The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul PIMK 3073 Pedagogi Pendidikan Al-Quran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2021-01-19 18:50:34

Modul PIMK 3073 Pedagogi Pendidikan Al-Quran

Modul PIMK 3073 Pedagogi Pendidikan Al-Quran

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

TAJUK 1 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AL-QURAN

1.1 KAEDAH PENGAJARAN AYAT TILAWAH
1.1.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah
1.1.2 Kaedah Tasmi’
1.1.3 Kaedah Tadarrus

1.2 KAEDAH PENGAJARAN AYAT HAFAZAN
1.2.1 Kaedah Chunking
1.2.2 Kaedah Memahami Makna Ayat
1.2.3 Kaedah Gundal
1.3.4 Kaedah Tikrar

1.3 KAEDAH PENGAJARAN AYAT KEFAHAMAN
1.3.1 Kaedah Bercerita
1.3.2 Kaedah Kaedah soal Jawab
1.3.3 Kaedah Perbincangan
1.3.4 Kaedah Kajian Perpustakaan

1

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

Sinopsis

Tajuk ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah dan
teknik yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
khususnya dalam bidang Tilawah al-Quran meliputi bacaan hafazan dan
kefahaman. Kebijaksanaan guru memilih kaedah dan teknik akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.

1.1 KAEDAH PENGAJARAN AYAT TILAWAH
1.1.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci
al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.
Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW
membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW
kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
Talaqqi
Talaqqi pada bahasa : dari perkataan talaqqa yatalaqqa talaqqiyan bermaksud pertemuan
secara bersemuka.
Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.
Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari
pergerakan dua bibir.
Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir
guru dan menyebutnya ( meniru pergerakan bibir guru ).
Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh
bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan
secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul

2

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang
meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Guru memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru) kepada murid
 Guru membaca dan meminta murid mengikuti bacaan guru secara kelas dan

kumpulan dan individu
 Guru mendengar mentashih bacaan murid secara kelas, kumpulan dan individu

Kekuatan Kaedah Talaqqi Musyafahah

 Kaedah ini amat berkesan bagi mengenalpasti secara amali tahap
kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum hukum tajwid dalam
bacaan Al Quran yang meliputi makhraj makhraj huruf dan sifat sifat huruf

 Pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas.

1.1.2 Kaedah Tasmik

Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud
mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti
guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam
kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk
menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.

Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang
ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar
bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan
oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan
kesalahan murid.

3

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar. Kedudukan guru adalah berhampiran dengan
pelajar dengan keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara
pelajar menyebut kalimah atau ayat.
Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang nyaring supaya guru
dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar. Pelajar boleh membaca secara
kumpulan kecil atau individu.

Kekuatan kaedah tasmik.
 Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang cepat.
 Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.
 Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar pelajar
 Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan
 Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.

1.1.3 KAEDAH TADARUS

Pada bahasa : Belajar mengajar
Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang
sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang.
Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat kesalahan
dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-
murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang
tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya
membaca atau mengeja.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Membaca al-Quran secara bergilir-gilir di dalam kumpulan kecil

4

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

 Membaca mengikut tertib surah dan ayat sebagaimana mushaf
 Menyemak bacaan agar terhindar dari kesalahan sebutan, baris, tajwid dan

sebagainya.
Kekuatan kaedah Tadarrus

 Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.
 Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif
 Berani mencuba
 Membina keyakinan diri.

LATIHAN
1. Apakah persediaan guru sebelum kaedah Tadarrus dijalankan dalam P&P
2. Buat satu aplikasi pengajaran dan pembelajaran yang lengkap bagi kaedah
Talaqqi Musyafahah.
3. Kemukakan dalil-dalil daripada Al-Quran atau Al-Hadith yang menjadi Nas
kepada Kaedah-Kaedah Talaqqi-Musyafahah, Tasmi’ , dan Tadarus.

5

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

1.2 KAEDAH PENGAJARAN AYAT HAFAZAN

1.2.1 Kaedah Membahagi-bahagi Ayat (Chunking)

Chunking bermaksud memisahkan ayat-ayat al-Quran kepada juzuk, hizib dan rubuk . Ini
bermakna al-Quran terdapat 30 juzuk, 60 hizib dan 240 rubuk. Kemudian rubuk dibahagikan
pula kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang kepada beberapa bilangan ayat atau
bahagian ayat mengikut kemampuan penghafaz.

Jika satu-satu ayat yang hendak dihafal itu panjang maka ayat tersebut boleh dipisahkan
kepada beberapa bahagian atau potongan. Potongan ayat diatas dibaca berulang kali
sambil memerhatikan hukum tajwid makhraj huruf dan sifat huruf beberapa kali.

