The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2021-08-31 03:46:52

Kertas Kerja Penubuhan Kelab Pingpong

Kertas Kerja Penubuhan Kelab Pingpong

“LENCANA SEKOLAH’
SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG

BUTIRAN PELAJAR
NAMA: MUHAMMAD AMJAD BIN AHMAD SHAHIR

KUMPULAN: PISMP PI3619

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB PINGPONG

TAHUN 2020

KERTAS KERJA CADANGAN

KELAB PINGPONG

SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG

1.0 PENGENALAN
Pingpong atau dikenali sebagai ‘Table Tennis’ diperkenalkan pada tahun 1898. Pelbagai

perubahan telah dibuat kepada sukan ini hingga ke hari ini. Walaupun kini sukan pingpong sudah
dimainkan secara meluas, Malaysia masih ketinggalan dari sudut pencapaian sukan pingpong
antarabangsa. Sukan pingpong wajar diketengahkan di sekolah-sekolah berikutan peraturannya
yang mudah dan peralatannya yang senang didapati. Selain itu, sukan ini juga tidak memakan
ruang yang banyak berikutan penggunaan meja pingpong sebagai gelanggang permainan.

2.0 RASIONAL
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid tentang sukan pingpong.
2.2 Mewujudkan sebuah kelab sukan berorganisasi.
2.3 Melahirkan atlet sekolah dalam sukan pingpong.
2.4 Menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan dengan memberikan pendedahan sukan ini kepada
murid.
2.5 Pertandingan pingpong dianjurkan di pelbagai peringkat, termasuklah hingga ke
peringkat kebangsaan.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid yang sihat dan aktif dalam bersukan. Selain itu, pihak sekolah ingin mencari
bakat-bakat baru yang berpotensi mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.

4.0 OBJEKTIF

Objektif penubuhan kelab ini adalah:

1. Memberikan pendedahan kepada murid tentang sukan pingpong.
2. Mempromosikan sukan pingpong kepada murid-murid pelbagai latar belakang.
3. Menggalakkan murid bergiat aktif dalam sukan bagi menyihatkan diri.
5.0 NAMA KELAB

Kelab Pingpong SK Kodiang.

6.0 Moto
Tangkas Cergas Cerdas
7.0 MISI
Mempromosikan sukan pingpong sebagai sukan yang menyeronokkan.
8.0 Visi
Melahirkan atlet sukan pingpong di peringkat kebangsaan.
9.0 SASARAN KUMPULAN
Kelab ini terbuka kepada semua murid SK Kodiang terutamanya murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Kelab
ini juga terbuka kepada kedua-dua murid lelaki dan perempuan.
10.0 LOGO

10.1 MAKSUD LOGO
1. Bet pingpong: Melambangkan sukan pingpong.
2. Warna merah: Melambangkan semangat yang membara.
3. Warna putih: Melambangkan minda yang jernih.
4. Warna Hitam: Melambangkan kekuatan ahli pasukan.

11.0 AHLI JAWATANKUASA
PENAUNG

TUAN ALI BIN HASAN
GURU PENASIHAT

ENCIK MUHAMMAD AMJAD BIN AHMAD SHAHIR
SITI AISHAH BINTI RAMLI
PENGERUSI
AMIN BIN AHMAD
NAIB PENGERUSI
NASUHA BINTI IDRIS
SETIAUSAHA
PUTERI BINTI SULAIMAN
NAIB SETIAUSAHA
HANANI BINTI RUSLI
BENDAHARI
ABU BAKAR BIN LEBAI
NAIB BENDAHARI
KAVITA A/P DEWANSAGA

13.0 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN

BULAN TARIKH AKTIVITI PENGISIAN
JANUARI 8/1/2020
• Mesyuarat • Pengenalan kelab

agung • Perlantikan AJK

• Pembentangan kertas

kerja

• Pembahagian giliran

Latihan

FEBRUARI 9/2/2020 • Pengenalan • Peraturan sukan

sukan • Pengenalan peralatan

• Kiraan markah

• Lain-lain

MAC 11/3/2020 • Kursus • Kursus kemahiran
APRIL
MEI 1/4/2020 Pingpong pingpong
JUN 22/4/2020
13/5/2020 • Latihan Pingpong
3/6/2020
24/6/2020 • Pertandingan • Pemilihan Wakil sekolah

antara ahli • Pertandingan peringkat

daerah

• Perlawanan • Perlawanan dengan

persahabatan sekolah lain

• Pertandingan • Perlawanan antara wakil

pingpong kelas bagi murid lelaki.

