memandang serius perkara ini. SPRM telah mencadangkan agar diwujudkan
Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di 20 buah IPT awam dan pelancaran telah
dibuat pada tahun 2007. Kewujudan SPR kemudiannya telah dikembangkan ke Institut
Pendidikan Guru pada tahun 2012 dan Institusi Pendidikan MARA pada 2013.

Setelah sedekad kewujudan SPR, SPRM telah menjenamakan semula SPR untuk diberi
imej baru dan hala tuju yang lebih jelas. Pada tahun 2018, menerusi proses penjenamaan
semula, SPR telah dijenamakan sebagai AMAR bersama dengan identiti, profail dan
imej yang tersendiri. Pelancaran penjenamaan semula AMAR telah dilancarkan oleh YB
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan di Universiti Malaysia Perlis.

Semoga AMAR akan terus relevan dalam memberi sokongan dan kerjasama kepada
SPRM dalam konteks menyebarkan mesej antirasuah kepada pelajar khasnya dan
Malaysia secara umumnya. Syabas kepada semua ahli AMAR seluruh Malaysia.

Sekian.

TPj Tuan Ruslan Tuan Mat
Pengarah
Bahagian Pendidikan Masyarakat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

4


1.0 SEJARAH PENUBUHAN
1.1 SEKRETARIATPENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI AWAM / UNIVERSITI
SWASTA

Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat
Pencegahan Rasuah (SPR). Penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di negara
ini bermula pada tahun 2007. SPR yang pertama ditubuhkan adalah di Institusi Pengajian
Tinggi Awam ekoran daripada dapatan Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah 2002 yang
telah dijalankan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian mendapati:

15% daripada 494 pelajar menyatakan kesanggupan memberi rasuah untuk
melicinkan urusan harian atau untuk menyelesaikan sesuatu urusan;
23% daripada 494 pelajar menyatakan kesanggupan memberi rasuah untuk
mengelak daripada sesuatu tindakan diambil terhadap mereka kerana telah
melakukan sesuatu kesalahan; dan
30% daripada 494 pelajar menyatakan sekiranya mempunyai kuasa, sanggup
menerima rasuah jika berpeluang.
Hasil dapatan ini adalah satu mesej kepada kerajaan bahawa sesuatu perlu dilakukan
diperingkat ini untuk mengubah pandangan dan persepsi pelajar mengenai keterbukaan
terlibat dengan perbuatan rasuah yang sepatutnya dipandang serius sebagai satu jenayah
berat di negara ini. Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju untuk
menubuhkan SPR di 20 Universiti Awam di Malaysia dengan bantuan geran sebanyak RM
10,000.00. Selaras dengan itu pada 6 Disember 2007, penubuhan SPR telah dirasmikan
oleh YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada masa tersebut.

5


1.2 SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Pada 22 Januari 2013, Sekretariat Pencegahan Rasuah ini telah diperluaskan lagi dengan
menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru di 27 buah Institut
Pendidikan Guru seluruh Malaysia yang dirasmikan oleh YB Dr. Haji Puad Zarkashi,
Timbalan Menteri Pendidikan II.

1.3 SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH INSTITUSI PENDIDIKAN MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengambil langkah untuk memeterai Memorandum
Persefahaman (MoU) dengan SPRM. Usaha ini telah dijadikan platform untuk mewujudkan
Sekretariat Pencegahan Rasuah Institusi Pendidikan MARA pada 31 Mei 2013. Sebanyak
57 SPR diwujudkan di bawah Majlis Amanah Rakyat yang meliputi Universiti Kuala Lumpur,
Kolej Polytech MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (Rujuk Lampiran C). Majlis terse-
but telah dilancarkan oleh YB Dato Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah.

1.4 PENJENAMAAN SEMULA SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH

Bagi memastikan kewujudan SPR sentiasa relevan di Institusi Pengajian Tinggi, SPR telah
dicadangkan untuk dijenamakan semula. Penjenamaan semula ini adalah bagi memberi
imej dan identiti yang tersendiri dan seragam di seluruh negara. Pada awal penubuhannya,
SPR hanya ada nama dan garis panduan pelaksanaan sahaja. Tidak ada identiti pengenalan
seperti logo, misi, visi, nilai dan moto. Justeru, penjenamaan semula SPR telah dicadangkan
pada awal tahun 2018 untuk penambahbaikan SPR. Pada 24 September 2018, dengan
rasminya nama Sekretariat Pencegahan Rasuah telah dijenamakan dengan nama baru
Angkatan Mahasiswa Antirasuah. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Syed Saddiq
bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP), Perlis.

