Aliran Akidah Jabariah dan
Qadariyah
AMINUDDIN
NAZRUL AKMAL
JABARIAH
PENGENALAN
• Maksud dr segi Bahasa:-
Jabar-terpaksa, jabara-memaksa
- terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya
•
JABARIAH
Aliran Jabariah di asaskan oleh Al-Ja’du bin Dirham dan
diteruskan oleh Jahm bin Safuan. Golongan ini mengatakan
segala-galanya yang berlaku dan dilakukan oleh manusia
berdasarkan Qadar dan ketetapan Allah.
Bagi mereka manusia tidak ada sebarang pilihan dan kuasa
Aliran ini menyerahkan segala-galanya terus kepada Allah
samaada baik atau buruk dan mengumpamakan mausia
seperti kapas yang hanya di tiup dan dibawa sahaja ke
mana-mana tanpa usahanya
Antara dasar pegangan akidah utama aliran Jabariah ialah:
1- Segala perbuatan manusia, sama ada baik atau buruk adalah daripada Allah sepenuhnya. Antara
hujahnya sebagaimana firman Allah:
Terjemahan: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan
lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. Melainkan (hendaklah disertakan berkata): InsyaAllah. (Surah
Al-Kahfi 18:23 dan 24)
2- Manusia melakukan sesuatu secara terpaksa, dimana bagi mereka manusia diumpamakan seperti bulu
atau kapas di udara. Antara dalil dan nas yang menjadi pegangan mereka ialah firman Allah:
Terjemahan: Maka bukankah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan
pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau(wahai Muhammad S.A.W) yang melemparkan ketika engkau
meleparkan, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). (surah Al-
Anfal 8:17)
3- Allah hanya bersifat dengan sifat Khaliq, Qadir dan Fa’il. Di mana semua sifat tersebut tidak boleh
disifatkan kepada makhluk.
QADARIYAH
Pengertian Qadariyah
➢ secara etimologis, berasal dari bahasa Arab, iaitu Qadara yang bemakna kemampuan dan
kekuatan.
➢ secara terminologi istilah adalah suatu aliran yang percaya bahwa segala tindakan manusia
tidak diintervensi oleh Allah Swt.
Aliran-aliran ini berpendapat bahwa tiap-tiap orang adalah pencipta bagi segala perbuatannya, ia
dapat berbuat sesuatu atau meninggalkannya atas kehendaknya sendiri. Aliran ini lebih
menekankan atas kebebasan dan kekuatan manusia dalam mewujudkan perbutan-perbutannya.
Sejarah Qadariyah
Sejarah lahirnya aliran Qadariyah tidak dapat diketahui secara pasti dan masih
merupakan sebuah perdebatan. Akan tetepi menurut Ahmad Amin, ada sebagian pakar
teologi yang mengatakan bahwa Qadariyah pertama kali dimunculkan oleh Ma’bad al-
Juhani dan Ghilan ad-Dimasyqi sekitar tahun 70 H/689M
Fahaman Qadariyah muncul di Basrah dengan membahas dan membawa beberapa
fahaman akidah sekaligus berkaitan Qadar Allah. Iaitu mereka menafikan Qadar Allah
atau campur tangan kuasa dan perbuatan Allah terhadap segala perbuatan manusia
Tokoh Aliran Qadariyah=
1) Ma’bad al-Juhani
2) Ghailan al-Dimasyqi (105 H)
Antara prinsip akidah mereka yang utama ialah:
1-Manusia mempunyai kuasa dan kebebasan penuh untuk melakukan sesuatu, seperti:
Beriman atau kufur. Antara nas serta ayat Al-Quran yang menjadi pegangan mereka ialah :
Terjemahan: Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu
kufur ingkar, biarlah ia menginkarinya. (Surah Al-Kahfi 18:29)
2-Allah tidak menjadikan perbuatan manusia, bahkan manusia itu sendiri bebas bertindak.
Antara dalil yang mereka jadikan hujah dan pegangan ialah sebagaimana firman Allah :
Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Al-Ra’d 13:11)
Menurut Ahmad Amin dalam kitabnya Fajrul Islam,
menyebutkan antara usul dalam ajaran Qadariyah seperti
berikut :
1) Orang yang berdosa besar itu bukanlah kafir, dan bukan
mukmin, tapi fasik dan orang fasik itu masuk neraka
secara kekal
2) Allah tidakl menciptakan amal perbuatan manusia,
melainkan manusia yang menciptakannya dan kerana
itulah amal baik manusia dibalas dengan kebaikan dan
perbuatan salah dibalas dengan dosa, maka Allah berhak
disebut adil
3) Kaum Qadariyah berpendapat bahwa akal manusia
mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang
buruk, walaupun Allah Swt tidak menurunkan agama.
Sebab, katanya segala sesuatu ada yang memiliki sifat
yang menyebabkan baik atau buruk.
Kesimpulannya, aliran Jabariyah menyerahkan segala-galanya terus kepada Allah samaada baik atau
buruk dan mengumpamakan mausia seperti kapas yang hanya di tiup dan dibawa sahaja ke mana-mana
tanpa usahanya langsung
Kesimpulannya, aliran Qadariyah tersebut membawa fahaman akidah bahawa manusia bebas bertindak
dan melakukan apa sahaja yang ia kehendaki tanpa terikat dengan kuasa Allah. Secara tidak lansung
melabelkan bahawa Allah hanya mengetahui suatu peristiwa setelah peristiwa itu terjadi