The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH ANGKAT BERSAMA TELEKOM MALAYSIA BERHAD ™ DALAM INOVASI PENGGUNAAN ICT DALAM BILIK DARJAH.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2021-06-02 18:07:31

KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH ANGKAT BERSAMA TELEKOM MALAYSIA BERHAD ™ DALAM INOVASI PENGGUNAAN ICT DALAM BILIK DARJAH.

KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH ANGKAT BERSAMA TELEKOM MALAYSIA BERHAD ™ DALAM INOVASI PENGGUNAAN ICT DALAM BILIK DARJAH.

KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH ANGKAT BERSAMA TELEKOM
MALAYSIA BERHAD ™ DALAM INOVASI PENGGUNAAN ICT DALAM
BILIK DARJAH.

1.0 PENDAHULUAN

Bersesuaian dengan keperluan semasa, penggunaan ICT di peringkat sekolah
semakin dipandang serius oleh pihak sekolah yang diterajui oleh tuan guru besar .
Hal ini juga bersesuaian dengan semangat inovasi yang ditiupkan oleh beliau
sebagai peneraju sekolah disamping menepati aspirasi dan perancangannya iaitu
setiap bilik darjah merupakan makmal komputer.

2.0 RASIONAL
Untuk memudahkan aktiviti pengaksesan internet di samping mempelbagaikan P&P
guru di peringkat sekolah, maka unit ICT juga berhasrat untuk memenuhi seruan
“Inovasi” pihak sekolah. Jadi beberapa tindakan telah dirancang sempena dengan
seruan “INOVASI” ini. Diharap apa yang kami rancang mendapat sambutan yang
baik daripada guru-guru, pihak pentadbir dan PIBG sekolah.Inovasi ini tidak akan
tercapai tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya kalangan guru, ibu
bapa, PIBG dan badan korporat.

3.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

Pada April 1954 Petaling Jaya School ditubuhkan. Batu asas telah diletakkan oleh
Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Al Marhum
Sultan Ala'ddin Sulaiman Shah, K.C.M.G pada 8 April 1954. Merupakan SRK yang
tertua di Petaling Jaya.

Pada 20 November 1954 Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Hishamuddin
Alam Shah merasmikan pembukaan sekolah. Satu blok bangunan sahaja. Terdapat
14 buah bilik darjah, sebuah pejabat, dan sebuah bilik guru. Murid lelaki dan
perempuan. Cik Chan Khoo - Guru Besar pertama. Sekolah dimulakan pada 1
Oktober 1954. 8 kelas (1A, 1B, 2A, 2B, 3A, 3B, 4A, 4B ) didaftarkan. Jumlah murid
257 orang.

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 1

Pada 10 Januari 1955, Kelas 5A, 5B ditambah. Sekumpulan 5 orang Nazir Sekolah
dari United Kingdom telah membuat lawatan ke sekolah ini dan telah membuat satu
laporan rasmi (blueprint) kepada kerajaan. Berdasarkan laporan ini, Sekolah Rendah
(Jenis) Kebangsaan diperkenalkan di Malaysia. Petaling Jaya School bertukar nama
kepada Sekolah Rendah (Jenis ) Kebangsaan Jalan 10. Ketika itu, Petaling Jaya
baru saja dibuka. Ia merupakan bandar satelit pertama di bawah Rancangan Briggs.

Pada tahun 1956 Kelas 6A, 6B, 3C, 1C ditambah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
turut diajar di sekolah ini disamping Bahasa Malaysia. Waktu sekolah 7.30 pagi
hingga 3.00 petang. 1 jam rehat makan tengah hari. Waktu sekolah ini telah berjalan
selama setahun. Majalah sekolah, 'PENAJA' diterbitkan.

Tahun 1958 10 Mei, Mesyuarat Lembaga Pengurus pertama diadakan. Manakala
tahun 1959 SRJK Jalan 10 dibahagi kepada sekolah 1 dan sekolah 2 di bawah
bangunan yang sama. Cik Ulan Khoo kekal sebagai Guru Besar Sekolah 1. Pn L
Flynn Guru Besar pertama Sekolah 2.