6


2.0 NAMA PERSATUAN

Angkatan Mahasiswa Antirasuah

Rasional Nama

Mahasiswa merupakan bakal pemimpin masa hadapan Malaysia yang diharap akan
bersatu hati dan prinsip untuk antirasuah.

3.0 LOGO AMAR

4.0 VISI AMAR

Mewujudkan generasi muda yang membenci rasuah dalam usaha menjadikan Malaysia
sebuah negara yang bebas rasuah.

5.0 MISI AMAR

Menerajui usaha pembudayaan nilai-nilai murni, pencegahan rasuah dan salahguna kuasa
dalam kalangan pelajar IPT.

6.0 OBJEKTIF AMAR

6.1 Menerapkan nilai antirasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pelajar
IPT.

6.2 Membudayakan nilai-nilai murni dan antirasuah dalam kalangan pelajar IPT.
6.3 Mendedahkan pelajar IPT kepada program pencegahan rasuah.
6.4 Melatih pelajar IPT kepada pengurusan pelaksanaan program pencegahan

rasuah.
6.5 Menjadikan pelajar IPT sebagai penyampai mesej antirasuah kepada komuniti

kampus dan luar kampus.
6.6 Menjadi sumber rujukan dan pusat informasi mengenai jenayah rasuah dan

salahguna kuasa.
6.7 Menjadi pemangkin kerjasama antara SPRM dan IPT.

7


7.0 MOTO AMAR

Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah

8.0 NILAI KORPORAT AMAR

Jujur : Sifat jujur ini harus dimiliki oleh setiap manusia, kerana sifat dan sikap ini
merupakan prinsip dasar dari cerminan akhlak dan keperibadian seseorang.

Komited : Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan tanpa
mengharapkan ganjaran. Melaksanakan sesuatu tindakan itu kerana didorong
oleh minat dan kesukaan.

Bermaruah : Tidak melakukan perkara-perkara yang mencemarkan nama, sentiasa
menjaga nama baik dan imej kendiri.

9.0 WARNA KORPORAT AMAR

Hitam Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi penuh
kerahsiaan dan ketegasan. Melambangkan serius dan kemewahan.

Merah Membawa makna kekuatan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat.
Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah
juga membawa maksud agresif.

Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai dan sejahtera di
Biru samping melambangkan keikhlasan dan harapan. Biru mewakili semangat

dan elegan.

Kuning Warna ini lebih optimis dan moden. Melambangkan kegembiraan, penuh
semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria.
Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi.

10.0 PERANAN AHLI AMAR

10.1 Menyelaraskan urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan program pencegahan
rasuah sama ada yang dianjurkan oleh SPRM atau badan-badan pertubuhan pelajar.
Ini termasuklah penyelarasan bagi mendapatkan penyertaan komuniti/warga kampus
atau hebahan makluman program.

10.2 Memberi panduan dan informasi mengenai cara-cara pengendalian program-program
pencegahan rasuah dan menyampaikan maklumat-maklumat aktiviti yang dianjurkan.

10.3 Menjadikan organisasi perantara di antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT, SPRM dan
pelajar di dalam pelaksanaan program-program pencegahan rasuah.

10.4 Mewujudkan suasana ceria AMAR dengan kelengkapan peralatan publisiti seperti
banting, logo, pelekat, risalah dan lain-lain bahan penerbitan.

10.5 Menjadikan pejabat Urusetia AMAR sebagai pusat aktiviti masa lapang pelajar-
pelajar peringkat kampus.

8


11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH

Garis panduan ini meliputi 2 aspek berikut:
i) Panduan Pelaksanaan Program Pencegahan Rasuah
ii) Panduan Penyediaan Laporan Pelaksanaan Program

11.1 KERTAS CADANGAN

11.1.1 Mana-mana persatuan/kelab/jawatankuasa kerja IPT yang ingin
melaksanakan program dan memohon atau menghantar bantuan
kewangan hendaklah terlebih dahulu berbincang dengan pegawai yang
bertanggungjawab di SPRM bagi tujuan pelarasan program. Kertas
cadangan mestilah mengandungi:

i) Latarbelakang
ii) Objektif
iii) Perancangan dan justifikasi program
iv) Kumpulan sasaran
v) Mesej yang hendak disampaikan
vi) Kos pelaksanaan
vii) Aturcara program

Format penyediaan kertas cadangan adalah seperti di Lampiran A.

