The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP 2034 Pengurusan Bilik Darjah, Nota IPG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2020-12-02 09:27:15

EDUP 2034 Pengurusan Bilik Darjah, Nota IPG

EDUP 2034 Pengurusan Bilik Darjah, Nota IPG

para pelajar memandangkan gurulah yang memainkan peranan yang
besar dan penting alam membentuk pelajar yang baik dan
berketerampilan. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan
sebagai kaunselor atau pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam
mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan
masalah harian yang dihadapinya.

Antara peranan guru biasa sebagai kaunselor atau pembimbing ialah
membantu dan membimbing pelajar mengatasi masalah yang dihadapi
seperti masalah berkaitan dengan pembelajaran, sosioekonomi dan
keluarga. Sebagai contoh, guru membimbing sekumpulan pelajar
melaksanakan tugasan yang diberi sukar seperti latihan matematik dan
akan memudahkan pelajar memahami dan menyelesaikan latihan
tersebut. Dalam masalah sosial emosi seperti kecewa, bosan, dan
sebagainya, guru perlu membimbing pelajar-pelajar berkenaan supaya
dapat membina keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran
secara aktif. Terdapat juga sesetengah kes pelajar menghadapi masalah
keluarga seperti perceraian. Dalam hal ini, peranan guru diperlukan untuk
menasihati dan berbincang dengan pelajar untuk mencari punca
berlakunya masalah keluarga. Guru juga boleh membimbing pelajar
sekiranya pelajar tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri. Dalam
konteks ini, guru harus peka dan mengambil berat tentang setiap
pergerakan dan tingkah laku pelajar. Sekiranya mendapati muri-murid
menghadapi masalah, guru perlu membimbing mencari cara
menyelesaikan maslah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah
tidak wujud seperti tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, tidur dan sebagainya.

Selain itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor adalah membantu
mengembangkan kebolehan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar-
pelajar di sekolah mempunyai tahap kebolehan yang berlainan sama ada
pelajar pintar, sederhana dan lemah. Menurut Ramlah Jantan dan
Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan aspek-aspek perbezaan
individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi,

51

kecerdasan, sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan

lain-lain. Justeru, guru memainkan peranan dalam membimbing dengan

menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran

mental mereka. Hal ini akan menggalakkan pelajar lebih terlibat secara

aktif dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, guru haruslah memberi

peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri

dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayangi

dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Di

dalam kelas, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal,

teknik peneguhan, serta memberi dorongan kepada para pelajar supaya

kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah

dikembangkan dengan seimbang dari semua aspek iaitu jasmani, rohani,

emosi, intelek dan sosial.

Di samping itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor ialah menolong
pelajar membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu
pelajar-pelajarnya menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek seperti fizikal,
mental, emosi, persekitaran dan sebagainya. Penyesuaian ini berlaku
secara langsung atau tidak langsung sama ada di dalam bilik darjah atau
di luar bilik darjah. Hal ini demikian kerana supaya pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan situasi baru yang
mereka hadapi. Hal ini disebabkan semua pelajar mempunyai latar
belakang yang berbeza sama ada dari segi budaya, agama, kaum dan
keluarga. Justeru, guru perlu memainkan peranan dalam membimbing
pelajar dengan membiasakan mereka menghadapi situasi sebenar
dengan memberi nasihat, motivasi serta kata-kata yang boleh meningkat
semangat pelajar. Dalam konteks ini, guru perlu lebih memahami
pelajarnya melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap sikap dan
keadaan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah. Jika terdapat pelajar yang
kelihatan murung, guru perlu mengambil tindakan dengan mengadakan
perjumpaan dengan pelajar tersebut dan mengambil langkah-langkah
yang sesuai.

52

Peranan guru biasa sebagai kaunselor seterusnya membimbing pelajar
membuat keputusan. Pengalaman yang dimiliki oleh guru berbanding
dengan pelajar membolehkan guru lebih bijak dalam membuat sesuatu
keputusan. Justeru, guru perlu membimbing murid untuk membuat
keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam
kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam
kehidupan. Dalam konteks ini, guru hanya memberi cadangan kepada
murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah berada di tangan
pelajar tersebut. Selain itu, guru juga perlu memastikan keputusan yang
dibuat oleh murid adalah berpandukan nilai-nilai moral, agama, terminal
dan juga instrumental. Hal Ini disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam
memberikan panduan dalam kehidupan manusia. Guru-guru biasa juga
boleh membantu murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang mereka
ingin belajar dan berkomunikasi dengan mereka secara kerap untuk
berfikir tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka akan ceburi pada
masa depan kelak.

