The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN PENUTUPAN PENGARAH (AMARXPKJR)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2022-11-20 08:52:52

TEKS UCAPAN PENUTUPAN PENGARAH (AMARXPKJR)

TEKS UCAPAN PENUTUPAN PENGARAH (AMARXPKJR)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

-TEKS UCAPAN PENUTUPAN-
PUAN ANIS ALISYA BINTI ABDULLAH,

PENGARAH IPGKTAR
-SEMPENA-

“MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM
BANTERAS RASUAH DI JALAN RAYA”

-TARIKH-
30 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)

-TEMPAT-
DEWAN SRI SAMARAHAN, IPGKTAR

1

Program Jelajah Perpaduan Generasi Muda
Peringkat IPGKTAR Tahun 2022

Yang Berhormat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Tuan Mohd Zaki Hassan,
Yang Berhormat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Tuan Chang Ching,
Yang Berbahagia, Dr Yusminah binti Mohd Yusof, Timbalan Pengarah
IPGKTAR,
Yang Berusaha, Puan Safiah binti Haji Shain, Pensyarah Penasihat
Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah,
Yang Berusaha, Dr Radna Wismawati Muhibah Binti Yahya Sawek,
Pensyarah Penasihat Pendidikan Keselamatan Jalan Raya,
Yang Berusaha, Saudari Muhammad Amjad Bin Ahamd Shahir,
Pengerusi Program, para pensyarah yang terlibat serta siswa pendidik
sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
dapat kita berhimpun dalam Majlis Penutup Rasmi Program Banteras
Rasuah di Jalan Raya peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Abdul Razak bagi tahun 2022.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Safiah binti Haji Shain dan Dr
Radna Wismawati Muhibah Binti Yahya Sawek, selaku Penyelaras
Program yang sudi menjemput saya ke majlis ini.

2

Saya juga ingin merakamkan rasa sukacita dan berbesar hati
khususnya kepada Yang Berhormat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) kerana sudi hadir bersama.

Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perhubungan
Antarabangsa IPGKTAR dengan kerjasama Pertubuhan Asas Bina
Negara (ASABINA) kerana telah berjaya menganjurkan Program Jelajah
Perpaduan Generasi Muda. Program ini amat besar faedahnya dalam
usaha mencungkil bakat dan melatih kepimpinan guru pelatih dalam
kalangan siswa pendidik IPGKTAR untuk menganjurkan program di
bawah kelolaan guru pelatih sendiri. Di samping itu, program ini juga
adalah sebagai satu usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
siswa pendidik IPGKTAR. Saya berasa bangga kerana dengan hasil
usaha Jabatan Perhubungan Antarabangsa IPGKTAR, program ini telah
berjaya menonjolkan semangat integriti nasional dalam kalangan siswa
pendidik. Tahniah kepada 223 orang siswa pendidik yang terlibat dalam
Program Jelajah Perpaduan Generasi Muda kali ini.

Sebagai pengenalan, Program Jelajah Perpaduan Generasi Muda
2022 merupakan sebuah program khususnya untuk golongan generasi
muda bagi mendapatkan info-info yang tepat berfokuskan kepada
Perpaduan Bangsa Malaysia. Program ini juga membenarkan generasi
muda untuk membincang, memperhalusi dan menghasilkan dapatan
berkaitan isu-isu perpaduan dan masa depan negara Malaysia. Melalui
perkongsian yang disampaikan oleh wakil Pertubuhan Asas Bina
Negara (ASABINA) ini, generasi muda didedahkan dengan informasi-
informasi yang tepat dan sahih berkaitan sejarah, kepentingan,
kedudukan, peranan serta pengiktirafan terhadap kedudukan setiap
kaum di negara bermula dari era sebelum merdeka sehingga kini yang
menjadi sebahagian elemen penting dalam pencapaian negara. Isu-isu

3

semasa mengenai kedudukan dan peranan setiap kaum di negara lain
juga disentuh bagi tujuan penambahbaikan yang dapat dilakukan dalam
konteks masa kini.

Matlamat dan objektif daripada program ini adalah untuk:

1. Memupuk kesedaran dalam diri siswa pendidik mengenai keburukan
rasuah di jalan raya.
2. Mewujudkan rasa integriti dalam diri siswa pendidik seterusnya
melahirkan komuniti yang bertanggungjawab.
3. Menyediakan ruang agar siswa pendidik menggunakan kreativiti
mereka sepanjang program ini dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan
persembahan.

Diharapkan program Banteras Rasuah di Jalan Raya ini mampu
untuk memberikan pengisian serta iktibar kepada semua pelajar yang
terlibat serta dapat mencapai segala objektif yang telah digariskan. Oleh
itu, segala usaha dan komitmen daripada semua pihak amat saya
hargai. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan program
ini dengan jayanya.

Dengan lafaz Bismilahirrahmannirahim saya dengan sukacitanya
merasmikan penutupan Program Banteras Rasuah di Jalan Raya
Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak bagi tahun
2022.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassallamualaikum
warrahmatullahi wabarakatuh.

4


Click to View FlipBook Version