11.1.2 Kertas cadangan yang dihantar kepada SPRM oleh pihak penganjur
IPT hendaklah terlebih dahulu disokong oleh Angkatan Mahasiswa
Antirasuah (AMAR) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mendapat
kelulusan rasmi untuk menjalankan program oleh Bahagian Hal Ehwal
Pelajar (HEP) IPT. Surat iringan oleh HEP dan AMAR yang ditandatangani
perlu disampaikan semasa menghantar permohonan.

11.1.3 Semua kertas cadangan yang telah lengkap perlulah dihantar kepada
AMAR untuk perhatian Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat
selewat-lewatnya 1 bulan sebelum projek dilaksanakan melalui Unit
PenMas, SPRM Negeri. Setiap permohonan perlu ada sokongan
Pengarah SPRM Negeri.

11.1.4 Nama program mestilah dipilih mengikut kesesuaian iaitu berkaitan
dengan aktiviti pencegahan rasuah atau pengukuhan integriti.

11.1.5 Permohonan tidak dapat dipertimbangkan dalam situasi berikut:

i) Tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan.
ii) Lewat diterima (tempoh kurang 1 bulan) dari tarikh pelaksanaan.
iii) Kertas cadangan tidak menepati aktiviti yang bersesuaian dengan

aktiviti pencegahan rasuah atau pengukuhan integriti.
iv) Tidak menyatakan butiran anggaran perbelanjaan program.
v) Tidak selaras dengan objektif AMAR dan dasar SPRM.

9


11.2 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

11.2.1 Penganjur perlulah memahami serta mematuhi etika dan peraturan IPT.

11.2.2 Penganjuran program adalah berkonsepkan perkongsian bestari antara
SPRM dan IPT.

11.2.3 Perbincangan/penerangan mengenai program pencegahan rasuah yang
ingin dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu yang mana melibatkan
pihak berkuasa tempatan atau pihak swasta atau pihak lain perlulah
dibuat satu (1) bulan sebelum tarikh pelaksanaan. Jangka waktu ini
bagi membolehkan perbincangan di semua peringkat yang terlibat untuk
mendapatkan kebenaran dan kelulusan.

11.2.4 Bagi program anjuran persatuan/kelab pelajar IPT yang membawa status
kerjasama SPRM, maka pegawai daripada SPRM adalah bertindak atas
sifat sebagai salah seorang penasihat projek berkenaan.

11.2.5 Hanya persatuan, kelab atau badan yang berdaftar melalui HEP
(mempunyai perlembagaan dan struktur organisasi yang tetap) boleh
menganjurkan Program Pencegahan Rasuah di IPT serta layak memohon
bantuan. Jawatankuasa di peringkat kolej yang ingin menjalankan
program boleh mendapatkan pengesahan pihak pengetua kolej dan
sokongan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar masing-masing.

11.2.6 Acara perasmian sama ada pembukaan dan penutup yang ingin
melibatkan Menteri, Timbalan Menteri atau pegawai-pegawai
Pengurusan Tertinggi SPRM hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya
dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pelaksanaan program. Salinan
surat tersebut hendaklah dihantar ke Urusetia AMAR IPT, Bahagian/
Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Ibu Pejabat atau Negeri bagi
penyelarasan persiapan dari segi protokol, ucapan dan publisiti.

11.2.7 Sebarang penangguhan program perlulah dimaklumkan terlebih dahulu
kepada Hal Ehwal Pelajar masing-masing dan salinan kepada Urusetia
AMAR IPT, Bahagian/Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Ibu Pejabat
dan Negeri sekurang-kurangnya satu (1) minggu dari tarikh penerimaan
penangguhan.

10


11.3 PROGRAM/ AKTIVITI

11.3.1 Pengisian aktiviti hendaklah berasaskan kepada aktiviti-aktiviti
pencegahan rasuah dan penerapan nilai-nilai murni.

11.3.2 Bagi aktiviti yang melibatkan masyarakat tempatan ahli jawatankuasa
program seharusnya memaklumkan kepada peserta-peserta mengenai
peranan AMAR di IPT. Pelaksana dan fasilitator perlulah menunjukkan
model yang baik dan bersesuaian dengan masyarakat tempatan.

