“LENCANA SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN ………………………..
………………………….
BUTIRAN PELAJAR
NAMA:
KUMPULAN
KERTAS KERJA
PENUBUHAN
KELAB BICARA BERIRAMA
TAHUN 2020
KERTAS KERJA CADANGAN
KELAB BICARA BERIRAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU 2020
1.0 PENGENALAN
Bicara berirama mula diperkenalkan sebagai satu persembahan atau pertandingan bahasa
secara berkumpulan. Pasukan akan dibentuk untuk menghasilkan satu gabungan suara tematik
bagi diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman suara ini akan dikawal oleh
seorang ketua sebagai konduktor. Aktiviti ini bertujuan untuk menyampaikan mesej secara
berpasukan. Keistimewaan bicara berirama ini ialah pelbagai bentuk intonasi suara yang dapat
dihasilkan seperti suara halus dan garau, lembut dan kasar, seruan dan laungan dan sebagainya.
Oleh itu, kelab bicara berirama ditubuhkan supaya dapat meningkatkan kemahiran dan
penguasaan bahasa Melayu baku dalam kalangan murid-murid.
2.0 RASIONAL
2.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bicara berirama
2.2 Mewujudkan sebuah kelab yang mantap dan teratur
2.3 Pertandingan bicara berirama merupakan satu daripada aktiviti yang sering
dipertandingkan di peringkat daerah.
2.4 Aktiviti seperti ini menjadi semakin popular dalam kalangan murid-murid sekolah. Oleh
sebab itu, guru dapat mencungkil bakat murid-murid seawal usia 7 hingga 8 tahun.
2.5 Kebanyakan pertandingan bicara berirama sering dibuat dalam kalangan pelajar sekolah
sekolah menengah. Namun begitu, murid-murid sekolah rendah juga berkemampuan dan
mempunyai kebolehan dalam mengikuti pertandingan bicara berirama peringkat daerah.
2.6 Mengeratkan hubungan antara murid yang terdiri daripada murid-murid berbilang kaum.
3.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan
untuk menguasai dan menggunakan bahasa Melayu baku. Selain itu, menggalakkan murid-murid
untuk menggunakan bahasa Melayu baku seawal usia 7 hingga 8 tahun dan dijadikan amalan
sehingga dewasa.
4.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan kelab ini ialah:
1. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahasa Melayu baku.
2. Memartabatkan bahasa Melayu supaya tidak lapuk ditelan zaman.
3. Menggalakkan kesepaduan antara murid-murid berbilangan kaum.
4. Memupuk kesedaran kepentingan memartabatkan bahasa Melayu baku.
5.0 CADANGAN NAMA KELAB
Kelab Bicara Berirama SK Bukit Piatu
6.0 MOTO
Bahasa Jiwa Bangsa
7.0 MISI
Menghargai dan mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara.
8.0 VISI
Memartabatkan bahasa Melayu dan berusaha mengharumkan bahasa Kebangsaan ke seluruh
Malaysia.
9.0 SASARAN KUMPULAN
Kelab ini terbuka untuk murid-murid sekolah rendah (7 hingga 8 tahun) sahaja. Setiap kumpulan
yang ditubuhkan mestilah dari sekolah yang sama. Kemasukan ahli adalah seramai 40 orang
sahaja.
10.0 LOGO
10.1 MAKSUD LOGO
i. Sekumpulan murid-murid
Membawa maksud kesepaduan dan keseragaman pasukan dalam bicara
berirama.
ii. Bentuk lencana
Bentuk lencana sebagai lambang yang menyepadukan murid-murid.
Bentuk lencana sebagai simbolik kelab yang boleh digunakan pada pakaian
untuk membuat persembahan.