Seterusnya, peranan guru biasa sebagai seorang kaunselor ialah
membentuk tabiat kerja murid. Pembentukan tabiat positif mampu
memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam
pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti
positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin
terhadap kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi.
Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal
tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan
sebagai iktibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita
dalam usaha mencapai kejayaan. Oleh itu, dapat dirumuskan guru biasa
juga mempunyai peranan yang hampir sama dengan seorang kaunseling
iaitu sikap pembimbing. Sememangnya sifat pembimbing ini dimiliki oleh
seorang dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru biasa juga harus memiliki kemahiran-kemahiran
dalam proses membimbing agar dapat menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar dan memudahkan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

53

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Anda boleh meluaskan pengetahuan tentang aplikasi terapi bermain, terapi
bercerita, terapi seni dan terapi muzik dalam pendidikan dengan melayari
internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan
serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh,
kreativiti seni kanak-kanak dan kaitan pedagogi
terapi-terapi tersebut dalam pendidikan.

Pengalaman Berdasarkan penyelidikan yang anda buat
AKTIVITI 1 daripada pelbagai sumber, pilih satu teori di atas
dan perjelaskan sejauh manakah teori tersebut
Refleksi : adalah paling sesuai dengan murid – murid abad
ke-21.

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan
kefahaman anda terhadap jenis-jenis aktiviti bermain,
bercerita, seni dan muzik yang sesuai untuk
kanak-kanak.

54

UNIT 3 PELAN PENGURUSAN
BILIK DARJAH (1Jam)

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit, pelajar dapat :
1. Mereka bentuk pelan pengurusan bilik darjah yang kreatif,
inovasi dan berkesan.

4. 2. Menghuraikan kekangan-kekangan dalam pengurusan bilik darjah.
5.

SInopsis

Dalam unit ini, anda akan diberi peluang untuk mereka bentuk pelan
pengurusan bilik darjah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dipelajari dalam unit-unit sebelum. Aplikasi pengetahuan anda
kepada model pengurusan disiplin bilik darjah seperti konsep interaksi dan
komunikasi di dalam bilik darjah bagi mereka bentuk pelan pengurusan bilik
darjah yang kreatif, inovasi dan berkesan. Bincang kekangan-kekangan
yang akan anda hadapi dalam mereka bentuk dan melaksanakan pelan
pengurusan bilik darjah.

3.1 Mereka Bentuk Pelan Pengurusan Bilik Darjah

Pelan pengurusan bilik darjah direka bagi tujuan mewujudkan persekitaran
psikososial dan fizikal yang kondusif untuk pembelajaran murid. Anda
boleh melayari laman web pendidikan atau laman blog guru-guru lain bagi
mendapatkan idea-idea yang dapat membantu anda. Terdapat pelbagai
bentuk pelan pengurusan bilik darjah yang boleh anda muat turun melalui
internet. Rajah 1 menunjukkan satu contoh pelan pengurusan bilik darjah di
sebuah sekolah tinggi. Bincangkan kesesuaian dan perkaitan pelan
tersebut dalam bilik darjah.

55

.

Rajah 3.1: Contoh Pelan Pengurusan Bilik Darjah
56

Sekarang, anda dikehendaki mereka bentuk pelan
pengurusan bilik darjah. Pertimbangkan faktor kefungsian, kesesuaian
dan praktikal pada pelan tersebut. Bentang pelan pengurusan bilik
darjah tersebut dalam interaksi bersemuka dan bincang bagaimana
pelan tersebut dapat dilaksanakan.

(Source: https://www.teachers.net/wong/AUG14/)

3.2 Kekangan-kekangan dalam Pengurusan Bilik Darjah.

Bila anda mereka bentuk pelan pengurusan bilik darjah, anda akan
menghadapi beberapa kekangan dalam merealisasikannya. Apakah
kemungkinan kekangan-kekangan tersebut?

Kekangan Masa

Anda mungkin kekurangan masa untuk melaksanakan pelan tersebut
walaupun anda mempunyai pelbagai idea dan strategi yang sangat
menarik. Faktor ini adalah disebabkan bebanan kerja yang banyak.

Saiz Kelas Yang Besar

Bilangan murid yang ramai menyebabkan anda sukar untuk menyusun atur
bilik darjah dan memenuhi semua keperluan murid. Justeru itu, interaksi
berkesan sukar dilaksanakan.

