The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah Bab 2 Peranan Guru dlm Pengurusan Bilik Darjah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2020-12-13 07:27:02

EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah Bab 2 Peranan Guru dlm Pengurusan Bilik Darjah

EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah Bab 2 Peranan Guru dlm Pengurusan Bilik Darjah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN ABDUL
RAZAK, SAMARAHAN

PERANAN GURU DALAM
PENGURUSAN BILIK DARJAH

Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan dalam bilik darjah ialah proses mengatur dan melaksana segala
urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat
berlaku dengan sempurna (Ackerman &Moore,
2001).
Di dalam bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan iaitu sebagai
seorang pengurus bilik darjah, penyelaras, pembimbing atau
fasilitator. Sekiranya bilik darjah dapat diurus dengan baik serta persekitaran
bilik darjah yang kondusif maka pengajaran dan pembelajaran akan berlaku
secara efektif (Akhiar & Shamsina, 2012).

Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif Untuk Murid

Persekitaran pembelajaran yang kondusif akan membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Persekitaran pembelajaran yang konduksif ialah tempat murid-murid dapat
melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang
minat dan semangat murid-murid untuk terus belajar.

Guru seharusnya bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang aktif, menyeronokkan, memudahkan komunikasi dan
interaksi pelbagai hala, berperaturan tanpa menimbulkan suasana tegang,
gelisah atau tertekan dalam kalangan murid-murid.

Persekitaran pembelajaran yang konduksif iaitu bilik darjah, makmal,
bengkel, dewan atau padang permainan yang dapat diurus dengan baik
membolehkan murid-murid bekerjasama, berkomunikasi, belajar dengan
teratur dan selesa. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat
memaksimumkan peluang pembelajaran (Evertson, Emmet & Worsham,
2007; Evertson &Weinstein, 2006; Larivee, 2005; Weinstein & Mignano,
2007).

a. Persekitaran Fizikal

Di antara faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah ialah susun
atur persekitaran fizikal bilik darjah. Susun atur kedudukan murid-murid di
dalam bilik darjah akan menentukan corak interaksi murid dengan murid
dan guru.
Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek;

• Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah.
• Sumber bahan pembelajaran.
• Ruang/ sudut pembelajaran.
• Ruang pada dinding.
• Pencahayaan, pengudaraan dan perabot.
• Kebersihan.

Guru perlu menyediakan buku-buku, bahan interaktif (ICT) dan lain-

lain yang mengandungi aktiviti pengayaan dan menggunakan
pelbagai bentuk motivasi kepada semua murid. Suasana persekitaran fizikal
yang baik menyebabkan murid-murid peka dengan orentasi tugasan yang
diberikan. Kesannya akan dapat menghalang pelbagai bentuk masalah
disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Choong, 2009).

b. Persekitaran Psikososial

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu
dengan persekitaran sosialnya. Susun atur ruang kerja seperti guru yang
aman tanpa gangguan membolehkan persekitaran psikososial yang sihat
dan menentukan kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai

ciri-ciri seperti;

• Suasana selesa dan mesra.
• Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.
• Perasaan diterima.
• Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
• Suasana yangt merangsang pembelajaran.
• Mewujudkan komunikasi terbuka dan

menggalakkan perkongsian idea.
• Menggalakkan pembelajaran koperatif.
• Peluang yang sama untuk semua murid.

Guru perlu memastikan terdapat ruang eksplorasi intelektual yang

optima untuk murid-murid. Di sini jelas membuktikan bilik darjah

merupakan satu tempat sibuk memperlihatkan suasana penuh dengan

aktiviti yang dapat merangsang pelbagai deria murid-murid.

Kekurangan sokongan akan menghalang murid-murid daripada

memperolehi pencapaian akademik yang tinggi dan selayaknya serta

kestabilan psikologi (Fredericks, Blumenfeld, & Paris, 2004).

c. Peraturan dalam Bilik Darjah

Peraturan ialah kenyataan yang merupakan satu bentuk peringatan
dan autoriti kepada nilai moral murid-murid yang boleh diterima di
dalam bilik darjah. Guru yang berkesan akan membentuk peraturan
dan prosedur di dalam bilik darjah agar dapat mengurangkan
gangguan dan meningkatkan kualiti pembelajaran. Peraturan dan
rutin dalam bilik darjah dapat menggalakkan perkembangan sosial
murid dengan menunjukkan sikap yang adil.