iii. “Kelab Bicara Berirama”
Menunjukkan identiti Kelab Bicara Berirama
11.0 AHLI JAWATANKUASA
Penaung
Puan Mariah binti Yaakob
Guru Penasihat
Puan Siti Fatimah binti Mohamad
Cik Ainie Amanie binti Rukman @ Lokman
Pengerusi
Muhammad Rayyan bin Muhammad Amir
Naib Pengerusi
Monica Dexter
Setiausaha
Nurul Sharafina binti Abdul Hakim
Naib Setiausaha
Alief Adham bin Amin
Bendahari
Shereen Wong
Naib Bendahari
Janani a/p Kumar
12.0 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN
Bulan Aktiviti Perbelanjaan Jumlah
-
Pendaftaran ahli baru - -
-
Januari Mesyuarat Agung -
-
Pemilihan ahli jawatankuasa -
-
Februari Pengenalan tentang bicara -
berirama -
Pengajaran teknik intonasi - RM 200
Mac RM 250
RM 160
suara
April Analisis video tentang bicara -
berirama
Penceramah (RM 200)
Seminar pertandingan bicara
Mei Pengangkutan (RM 250)
berirama peringkat daerah
Makanan (RM 4 x 40)
Persembahan bicara Props dan kostum
Jun RM 400
berirama di sekolah (RM 10 x 40)
Penyertaan pertandingan Pengangkutan (RM 250) RM 250
RM 160
Julai bicara berirama peringkat Makanan (RM 4 x 40) RM 250
Daerah RM 160
Penyertaan pertandingan Pengangkutan (RM 250) RM 160
RM 320
Ogos bicara berirama peringkat Makanan (RM 4 x 40) RM 2 310
Negeri
September Karnival Bulan Bahasa Makanan (RM 4 x 40)
peringkat sekolah
Oktober Jamuan Akhir Tahun Makanan (RM 8 x 40)
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN
13.0 SUMBER KEWANGAN JUMLAH
BIL SUMBER RM 400
1 Yuran Tahunan (RM 10 x 40) RM 1 500
2 Sumbangan oleh YB Tuan Wong Tack RM 300
3 Sumbangan Guru Penasihat (RM150 x 2)
Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru RM200
4
(PIBG) RM 2 400
JUMLAH
14.0 YURAN
Setiap ahli akan membayar yuran tahunan sebanyak RM 10.00 seorang. Yuran akan dibayar
mengikut bulan sebanyak RM2 setiap perjumpaan (2 kali/minggu) sehingga yuran selesai
dibayar.
15.0 PERLEMBAGAAN/PERATURAN/SYARAT
PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT
a) Nama Persatuan : Kelab Bicara Berirama SK Bukit Piatu
b) Alamat : Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, Lorong Muhibbah 3, Kampung
Muhibbah, 28700 Bentong, Pahang
PERATURAN 2: MATLAMAT
3.1 Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan
untuk menguasai dan menggunakan bahasa Melayu baku. Selain itu, menggalakkan murid-murid
untuk menggunakan bahasa Melayu baku seawal usia 7 hingga 8 tahun dan dijadikan amalan
sehingga dewasa.
PERATURAN 3: OBJEKTIF
4.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahasa Melayu baku.
4.2 Memartabatkan bahasa Melayu supaya tidak lapuk ditelan zaman.
4.3 Menggalakkan kesepaduan antara murid-murid berbilangan kaum.
4.4 Memupuk kesedaran kepentingan memartabatkan bahasa Melayu baku.
PERATURAN 4: KEAHLIAN
5.1 Keahlian terbuka kepada semua murid SK Bukit Piatu tanpa mengira bangsa, agama,jantina dan
kedudukan sosial pelajar dan seramai 50 orang sahaja.
5.2 Permohonan menjadi ahli adalah melalui pengisian borang yang disediakan.
5.3 Ahli mestilah berpegang kepada Perlembagaan serta mengambil bahagian dengan aktif bagi
menjayakan tujuan penubuhan kelab ini.
5.4 Ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab memajukan kelab.
5.5 Setiap ahli WAJIB menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
PERATURAN 5: PEMBERHENTIAN DAN PENGGANTUNGAN AHLI
6.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah memberi kenyataan 2 minggu
lebih awal kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
6.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan kelab atau mencemarkan nama baik kelab
boleh dikeluarkan daripada kelab atau digantung bagi suatu tempoh masa dengan persetujuan
jawatankuasa. Sebelum jawatankuasa mengeluarkan ahli atau menggantungkan keahlian ahli
tersebut, ahli akan diberitahu akan sebab-sebab pengeluaran atau penggantungan secara
bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan.
PERATURAN 6: PAKAIAN : Pakaian seragam sekolah
: Baju sukan dan seluar trek sukan
7.1 Sesi perjumpaan mingguan : Kasut dan berstokin
7.2 Sesi aktiviti kelab
PERATURAN 7: GURU PENASIHAT
9.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah SK Bukit Piatu.
9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti.
9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli semasa perjumpaan dan aktiviti
dijalankan.
PERATURAN 8: AHLI JAWATANKUASA
10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
10.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir
tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
10.3 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.
