Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
Kota Samarahan
KONVENSYEN PENYELIDIKAN, INOVASI & KREATIVITI (PIK)
TAHUN 2020
1.0 Pendahuluan
Pertandingan inovasi merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi (PPI) IPGKTAR. Ini merupakan tahun ke-11 IPGKTAR menganjurkannya.
Setiap tahun, aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar-pelajar dan
pensyarah-pensyarah. Pada tahun 2018, penambahbaikan telah dibuat untuk kategori pertandingan
iaitu dengan memasukkan kategori Inovasi bukan PdP, selain daripada kategori pertandingan PdP
yang sedia ada. Tahun ini merupakan penganjuran kali ke-2 Konvensyen Penyelidikan, Inovasi dan
Kreativiti (PIK) dengan memasukkan satu lagi kategori Inovasi iaitu untuk anggota kakitangan
pelaksana (AKP) IPGKTAR selain kategori pensyarah dan pelajar.
Rasional mengadakan aktiviti ini adalah untuk mencungkil bakat warga IPGKTAR yang
mempunyai idea inovatif dan kreatif yang boleh dicetuskan bagi melahirkan hasil-hasil inovasi serta
rekacipta yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan juga bagi
memudahkan pekerjaan seharian. Banyak faedah dapat diperoleh daripada konvensyen ini. Antaranya
pertandingan ini dapat memberi satu platform kepada peserta untuk melatih diri dalam menyampaikan
maklumat secara berkesan, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, berkongsi idea,
memperkembangkan bakat dan minat, memupuk budaya kreatif dan inovatif, menerapkan nilai-nilai
murni seperti bekerjasama dalam pasukan dan mengangkat inovasi yang dihasilkan ke peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Perkongsian hasil penyelidikan berkaitan inovasi pula boleh
menambahkan pengetahuan peserta terhadap perkembangan cetusan inovasi-inovasi terkini dalam
pendidikan dan juga bidang bukan pendidikan.
Pertandingan PIK2020 ini selaras dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan ke arah
tranformasi pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem pendidikan dan juga membentuk
hala tuju yang jelas untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
Kepentingan penyelidikan dan inovasi juga banyak disebut dalam perutusan tahun baharu 2019 oleh
YBhg Rektor IPGM, Dr Rusmini bte Ku Ahmad di mana penyelidikan dan inovasi merupakan salah satu
inisiatif daripada lapan kluster di bawah Program Transformasi IPG (2016-2025) dalam mencapai
excellent teacher education institution.
2.0 Tarikh : 8 – 10 September 2020
Tarikh Konvensyen : 27 Julai 2020
Tarikh Akhir Penghantaran Borang Penyertaan : 14 Ogos 2020
Tarikh Akhir Penghantaran Sinopsis Inovasi : 21 Ogos 2020
Tarikh Akhir Penghantaran Klip Video Pembentangan
3.0 Tempat Penutupan
Dewan Sri Samarahan, IPGKTAR
4.0 Objektif
4.1 Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi warga IPGKTAR dalam pelbagai bidang.
4.2 Menyediakan peluang kepada warga IPGKTAR untuk menyebar luas hasil inovasi yang
diusahakan
4.3 Memantapkan budaya inovasi dan penyelidikan dalam kalangan warga IPGKTAR sebagai wacana
ilmiah
4.4 Menyediakan medan kepada warga IPGKTAR untuk berbincang dan berkongsi ilmu dalam
menghasilkan inovasi
4.5 Memberi dorongan dan motivasi kepada warga IPGKTAR dalam amalan penambahbaikan
berterusan sebagai sumbangan kepada organisasi
1
5.0 Tema
“INOVASI: MEMBIASAKAN YANG LUAR BIASA”
6.0 Kategori Pertandingan
6.1 Kategori Pensyarah
6.2 Kategori AKP
6.3 Kategori Pelajar
7.0 Penghantaran Borang Penyertaan, Sinopsis dan Video Klip Inovasi
Borang penyertaan inovasi hendaklah dihantar kepada urusetia konvensyen berdasarkan
maklumat seperti berikut:
• 1 salinan borang penyertaan (hardcopy atau softcopy) (Lampiran 2)
• 1 salinan sinopsis inovasi (softcopy) (Lampiran 3 & 4 )
• 1 salinan klip video pembentangan (softcopy)
*Sila kunjungi laman web IPGKTAR untuk maklumat lanjut.