Kemudian bacaan seterusnya ditumpukan pada hafazan, dengan teknik bacaan
antara melihat dengan tidak melihat ayat yang sedang dihafal. Setelah berjaya menghafaz
potongan ayat tersebut ia perlu diulang berkali-kali sehingga hafazan yang baru kita itu
menjadi mantap.

1.2.2 Kaedah Memahami Makna Ayat

Kaedah ini bermaksud memahami maksud ayat-ayat yang akan dihafal terlebih dahulu
kerana memahami ayat yang dihafal adalah sama penting dengan hafalan itu sendiri.
Dengan memahami makna ayat maka lebih mudah mengetahui kaitan satu ayat dengan
ayat yang lain.

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang memahami bahasa Arab dengan baik,
kerana ayat ayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu bagi memudahkan
seseorang hafiz mengingati ayat yang ingin dihafaz dengan lebih pantas.

6

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Memahami ayat al-Qur’an dengan melihat terjemahan
daripada tafsir al-Qur’an,

 Setelah memahami kandungan ayat, bacaan perlu dilakukan berulang
ulang kali sehingga dapat mengingatinya.

Kekuatan kaedah Memahami Ayat

 Pembelajaran dua perkara dalam satu masa.
 Penambahan ilmu dan pengajaran dari ayat Al-Quran.

1.2.3 Kaedah Gundal

Kaedah Gundal biasanya dikaitkan dengan bilangan atau kiraan yang tertentu yang
ditetapkan bagi menghubungkan dua perkara atau lebih. Dalam kontek hafazan al-Quran ia
bermaksud menggabungkan hafalan ayat pertama dengan ayat seterusnya dengan
mengulang-ngulangnya mengikut jumlah yang tertentu.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan.
Seterusnya membaca ayat kedua sebanyak ayat yang pertama
 Kemudian gundalkan ayat pertama dan kedua sebanyak 10 kali.
 Selepas menggundal ayat pertama dan kedua, baca ayat ketiga sebanyak
ayat pertama dan kedua kemudian gundalkan ayat pertama hingga ketiga
dan demikianlah yang seterusnya

7

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

Kekuatan kaedah Gundal

 Dapat menajamkan dan memperelokkan hafazan surah.
 Dapat menghafaz mengikut ayat dan turutan yang betul

1.3.4 Kaedah Tikrar (Latih tubi/Ulangan)

Maksud Tikrar pada bahasa : Ulangan berkali-kali
Pada Istilah : Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan
ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Guru membaca ayat dan diikuti oleh murid-murid
 Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain.
 Murid-murid membaca secara kelas.
 Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar

sahaja.
 Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Kekuatan kaedah Tikrar

1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina keyakinan diri murid.

1.3.5 Kaedah Hafazan Berpasangan

Kaedah hafazan berpasangan melibatkan kerjasama antara dua orang pelajar mentasmik
dan mentashih hafazan masing-masing. Ia boleh dilaksanakan samada di dalam bilik darjah
atau pun di luar bilik darjah.

8

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Pilih seorang teman yang sesuai
 Orang pertama membaca dan disemak oleh orang kedua
 Orang kedua membaca dan disimak oleh orang pertarna
 Saling menyebut ayat antara satu sama lain

Kekuatan Kaedah Hafazan Berpasangan

 Pelajar mengambil masa yang singkat untuk menghafaz
 memberi rasa seronok dan bersemangat untuk menghafaz lagi kerana dapat

bekerjasama bersama rakan.

LATIHAN

1. Apakah yang faham dengan kaedah Gundal?
2. Berdasarkan kepada panduan dan teknik hafazan di atas, cuba anda susun langkah-

langkah terperinci bagaimana anda hendak mengajar mana-mana ayat hafazan di
kelas anda.
3. Walaupun Kaedah Talaqqi Musyafahah dianggap kaedah terbaik dalam PnP Tilawah
al-Quran namun masih terdapat juga kelemahannya. Cuba senaraikan kelemahan
tersebut.

9

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

1.3 KAEDAH PENGAJARAN AYAT KEFAHAMAN

1.3.1 Kaedah Bercerita

Bercerita atau riwayat membawa pengertian sesuatu peristiwa, kejadian, dan lain-
lain. Mengajar cara bercerita bukanlah satu yang asing dalam pengajaran Islam. Kaedah ini
merupakan salah satu teknik yang mampu menerapkan aspek pembangunan insan. Malah
kaedah ini antara cara al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia ialah melalui
cerita-cerita atau kisah-kisah para Rasul dan Anbia’ seperti Nabi Yusuf (a.s), Nabi Ibrahim
(a.s), Nabi Musa (a.s) dan sebagainya.

Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk
disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Dalam Pendidikan Islam, guru
yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk
mendidik pendengar supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah serta bertingkah
laku sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan ditunjukkan oleh para Rasul-Nya,
terutama Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita yang dipilih itu
adalah cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan.

Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita:

a. Sebelum bercerita:

 Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya
murid-murid boleh duduk mengelilingi pencerita.

 Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut:
 Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid.
 Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan
tangan.
 Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara.
 Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada murid-
murid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita.
 Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu
dimulakan.

 Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka harus:

10

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

 Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu.
 Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak

formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih
mendalam.

b. Semasa bercerita:
 Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut;
 Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; dan
 Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur
secara terus menerus kepada pendengarnya.

c. Selepas sesi bercerita:
 Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; dan
 Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar.

1.3.2 Kaedah Kaedah soal Jawab

Kaedah Soal Jawab merupakan satu kaedah yang sangat popular digunakan oleh setiap
guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini digunakan bukan sekadar
untuk mengetahui tahap dan kemampuan pelajar di dalam memahami pengajaran yang
disampaikan. Malah ia juga digunakan untuk mencungkil bakat dan kemampuan murid
terbabit.

Melalui kaedah ini, guru akan dapat mengenali dan mendampingi pelajar dengan
sebaiknya. Harus diingat, kaedah ini juga dapat digunakan untuk menilai hasil atau objektif

11

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

pembelajaran yang dicapai oleh seseorang guru. Kerana itu, mereka perlulah menguasai
kaedah dan juga teknik bersoal jawab. Kemahiran ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara
spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah
dirancang dengan sebaik-baiknya.

Langkah-Langkah kemahiran teknik menyoal yang perlu diamalkan oleh setiap guru:
1. Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas.
2. Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea.
3. Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi

mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat'.
4. Melakukan hentian di temnpat yang sepatutnya.
5. Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa

didiskriminasi/ pilih kasih.
6. Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang

tidak dapat menjawab.
7. Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.
8. Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka

gagal menjawab soalan

12

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

1.3.3 Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran,
berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari
penyelesaian.

Tujuan Perbincangan
 Menggalakkan perkembangan mental.
 Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
 Menggalakkan perkongsian pendapat.
 Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.
 Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
 Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
 Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalam

kumpulan.
 Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Perlaksanaan Sesi Perbincangan
Sebelum

 Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
 Agih tugas kepada ahli kumpulan
 Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat
 Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan
Semasa

13

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan

 Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk
 Bantu murid beri idea
 Betulkan kesilapan
 Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian
Selepas

 Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan
yang mencukupi

 Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada
semua murid

 Beri ulasan dan rumusan
Prinsip Perbincangan

 Tajuk yang sesuai
 Maklumkan tujuan perbincangan
 Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor
 Pastikan pelajar tahu cara perbincangan
 Guru sebagai fasilitator
 Penglibatan pelajar perlu aktif
 Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan
 Adakan rumusan akhir
 Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan
 Beri pujian dan galakan

Jenis-jenis Perbincangan

 sesi buzz,
 sumbangsaran
 seminar
 forum
 Perbahasan

14

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

1.3.4 Kaedah Kajian Perpustakaan

Kaedah Kajian Perpustakaan ialah kaedah melaksanakani tugasan yang disediakan kepada
pelajar bagi mengumpul bahan dari Buku Teks, buku rujukan, majalah dan jurnal untuk
menjadi bahan sokongan dalam menerangkan satu-satu tajuk. Ia melibatkan kemahiran
membuat rujukan, mencari maklumat dan menggunakan indeks. Disamping itu ia juga dapat
mengukuhkan kemahiran membuat nota, melatih pelajar mengasingkan fakta penting
dengan yang tidak penting.

Teknik ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat atau inkuiri penemuan merangkumi
aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan
masalah.
Pengendalian kaedah ini meliputi :

 Proses mengenali masalah
 Mengkaji ramalan
 Mengumpul maklumat
 Menganalisis
 Membuat rumusan/pembentangan

LATIHAN

1. Berikan satu contoh pengajaran ayat kefahaman menggunakan salah satu kaedah yang
disarankan di atas.
2. Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah perbincangan untuk pengajaran
berkesan
3. Nyatakan elemen-elemen penting kaedah soal jawab yang anda fahami berdasarkan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh Jibril a.s.ketika menyampaikan wahyu?

15

PIMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

16


Click to View FlipBook Version
Previous Book
[PDF] Marketing: A Love Story: How to Matter to Your Customers Kindle
Next Book
Bahasa Melayu (Tahun 4)