Pada 1962 Blok bangunan baru 3 bilik darjah dibina berhampiran kantin sekolah.
Dinding pemisahnya boleh dibuka untuk menjadi sebuah dewan.

Tahun 1968 Semua murid perempuan sekolah 1 dan 2 telah dipindahkan ke SRJK
Jalan Selangor yang baru dibuka.

Pada tahun 1968 - 1986 Hanya melibatkan pengambilan murid-murid lelaki sahaja.
Hal ini adalah untuk mengurangkan masalah disiplin sekolah.

Pada tahun 1970 Dasar Pelajaran kebangsaan diperkenalkan. Bahasa penghantar
sekolah telah diubah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.

Pada tahun 1975 Blok bangunan 8 bilik darjah dibina bersebelahan dengan blok
lama. Blok ini terdiri daripada dinding pemisah yang boleh dibuka untuk menjadi
dewan serbaguna.
Tahun 1980an - sekolah ini pernah digelar "Road Ten school" dan "school two"
Tahun 1986- Sekolah kembali kepada sekolah campuran lelaki dan perempuan.
Tahun 1987 - Cubaan SK2 untuk menukarkan nama SRK(2)Jalan 10 kepada
Sekolah Sultan Hishamuddin Shah.
Tahun 1996 Nama sekolah diubah kepada SK (2) Petaling Jaya.

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 2

Tahun 1997 Bilik Komputer diwujudkan hasil kerjasama dengan SK1. Kedua-dua
sekolah berkongsi Bilik Komputer.

Pada tahun 2002 SK 1 menarik diri dari Program Bilik Komputer berikutan mereka
mendapat Makmal Komputer Kementerian. Komputer dalam Bilik Komputer telah
dibahagikan sama rata antara kedua-dua sekolah. Hasil usaha semua pihak, Bilik
Komputer SK2 telah diteruskan.

Tahun 2006 Blok bangunan 3 bilik darjah (dewan) tidak lagi digunakan berikutan
kerosakan pada bumbung dan silingnya.
Tahun 2009 Pembinaan Bangunan Baru dimulakan pada tahun ini pada bulan Julai
Tahun 2010 Pada bulan November SK 1 PJ diberi kebenaran berpindah ke
bangunan baru.

Pada tahun 2011 sekolah mula beroperasi pada bulan jan. Perasmian dibuat pada
bulan Mac oleh Dato Donald Lim Adun PJSelatan. Guru besar pertama untuk
bangunan baru SK1PJ adalah Pn. Musalmah Abdul Ghani. Setelah Pn. Musalmah
ditukarkan ke sekolah lain, Pn. Roslina mula mengambll alih tugas guru besar di
sekolah ini pada bulan Disember 2011.

Pada tahun 2013 Pelbagai bilik telah memasuki pertandingan anugerah inovasi dan
kecemerlangan sekolah peringkat ppd petaling ( anugerah kualiti) 2013. Sebanyak 8
bilik khas telah mengambil bahagian dan 5 bilik khas telah menang pertandingan itu
Pertama : Pra sekolah, Bengkel KH
Kedua : Bilik BOSS,
Ketiga : Bilik Stamina ( bilik sukan ), Tandas
Pertandingan Kompang Formasi mendapat tempat ke 3.

Pada tahun 2014 Sekolah telah mendapat tempat kedua dalam perarakan Maulidur
Rasul anjuran Petaling Jaya. Pertandingan Essamble rekoder mendapat tempat
ketiga anjuran YAMAHA music centre.

