INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2019
SEMESTER 2 TAHUN 2
TUGASAN 1 :
KERTAS KERJA
Nama Pelajar :
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan :
:
Kumpulan /Unit :
Kod Kursus :
Nama Kursus : PUAN FLORINA ANAK SIGAY
Nama Pensyarah : 27 OKTOBER 2020
Tarikh Hantar
Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
1
“LENCANA SEKOLAH”
SEKOLAH KEBANGSAAN ..................
..................................
KERTAS KERJA
PENUBUHAN
“KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA”
TAHUN 2020
2
KERTAS KERJA PENUBUHAN
KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PUTATAN
TAHUN 2020
1.0 PENGENALAN
Kelab keselamatan jalan raya adalah sebuah kelab yang akan ditubuhkan untuk memberi
penekanan terhadap tanggungjawab seseorang sebagai pengguna jalan raya ketika
menggunakan jalan raya. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2018), keselamatan di jalan raya
merupakan satu keperluan kepada sesebuah masyarakat untuk menjadikan jalan raya sebagai
tempat yang dijamin selamat untuk digunakan oleh semua pihak. Hal ini demikian kerana isu
keselamatan jalan raya seperti kemalangan jalan raya dikenal pasti sebagai salah satu punca
kematian yang telah meragut nyawa kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga tua. Oleh
sebab itu, menurut Lee Lam Thye (2019), ia amat penting untuk setiap individu mengetahui
aspek-aspek keselamatan di jalan raya agar isu-isu yang timbul berkaitan penggunaan jalan raya
dapat ditangani dengan efektif. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berusaha mewujudkan
budaya berhemah dan berhati-hati di jalan raya agar Malaysia menjadi sebuah negara yang
selamat dan bebas daripada kemalangan demi kesejahteraan individu, masyarakat mahupun
negara.
2.0 RASIONAL
Kelab keselamatan jalan raya merupakan sebuah kelab yang jarang sekali ditubuhkan di sekolah-
sekolah sebagai salah satu kelab kokurikulum. Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran
berkenaan keselamatan di jalan raya masih kurang dan menyebabkan ia sering dianggap
sebagai perkara yang remeh dan tidak perlu dititikberatkan. Oleh sebab itu, penubuhan kelab
keselamatan jalan raya di SK Pekan Putatan dapat dijadikan platform untuk menyampaikan
pendidikan keselamatan jalan raya kepada murid-murid pada seawal peringkat bangku sekolah
lagi. Melalui kelab ini, menurut Mazlan Ismail et. al (2018), murid-murid dapat didedahkan dengan
pelbagai input berkenaan prosedur operasi piawai (SOP) apabila menggunakan jalan raya. Oleh
itu, mereka dapat memperoleh pengalaman serta pengetahuan mengenai langkah keselamatan
jalan raya dengan lebih terperinci. Selain itu, kelab ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid-
murid untuk menjadikan langkah-langkah keselamatan jalan raya sebagai amalan dan budaya
sepanjang hayat memandangkan penggunaan jalan raya berkaitrapat dengan kehidupan seseorang
individu. Justeru, menurut Nur Syazwan Mohd Solhi dan Yusmarwati Yusof (2014), pendidikan
keselamatan jalan raya telah menjadi tanggungjawab sekolah. Dikukuhkan lagi apabila Sekolah
3
Kebangsaan Pekan Putatan merupakan sekolah yang berada di pusat bandar menyebabkan ia
mempunyai lalu lintas yang sibuk dan berisiko tinggi berlakunya kemalangan jalan raya yang
melibatkan murid-murid sekolah. Oleh itu, menurut Siti Sofia Md Nasir (2019), kelab keselamatan
jalan raya ini dapat dijadikan langkah pencegahan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang
selamat sekaligus mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan sekolah
mahupun kawasan-kawasan yang lain.
Kewujudan kelab keselamatan jalan raya juga sesuai ditubuhkan di Sk Pekan Putatan kerana sekolah
tersebut mempunyai kemudahan-kemudahan jalan raya seperti kemudahan lalu lintas pejalan kaki
iaitu jejantas, lintasan belang, laluan pejalan kaki dan seumpamanya. Selain itu, bas perhentian juga
disediakan di kawasan sekolah tersebut. Oleh itu, kemudahan-kemudahan tersebut boleh dijadikan
lokasi untuk menjalankan amali atau praktikal untuk murid mengaplikasikan kemahiran keselamatan
jalan raya dengan baik. Tambahan pula, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terletak di kawasan tidak
jauh daripada sekolah tersebut. Oleh itu, lebih mudah untuk pihak sekolah mendapatkan
perkhidmatan daripada pegawai yang pakar dan berpengalaman berkenaan kemahiran keselamatan
jalan raya untuk didedahkan kepada murid-murid sekolah. Hal ini dapat dibuktikan oleh Tan Li Kang
(2016) bahawa maklumat daripada seorang pakar itu lebih tepat dan dipercayai.