terbuka • Perlawanan antara Guru

peringkat lelaki.

sekolah • Perlawanan antara wakil
(lelaki) kelas bagi murid
• Pertandingan perempuan.
pingpong
terbuka • Perlawanan antara Guru
peringkat perempuan.

sekolah

(perempuan)

JULAI 15/7/2020 • Lawatan • Lawatan ke pusat
kelab pingpong.
pingpong
OGOS 5/8/2020 • Perlawanan dengan
26/8/2020 • Perlawanan sekolah lain. Bersama
persahabatan
SEPTEMBER 16/9/2020 • Latihan
• Latihan jurulatih.
pingpong
• Postmoterm
• Mesyuarat
OKTOBER 7/10/2020 kelab • Pertandingan penutup
28/10/2020 bagi kelab pingpong
• Pertandingan
antara ahli • Makan, tayangan video,
kenangan, bergambar.
• Jamuan akhir
tahun

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN KOS JUMLAH

1 Kelengkapan kelab: Meja, jaring, bola Meja + jaring: RM600 RM681

dan bet simpanan kelab. Bet (2): RM60

Bola (9 biji): RM21

2 Jersi untuk wakil sekolah RM40 X 7 orang RM280

3 Kursus Kemahiran Pingpong Penceramah: RM150 RM150

4 Pertandingan pingpong terbuka sekolah Hadiah: RM380

Pertama (6) x rm25

Kedua (6) x rm20

Ketiga (6) x rm15

Upah pengadil (Ahli

kelab pingpong):

RM5 X 4 orang

5 Lawatan kelab pingpong Pengangkutan: RM100

RM100

RM1591

15.0 SUMBER KEWANGAN JUMLAH
BIL PERKARA RM 15 (Tahunan) x
1 Yuran 25
RM500
2 Peruntukan Sekolah RM600
3 Sumbangan PIBG RM150 X 2
4 Sumbangan Guru penasihat RM1775

16.0 YURAN

Yuran kelab perlu dibayar oleh murid setahun sekali iaitu RM15 setahun. Yuran akan digunakan
untuk aktiviti kelab. Yuran tidak termasuk bayaran tambahan semasa aktiviti kelab dilaksanakan.
Bayaran dibuat kepada bendahari dan akan diserahkan kepada guru penasihat.

17.0 PERLEMBAGAAN/PERATURAN/SYARAT

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT
a) Nama Persatuan: Kelab Pingpong SK Kodiang
b) Alamat: Sekolah Kebangsaan Kodiang, 06100 Kodiang, Kedah.

PERATURAN 2: MATLAMAT
Melatih murid bermain pingpong hingga ke tahap kebangsaan.

PERATURAN 3: OBJEKTIF
1. Memberikan pendedahan kepada murid tentang sukan pingpong.
2. Mempromosikan sukan pingpong kepada murid-murid pelbagai latar belakang.
3. Menggalakkan murid bergiat aktif dalam sukan bagi menyihatkan diri.

PERATURAN 4: KEAHLIAN
1. Keahlian terbuka hanya kepada semua murid SK Kodiang lelaki dan perempuan dari
tahun 1 hingga tahun 6.
2. Permohonan menjadi ahli adalah melalui pengisian borang yang disediakan.

3. Terbuka kepada 25 murid terawal sahaja.
4. Ahli mestilah patuh kepada peraturan kelab.
5. Ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab memajukan kelab.
6. Setiap ahli WAJIB menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 5: PEMBERHENTIAN DAN PENGGANTUNGAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah memberi kenyataan 2
minggu lebih awal kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan kelab atau mencemarkan nama
baik kelab boleh dikeluarkan daripada kelab atau digantung bagi suatu tempoh masa
dengan persetujuan jawatankuasa. Sebelum jawatankuasa mengeluarkan ahli atau
menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli akan diberitahu akan sebab-sebab
pengeluaran atau penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi
peluang untuk memberi penjelasan.

PERATURAN 6: PAKAIAN

1. Sesi perjumpaan mingguan: Pakaian seragam sekolah (kokurikulum, sukan atau uniform
sekolah)

2. Sesi aktiviti kelab: Baju sukan berkolar, seluar trek sukan, berkasut dan berstokin. Pakaian
mestilah sopan dan sesuai.

PERATURAN 7: GURU PENASIHAT

1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah SK Kodiang.
2. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan

sesuatu aktiviti.
3. Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli semasa perjumpaan dan aktiviti

dijalankan.

