The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AL-NUBUWWAH PENGETIAN NABI DAN RASUL,SIFAT RASUL, MUKJIZAT HISSI DAN MAKNAWI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2020-11-27 04:08:23

AL-NUBUWWAH PENGETIAN NABI DAN RASUL,SIFAT RASUL, MUKJIZAT HISSI DAN MAKNAWI

AL-NUBUWWAH PENGETIAN NABI DAN RASUL,SIFAT RASUL, MUKJIZAT HISSI DAN MAKNAWI

Al-Nubuwwah

•Pengertian Nabi & Rasul
•Sifat-sifat Rasul
•Mukjizat Hissi & Maknawi

Sarah Junaidah
Nur Liyana

Pengertian Nabi & Rasul

• Nabi
Bahasa:
- berasal dari perkataan ‫النبأ‬, bermaksud khabar/berita
- merujuk kepada orang yang mempunyai kedudukan

dan martabat yang tinggi dan mulia.

Istilah: Lelaki pilihan Allah yang diwahyukan kepadanya
atau menerima syariat untuk dirinya sahaja. Tidak wajib
menyampaikan apa yang diterima oleh Allah kepada
orang lain

• Terdapat sebahagian ulama mengatakan perkataan al-
nubuwwah adalah asas kepada perkataan nabi
berdasarkan kepada kemuliaan kedudukan dan
martabat mereka jika dibandingkan dengan para
hamba Allah yang lain."

• Pengertian mereka tersebut adalah berpandukan dalil
al-Qur'an: "Dan Kami telah mengangkatnya kepada
martabat yang tinggi.“(Surah Maryam: 57) Justeru itu,
perkataan nabi boleh dimaksudkan seorang yang
mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi
Allah (s.w.t).

• Rasul
Bahasa:
- Perkataan rasul berasal daripada kata dasar arsala-irsal
- Perutusan, percampuran dan keseluruhan

Istilah: Kalangan lelaki yang dipilih oleh Allah serta

menerima wahyu dan wajib menyampaikan segala syariat
dan apa sahaja yang diterima kepada orang lain

• Menurut Ibn Manzur, perkataan al-irsal memberi
maksud yang sama seperti perutusan kerana
seseorang itu dikenali sebagai rasul apabila dia
diutus untuk melakukan suatu tugas yang penting

• Pengertian tersebut adalah berasaskan dalil al-
Qur'an: "Dan sesungguhnya aku mengirimkan
utusan {al-mursilah) kepada mereka dengan
membawa hadiah dan aku akan menunggu apa
yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu
(almursalun).“ (Surah Al-Naml:35)

• Semua para nabi & rasul dipilih daripada
kalangan manusia, bukan dari kalangan jin
atau malaikat

• Surah al-kahfi: 110

“Katakanlah wahai Muhammad,sesungguhnya
aku adalah seorang manusia seperti kamu
diwahyukan kepada aku bahawa Tuhan kamu
hanyalah Tuhan yang satu”

Perbezaan nabi dan rasul

• Aspek tugas: kerasulan adalah lebih khusus
• Bilangan rasul & nabi:
-jumhur berpendapat bahawa jumlah nabi
mencecah 124000 orang manakala para rasul
hanya 313 orang
• Kalangan rasul dikurniakan kitab dan suhuf
-cth: nabi Isa(injil), nabi Ibrahim(suhuf), nabi
Muhammad(Al-quran)

SIFAT-SIFAT RASUL

Sifat Wajib (4)

Benar (‫)الصدق‬

• Sentiasa bertepatan sesuatu berita dengan
hakikat/suatu perkara sepatutnya

• Benar & tepat terhadap apa yang disampaikan
daripada Allah kepada manusia

Amanah (‫)الأمانة‬
• Pengertian umum: mengembalikan harta benda

kepada yang mengamanahkannya
• Pengertian khusus: menyembunyikan rahsia, ikhlas

dalam memberi nasihat dan benar-benar
menyampaikan sesuatu bila ditugaskan untuk
menyampaikannya.

Bijaksana (‫)الفطانة‬

• Memiliki kecerdasan dan kebijaksanaan dalam
semua bidang: peperangan, kehidupan, ekonomi,
akhirat dan pentadbiran

Menyampaikan (‫)التبليغ‬

• Para rasul menyampaikan wahyu yang diterima
daripada Allah

• Mereka wajib menyampaikan hukum ketetapan
Allah dan wahyu yang diturunkan kepada mereka
tanpa menyembunyikannya

Bohong

Bodoh Sifat Khianat
Mustahil
bagi Rasul

Sembunyi

Mukjizat Hissi & Maknawi

Mukjizat
• Bahasa: lemah (‫)العجز‬

• Istilah: perkara luar biasa yang
dikurniakan oleh Allah kepada nabi dan
rasul yang diutuskanNya dan dapat
melemahkan mereka yang menentangnya

• Mukjizat Maknawi

- Mukjizat yang sukar difahami dan tidak dapat
dilihat dengan jelas kecuali dengan kajian,
penelitian dan pemikiran yang mendalam

- Contohnya: Al-Quran

• Mukjizat Hissi

- Mukjizat yang dapat dilihat dengan jelas
melalui pancaindera. Tidak memerlukan
kajian yang mendalam

- Contohnya: batu memberi salam kepada
baginda, nabi Ibrahim dibakar oleh Raja
Namrud dgn api yg besar namun terselamat
dll

Contoh mukjizat nabi


Click to View FlipBook Version