3.0 MATLAMAT
Memperlengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkenaan keselamatan
jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah.
4.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan kelab ini ialah:
1. Memberi pendedahan kepada murid-murid kepentingan menjaga keselamatan di
jalan raya.
2. Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk peka terhadap isu-isu semasa yang
melibatkan isu keselamatan jalan raya.
3. Menguasai ilmu dan kemahiran asas langkah-langkah menjaga keselamatan jalan
raya.
4. Melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan peraturan
jalan raya.
5. Menjadikan nilai-nilai positif ketika menggunakan jalan raya sebagai amalan
sepanjang hayat.
4
5.0 CADANGAN NAMA KELAB
“Kelab Keselamatan Jalan Raya SK Pekan Putatan”
6.0 MOTO
Pengguna jalan raya yang berhemah menjamin nyawa terjaga
7.0 MISI
Menjadi medium untuk murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti keselamatan
untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya yang
dijalankan melalui kelab keselamatan jalan raya.
8.0 VISI
Membentuk komuniti murid yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi
terhadap kepentingannya memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna
jalan raya yang lain.
9.0 SASARAN KUMPULAN
Murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang.
5
10.0 LOGO
KELAB
KESELAMATAN
Maksud logo
i. Melintas di jalan raya
Membawa maksud kelab memberi fokus terhadap keselamatan jalan raya
ii. Empat segi tepat
Segi empat tepat yang menggunakan warna hitam dan putih melambangkan
warna jalan raya
iii. Warna merah, kuning dan putih
Melambangkan warna lampu isyarat
Warna merah bermakna berhenti, kuning bermakna bersedia untuk berhenti dan
hijau untuk jalan
6
11.0 LAGU KELAB
Tajuk : Utamakan keselamatan jalan raya
Lirik/Melodi : Kalau rasa gembira
Kelab keselamatan jalan raya
Keselamatan dijaga bersama-sama
Mari bersama kami, mengutamakan diri
menjamin keselematan setiap hari
Marilah semua bersama-sama,
Utamakan keselamatan untuk negara,
Keselamatan yang dijamin,
Dapat memastikan diri, selalu selamat dimana-mana saja.
12.0 AHLI JAWATANKUASA
Penaung
Encik Alif Faiqal Bin Ammar
Guru Penasihat
Puan Zuraya Binti Mahdi
Cik Nur Dayini Binti Baharudin
Pengerusi
Ahmad Hanif Bin Aliff
Naib Pengerusi
Nurul Hidayah Binti Mansor
Setiausaha
Aliff Bin Harban
Naib Setiausaha
Siti Aifa Binti Murshidi
Bendahari
Alyssa Vivian Steven
Naib Bendahari
Ian Josue Jaideh
7
13.0 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN
Kelab dan persatuan akan dijalan setiap hari rabu jam berselang-seli dengan unit beruniform
dan sukan dan permainan.
BULAN TARIKH/HARI AKTIVITI PENGISIAN AKTIVITI
JANUARI 8/1/2020 Mesyuarat Kata alu-aluan ketua penasihat
Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa
(PERJUMPAAN Agung
1) (AJK) Kelab Keselamatan Jalan
Raya
FEBRUARI 19/2/2020 Pengenalan Menerangkan Tanggungjawab
(PERJUMPAAN kelab jawatankuasa dan peranan ahli
Menerangkan visi, misi dan
2) objektif penubuhan kelab
Taklimat kaedah penilaian
untuk markah Kokurikulum
Guru memberi gambaran
senarai aktiviti kelab sepanjang
tahun
MAC 11/3/2020 Pengenalan Menerangkan konsep
APRIL keselamatan jalan raya
(PERJUMPAAN Keselamatan
MEI Melukis dan mewarnakan
3) Jalan Raya poster kelab keselamatan jalan
raya secara berkumpulan
1/4/2020 Mencipta poster
Membentang ciptaan poster
(PERJUMPAAN dihadap kelas
4) Murid-murid dibekalkan
majalah, surat khabar dan buku
22/4/2020 Menghasilkan
(PERJUMPAAN buku skrap Menampal maklumat dan
gambar tentang keselamatan
5) jalan raya daripada bahan yang
disediakan
13/5/2020 Ceramah dan
(PERJUMPAAN pameran Ceramah dan pameran oleh
JKJR.