Di samping itu secara tidak langsung dapat mengajar murid-murid
untuk mengamalkan sikap bertanggungjawab, tolong menolong dan
saling menghormati antara satu sama lain dalam mengekalkan
peraturan kelas. Justeru guru perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan psikologi pendidikan merangkumi empat bidang iaitu
menerang, menghurai, mengawal dan meramal tingkah laku murid-
muridnya (Akhiar & Shamsina, 2012; Rahil & Habibah, 2007).

Terdapat beberapa contoh peraturan dalam bilik darjah yang boleh
dijadikan panduan dalam membina peraturan dalam bilik darjah, di
antaranya ialah;

• Semua murid diminta berada di dalam bilik darjah masing-masing
apabila waktu pelajaran pertama bermula.

• Bilik darjah hendaklah dibersihkan dan dikemaskan sebelum
waktu pelajaran pertama bermula.

• Murid-murid hendaklah menjalankan tugas membersih dan
mengemaskan bilik darjah mengikut jadual kelas masing-masing.

• Apabila hendak ke makmal sains/ perpustakaan/ bilik tayangan/
kelas pemulihan/ bilik j-QAF/ bilik akses, murid-murid hendaklah
berbaris dalam dua barisan.

• Murid-murid dilarang membuat bising di dalam bilik darjah.
• Semasa ketiadaan guru, murid-murid diminta membuat tugasan

sendiri atau membaca buku.
• Murid-murid dilarang makan atau minum di dalam bilik darjah dan

semasa guru sedang mengajar.

Semasa menyediakan peraturan dalam bilik darjah, terdapat beberapa

perkara yang guru perlu berikan penekanan. Antaranya ialah;

• Melibatkan murid dalam menyediakan peraturan dalam bilik
darjah. Melalui cara ini amalan demokrasi akan dapat diterapkan
di dalam bilik darjah. Murid berpeluang untuk menyatakan
pendapat dan buah fikiran di mana murid akan merasakan diri
mereka sebahagian daripada bilik darjah dan bukan hanya
pemerhati. Peraturan yang bermakna membentuk disiplin yang
memberangsangkan.

• Ayat peraturan haruslah pendek dan senang untuk difahami. Ayat

yang ringkas akan memudahkan murid untuk memahami mesej yang

disampaikan dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Hadkan

• bilangan peraturan kerana peraturan yang terlalu banyak boleh

mengelirukan murid.

• Menggunakan istilah yang positif. Penggunaan istilah yang positif akan
lebih merangsangkan murid untuk tidak melakukan kesalahan

berbanding penggunaan istilah yang negatif. Elakkan penggunaan
perkataan “Jangan”.

Guru sentiasa mengingatkan murid tentang peraturan yang mesti dipatuhi

• semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Peraturan haruslah dilaksanakan

dengan konsisten supaya berkesan dan bukan hanya apabila timbul

sesuatu masalah.

Apabila peraturan dalam bilik darjah telah selesai dibina, guru perlu
memastikan bagaimana cara melaksanakan dan mengawal peraturan

dalam bilk darjah. Bagi memastikan peraturan dipatuhi dan dihormati,

guru semestinya;

• Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai.
• Membentuk suasana pembelajaran yang positif.
• Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-

murid.

• Masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum.
• Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

d. Rutin dalam Bilik Darjah

Rutin adalah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh
guru dan murid-murid dalam penglibatan aktiviti-aktiviti tertentu
secara terperinci. Rutin dalam bilik darjah yang baik dan sistematik
terdiri daripada beberapa jenis rutin iaitu;

- Rutin pengurusan kerja
• Guru menetapkan bagaimana, bila dan di mana dia akan

menyempurnakan tugasan mengajar.
• Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran, tugasan,

latihan dan penilaian untuk diberikan kepada murid.