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 3

Jadual 1: Latar belakang sekolah
PROFIL SEKOLAH

Jenis Sekolah Sekolah Kebangsaan (SK)

Jenis Bantuan Sekolah Kerajaan
Gred Sekolah A
Label Sekolah Sekolah Harian Biasa
Sesi Pagi sahaja
Peringkat Sekolah Prasekolah dan Rendah
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
PPD PPD Petaling Utama
Kod PKG PKG Puchong
PBT Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Parlimen Petaling Jaya Selatan
DUN Bukit Gasing

Bil. Butir Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah
Murid Kelas Murid
7 18
1. Prasekolah 1 59 18 25
39 18 77
2. Tahun 1 2 35 23 57
3. Tahun 2 2 22 16 58
4. Tahun 3 2 29 22 38
5. Tahun 4 1 30 19 51
6. Tahun 5 2 221 134 49
7. Tahun 6 2 355
12
Jumlah

PERJAWATAN

Jawatan Gred Lulus Isi Lebih/kurang
Guru Besar
Penolong Kanan HEM DG34 1 1 0
Guru Data 1 0
Guru Prasekolah DG32 1 1 0
Guru Pemulihan 1 0
Guru Akademik DG41 1 1 0
17 0
Pembantu Tadbir DG41 1 2 0
Pembantu Pengurusan 1 0
Murid DG41 1 1 0

DG41 17

DG29 2

N17 1

N17 1

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 4

4.0 TEMA

“ Setiap Bilik Darjah Makmal Komputer ”

5.0 MATLAMAT
5.1 Melahirkan guru-guru yang lebih inovasi.
5.2 Membina laman web/portal yang canggih.
5.3 Guru-guru lebih berani menggunakan cara P&P yang sesuai dengan dunia
ICT
5.4 Warga SK1PJ lebih senang mengakses internet dengan wireless jalur lebar
dipasang ke setiap pelusuk sekolah kelak.
5.5 Murid-murid lebih berminat datang ke sekolah.
5.6 Membantu murid-murid yang kurang mampu/miskin untuk mengakses
internet percuma.
5.7 Dapat menikmati dunia internet tanpa bayaran.
5.8 Mendapatkan bahan-bahan yang disediakan oleh guru dalam blog melalui
internet.

6.0 OBJEKTIF
6.1 Meluaskan pengalaman ICT dalam kalangan guru dan murid.
6.2 Membina keyakinan diri berinteraksi dengan komputer.
6.3 Memperdekatkan guru terutama sekali murid dengan dunia ICT
6.4 Melahirkan guru yang elit dengan blog dan laman web.
6.5 Mencungkil bakat ICT murid yang terpendam.

7.0 TARIKH
Sepanjang Tahun

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 5

8.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SK1PJ

9.0 KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN

Keperluan peralatan

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH

1 TV LED 60 inci 12 buah RM 5 000 RM 60 000

2 Internet Jalur Lebar 1
Berkelajuan Tinggi

( Unifi )

3 Tablet 12 buah RM 1 500 RM 18 000

4 Receiver Adapter Acast 12

5 Bracket TV 12 RM 200 RM 2 400

6 Palang Pintu Berkunci 14 RM

JUMLAH

10.0 SUMBER KEWANGAN

Kami mengharapkan sumbangan dari pihak Telekom Malaysia ™ agar dapat impian
untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan (1) Petaling Jaya dapat membudayakan
inovasi ICT di sekolah khususnya di dalam bilik darjah.

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 6

11.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangkan ini beroleh sokongan
daripada semua pihak agar matlamat kami untuk melihat anak-anak murid dan
warga sekolah SK1PJ celik IT dan dapat membudayakan inovasi ICT dalam setiap
aspek .

Disediakan oleh:- Disahkan oleh:-

------------------------------- ------------------------------------------
(Zulkeffly Bin Mohamad) (En. Mohd Nazri Bin Mash Tuki )
Penyelaras ICT sekolah Guru Besar
SK(1) Petaling Jaya

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 7

Rajah 1:
Panorama sekolah dan bilik darjah

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 8

Cadangan Bilik Darjah Ke Arah Memaksimumkan P&P Menggunakan ICT
SEKARANG

SK1PJ “Setiap Kelas Makmal Komputer” 9


Click to View FlipBook Version