10.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
10.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
10.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-
10.6.1 Pengerusi
10.6.2 Naib Pengerusi
10.6.3 Setiausaha
10.6.4 Naib Setiausaha
10.6.5 Bendahari
10.6.6 Naib Bendahari
PERATURAN 9: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
11.1 Pengerusi
11.1.1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat.
11.1.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
11.1.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
11.2 Naib Pengerusi
11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
11.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
11.3 Setiausaha
11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
11.4 Naib Setiausaha
11.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
11.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha .
11.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
11.5 Bendahari
11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal-hal kewangan Persatuan/Kelab
11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
11.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
11.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
11.6 Penolong Bendahari
11.4.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.
11.4.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa .
PERATURAN 10: KEWANGAN
12.1 Sumber kewangan kelab ini adalah:
12.1.1 Yuran tahunan : RM10.
12.1.2 Peruntukan oleh YB Tuan Wong Tack : RM1 500.
12.1.3 Sumbangan Guru Penasihat : RM300.
12.1.4 Sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) : RM200.
PERATURAN 11: KEHADIRAN/PENYERTAAN
13.1 Ahli kelab wajib menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan pemotongan markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum akan
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 12: PERATURAN-PERATURAN
14.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas Kelab Bicara Berirama.
14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 13: TINDAKAN DISIPLIN
15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan
15.2 yang ditetapkan.
Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
15.3
15.2.1 Amaran lisan
15.2.2 Amaran bertulis
Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.
PERATURAN 14: PINDAAN PERLEMBAGAAN
16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
16.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli kelab, ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
16.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar.
PERATURAN 15: PEMBUBARAN
17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan
17.2 secara bertulis.
Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati penyelewengan daripada
Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah
PERATURAN 16: HAL-HAL LAIN
18.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab diri sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
18.2 Ahli kelab hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
16.0 PENUTUP
Harapan semoga penubuhan Kelab Bicara Berirama ini dapat memberi manfaat kepada
murid-murid SK Bukit Piatu. Di samping itu, semoga kelab ini berjaya melahirkan murid-
murid yang dapat memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga untuk menggunakan
bahasa Melayu baku dalam kehidupan seharian mereka.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(NURUL SHARAFINA BINTI ABDUL HAKIM) (MUHAMMAD RAYYAN BIN MUHAMMAD)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Bicara Berirama. Kelab Bicara Berirama.
Disahkan oleh,
____________________________________
(PUAN SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD)
Guru Penasihat,
Kelab Bicara Berirama.
MINIT MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA PENUBUHAN KELAB BICARA BERIRAMA SK BUKIT PIATU
Tarikh : 25 Disember 2019
Masa : 2.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Kemboja SK Bukit Piatu
Kehadiran: : Puan Siti Fatimah binti Mohamad
Ainie Amanie binti Rukman @ Lokman
1. Guru Penasihat
: Muhammad Rayyan bin Muhammad Amir
2. Pengerusi : Monica Dexter
3. Naib Pengerusi : Nurul Sharafina binti Abdul Hakim
4. Setiausaha : Alief Adham bin Amin
5. Naib Setiausaha : Shereen Wong
6. Bendahari : Janani a/p Kumar
7. Naib Bendahari
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli dan mengucapkan terima kasih kerana telah bersama-
sama menghadirkan diri ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penubuhan Kelab Bicara Berirama SK
Bukit Piatu.
Tindakan : Makluman
1.2. Pengerusi menyatakan bahawa bicara berirama merupakan salah satu aktiviti yang dapat
memperkasakan kemahiran bahasa Melayu murid-murid. Selain itu, pengerusi juga mengatakan
bahawa aktiviti seperti ini mampu melatih keyakinan diri murid-murid untuk berkomunikasi di
khalayak ramai. Oleh itu, pengerusi berharap agar melalui penubuhan Kelab Bicara Berirama
ini, murid akan lebih menghargai dan memartabatkan bahasa Melayu dan menjadikannya satu
kebanggaan untuk mereka.
Tindakan : Makluman
1.3. Pengerusi juga berharap agar Permohonan Penubuhan Kelab Bicara Berirama ini diluluskan
seawal mungkin agar murid-murid dapat mengikuti dan menjalankan aktiviti kelab ini dengan baik
dan berkesan berdasarkan tugasan setiap ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Antara objektif
penubuhan kelab ini termasuklah :
1.3.1. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahasa Melayu baku.