6)
8
JUN 3/6/2020 daripada Amali keselamatan jalan raya
(PERJUMPAAN pegawai JPJ dengan kerjasama Jabatan
Keselamatan Jalan Raya
7) Amali (JKJR)
keselamatan
Membuat lawatan ke tempat-
jalan raya tempat yang boleh memberi
pendedahan kepada
24/6/2020 Lawatan sambil keselamatan jalan raya seperti
(PERJUMPAAN belajar Litar pendidikan Lalulintas,
Jabatan Pengangkutan Jalan
8) (JPJ) dan lain-lain.
JULAI 15/7/2020 Sketsa Sketsa berkaitan keselamatan
OGOS (PERJUMPAAN Treasure hunt pengguna jalan raya
9) Aktiviti treasure hunt di
5/8/2020 Kawasan sekolah berkenaan
(PERJUMPAAN keselamatan jalan raya
10)
26/8/2020 Khidmat Bergotong-royong
(PERJUMPAAN masyarakat membersihkan Kawasan
sekolah seperti mengecat petak
11) letak kereta dan seumpamanya.
SEPTEMBER 16/9/2020 Kuiz Murid menjawab soalan
Refleksi berkenaan keselamatan jalan
(PERJUMPAAN raya.
12) Murid-murid memberi kekuatan,
kelemahan serta
OKTOBER 7/10/2020 penambahbaikan pengisian
aktiviti kelab keselamatan jalan
(PERJUMPAAN raya sepanjang tahun.
13) Makan-makan bersama guru
penasihat dan ahli-ahli kelab
28/10/2020 Jamuan akhir keselamatan jalan raya
(PERJUMPAAN tahun
14)
9
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA
BIL. PERKARA TARIKH BUAH + BAKUL JUMLAH (RM)
Ceramah dan pameran 13/5/2020 RM100
Cenderahati kepada 13/5/2020 SEWA LITAR RM60
penceramah 3/6/2020 LALULINTAS
24/6/2020 PERKHIDMATAN RM300
Amali keselamatan jalan raya
26/8/2020 BAS RM250
Lawatan sambil belajar 28/10/2020 MAKAN
BARANG-BARANG RM100
Khidmat masyarakat
CAT RM100
Jamuan akhir tahun MAKANAN RM910
JUMLAH
15.0 SUMBER KEWANGAN
BIL. SUMBER Kuantiti JUMLAH
(RM)
1. Yuran Kelab Keselamatan Jalan Raya Rm10 (Tahunan) x 60 orang
2. Sumbangan Guru Penasihat RM 30 x 6 orang Rm 600
3. Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Rm100 RM 180
RM 100
Guru (PIBG) JUMLAH
RM 880
16.0 YURAN
Setiap ahli perlu membayar sebanyak RM 1.00 setiap bulan kepada bendahari kelab
keselamatan jalan raya.
17.0 PERLEMBAGAAN/PERATURAN/SYARAT
PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT
a) Nama Kelab : Kelab Keselamatan Jalan Raya SK Pekan Putatan
b) Alamat : SK Pekan Putatan, 88200, Kota Kinabalu, Sabah
10
PERATURAN 3 : MATLAMAT
Memperlengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkenaan keselamatan
jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah.
PERATURAN 4 : OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid-murid kepentingan menjaga keselamatan di jalan raya.
2. Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk peka terhadap isu-isu semasa yang
melibatkan isu keselamatan jalan raya.
3. Menguasai ilmu dan kemahiran asas langkah-langkah menjaga keselamatan jalan raya.
4. Melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.
5. Menjadikan nilai-nilai positif ketika menggunakan jalan raya sebagai amalan sepanjang
hayat.
PERATURAN 5 : KEAHLIAN
1.Menjadi ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya terbuka kepada guru-guru mahupun murid-murid
Sk Pekan Putatan yang berminat untuk menyertai kelab yang ditawarkan di sekolah tersebut.
Keahlian hanya terbuka maksimum untuk 60 murid-murid sahaja.
2. Borang permohonan menjadi ahli boleh diisi oleh warga sekolah yang berminat menyertai
kelas keselamatan jalan raya dan borang mestilah dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan
oleh jawatan kuasa kelab.
3. Permohonan menjadi ahli akan dipertimbangkan oleh ahli jawatan kuasa kelab keselamatan
dan jalan raya dan setiap keputusan permohonan adalah muktamad.
4. Guru-guru dan ahli kelab keselamatan jalan raya perlu aktif melibatkan diri dalam aktivit-aktiviti
yang dijalankan sepanjang tahun.
5. Ahli boleh mengemukakan cadangan aktiviti yang boleh dijalankan untuk kelab keselamatan
jalan raya di masa yang akan dating.
6. Setiap ahli WAJIB menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
11
PERATURAN 6 : PEMBERHENTIAN DAN PENGGANTUNGAN AHLI
Ahli yang hendak menarik diri daripada kelab tidak boleh keluar tanpa pemberitahuan dan perlu
mengemukakan permohonan secara bertulis seawal seminggu terlebih dahulu kepada
setiausaha.