8.0 Sila hantar borang penyertaan, sinopsis dan klip video pembentangan inovasi melalui email
kepada:
Urusetia
Konvensyen Penyelidikan, Inovasi & Kreativiti IPGKTAR Tahun 2020 (PIK2020)
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
IPG Kampus Tun Abdul Razak
(u.p: En. Ahap bin Awal/Dr. Stanley Abang)
No. Tel: 082-673800 Ext. 138
Emel: [email protected]
Disediakan Oleh:
Dr. Stanley Abang
Penyelaras PIK2020,
IPGKTAR
2
LAMPIRAN 1
SYARAT DAN KRITERIA PENILAIAN PERTANDINGAN INOVASI
1.0 Syarat Pertandingan
• Syarat pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu;
1.1 Kategori Pensyarah/Pegawai Pengurusan/Kaunselor
1.2 Kategori Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
1.3 Kategori Pelajar
2.0 Kategori Pensyarah
• Pertandingan ini terbuka kepada semua pensyarah/pegawai pengurusan/kaunselor.
• Penyertaan bagi setiap kategori adalah secara individu dan kumpulan.
• Bilangan ahli kumpulan tidak melebihi enam (6) orang.
• Penyertaan boleh berunsur inovasi pengajaran dan pembelajaran ataupun bebas.
• Borang Penyertaan dan Sinopsis Inovasi mesti dihantar kepada Urusetia
Pertandingan sebelum atau pada tarikh tutup ditetapkan kepada email:
[email protected].
• Setiap inovasi mestilah tidak pernah diterbit dan dipaparkan di dalam semua bentuk
media dan tidak pernah dipertandingkan dalam sebarang pertandingan yang diadakan
di dalam atau di luar Malaysia.
• Permohonan untuk menyertai pertandingan ini hendaklah menggunakan format borang.
yang disediakan dan dihantar kepada Urusetia Pertandingan.
• Hanya satu (1) borang digunakan untuk satu inovasi yang dipertandingkan.
• Sinopsis inovasi boleh ditulis dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.
• Semua bahan inovasi pertandingan perlu dipamerkan di tempat yang disediakan.
Sekiranya peserta perlu peralatan lain, perkara ini adalah di bawah tanggungjawab
peserta sendiri.
• Bahan-bahan yang berbahaya dan berunsur sensitif tidak boleh dipamerkan.
• Demonstrasi inovasi dipersembahkan oleh peserta/wakil kumpulan secara bersemuka.
• Peserta diberi masa selama 10 minit untuk membentangkan inovasi dan 10 minit sesi
soal jawab bersama hakim semasa pameran.
• Jawatankuasa Pertandingan memelihara hak untuk mengistiharkan tiada pemenang jika
tidak ada penyertaan yang layak menang.
• Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
• Penilaian untuk pemenang dibuat berdasarkan kriteria penilaian yang ditetapkan.
• Penyertaan inovasi yang tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan akan terbatal
secara automatik.
3.0 Kategori Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP)
• Pertandingan ini terbuka kepada semua AKP.
• Penyertaan bagi setiap kategori adalah secara individu dan kumpulan.
• Tiada had bilangan ahli secara kumpulan.
• Borang Penyertaan dan Sinopsis Inovasi mesti dihantar kepada Urusetia
Pertandingan sebelum atau pada tarikh tutup ditetapkan kepada email:
[email protected]
• Setiap inovasi mestilah tidak pernah diterbit dan dipaparkan di dalam semua bentuk
media dan tidak pernah dipertandingkan dalam sebarang pertandingan yang diadakan
di dalam atau di luar Malaysia.
3
• Permohonan untuk menyertai pertandingan ini hendaklah menggunakan format borang
yang disediakan dan dihantar kepada Urusetia Pertandingan.
• Hanya satu (1) borang digunakan untuk satu inovasi yang dipertandingkan.
• Sinopsis inovasi boleh ditulis dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.
• Semua bahan inovasi pertandingan perlu dipamerkan di tempat yang disediakan.
Sekiranya peserta perlu peralatan lain, perkara ini adalah di bawah tanggungjawab
peserta sendiri.
• Bahan-bahan yang berbahaya dan berunsur sensitif tidak boleh dipamerkan.
• Demonstrasi inovasi dipersembahkan oleh peserta/wakil kumpulan secara bersemuka
• Peserta diberi masa selama 10 minit untuk membentangkan inovasi dan 10 minit sesi
soal jawab bersama hakim semasa pameran.
• Jawatankuasa Pertandingan memelihara hak untuk mengistiharkan tiada pemenang jika
tidak ada penyertaan yang layak menang.
• Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
• Penilaian untuk pemenang dibuat berdasarkan kriteria penilaian yang ditetapkan.
• Penyertaan inovasi yang tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan akan terbatal
secara automatik.
4.0 Kategori Pelajar
• Pertandingan inovasi ini terbuka kepada pelajar IPGKTAR termasuk pelajar PISMP
ambilan Jun 2016.
• Penyertaan bagi setiap kategori adalah secara individu dan kumpulan.
• Bilangan penyertaan kumpulan tidak melebihi enam (6) orang.