1.3.2. Memartabatkan bahasa Melayu supaya tidak lapuk ditelan zaman.
1.3.3. Menggalakkan kesepaduan antara murid-murid berbilangan kaum.
1.3.4. Memupuk kesedaran kepentingan memartabatkan bahasa Melayu baku di kalangan
murid.
Tindakan : Makluman
2.0 PENUBUHAN KELAB BICARA BERIRAMA :
2.1.1.Setelah mendengar penerangan dan matlamat sebenar penubuhan pendaftaran badan kelab
ini oleh pengerusi sebentar tadi, semua ahli mesyuarat dengan ini bersetuju untuk menubuhkan
sebuah kelab. Sehubungan itu, nama dicadangkan dan dipilih serta mendapat sokongan
majoriti ahli mesyuarat ialah KELAB BICARA BERIRAMA.
Tindakan : Makluman
3.0 PENETAPAN ALAMAT PENUBUHAN :
3.1.1 Pengerusi berbincang bersama-sama ahli mesyuarat berkaitan dengan alamat surat
menyurat kelab yang baharu.
Alamat yang dipersetujui ialah :
KELAB BICARA BERIRAMA SK BUKIT PIATU,
28700 BENTONG
Tindakan : Makluman
4.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA :
4.1.1 Pengerusi meneruskan agenda mesyuarat dengan perlantikan ahli jawatankuasa Kelab
Bicara Berirama SK Bukit Piatu. Beliau membacakan senarai ahli jawatankuasa yang
diperlukan dalam penubuhan kelab ini. Antara jawatankuasa yang perlu dilantik adalah
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari dan Naib Bendahari.
Tindakan : Makluman
4.1.2 Semua ahli mesyuarat dengan sebulat suara telah bersetuju melantik ahli yang berikut
sebagai ahli jawatankuasa kelab dan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat :
Penaung : Puan Mariah binti Yaakob
Guru Penasihat : Puan Siti Fatimah binti Mohamad
: Cik Ainie Amanie binti Rukman @ Lokman
Pengerusi : Muhammad Rayyan bin Muhammad Amir
Naib Pengerusi : Monica Dexter
Setiausaha : Nurul Sharafina binti Abdul Hakim
Naib Setiausaha : Alief Adham bin Amin
Bendahari : Shereen Wong
Naib Bendahari : Janani a/p Kumar
Tindakan : Makluman
5.0 MENYEMAK DAN MELULUSKAN PERLEMBAGAAN :
5.1.1 Guru Penasihat membentangkan isi kandungan perlembagaan yang telah disediakan untuk
difahami oleh semua ahli mesyuarat. Setiausaha diminta untuk menyemak segala isi
kandungan dengan terperinci, jelas dan mudah difahami oleh semua ahli mesyuarat dengan
kadar segera.
Tindakan : Makluman
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1.1 Kewangan
Presiden memaklumkan supaya yuran ahli adalah seperti ketatapan berikut :
Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran kepada Kelab seperti berikut:
Bayaran yuran tahunan adalah sebanyak RM10.00. Yuran dibayar secara beransur-ansur
RM2 setiap perjumpaan (2 kali/minggu) sehingga yuran habis dilunaskan.
Tindakan : Makluman
7.0 PENUTUP
7.1.1 Memandangkan tiada perkara lain yang hendak dibincangkan, maka mesyuarat ditangguhkan
pada jam 4.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi kepada semua yang
hadir.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
____________________________________ _____________________________________
(NURUL SHARAFINA BINTI ABDUL HAKIM) (PUAN SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD)
Setiausaha, Pengerusi Mesyuarat,
Ahli Jawatankuasa Penaja. Ahli Jawatankuasa Penaja.
Kelab Bicara Berirama,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang.
Kepada
Guru Besar,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang.
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB BICARA BERIRAMA
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab
Bicara Berirama Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu berkuatkuasa mulai 8 Januari hingga 18 November
2020.
2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan Kertas Cadangan Penubuhan Kelab Bicara
Berirama bagi rujukan pihak tuan.
2. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”
Saya yang menurut perintah,
__________________________________________
(PUAN SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD)
Guru Penasihat,
Kelab Bicara Berirama,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang.
Kelab Bicara Berirama,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang.
Kepada
YB Tuan Wong Tack,
No. 40 B, Tingkat Atas,
Jalan Chui Yin,
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK AKTIVITI KELAB BICARA BERIRAMA SK BUKIT
PIATU
Merujuk kepada perkara di atas, Kelab Bicara Berirama SK Bukit Piatu ingin memohon jasa baik tuan bagi
memberi sumbangan ikhlas berbentuk kewangan untuk menambah dana kelab.