Perbezaan sosiobudaya

Bukan mudah untuk mengendalikan kelas yang mempunyai pelbagai
tingkah laku dan latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Setiap kelas,

57

setiap murid dan setiap situasi mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh
itu, pendekatan yang berbeza diperlukan untuk sosiobudaya yang berbeza.
Kekurangan Motivasi Murid
Murid mungkin tidak memberi kerjesama sepenuhnya dan kurang motivasi
untuk menyertai pelaksanaan pelan tersebut. Anda boleh menyedarkan
dan merasionalkan murid tentang kepentingan pelan pengurusan bilik
darjah sebelum mendapat kejasama dari mereka.
Kompitensi Guru
Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan
pelan dan mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan pelan tersebut.
Kekurangan Sokongan Dari Pihak Pengurusan Sekolah
Anda memerlukan sokongan daripada pihak pengurusan sekolah seperti
peraturan dan garis panduan dalam pelaksanaan pelan.
Bincang dalam kumpulan, kekangan-kekangan lain yang mungkin akan
dihadapi dan bentang perbincangan tersebut semasa interaksi di dalam
kelas.

58

Kajian: Penerokaan Multimedia

Teroka laman web untuk mendapatkan pelbagai variasi pelan pengurusan
bilik darjah yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah.

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada
pelbagai sumber, pilih satu teori di atas dan
perjelaskan sejauh manakah teori tersebut adalah
paling sesuai dengan murid – murid abad ke-21.
Refleksi:

Buat refleksi sejauhmana pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dalam unit ini dapat mengubah persepsi
anda dalam pengurusan bilik darjah.

59

RUJUKAN

Abdul Rashid Mohamad. 2000. Bimbingan dan Kaunseling 1. Petaling Jaya :
Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

Azura Ab Rasid (2005). Permasalahan Yang Dialami Dalam Pelaksanaan
Pentaksiran On-line bagi kurikulum Bestari Di Sebuah Sekolah Menengah
Di Kuala Lumpur Serta Pendekatan Awal Untuk Mengatasinya. Laporan
Kajian Pendidikan Ijazah Sarjana Muda, UTM, Skudai.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Quantum Books.

Chase, C. I. (1984). Elementary Statistical Procedures 3 rd ed. Toronto: Mc
Graw-Hill. Gay, L. R. (1981). Education Research, 2nd Edition. London: A
Bell & Howell Company.

Definisi Bimbingan dan Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012,
daripada http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27.

Definisi Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada
http://mas-himpunan1001.blogspot.com/2010/02.

Dr. Maznah Baba & Zainal Madon. (2003) Kaunseling Individu. Kuala Lumpur.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI

Psikologi. Kuala Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Hildebrand, D. K. (1986). Statistical Thinking For Behavioral Scientist. Boston:
BWS.http://belajarbarengrizalyuk.blogspot.com/2013/10/terapi-bermain-
mewarnai.html.

Ibrahim Ahmad. (2002) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah
Rendah Individu. Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

60

Ibrahim Mamat (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran
Kepemimpinan.Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Jamil Adimin (2008). Pengetua Dan Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentaksiran
Di Sekolah. Ehwal Pendidikan. Bil 17/2008.

Kamien, R. (2008). Music: An appreciation. (9th ed). New York: McGraw Hill
Kaunseling Individu & Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada

http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01

Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada
http://kaunselingsktdh2.blogspot.com/2010/11.

Kaunseling Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 21 Ogos 2012, daripada
http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06.

Kaunseling Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 22 Ogos 2012, daripada
http://www.oocities.org/asia/kaunseling4u/kaunselingkelompok.htm

Kebimbangan Bersosial. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2015). Modul Seni Dalam Pendidikan.
Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Khodori et al. (2006). Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Cara Australia. Utusan
Malaysia (Sisipan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia), 26 Oktober
2006.Kuala Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Lembaga Peperiksaan Malysia (2007). Modul Penataran Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS).Kementerian Pelajaran Malaysia.

Linn, R., and Gronland, N. E. (1995). Measurementt and Assessment in
Teaching (7th Ed.) Eaglewood Cliff, N.J: Merrill/Prentice Hall, 6 – 7.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (1995) Kaunseling.
Petaling Jaya; Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

61

Mohd Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Mosley, (2001). http.//www.kids.candiscover.com/therapy-and-special education.

Na’imah Ishak.(2011). School based assessment as transformation in
educational assessment. Keynote dalam international Seminar On
Measurement and Evaluation (ICMEE 4) USM, Pulau Pinang, 9-12
Oktober.