- Rutin pembelajaran
• Rutin yang perlu diikuti dalam pengajaran.
• Rutin dalam cara memberi arahan, membuat demonstrasi dan cara

menyampaikan soalan kepada murid.
• Memastikan murid mendengar, melihat dan memahami arahan

yang diberikan.
• Menentukan garis panduan untuk tingkah laku dan interaksi yang

sesuai dalam pelaksanaan aktiviti pembelajaran.

• Satu rutin aktiviti yang memperjelaskan kepada murid
bagaimana setiap aktiviti pembelajaran harus dijalankan dalam
bilik darjah.

- Rutin kelas harian yang berstruktur
• Pendaftaran murid.
• Menyimpan rekod kedatangan dan kad kemajuan.
• Kutipan yuran.
• Skim pinjaman buku teks dan susu percuma.

- Rutin pergerakan murid

• Cara murid masuk-keluar kelas.
• Cara murid dilepaskan pada waktu terakhir.
• Cara pergerakan murid untuk membuat tugasan dalam kumpulan.
• Cara pergerakan murid untuk mengasah pensil atau dapat bahan-

bahan pembelajaran.

- Rutin interaksi

Langkah-langkah rutin interaksi;
• Persediaan diri untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Melibatkan diri dalam perbincangan.

• Menyediakan tugasan awal.
• Mengajar murid bertanya dan menjawab soalan.
• Cara murid memberi perhatian dalam pengajaran dan

pembelajaran.
• Cara murid menyerahkan tugasan.
• Cara murid mengendalikan tanggungjawab sebagai ketua

kumpulan/ ketua kelas.

- Rutin pentadbiran
• Urusan surat menyurat dengan ibu bapa dan pihak lain.
• Laporan kehadiran.
• Aktiviti ko-kurikulum.

Pengurusan Sumber Maklumat Murid

Pengurusan sumber maklumat murid adalah berdasarkan undang-
undang, peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan rasmi
sekolah. Semua murid perlu sedar mereka terikat kepada peraturan-
peraturan yang diwujudkan dan perlu dipatuhi. Pengurusan sumber
maklumat murid menjadi peraturan sebagai tugas rutin bilik darjah yang
menjimatkan masa dan tenaga. Guru perlu menanda kedatangan,
menyemak kebersihan, memastikan susunan dan kekemasan bilik darjah,
mengedar dan mengumpul buku atau bahan maklumat daripada murid-
murid.

Contoh Sumber Maklumat Murid

Terdapat beberapa contoh sumber maklumat murid yang perlu
diketahui dan diambil tindakan oleh guru. Antaranya ialah;

• Maklumat ibu bapa.
• Tanggungan ibu bapa.
• Maklumat murid.
• Maklumat bantuan yang diberikan kepada murid.

Cara-cara Penyimpanan dan Kepentingan Penyimpanan Rekod
Data Peribadi Murid

Sumber maklumat murid yang diperolehi guru perlu dilakukan
penyimpanan. Berikut cara-cara penyimpanan dan kepentingan
penyimpanan rekod data peribadi murid sebagai panduan;

❑ Maklumat daripada borang pendaftaran akan diisi semula ke
dalam Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R.

❑ Kad rekod data peribadi murid disimpan di Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.

❑ Guru dapat merujuk kepada kad rekod data peribadi murid dan
mengetahui latar belakang murid, pencapaian dan kemajuan
akademik, minat serta perkembangan fizikal murid.

❑ Guru dapat merujuk kepada kad rekod data peribadi murid dan
mengetahui latar belakang murid, pencapaian dan kemajuan
akademik, minat serta perkembangan fizikal murid.

❑ Sebahagian maklumat daripada kad 001 akan diisi ke dalam Buku
Rekod guru kelas.

❑ Keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun
dicatat dalam Buku Laporan.

❑ Buku kedatangan murid merupakan satu lagi rekod rasmi murid.

Buku ini mencatatkan kehadiran murid pada setiap hari
persekolahan.
❑ Sumber maklumat murid penting dalam membantu guru membuat
keputusan tentang pengurusan bilik darjah.
❑ Maklumat ini memberitahu guru keperluan murid-muridnya
berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik serta
kehadiran mereka di sekolah.


Click to View FlipBook Version