2. Sumbangan yang diberi akan digunakan untuk kelangsungan Kelab Bicara Berirama dalam
penubuhan dan pelaksanaan program-program. Selain itu, sumbangan ini juga akan digunakan sebaik-
baiknya bagi memelihara kebajikan ahli-ahli kelab.
3. Perkembangan untuk aktiviti kelab ini boleh diikuti di laman Facebook KBB SK Bukit Piatu atau
hubungi Saudari Ainie Amanie binti Rukman @ Lokman (0105167780).
Kerjasam daripada pihak tuan amatlah dihargai,
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”
Saya yang menurut perintah,
__________________________________________
(PUAN SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD)
Guru Penasihat,
Kelab Bicara Berirama,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang
Guru Besar,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang
Memohon Kebenaran Memungut Derma Ahli Kelab Bicara Berirama SK Bukit Piatu
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.
2. Terlebih dahulu saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Bicara Berirama SK Bukit Piatu ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa baik tuan dalam meluluskan dan
mengesahkan penubuhan Kelab Bicara Berirama sebagai sebuah kelab yang berdaftar dalam bidang
kokurikulum sekolah.
3. Justeru, semua AJK Kelab Bicara Berirama SK Bukit Piatu sekolah ini berikrar akan menunaikan
tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan tekun, gigih dan bersungguh-sungguh demi
merealisasikan matlamat penubuhan persatuan ini. Walau bagaimanapun, satu tabung kewangan persatuan
perlu diwujudkan untuk membiayai kos pengelolaan dan penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
4. Sehubungan itu, saya bagi pihak AJK Kelab Bicara Berirama sekolah ini dengan rendah hati dan
penuh harapan memohon pihak tuan untuk membenarkan dan meluluskan pungutan keahlian daripada
setiap ahli RM2.00 sebulan untuk seorang. Permohonan ini dikemukakan demi mematuhi Subperaturan 9(3)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996, seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.41, Perundangan (A) : P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei
1998.
5. Sukacita dimaklumkan bahawa semua kutipan akan diakaunkan dan disimpan sebagai Tabung
Kewangan Kelab Bicara Berirama sekolah. Penggunaan wang daripada tabung ini tertakluk kepada kaedah
dan peraturan.
Sekian terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”
Saya yang menjalankan amanah,
_______________________________________
(NURUL SHARAFINA BINTI ABDUL HAKIM)
Setiausaha,
Kelab Bicara Berirama
Guru Penasihat Kelab Bicara Beiriama
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang
Guru Besar,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang
SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA
Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa ang diberikan kepada saya oleh
seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb.
Mei 1998 P.U.(A) 196, saudara telah dilantik sebagai _________________________ Kelab Bicara Berirama
SK Bukit Piatu, berkuatkuasa mulai ____________ hingga ____________.
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh saudara.
3. Semoga dengan pelantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk meningkatkan
prestasi Kelab Bicara Berirama di SK Bukit Piatu kelak.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
___________________________
(PUAN SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD)
Guru Penasihat,
Kelab Bicara Berirama,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang
Puan Siti Fatimah binti Mohamad,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang
Tuan,
PELANTIKAN GURU PENASIHAT KELAB BICARA BERIRAMA SK BUKIT PIATU
Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dilantik sebagai Guru
Penasihat Kelab Bicara Berirama SK Bukit Piatu. Pelantikan ini berkuatkuasa muiai 6 Januari 2020 sehingga
22 November 2020.
2. Tuan/Puan akan menjalankan kuasa yang diberikan kepada anda seperti dalam Peraturan 8 warta
kerajaan bertarikh 21.05.1998,P.0 (A) 196. Tuan/Puan dikehendaki pada setiap masa menjalankan kegiatan
dan aktiviti berkaitan, mengawasi keselamatan dan kesejahteraan murid-murid.
3. Semoga dengan pelantikan ini, Tuan/Puan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi untuk meningkatkan prestasi Kelab Bicara Berirama sekolah.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”
Saya yang menjalankan amanah,
_________________________
(KASIM ABDULLAH BIN BABA)
Guru Besar,
SK Bukit Piatu,
Lorong Muhibbah 3,
Kampung Muhibbah,
28700 Bentong,
Pahang