Ahli kelab yang telah menimbulkan masalah yang boleh mencemarkan nama baik kelab akan
diberi pertimbangan untuk digugurkan atau dikeluarkan daripada kelab dengan perbincangan dan
persetujuan jawatankuasa. Sebab-sebab dikeluarkan akan dimaklumkan kepada ahli yang
berkenaan.
PERATURAN 7 : PAKAIAN
7.1 Sesi perjumpaan mingguan : Pakaian seragam sekolah
7.2 Sesi aktiviti kelab :
Lelaki – Baju putih berkolar berlengan pendek dan berlogo kelab
- Seluar Panjang sekolah
- Kasut sekolah
Perempuan – Baju putih berkolar berlengan Panjang dan berlogo kelab
- Kasut sekolah
- Tudung sekolah berwarna putih (beragama islam)
PERATURAN 9 : GURU PENASIHAT
Guru Penasihat terdiri daripada guru sekolah SK Pekan Putatan maksimum 6 orang guru.
Guru Penasihat hendaklah memberi kerjasama dan komitmen terhadap sebarang aktiviti-aktiviti
yang dijalankan semasa perjumpaan kelab.
Guru penasihat perlu memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan mempunyai keberhasilan
yang positif.
Guru Penasihat hendaklah sentiasa menjaga dan mengawasi keselamatan murid-murid
sepanjang aktiviti-aktiviti kelab dijalankan tidak kira aktiviti di dalam atau diluar bilik darjah.
12
PERATURAN 10 : AHLI JAWATANKUASA
Ahli jawatankuasa akan Dilantik pada perjumpaan yang pertama iaitu semasa
Mesyuarat Agung dijalankan.
Ahli yang hadir sahaja layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
Pelantikan jawatankuasa kelab ditentukan melalui undian ahli-ahli yang hadir semasa
mesyuarat agung dijalankan.
Guru penasihat berhak melantik ahli jawatankuasa kecil bagi mana-mana individu yang
diyakini berkebolehan untuk menggerakkan kelab yang ditubuhkan tanpa mengadakan
mesyuarat.
Mana-mana ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan perlu menunjukkan
surat tunjuk sebab dan menghantarnya kepada Guru Penasihat.
Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-
1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi
3. Setiausaha
4. Naib Setiausaha
5. Bendahari
6. Naib Bendahari
PERATURAN 11 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
11.1 Pengerusi
11.1.1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
11.1.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
11.1.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
11.2 Naib Pengerusi
11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
11.2.2 diberi.
Mempengurusikan mesyuarat sekiranya pengerusi tidak dapat hadir.
13
11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
11.3 Setiausaha
11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.
11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
11.4 Naib Setiausaha
11.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
11.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha .
11.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
11.5 Bendahari
11.5.1
11.5.2 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab
Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
11.5.3 kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
11.5.4 menandatanganinya.
Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
11.4 Bendahari
11.4.1
11.4.2 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
14
PERATURAN 12 : KEWANGAN
Sumber kewangan kelab ini adalah
1. Yuran tahunan : RM 2 (DIbayar setiap perjumpaan).
2. Sumbangan Guru Penasihat : RM300 (RM50 x 6 orang guru)
3. Sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru : RM100
PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN
13.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
13.2 Ahli yang gagal menghadiri perjumpaan kelab sebanyak tiga kali berturut-turut
akan dianggap tidak berminat untuk meneruskan keahlian dan diberi keputusan
sama ada hendak meneruskan menjadi ahli ataupun tidak. Sekiranya tidak maka
surat tunjuk sebab atau permohonan secara bertulis perlu dilakukan untuk menjadi
bukti individu menarik diri daripada kelab. Tindakan pemotongan markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat
demikian.
PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN
14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
14.2 Peraturan khas untuk kelab yang ditubuhkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib yang
ditetapkan.
PERATURAN 15 : TINDAKAN DISIPLIN
Tindakan disiplin akan dikenakan kepada ahli mahupun jawatankuasa kelab yang telah
melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Tindakan disiplin dikenakan mengikut susunan berikut:
15.2.1 Amaran lisan
15.2.2 Amaran bertulis
Mana-mana ahli yang tidak bersetuju terhadap tindakan yang diambil berhak untuk menyuarakan
pendapat mereka dan membuat rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan
keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
15
PERATURAN 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah dan kekal sehingga ia dipinda.
16.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. Individu yang bukan ahli kelab
tiada hak untuk membuat sebarang cadangan pindaan perlembagaan.
16.3 Sebarang cadangan pindaan perlembagaan akan dibincangkan melalui
mesyuarat khas yang akan dihadiri bersama Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa dan meluluskannya jika perlu.