• Penyertaan boleh berunsur inovasi pengajaran dan pembelajaran ataupun bebas
• Borang Penyertaan, Sinopsis Inovasi dan Klip Video Pembentangan mesti dihantar
kepada Urusetia Pertandingan sebelum atau pada tarikh tutup ditetapkan kepada email:
[email protected].
• Setiap inovasi mestilah tidak pernah diterbit dan dipaparkan di dalam semua bentuk
media dan tidak pernah dipertandingkan dalam sebarang pertandingan yang diadakan
di dalam atau di luar Malaysia.
• Permohonan untuk menyertai pertandingan ini hendaklah menggunakan format borang
yang disediakan dan dihantar kepada Urusetia Pertandingan.
• Hanya satu (1) borang digunakan untuk satu inovasi yang dipertandingkan.
• Sinopsis inovasi boleh ditulis dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.
• Penilaian untuk pemenang dibuat berdasarkan penilaian kriteria yang ditetapkan.
• Peserta perlu menghasilkan klip video pembentangan inovasi dalam durasi 5-7 minit
menggunakan format mp4 atau avi.
• Demonstrasi inovasi dalam klip video mengandungi maklumat pengenalan,
keberkesanan dan cara penggunaan inovasi.
• Nama klip video perlu ditulis dengan menggunakan Nama Kumpulan, Nama Inovasi dan
PIK2020, (cth: BM-HotTronoPIK2020)
• Proses penilaian inovasi dibuat berdasarkan klip video dan sinopsis yang dihantar dan
sesi soal jawab selama 10 minit bersama hakim secara google meet.
• Setiap kumpulan perlu menulis nama wakil kumpulan untuk sesi soal jawab dalam
borang sinopsis.
• Peserta perlu bersedia dengan bahan inovasi semasa sesi soal jawab.
• Jadual sesi soal jawab secara google meet akan dimaklumkan kepada peserta.
• Jawatankuasa Pertandingan memelihara hak untuk mengistiharkan tiada pemenang jika
tidak ada penyertaan yang layak menang
• Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan
4
• Penyertaan inovasi yang tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan akan terbatal
secara automatik
5.0 Kriteria Penilaian PdP dan Bukan PdP
5.1 Kreativiti Inovasi (20%)
Inovasi yang dilakukan adalah bebas sama ada berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran atau tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
• Pengenalan kepada idea-idea baharu atau penambahbaikan idea-idea sedia ada
• Elemen kelestarian
• Bukti penambahbaikan
5.2 Impak Inovasi (15%)
• Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi faedah yang jelas kepada
peningkatan kualiti atau keberkesanan
5.3 Keberkesanan Inovasi (15%)
• Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat menyumbang kepada cara bekerja yang
lebih cekap, cepat, tepat dan mudah untuk memperjelaskan suatu konsep
5.4 Replicability (10%)
• Terdapat bukti inovasi berpotensi/boleh diguna pakai oleh pihak lain secara terus
atau diubah suai mengikut keperluan
5.5 Keberkesanan Kos (10%)
• Terdapat bukti inovasi yang dihasilkan dapat meningkatkan produktiviti hasil kerja
organisasi berdasarkan ‘kos efektif’.
• Mempermudahkan atau memperjelaskan suatu konsep dengan kos yang sama atau
lebih rendah.
5.6 Potensi Pelaksanaan (30%)
• Terdapat bukti inovasi berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau
percubaan dan mencapai matlamat ianya diperkenalkan
5.6 Pembentangan dan Pameran
• Pembentangan dan penerangan inovasi adalah jelas, bahan pameran berkualiti dan
kaunter pameran yang berkesan
6.0 Kriteria Penilaian Kategori D.I.Y
6.1 Kreativiti (20%)
• Inovasi yang dilakukan adalah bebas sama ada berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran atau tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
• Pengenalan kepada idea-idea baharu atau penambahbaikan idea-idea sedia ada.
• Elemen kelestarian.
• Bukti penambahbaikan
6.2 Kecekapan (30%)
• Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat menyumbang kepada cara bekerja yang
lebih cekap, cepat, tepat dan mudah untuk memperjelaskan suatu konsep.
• Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi faedah yang jelas kepada
peningkatan kualiti atau keberkesanan.
6.3 Kebolehgunaan (30%)
• Terdapat bukti inovasi berpotensi/boleh diguna pakai oleh pihak lain secara terus
atau diubah suai mengikut keperluan.
6.4 Tahap Pelaksanaan (20%)
• Terdapat bukti inovasi berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau
percubaan dan mencapai matlamat ianya diperkenalkan
6.5 Pembentangan dan Pameran
• Pembentangan dan penerangan inovasi.
