PIMK3063
PEDAGOGI AKIDAH
& SIRAH
KUMPULAN 1
AMJAD – AIZUDDIN – SHUHADA – FARHANA – IFFAH – NAZIFA
Pendekatan pengajaran
❖ Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang
digunakan untuk mendekati atau memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran.
PENDEKATAN
INDUKTIF
▪ Pendekatan induktif menggunakan cara pengajaran daripada perkara yang spesifik kepada
yang umum.
▪ Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu
sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Pendekatan Induktif
melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap
maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan.
▪ Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh membantu pelajar
menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang
diperoleh.
▪ Contoh : Guru meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian
meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis air mutlak.
Ciri-ciri Pendekatan Induktif
• Menggunakan pengalaman deria untuk mendapatkan
pengetahuan.
• Menekankan kepada pengajaran berbentuk
konkrit.
• Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di
bawah bimbingan guru.
• Mengutamakan penglibatan murid secara aktif
dan aspek lisan
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik
dan berkesan.
Kelebihan Pendekatan Induktif
01 Dapat mengasah kemahiran berfikir kelebihan
murid-murid.
02 Tidak membebani murid dengan rumus-rumus
pada peringkat awal pembelajaran.
03 Penyerapan maklumat secara aktif.
04 Melatihan kemahiran lisan murid-murid
PENDEKATAN
DEDUKTIF
▪ Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah
berlawanan dengan pendekatan induktif.
▪ Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori
yang berkaitan dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan
contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
CIRI-CIRI PENDEKATAN DEDUKTIF
1. Mementingkan 2. Menggunakan
pengetahuan yang pengantara fikiran
untuk mendapatkan
akan diperolehi.
ilmu.
3. Memulakan 4. Pembelajaran
penyusunan isi dengan kefahaman
adalah lebih kekal
daripada daripada menghafal.
keseluruhan yang
lebih kompleks.
CONTOH-CONTOH PENDEKATAN DEDUKTIF
• Contohnya, guru memberikan rumus-rumus atau teori berkaitan hukum
haram. Kemudian, murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau
huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
• Sebagai contoh, hukum haram adalah bermaksud tidak boleh dilakukan
sesuatu perkara itu, jika kita melakukannya maka kita akan berdosa dan
sekiranya meninggalkannya, akan mendapat pahala. Maka murid akan
mencari perkara-perkara atau contoh yang berkaitan dengan maksud haram
tersebut. Contohnya, mencuri, membunuh, meminum arak dan sebagainya.
PENDEKATAN
TEMATIK
▪ Pendekatan tematik lazimnya digunakan dalam kebanyakan program pendidikan awal
kanak-kanak. Pendekatan ini digunakan dengan merujuk kepada tema yang
terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan.Tema akan disusun
mengikut perkara atau isu yang biasa.
▪ Pendekatan bertema merujuk kepada tema atau topik yang dipilih bersesuaian
dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid. Ini
meliputi penggunaan satu tema umum merentasi bidang pembelajaran semasa. Saling
berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperolehi
secara tersusun dan sistematik.
CONTOH
▪ Contoh dalam pengajaran prasekolah. Tema akan disusun
mengikut perkara atau isu biasa seperti keluarga saya
kepada yang kurang biasa seperti adat resam kaum di
Malaysia. Pengajaran menggunakan tema disampaikan
melalui konsep yang lebih besar. Satu-satu tema
dipecahkan kepada beberapa komponen kecil. Tema
dipecahkan kepada sub topik untuk perbincangan sama
ada dalam kumpulan pelbagai kebolehan atau kumpulan
sama kebolehan.
PRINSIP PENGAJARAN SECARA TEMATIK
1. Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman
murid.
2. Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid.
3. Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.
4. Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti perkembangan
topik dengan lancar.
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus merangkumi
pelbagai bidang kurikulum.
6. Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pencetusan idea yang
banyak dan pelbagai.
KEBAIKAN PENDEKATAN TEMATIK
❑Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran murid.
❑Motivasi murid dapat ditingkatkan dan diperbaiki.
❑Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi murid sehingga
hasil pembelajaran dapat bertahan lebih lama.
Terima Kasih