16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan terlebih
dahulu oleh Guru Besar sekolah.
PERATURAN 17 : PEMBUBARAN
17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran
Persatuan secara bertulis.
17.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada
Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah
PERATURAN 18 : HAL-HAL LAIN
18.1 Setiap ahli perlu peka terhadap tanggungjawab sendiri dan memberi komitmen
terhadap aktiviti yang dijalankan.
18.2 Ahli perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kelab.
18.0 PENUTUP
Penubuhan kelab keselamatan jalan raya berupaya menjadi platform penting pada peringkat
awal untuk melatih murid-murid menjadi pengguna jalan raya yang bijak dan berhemah. Oleh
itu, sekiranya kertas kerja penubuhan kelab keselamatan jalan raya ini diluluskan, kerjasama
daripada pihak tuan/puan amat dialu-alukan bagi menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan
di dalam atau di luar bilik darjah pada tahap yang optimum.
Diharapkan agar kertas cadangan kelab keselamatan jalan raya dapat dipertimbangkan oleh
pihak atasan sekolah demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan murid, sekolah,
16
mahupun komuniti setempat. Sejajar dengan itu, menurut Zahrahtulhayat Mat Arif (2020),
kelab yang hendak ditubuhkan perlu disokong dan diberikan kerjasama padu oleh semua
pihak agar matlamat serta objektif yang telah digariskan dapat dilaksanakan dengan jayanya,
sekaligus memperkasa status Sk Pekan Putatan sebagai sekolah yang selamat dan bebas
daripada kemalangan jalan raya. Semoga segala pengalaman melalui penubuhan kelab
akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan dijadikan amalan sepanjang hayat.
17
19.0 LAMPIRAN
MINIT MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN KELAB KESELAMATAN JALAN
RAYA SK PEKAN PUTATAN
Tarikh : 6 Januari 2020 (ISNIN)
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Pekan Putatan
Kehadiran:
1. Puan Zuraya Binti Mahdi
2. Cik Nur Dayini Binti Baharudin
3. Ahmad Hanif Bin Aliff
4. Nurul Hidayah Binti Mansor
5. Aliff Bin Harban
6. Siti Aifa Binti Murshidi
7. Alyssa Vivian Steven
8. Ian Josue Jaideh
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli dan mengucapkan terima kasih kerana dapat
bersama-sama menghadirkan diri ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan
Kelab Keselamatan Jalan Raya SK Pekan Putatan.
Tindakan : Makluman
1.2. Pengerusi juga menyatakan bahawa keselamatan jalan raya merupakan perkara yang
perlu diutamakan pada peringkat bangku sekolah lagi bagi meningkatkan kesedaran
murid-murid mengenai keselamatan ketika menggunakan jalan raya. Selain itu,
pengerusi juga mengatakan bahawa aktiviti seperti ini mampu mendidik diri pelajar untuk
menjadi pengguna jalan raya yang bijak membuat keputusan apabila berhadapan
dengan situasi-situasi di jalan raya. Oleh itu, pengerusi berharap agar dengan
tertubuhnya Kelab Keselamatan Jalan Raya ini dapat melengkapkan diri murid dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai ketika menggunakan jalan raya.
18
Tindakan : Makluman
1.3. Beliau juga berharap agar Pemohonan Penubuhan Kelab Keselamatan Jalan Raya ini
diluluskan seawal mungkin agar murid dapat memulakan aktiviti kelab ini dengan
berkesan ditambah dengan adanya ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Antara objektif
penubuhan kelab ini termasuklah :
1.3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid kepentingan menjaga keselamatan di
jalan raya.
1.3.2 Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk peka terhadap isu-isu semasa yang
melibatkan isu keselamatan jalan raya.
1.3.3 Menguasai ilmu dan kemahiran asas langkah-langkah menjaga keselamatan jalan
raya.
1.3.4 Melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan peraturan
jalan raya.
1.3.5 Menjadikan nilai-nilai positif ketika menggunakan jalan raya sebagai amalan
sepanjang hayat.
Tindakan : Makluman
2. RESOLUSI PENUBUHAN PERSATUAN :
2.1. Setelah mendengar penerangan dan matlamat sebenar penubuhan pendaftaran badan
kelab ini oleh pengerusi sebentar tadi, semua ahli mesyuarat dengan ini bersetuju untuk
menubuhkan sebuah kelab dengan peraturan-peraturan yang bersesuaian. Sehubungan
itu, nama dicadangkan dan dipilih serta mendapat sokongan majoriti ahli mesyuarat ialah
KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA.
Tindakan : Makluman
3. PENETAPAN ALAMAT PENUBUHAN :
3.1. Pengerusi berbincang bersama-sama ahli mesyuarat berkaitan dengan alamat surat
menyurat kelab yang baharu.