PERATURAN 8: AHLI JAWATANKUASA

1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
2. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. Bagi ahli yang tidak dapat

hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab juga layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
3. Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.
4. Guru berhak mengubah semula ahli jawatankuasa jika berlaku hal-hal tertentu.

5. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6. Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-
6.1 Pengerusi
6.2 Naib Pengerusi
6.3 Setiausaha
6.4 Naib Setiausaha
6.5 Bendahari
6.6 Naib Bendahari

PERATURAN 9: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Pengerusi

1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.

2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.

3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Naib Pengerusi

1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
2. Menggantikan pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha

1. Menguruskan hal-hal surat menyurat.
2. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
3. Mencatat kehadiran ahli.
4. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Naib Setiausaha

1. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
2. Menggantikan setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Bendahari

1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal-hal kewangan persatuan/kelab
2. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

bertanggungjawab di atas kesahihannya.
3. Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli

jawatankuasa.
5. Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat.
6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Penolong Bendahari

1. Menggantikan bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.
2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke

semasa.

PERATURAN 10: KEWANGAN

Sumber kewangan kelab ini ialah:

1. Yuran tahunan ahli sebanyak RM15 seorang.
2. Peruntukan dari pihak sekolah sebanyak RM500.
3. Sumbangan rasmi PIBG sebanyak RM600.
4. Sumbangan guru penasihat sebanyak RM150 seorang.

PERATURAN 11: KEHADIRAN/PENYERTAAN

1. Ahli kelab wajib menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
2. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat

tunjuk sebab. Tindakan pemotongan markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum akan
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 12: PERATURAN-PERATURAN

1. Peraturan sekolah adalah peraturan asas Kelab Pingpong.
2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
3. Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 13: TINDAKAN DISIPLIN

1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan
yang ditetapkan.

2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara amaran bertulis atau amaran lisan dari guru
penasihat.

3. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
guru penasihat secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 14: PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli kelab, ahli jawatankuasa, guru

penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan

membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
4. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru

besar.

PERATURAN 15: PEMBUBARAN

1. Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh pendaftaran
persatuan secara bertulis.

2. Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati penyelewengan daripada
perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah.

PERATURAN 16: HAL-HAL LAIN

1. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab diri sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
2. Ahli kelab hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

18.0 PENUTUP

Harapan semoga penubuhan Kelab Pingpong ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid
SK Kodiang. Di samping itu, semoga kelab ini berjaya melahirkan atlet yang membanggakan
sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________________ ____________________________________
(NASUHA BINTI SULAIMAN) (AMIN BIN AHMAD)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Pingpong. Kelab Pingpong.

Disahkan oleh,

____________________________________
(MUHAMMAD AMJAD BIN AHMAD SHAHIR)
Guru Penasihat
Kelab Pingpong.

Kelab Pingpong,
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB PINGPONG
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab
Pingpong Sekolah Kebangsaan Kodiang berkuatkuasa mulai 8 Januari hingga 28 Oktober 2020.
2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan Kertas Cadangan Penubuhan Kelab
Pingpong bagi rujukan pihak tuan.
3. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima
kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan amanah,

____________________________________
(MUHAMMAD AMJAD BIN AHMAD SHAHIR)
Guru Penasihat,
Kelab Pingpong,
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Guru Penasihat,
Kelab Pingpong,
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Tuan,
SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA
Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada
saya oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta
Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, saudara telah dilantik sebagai
_________________________ Kelab Pingpong SK Kodiang, berkuatkuasa mulai ____________
hingga ____________.
2. Semoga dengan pelantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk
meningkatkan prestasi Kelab Pingpong di SK Kodiang.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,

____________________________________
(MUHAMMAD AMJAD BIN AHMAD SHAHIR)
Guru Penasihat,
Kelab Pingpong,
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Muhammad Amjad Bin Ahmad Shahir
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Tuan,
PELANTIKAN GURU PENASIHAT KELAB PINGPONG SK KODIANG
Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dilantik sebagai
Guru Penasihat Kelab Pingpong SK Kodiang. Pelantikan ini berkuatkuasa muiai 6 Januari 2020
sehingga 22 November 2020.
2. Tuan akan menjalankan kuasa yang diberikan seperti dalam Peraturan 8 warta kerajaan
bertarikh 21.05.1998,P.0 (A) 196. Tuan dikehendaki pada setiap masa menjalankan kegiatan dan
aktiviti berkaitan, mengawasi keselamatan dan kesejahteraan murid-murid.
3. Semoga Tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi Kelab
Pingpong SK Kodiang.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

____________________________________
(ALI BIN HASAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.


Click to View FlipBook Version