5
7.0 Jenis Inovasi
• Pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
• Reka Cipta (Penciptaan proses baharu atau produk baharu)
• Inovasi (penambahbaikan atau peningkatan proses kerja semasa atau produk)
• Rekabentuk (pelan, corak, 3D atau multimedia)
*** Pemenang bagi setiap kategori yang bertanding dianugerahkan dengan piala platinum, emas,
perak dan gangsa
6
LAMPIRAN 2
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN INOVASI
Borang Penyertaan perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Urusetia Konvensyen PIK 2020 sebelum
atau pada 27Julai 2020 (softcopy) kepada email: [email protected]
1.0 KATEGORI DISERTAI :
KATEGORI:- TANDAKAN “ √ ”
1.1 PENSYARAH
1.2 AKP
1.3 PELAJAR
2.0 JABATAN/UNIT YANG DIWAKILI: __________________________
BIL. NAMA PENUH NO. K/P JABATAN / NO. TELEFON
(Sila Guna Huruf Besar) UNIT/ KUMP. BIMBIT/ EMEL
1.
2.
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
*Bilangan ahli kumpulan kategori pensyarah / pelajar tidak boleh melebihi 6 orang
3.0 PROJEK / TAJUK INOVASI:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
7
LAMPIRAN 3
SINOPSIS INOVASI PENSYARAH / AKP
Borang ini perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Urusetia Konvensyen PIK 2020 sebelum atau
pada 14 Ogos 2020 (softcopy) kepada email: [email protected]
Nama Projek/Tajuk Inovasi
Kumpulan Inovator 1.
2.
Jabatan/Unit/Kumpulan yang 3.
diwakili 4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11
12.
Objektif Inovasi
Kumpulan Sasaran
Impak Inovasi:
Tanda-tanda kejayaan
(boleh sertakan bukti seperti hasil
kerja murid, skor ujian murid dan
lain-lain) /
(Peningkatan faedah kepada warga
kampus/komuniti; Peningkatan tahap
kepuasan warga kampus/ komuniti;
Kecekapan/penjimatan kos dari
inovasi yang telah dilaksanakan;
Penjimatan sumber manusia;
Penjimatan Masa; Pengurangan
proses kerja/ pusingan kerja;
Peningkatan kecekapan)
Pengiktirafan
• Sijil / Surat penghargaan atau
pengiktirafan daripada mana-mana
pihak berkaitan (jika ada)
8
Pelaksanaan & Replicability
⚫ Latar Belakang / Rasional
Inovasi
(keadaan/situasi sebelum inovasi
dihasilkan)
⚫ Inovasi yang dihasilkan
(boleh berbentuk produk atau idea,
perkhidmatan dsbg. Sertakan gambar
inovasi)
⚫ Pelaksanaan Inovasi
(masa, tempat dan prosedur
pelaksanaan, kos, sertakan gambar
jika ada)/ bahan bukti yang
menyokong pelaksanaan inovasi
9
LAMPIRAN 4
SINOPSIS INOVASI PELAJAR
Borang ini perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Urusetia Konvensyen PIK 2020 sebelum atau
pada 14 Ogos 2020 (softcopy) kepada email: [email protected]
Nama Projek/Tajuk Inovasi
Kumpulan Inovator 1.
2.
Nama Wakil Kumpulan 3.
Jabatan/Unit/Kumpulan yang 4.
diwakili 5.
6.
1.
Objektif Inovasi
Kumpulan Sasaran
Impak Inovasi:
Tanda-tanda kejayaan
(boleh sertakan bukti seperti hasil
kerja murid, skor ujian murid dan
lain-lain) /
(Peningkatan faedah kepada warga
kampus/komuniti; Peningkatan tahap
kepuasan warga kampus/ komuniti;
Kecekapan/penjimatan kos dari
inovasi yang telah dilaksanakan;
Penjimatan sumber manusia;
Penjimatan Masa; Pengurangan
proses kerja/ pusingan kerja;
Peningkatan kecekapan)
Pengiktirafan
• Sijil / Surat penghargaan atau
pengiktirafan daripada mana-mana
pihak berkaitan (jika ada)
10
Pelaksanaan & Replicability Pelajar
⚫ Latar Belakang / Rasional
Inovasi
(keadaan/situasi sebelum inovasi
dihasilkan)
⚫ Inovasi yang dihasilkan
(boleh berbentuk produk atau idea,
perkhidmatan dsbg. Sertakan gambar
inovasi)
⚫ Pelaksanaan Inovasi
(masa, tempat dan prosedur
pelaksanaan, kos, sertakan gambar
jika ada)/ bahan bukti yang
menyokong pelaksanaan inovasi
*Klip Video perlu diemail sebelum atau pada 21 Ogos 2020
Untuk Kegunaan Urusetia
Kategori
Nama Ketua Kumpulan
Wakil Pembentang
No. Klip Video
Catatan
11