Alamat yang dipersetujui ialah :
KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA SK PEKAN PUTATAN,
88200 KOTA KINABALU, SABAH
19
Tindakan : Makluman
4. PERLANTIKAN JAWATANKUASA :
4.1. Pengerusi meneruskan agenda mesyuarat dengan perlantikan ahli jawatankuasa Penaja
Kelab Keselamatan Jalan Raya SK Pekan Putatan. Beliau membacakan senarai ahli
jawatankuasa yang diperlukan dalam penubuhan kelab ini. Antara jawatankuasa yang
perlu dilantik adalah Pengerusi. Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha,
Bendahari dan Naib Bendahari.
Tindakan : Makluman
4.2. Semua ahli mesyuarat dengan sebulat suara telah bersetuju melantik Ahli yang berikut
sebagai ahli jawatankuasa kelab dan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat:
Penaung : Encik Alif Faiqal Bin Ammar
Guru Penasihat : Puan Zuraya Binti Mahdi
: Cik Nur Dayini Binti Baharudin
Pengerusi : Ahmad Hanif Bin Aliff
Naib Pengerusi : Nurul Hidayah Binti Mansor
Setiausaha : Aliff Bin Harban
Naib Setiausaha : Siti Aifa Binti Murshidi
Bendahari : Alyssa Vivian Steven
Naib Bendahari : Ian Josue Jaideh
Tindakan : Makluman
5. MENYEMAK DAN MELULUSKAN PERLEMBAGAAN :
5.1. Guru Penasihat membentangkan isi kandungan perlembagaan yang telah disediakan
untuk difahami oleh semua ahli mesyuarat. Setiausaha diminta untuk menyemak segala
isi kandungan dengan terperinci, jelas dan mudah difahami oleh semua ahli mesyuarat
dengan kadar segera.
Tindakan : Makluman
20
6. HAL-HAL LAIN
6.1. Kewangan
Presiden memaklumkan supaya yuran ahli adalah seperti ketetapan berikut :
Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran kepada Kelab seperti berikut:
Setiap ahli akan membayar yuran kelab sebanyak RM 2.00 sahaja setiap kali perjumpaan.
7. PENUTUP
7.1. Memandangkan tiada perkara lain yang hendak dibincangkan, maka mesyuarat
ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi
kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(ALIFF BIN HARBAN) (PUAN ZURAYA BINTI MAHDI)
Setiausaha, Pengerusi Mesyuarat,
Ahli Jawatankuasa Penaja. Ahli Jawatankuasa Penaja.
21
Kelab Keselamatan Jalan Raya
SK Pekan Putatan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.
kepada
Guru Besar,
SK Pekan Putatan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab
Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan berkuatkuasa mulai 8 Januari
hingga 28 Oktober 2020.
2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan Kertas Cadangan Penubuhan Kelab
Keselamatan Jalan Raya bagi rujukan pihak tuan.
3. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan
terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(PUAN ZURAYA BINTI MAHDI)
Guru Penasihat,
Kelab Keselamatan Jalan Raya,
SK Pekan Putatan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.
22
Kelab Keselamatan Jalan Raya
SK Pekan Putatan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.
Encik Christopher Alex Anak Boniface,
Pengarah,
Jabatan Keselamatan Jalan Raya,
Aras 4, Bangunan Yayasan Sabah
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Keselamatam Jalan Raya akan mengadakan
program keselamatan jalan raya dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dn Guru (PIBG) seperti
ketetapan berikut :
Nama program : Program Keselamatann Jalan Raya
Tarikh : 13/5/2020
Tempat : Dewan SK Pekan Putatan
Masa : 7.30 pagi – 9.00 pagi
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.
4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu
bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan
penghargaan dan jutaan terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(PUAN ZURAYA BINTI MAHDI)
Guru Penasihat,
Kelab Keselamatan Jalan Raya,
23
Kelab Keselamatan Jalan Raya 15 Jun 2020
SK Pekan Putatan,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.
Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Murid tahun
Sekolah Kebangsaan Pekan
Putatan.
Tuan/Puan,
Pemberitahuan Menyertai Lawatan Sambil Belajar
Merujuk perkara di atas, anak tuan/puan, telah dipilih untuk
menyertai Program Lawatan Sambil Belajar anjuran Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah
Kebangsaan Pekan Putatan.
3. Berikut saya sertakan butiran lawatan :
Program : Program Lawatan Sambil Belajar
Tarikh : 24 Jun 2020
Tempat : Litar Pendidikan Lalulintas
4. Bagi mengesahkan kebenaran daripada pihak tuan/puan, pihak kami telah menyediakan
Surat Kebenaran dan meminta pihak tuan/puan menghantar surat kebenaran sebelum 24 Jun
2020.