Ramlah Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006) Bimbingan dan Kaunseling.Kuala
Lumpur.

Sulaiman Rashid (2003). Pentaksiran Kerja Amali Sains Berdasarkan Sekolah:
Satu Tinjauan Di Beberapa Sekolah Menengah Di Daerah Segamat.
Laporan Kajian Pendidikan Ijazah Sarjana, UTM, Skudai.

Suzana dan Jamil(2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif Dalam
Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu: Kajian Kes , Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu.

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Perpustakaan
Sultanah Zanariah Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education:
An Introduction 7 th . Ed. Boston: Allyn & Bacon.

Wolf, R. M. (1988). Questionnaires dalam Keeves, J.P (Ed). Educational
Research Methodology and Measurement : An International Hand Book.
Oxford: Pergamon Press.

Yasmin Hussain dan Noorlian Ishak, (2013). Gerak Kerja Kreatif Peringkat Awal
Kanak-Kanak. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Yasmin Hussain dan Zainal Ariffin Ab. Gani, (2013). Asas Terapi Muzik. Ampang,
Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Yasmin Hussain, (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Ampang, Selangor:
Pekan. Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Zaidatun Tasir Dan Mohd Salleh Abu (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS
11.5 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing (M) Sdn Bhd

62

Zainuriyah Abdul Khatab.(2013). Panduan Guru : Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Kuala Lumpur : Pearson(M) Sdn Bhd.

63

PANEL PENGGUBALAN MODUL
PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA (TFM)
(PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU)

NAMA KELAYAKAN

PUAN ROSNAH BINTI A RAJAK Kelulusan:
Sarjana Pendidikan (Teknik dan
Pensyarah Vokasional) UTM
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim Sarjana Muda Kesusasteraan (Kepujian)
Johor USM
( 2002- hingga kini)
Sijil Perguruan
Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan
dan Nilai Pemakanan, Kuala Trengganu.

Pengalaman:
Guru Ekonomi Rumah Tangga (20 tahun)

Pensyarah Ekonomi Rumah Tangga (5
tahun)

Pensyarah Ilmu Pendidikan (10 tahun)

PUAN MASZURIA BINTI A.GHANI Kelulusan:
Ijazah Sarjana
Pensyarah (Pendidikan Keusahawanan)
Jabatan Ilmu Pendidikan UKM
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Ijazah Sarjana Muda

64

NAMA KELAYAKAN

Johor (Pengurusan Perniagaan)
(2007- hingga kini) UUM

Diploma Pendidikan
(Perdagangan dan Prinsip Akaun)
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau
Pinang,
Pulau Pinang

Pengalaman:
Sekolah Menengah (15 tahun)
Pensyarah di IPG (10 tahun)

PUAN SITI MISLIA BT SELAMAT Kelulusan:
Ijazah Sarjana
Pensyarah (Psikologi Pendidikan)
Jabatan Ilmu Pendidikan UTM
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor Ijazah Sarjana Muda
(2002- hingga kini) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
UM

Sijil Perguruan
(Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Maktab Perguruan Raja Melewar,
Negeri Sembilan

Pengalaman:
Sekolah Rendah (3 tahun)
Sekolah Menengah (2 tahun)
Pejabat Pendidikan Daerah ( 2 tahun)

65

NAMA KELAYAKAN
Pensyarah di IPG (15 tahun)

PUAN NOFAZILAH BINTI MOHD Kelulusan:
SAJAT Ijazah Sarjana
(Psikologi Pendidikan)
Pensyarah UTM
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim Ijazah Sarjana Muda
Johor (Bimbinagan Dan Kaunseling)
(20012- hingga kini) UPM

Pengalaman:
Sekolah Menengah (3 tahun)
Kaunselor Pentadbiran IPG (2 tahun)
Pensyarah Akademik di IPG (5 tahun)

66

PANEL PERMURNI MODUL
PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA (TFM)
(PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU)

NAMA KELAYAKAN

PUAN MASZURIA BINTI A.GHANI Kelulusan:
Ijazah Sarjana
Pensyarah (Pendidikan Keusahawanan)
Jabatan Ilmu Pendidikan UKM
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor Ijazah Sarjana Muda
(2007- hingga kini) (Pengurusan Perniagaan)
UUM

Diploma Pendidikan
(Perdagangan dan Prinsip Akaun)
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau
Pinang,
Pulau Pinang

Pengalaman:
Sekolah Menengah (15 tahun)
Pensyarah di IPG (10 tahun)

67


Click to View FlipBook Version