معتزلة
-Muktazilah-
BAHASA BAHASA ▪ I’tazala ( – )اعتزلmengasingkan diri
&
َوإِ ْن َلْ تُْؤِمنُوا ِِل فَا ْعتَ ِزلُوِن
ISTILAH
“ Jika kalian tidak beriman kepadaku
maka jangan bersamaku”
▪ Mu’tazilah secara bahasa – memisahkan
diri
ISTILAH ▪ Nama sebuah kelompok yang muncul
pada awal abad kedua hijriyah.
▪ Menggunakan akal, dalam membahas
teologi Islam.
▪ Pengikut Wasil bin Ata’ yang keluar dari
Majlis Hasan Al-Bashri.
TOKOH 1. Washil ibn Atha (80-131 H).
Ia dilahirkan di Madinah dan kemudian menetap di
Bashrah. Ia merupakan tokoh pertama yang melahirkan
aliran Mu’tazilah. Diberi gelaran kehormatan dengan
sebutan Syaikh al-Mu’tazilah wa Qadimuha, yang berarti
pimpinan sekaligus orang tertua dalam Muktazilah.
2. Abul Hasan Abdul Jabbar ibn Ahmad ibn Abdullah al-Hamazani al-Asadi (325-
425H)
Lahir di Hamazan Khurasan dan wafat di Ray Teheran. Lebih dikenali
dengan sebutan Al-Qadi Abdul Jabbar. Hidup pada zaman kemunduran
Mu’tazilah. Berusaha mengembangkan dan menghidupkan fahaman
Mu’tazilah melalui karya tulisannya : Syarah Ushul al-Khamsah dan Al-
Mughni fi Ahwali Wa al_tauhid.
SEJARAH Menurut salsilah sejarah, golongan Mu’tazilah lahir sebaik berlaku
perselisihan pendapat mengenai orang yang melakukan dosa besar di
antara Hasan al-Basri dengan muridnya Wasil bin Ata’.
Dimana, Hasan al-Basri ditanya oleh seseorang mengenai
kedudukan pelaku dosa besar. Sebelum sempat Hasan al-Basri
menjawab, muridnya Wasil bin Ata’ terlebih dahulu bangun sambal
mencelah dengan menyatakan pendapatnya “Aku tidak mengatakan
pelaku dosa besar itu mukmin dan tidak juga kafir, tetapi ia berada di
antara dua tempat, iaitu bukan mukmin dan bukan kafir”.
Justeru, mendengar jawapan Wasil, Hasan al-Basri marah dan Wasil tidak
lagi mengikuti majlis ilmu bersama gurunya. Beliau membentuk majlis ilmu
yang lain di masjid Basrah kerana mempertahankan pendapatnya. Antara
yang menyertai : ‘Amru bin ‘Ubaid
Semenjak itu, Wasil beserta para pengikutnya digelar sebagai Mu’tazilah kerana mereka bertindak
mengasingkan diri dari majlis ilmu kaum muslimin. Majoriti muslimin berfahaman bahawa pelaku dosa besar
adalah fasik.
METADOLOGI ▪ Golongan yang terperangkap dengan pemikiran logik dan
PEMIKIRAN falsafah Yunani, falsafah India dan falsafah Parsi.
Terpengaruh dengan ▪ Kesudahannya, mereka cuba mengadaptasikan al-Quran
Falsafah Yunani dengan ajaran-ajaran falsafah tersebut.
▪ Faktor yang menyebabkan golongan Mu’tazilah terjerumus ke
dalam pengaruh falsafah.
Pertama, menerusi ilmu falsafah, mereka menemui keanjalan
dalam penggunaan akal sehingga mampu untuk
memperkukuhkan hujah-hujah mereka.
Kedua, ketika golongan falsafah menggempur prinsip-prinsip
pemikiran Islam, golongan Mu’tazilah menawarkan kepada
mereka perdebatan. Akibatnya, Mu’tazilah terpaksa menggunakan
sebahagian metodologi golongan falsafah dalam berdebat dan
menyampaikan argumentasi.