Kami berharap agar pihak tuan dapat bekerjasama dengan baik dan kerjasama daripada pihak
tuan amat kami hargai.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
(ALIFF BIN HARBAN)
Setiausaha,
Ahli Jawatankuasa Penaja
24
25
RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2018). Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Lee, L.T. (2019, Disember 29). Jadikan Keselamatan di Jalan Raya Azam Tahun Baru. Berita
Harian. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/63673/BERITA/Nasional/Jadikan-keselamatan-
di-jalan-raya-azam-tahun-baharu
Mazlan Ismail, Mohamad Ibrani Shahrimin, Adam Assim, Ahmad Hariza Hashim & Mohamad
Fazli Sabri. (2018). Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkah Laku
Berencana Pengguna Jalan Raya dalam Kalangan Kanak-kanak. Jurnal Pengguna
Malaysia, 2, 18-35.
Nur Syazwan Mohd Solhi & Yusmarwati Yusof. (2014). Kesan Pembangunan Jalan Raya
Terhadap Pembelajaran Pelajar dari Aspek Keselamatan. 8th MUCET 2014, 11.
Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/309173585_Kesan_Pembangunan_Jalan_Ray
a_Terhadap_Pembelajaran_Pelajar_dari_Aspek_Keselamatan
Siti Sofia Md Nasir. (2019, Mac 22). Kanak-kanak maut dilanggar van sekolah. Berita Harian.
Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544360/kanak-kanak-
maut-dilanggar-van-sekolah
Tan L. K. (2016). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Retrieved from
https://www.academia.edu/30701194/Panduan_Pelaksanaan_PKJR
Zahrahtulhayat Mat Arif. (2020, Januari 12). Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi
Bersepadu sehingga 1 Februari. Berita Harian. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/647315/kempen-keselamatan-
jalan-raya-dan-operasi-bersepadu-hingga-1-februari
26
LAMPIRAN
TEMU BUAL BERSAMA GURU PRASEKOLAH (CIKGU AZURA) BERKENAAN
KESELAMATAN JALAN RAYA
GAMBAR BUKTI
GAMBAR BUKTI
27
28
TEMU BUAL BERSAMA PENGARAH JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA
(JKJR) NEGERI SARAWAK (CHRISTOPHER ALEX ANAK BONIFACE BARAU)
GAMBAR BUKTI
GAMBAR BUKTI
29
GAMBAR BUKTI
GAMBAR BUKTI
31
32
TRANSKRIP TEMU BUAL BERSAMA PEGAWAI JKJR
1. Boleh encik jelaskan serba sedikit tentang latar belakang diri encik? (contoh pengalaman
bekerja sebagai pegawai JKJR)
Nama saya Christopher Alex Anak Boniface Barau, disini saya bertugas sebagai Pengarah
Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Sarawak. Awal perkhidmatan saya, saya mula
berkhidmat sebagai penolong setiausaha di Kerajaan Sains Teknologi Dan Inovasi mulai
tahun 2007 sehingga tahun 2011, selepas tu saya bertukar ke Rancangan Tv, tak lama
dalam 6 bulan sebagai penolong setiausaha dekat sana, and then saya bertukar ke Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak mulai tahun 2011 sehinggalah ke tahun 2016, lama jugak
rasanya kemudian atas dasar promotion, saya patah balik ke semenanjung bertugas di
Kementerian Pertahanan selama 2 tahun dan pada tahun lepas saya bertukar ke sini.
2. Apakah pandangan encik tentang aspek keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak?
Sebenarnya, kalau kanak-kanak ni merupakan salah satu penumpang di kalangan
keluarga-keluarga, so dari segi aspek keselamatan, pada pandangan saya la memang kita
juga kita perlu utamakan kerana memang kita assume kanak-kanak ni taklah macam orang
dewasa pakai tali pinggang keledar semua tapi dari aspek keselamatan, adakah berbaloi
ibu bapa untuk memberi risiko kepada kanak-kanak dengan tidak memakaikan tali
pinggang atas sebab tidak mahu mereka bersusah payah dimana kita kena ajar dorang
pakai tali, macamana diorang nak biasakan diri so ramai ibu bapa pada masa kini diorang
ambik ringan benda tu, kita tengok kes-kes baru ni yang viral rasanya bulan Februari
dimana seorang kanak-kanak tercampak keluar di highway plus disebabkan tidak pakai
tali pinggang keledar atau kerusi keselamatan kanak-kanak, itu salah satu contoh habit
ibu bapa, memadailah utk menutup pintu, child lock dan kanak-kanak ditempatkan di
belakang atau kena pakai tali pinggang keledar tak perlu child seat, so pada pandangan
saya dari segi keselamatan kanak-kanak ni pun penting sama juga macam kita-kita yang
lain.