11.3.3 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Basmi Rasuah dan pembacaan Ikrar Rukun
Negara hendaklah dimasukkan ke dalam aturcara majlis perasmian/
pembukaan program pencegahan rasuah IPT.

11.3.4 Mesej yang hendak disampaikan bagi setiap program mestilah
merangkumi mesej antirasuah yang ditetapkan oleh SPRM.

11.4 PENYERTAAN

Penganjur juga mestilah mengambil kira penyertaan meluas daripada segenap
lapisan komuniti kampus dan bukannya hanya tertumpu kepada penyertaan
segelintir peserta di bawah Persatuan Anak-Anak Negeri, peringkat kolej dan
fakulti. Program yang mengambil kira penglibatan oleh komuniti tempatan di
persekitaran tempat di mana aktiviti diadakan adalah dialu-alukan.

11.5 PROMOSI

11.5.1 Logo SPRM perlulah dipamerkan pada semua jenis bahan promosi
seperti banner, brosur, poster, cenderamata, buku program, baju
kemeja-T, topi, borang, serta sijil penyertaan dan lain-lain.

11.5.2 Sebarang bentuk publisiti termasuk sidang akhbar perlulah menekankan
liputan yang wajar atas nama AMAR di IPT dan dengan kerjasama SPRM
dan bukan merupakan penaja program.

11.5.3 Sebarang bentuk percetakan dan penulisan, kenyataan akhbar, buku
program yang akan didokumentasikan/diterbitkan untuk tujuan
hebahan perlu dirujuk kepada pihak SPRM terlebih dahulu untuk tujuan
pengesahan dan kelulusan.

11


11.6 PERUNTUKAN KEWANGAN

11.6.1 Bantuan kewangan yang dipersetujui oleh SPRM hanyalah untuk
menampung sebahagian kos keseluruhan program, melainkan bagi
program-program khas yang telah mendapat kelulusan SPRM.

11.6.2 Perbelanjaan projek mestilah mengikut peruntukan seperti butiran yang
diluluskan sahaja dan mendapat kebenaran dari SPRM.

11.6.3 Persatuan/ Pertubuhan yang telah diluluskan permohonan bantuan akan
dimaklumkan secara bertulis oleh Urusetia AMAR, Bahagian Pendidikan
Masyarakat, SPRM.

11.7 PENYEDIAAN LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

11.7.1 Laporan pelaksanaan program perlulah disampaikan kepada Urusetia
Sekretariat Pencegahan Rasuah, Bahagian Pendidikan Masyarakat,
SPRM dalam tempoh 30 hari selepas program dilaksanakan. Satu
salinan dihantar kepada Unit PenMas Negeri.

11.7.2 Laporan pelaksanaan program perlu mengandungi butir-butir lengkap
program seperti format yang dilampirkan.

11.7.3 Penilaian mengenai impak program adalah merupakan sebahagian dari
kandungan atau ulasan dalam laporan pelaksanaan program. Penganjur
boleh melihat ketepatan/keberkesanan program diukur dari aspek :

i) Objektif program dan objektif AMAR secara keseluruhan telah
dicapai.

ii) Perubahan sikap para peserta sebelum dan selepas program.
iii) Maklumbalas positif dari para peserta, komuniti atau ahli

masyarakat di mana program telah dilaksanakan.
iv) Tanggapan para peserta dari segi peranan aktiviti-aktiviti

pencegahan rasuah terhadap pembentukan sahsiah diri mereka.
v) Penerimaan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti pencegahan

rasuah di IPT yang telah dijalankan.
vi) Peningkatan pengetahuan sebelum dan selepas program.

Format penyediaan kertas cadangan adalah seperti di Lampiran B.

11.8 STRUKTUR ORGANISASI

Format penyediaan kertas cadangan adalah seperti di Lampiran C.

12


LAMPIRAN A

FORMAT PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN
PROGRAM ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH

1.0 TAJUK KERTAS CADANGAN

Nyatakan tajuk kertas cadangan (Kertas Cadangan Memohon Kelulusan dan
peruntukan Program AMAR bagi Melaksanakan {Nama Program}).

2.0 PENDAHULUAN

Nyatakan tujuan kertas cadangan ini dikemukakan.

3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

3.1 Nyatakan nama aktiviti/ program
3.2 Tarikh pelaksanaan
3.3 Tempat pelaksanaan
3.4 Penganjuran – Nyatakan nama penganjur ( persatuan/ kelab/ majlis dan

sebagainya).
3.5 Kumpulan Sasaran – Nyatakan dengan jelas kumpulan yang disasarkan

atau kumpulan yang akan menyertai/ menghadiri program.
3.6 Justifikasi – Nyatakan mesej yang hendak disampaikan.
3.7 Nyatakan perancangan program.