METADOLOGI ▪ Golongan ini mengutamakan akal berbanding nas-nas syarak.
PEMIKIRAN ▪ Menjadikan akal sebagai pemutus dan tidak tunduk kepada
Akal sumber pengetahuan hukum.
Mu’tazilah ▪ Metodologi logik yang digagaskan oleh Mu’tazilah ini terdiri
daripada dua objektif:
Pertama: Bertujuan membersihkan akal fikiran daripada sebarang
ikatan dan kebiasaan. Dalam konteks ini, memang metode ini
berjaya menghapuskan cara berfikir taqlid buta.
Kedua: Menjadikan akal sebagai pemutus segala perkara secara
mutlak. Ini kerana, golongan Mu’tazilah amat percaya kepada
akal, menempatkannya pada posisi yang amat tinggi sehingga
akal menjadi hukum bagi memutuskan segala perkara. Ia ibarat
cahaya yang menerangi setiap kegelapan.
▪ Harus bagi mereka menolak dalil syariat jika didapati ia
bertentangan dengan akal manusia meskipun itu merupakan
hadith Nabi SAW yang sahih.
▪ Ayat-ayat al-Qur’an juga akan ditakwilkan sesuai dengan akal
sekalipun ia merupakan nas yang jelas maknanya.
METADOLOGI ▪ Ibrahim al-Nazzam, salah seorang tokoh Mu’tazilah menuduh
PEMIKIRAN Abu Bakar al-Siddiq, ‘Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Mas’ud
sebagai munafiq.
Memperleceh para sahabat
▪ Mu’tazilah mengambil kesempatan di atas peristiwa perang
Jamal dan Siffin untuk menjatuhkan kehormatan para sahabat.
“Salah satu daripada dua golongan yang berselisih dalam perang
Jamal adalah fasiq, persaksian mereka tidak diterima.”
Abu Mansur al-Baghdadi ketika menjelaskan pendirian Mu’tazilah
terhadap sahabat menyimpulkan:
“Kalangan Mu’tazilah ada yang merasa ragu-ragu terhadap
kredibiliti para sahabat semenjak terjadinya pertikaian di antara
mereka seperti Wasil bin ‘Ata’. Ada juga yang berkeyakinan
bahawa para sahabat itu adalah fasiq seperti ‘Amru bin ‘Ubayd.
Ada juga yang mengecam pemuka para sahabat, menuduh
mereka pendusta, jahil bahkan munafiq seperti al-Nazzam.
Dengan demikian mereka terpaksa menolak pelbagai hadith yang
diriwayatkan menerusi para sahabat tersebut. Bahkan al-Nazzam
menolak ijma’ dan qiyas serta hadis-hadis mutawatir sebagai
hujah.”
METADOLOGI ▪ Allah SWT membiarkan manusia menciptakan amal perbuatan
PEMIKIRAN mereka sendiri, sama ada baik atau buruk.
Prinsip keadilan menurut ▪ Dengan keyakinan tersebut, mereka menolak keberadaan
Mu’tazilah taqdir.
▪ implikasi prinsip keadilan ini, mereka berpendapat bahawa baik
dan buruk sesuatu adalah ditentukan dan dinilai dengan akal.
▪ Mu’tazilah menerusi prinsip keadilan mereka, telah
memberikan suatu fungsi yang amat tinggi kepada akal
sehingga boleh menetapkan setiap apa yang ditentukan oleh
Allah SWT wajib bertepatan dengan penilaian baik dan buruk
pada akal.
METADOLOGI ▪ Mu’tazilah berpegang dengan prinsip manzilah bayn
PEMIKIRAN manzilatayn (posisi tengah antara iman dan kufur).
Pelaku dosa besar ▪ pelaku dosa besar tidak boleh dihukum beriman sebagaimana
mereka juga tidak boleh dihukumkan kafir.