33
4. Berdasarkan pengalaman encik, apakah usaha yang telah dijalankan untuk memupuk
kesedaran tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat?
JKJR sebagai salah satu organisasi peneraju kepada pelaksanaan devokasi dimana setiap
dasar-dasar kerajaan yang diperkenalkan, kitaorang inilah yang akan jadi peneraju untuk
berhubung dengan masyarakat memberi penjelasan, memberi penerangan, ok. Sebagai
contoh, pada masa kini kerajaan telah mengumumkan penggunaan kerusi keselamatan
Jalan raya dan ini melibatkan pelbagai program engagement bersama dengan pihak
agensi kerajaan dan agensi swasta bagi turut membantu mempromosikan pemakaian
kerusi keselamatan Jalan Raya. Dan baru-baru ni kitaorang juga telah mengadakan talk di
Viva City dengan kerjasama pihak kovas, Persatuan Suara Consumer Sarawak dimana kita
akan buat pameran dalam masa yang sama kita akan talk dengan masyarakat.
5. Boleh encik jelaskan apakah prosedurnya sekiranya pihak sekolah/prasekolah ingin
bekerjasama dengan pihak encik untuk menjalankan sesuatu aktiviti berkaitan keselamatan di
sekolah? (contohnya adakah perlu membuat bayaran, tempahan dan lain-lain)
Dia memadailah kalau pihak sekolah menjemput kitaorang untuk membuat sesi ceramah
dan biasanya dari segi perbelanjaan tu ditanggung oleh pihak penganjur sendiri. Tapi kita
memang galakkanlah kalau apa-apa sekolah yang mempunyai aktiviti-aktiviti, boleh juga
menjemput kitaorang untuk slot in. kita juga sering kali membuat aktiviti dengan pejabat
residen selaku atas kapasiti di bawah Majlis Keselamatan Jalan Raya, dia adalah badan
NGO yang ditubuhkan bagi menangani segala isu berkaitan keselamatan jalan raya, kerana
ramai pihak beranggapan klau selalu berlaku kemalangan sekalipun di kawasan tersebut,
dorang akan menunding jari kepada pihak berkuasa, menunding jari kepada pihak JKJR,
tapi sebenarnya dalam kitaorang memastikan sesuatu jalan raya itu selamat atau memberi
kesedaran kepada pengguna, MKJA juga memainkan peranan penting.
34
6. Berdasarkan pengalaman encik, ceritakan serba sedikit berkenaan pengalaman encik
berkolaborasi dengan pihak sekolah berkaitan aktiviti keselamatan jalan raya?
Tahun lepas, kita ada laksanakan satu program dengan pihak sekolah, ia lebih kepada
cikgu dimana program ini lebih dikenali sebagai Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Program KJR tadi adalah sebenarnya untuk kitaorangmemberi taklimat mengenai modul-
modul berkaitan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya kerana modul ini pernah
diperkenalkan mulai tahun 2007, dan dia adalah revise version, membuat taklimat
berkenaan cara-cara dan memberi maklumat kepada para guru supaya diorang akan
memberi PdP untuk subjek tersebut, ajar dalam kelas, itu salah satulah . Tapi yang paling
nampak sekarang dari segi sekolah adalah dari segi pertandingan kelab keselamatan jalan
raya yang diadakan setahun sekali dimana Sarawak pada tahun lepas telah berjaya
memenangi anugerah, sekolah Sacred Heart telah memenangi tempat ketiga dalam
pertandingan kelab keselamatan jalan raya yang aktif di Malayisa. Kalau boleh kita nak
perluaskan penubuhan kelab ini di semua sekolah di Sarawak dan itu tertakluk kepada
inisiatif sekolah itu sendiri, kadang takda bajet.
7. Pada pandangan encik, sekiranya pihak encik diminta untuk membuat aktiviti keselamatan
jalan raya bersama kanak-kanak prasekolah, apakah yang pihak encik boleh laksanakan agar
dapat memupuk kesedaran tentang keselamatan jalan raya di kalangan kanak-kanak?
Setakat ni belum, tapi we are looking forward kalau adalah prasekolah yang sudi
menjemput kita untuk membuat aktiviti dengan kanak-kanak prasekolah, dan pada tahun
Ini pun kita telah mulakan Pendidikan Pra-Keselamatan Jalan Raya khusus untk peringkat
prasekolah, mula-mula kita ajar cikgu dia utk buat PdP kepada prasekolah.
35
TEMU BUAL TIDAK BERSEMUKA IAITU SECARA ATAS TALIAN BERSAMA
PEGAWAI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA (JPJ) NEGERI SABAH (MOHD
ZUNISYAM SHAHARI)
36
37