4.0 OBJEKTIF

Nyatakan dengan jelas objektif program

5.0 KOS PELAKSANAAN

5.1 Nyatakan perbelanjaan yang dianggarkan.
5.2 Nyatakan sumber kewangan untuk melaksanakan program tersebut.

6.0 ATURCARA PROGRAM

Nyatakan dengan terperinci aturcara program atau aktiviti dalam program.

7.0 MAJLIS PERASMIAN

7.1 Nyatakan tetamu jemputan khas.
7.2 Nyatakan individu yang dijemput untuk merasmikan program.

8.0 JAWATANKUASA KERJA

8.1 Lampirkan struktur AMAR
8.2 Lampirkan senarai jawatankuasa kerja
8.3 Nyatakan nama dan nombor telefon Urusetia yang boleh dihubungi

9.0 PENUTUP

Nyatakan jumlah peruntukan program AMAR yang dipohon.

13


LAMPIRAN B

FORMAT PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN
PROGRAM ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH (AMAR)

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH
UNIVERSITI AWAM/UNIVERSITI SWASTA/INSTITUT PENDIDIKAN GURU/
INSTITUSI PENDIDIKAN MARA

ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH:………………………………………………………………………….

TAJUK PROGRAM
TARIKH PELAKSANAAN
TEMPAT PELAKSANAAN
MASA PELAKSANAAN
KUMPULAN SASARAN
KEHADIRAN

i. PERASMI
1.

ii. TETAMU VIP 2.

3.

OBJEKTIF /TUJUAN 1.
PROGRAM 2.

RINGKASAN PROGRAM

JUMLAH PERBELANJAAN SPRM RM
SUMBER PERBELANJAAN INSTITUSI RM
BAHAN EDARAN TANPA BAJET RM
LAIN-LAIN (Nyatakan) RM

14


Disediakan oleh,
…………………………………………..
()
Disahkan oleh,
…………………………………………..
()

Tandakan / pada dokumen yang telah dilampirkan.
Senarai semak lampiran yang perlu disertakan:

1. Aturcara Program
2. Gambar Program
3. Keratan Akhbar (sekiranya ada)

15


LAMPIRAN
C

PENASIHAT BERSAMA
Ketua Pesuruhjaya SPRM
TNC (Hal Ehwal Pelajar)

KETUA PENYELARAS
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM

Pengarah SPRM Negeri
Pengarah Hal Ehwal Pelajar

PENYELARAS
Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM

Ketua Unit PenMas Negeri
Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar

PRESIDEN
Pelajar

TIMBALAN PRESIDEN
Pelajar

SETIAUSAHA
Pelajar

FACE TO FACE PENOLONG SETIAUSAHA DOKUMENTASI/
Pelajar MEDIA

BENDAHARI
Pelajar

PENOLONG BENDAHARI
Pelajar

JAWATANKUASA KERJA
Pelajar

CERAMAH RAKAN RISALAH
SEKRETARIAT
SEMINAR/ FORUM/ RADIO
BENGKEL
MAJALAH/ NEWSLETTER/
ROUND TABLE BAHAN - BAHAN PENERBITAN
DISCUSSION
LAIN
PAMERAN FACEBOOK/ TWITTER/

AKTIVITI KEAGAMAAN/ FLICKER
NILAI-NILAI MURNI

16


IKRAR

Bahawa kami,
anak muda mahasiswa yang merdeka dan bermaruah,
dengan penuh iltizam dan rela hati, berikrar dan bersumpah,
akan memelihara maruah serta integriti kami, agama,
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, dengan mencegah
dan memerangi, sebarang bentuk rasuah dan salahguna kuasa.

Ke arah itu kami bersumpah:
Akan menjunjung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
Akan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang
negara; Akan meningkatkan integriti, dan mengamalkan nilai-nilai murni, serta
mengelakkan diri,daripada terlibat dengan sebarang jenayah rasuah dan salah
guna kuasa; akan mendukung dan mempertahankan segala usaha untuk
mencegah dan memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna
kuasa; dan akan kekal teguh dalam perjuangan menentang kemungkaran rasuah

dan salah guna kuasa demi agama, bangsa dan negara.

17


Click to View FlipBook Version