َو َمن َي ْقتُ ْل ُم ْؤ ِمنًا ُّمتَعَ ِّمدًا َف َج َزا ُؤهُ َج َهنَّ ُم َخا ِلدًا ِفي َها َو َغ ِض َب اللَّـهُ َعلَ ْي ِه َولَ َعنَهُ َوأَ َعدَّ َلهُ َعَذَاًًا َع ِِي ًما
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya,
dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta
menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Surah al-Nisa’:
93)
▪ Mu’tazilah berpendapat azab yang dikenakan ke atas pelaku
dosa besar di akhirat lebih ringan berbanding seksaan
terhadap orang-orang kafir.
METADOLOGI ▪ Golongan Mu’tazilah tidak menerima hadith ahad sebagai
PEMIKIRAN hujah dalam penetapan hukum.
Pendirian terhadap hadith Nabi ▪ Bagi mereka, hadith ahad tidak boleh memberikan ilmu yang
SAW pasti dan meyakinkan sementara justifikusi hukum berdasarkan
logik itu lebih pasti dan boleh dijadikan hukum syariat.
▪ Hadith ahad bagi mereka langsung tidak layak dikategorikan
sebagai sunnah kecuali jika ia relevan dengan akal logik.
Al-Baghdadi juga menukilkan ungkapan Abu al-Huzail al-‘Allaf
yang mengatakan:
“Sesungguhnya hujah melalui jalur hadith yang tidak dapat
ditangkap oleh panca indera seperti tanda-tanda kekuasaan Allah
pada para nabi atau dalam wujud lain, tidak mungkin ditetapkan
oleh kurang daripada dua puluh orang, salah satunya atau lebih
adalah ahli syurga.”
Ertinya, dia beranggapan bahawa riwayat kurang daripada empat
orang tidak boleh mengeluarkan sebarang hukum.
5 DASAR ▪ Allah itu Esa dari sudut Zat dan tiada bersifat
AJARAN
dengan sifat yang ada pada makhluk
▪ Contoh : Allah tidak dapat dilihat pada hari
akhirat dengan berdasarkan firman Allah
1. Tauhid ()التوحيد
5 DASAR ▪ Allah wajib berlaku adil sepenuhnya tanpa zalim.
AJARAN
▪ Adil Allah merangkumi apa yang telah ditaklifkan
2. Adil ()العدل terhadap hambaNya.
▪ Manusia sendiri yang mencipta segala
perbuatan sama ada baik atau buruk.
▪ Maka, segala usaha dan perbuatan manusia
tiada campur tangan Allah
5 DASAR ▪ Janji baik adalah mendapat faedah dan manfaat.
AJARAN
▪ Ancaman adalah mendapat mudarat dan
3. Janji Baik bahaya.
dan Ancaman
()الوعدوالعيد ▪ Allah akan melaksanakan apa sahaja yang
dijanjikan dengan janji baik
▪ Azabkan dengan apa yang diancamkan
5 DASAR ▪ Pelaku dosa besar tidak dikira mukmin dan tidak kafir.
AJARAN ▪ Pada hari akhirat, mereka tidak ditempatkan dalam
4. Berada satu syurga juga tidak dalam neraka.
tempat di
antara dua Dalam konteks ini juga:
tempat
()المنزلة ًين المنزلتين ▪ Sesiapa yang sepanjang hayatnya melakukan
ketaatan, tetapi akhir hayatnya melakukakan dosa
besar. Maka, segala amalannya akan terhapus dan dia
kekal dalam neraka.
5 DASAR ▪ Menyuruh kebaikan dan mencegah
AJARAN
kemungkaran adalah wajib sudut akal dan
syarak.
▪ Juga dikira wajib sudut hati, lidah dan tangan.
▪ Justeru, mereka mengatakan perlu ada
mujahadah dan kesungguhan serta segala apa
cara untuk membasmi apa yang bercanggah
dengan hukum Allah.
5. Amar Makruf dan
Nahi Mungkar
()الأمر ًالمعروف والنهي عن المنكر