WARISAN BUDAYA MALAYSIA Kelestarian Etika dan Peradaban
Pensyarah: Puan Noorhuda Binti Abdul Karim Kavipriya Kanthiya UNU2200151 Lee Hui Min MC230923217 Chew Hui Ting MC230924524 Kalvinder Singh Awtar Singh MC230923247 Ooi Chin Hong MC230923115 Subjek: MPU3183 Penghayatan Etika dan Peradaban Kelas: MC-O12 Tugasan: E-Folio Ahli Kumpulan
1 APAKAH ITU WARISAN BUDAYA? 3 BAHASA 2 KENALI BUDAYA MALAYSIA 4 MAKANAN 6 SENI 9 TARIAN 7 PAKAIAN 10 ALAT MUZIK KANDUNGAN 12 15 KESIMPULAN 16 RUJUKAN BAGAIMANA WARISAN BUDAYA MENCERMINKAN ETIKA DAN PERADABAN?
Apakah itu Warisan Budaya? Perkataan "Warisan", kata dasar "Waris", yang berasal dari bahasa Arab bererti harta peninggalan, harta pusaka atau sesuatu yang diwarisi Perkataan "Budaya" berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu “buddhayah” atau kata dasarnya buddhi yang membawa maksud budi dan akal Secara keseluruhannya, Warisan Budaya Malaysia mengacu pada elemen-elemen budaya dan warisan sejarah yang kaya dan beragam yang dimiliki oleh Malaysia. Ini termasuk elemenelemen seperti bahasa, adat istiadat, seni, makanan, pakaian tradisional, tarian, muzik, dan banyak lagi yang telah berkembang dan diwariskan dari generasi ke generasi. 1
Budaya Malaysia Masyarakat Malaysia adalah gabungan dari pelbagai kaum dan agama. Kepelbagaian kaum dan etnik adalah ekoran daripada pembentukan masyarakat majmuk. Masyarakat Malaysia terdiri daripada 3 kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak Setiap kelompok etnik di Malaysia memiliki budaya yang khas dan juga warisan budaya yang unik pada diri mereka. Kenali 2
BAHASA ELEMEN-ELEMEN WARISAN BUDAYA Bahasa rasmi Malaysia Bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, pemerintahan, dan media massa Bahasa komunikasi sehari-hari oleh sebagian besar penduduk Malaysia MALAYSIA Bahasa MELAYU (BAHASA MALAYSIA) BAHASA INGGERIS Bahasa kedua penting Digunakan dalam perniagaan, pendidikan tinggi, dan komunikasi antarabangsa BAHASA CINA Bahasa komunikasi antara masyarakat Cina Bahasa dialek utama Masyarakat Cina adalah Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Hakka dan Bahasa Teochew Sering digunakan dalam perdagangan terutamanya pedagang China BAHASA TAMIL Bahasa komunikasi antara masyarakat India di Malaysia Puisi, sastra, dan seni pertunjukan seperti tarian Bharatanatyam dan drama Tamil adalah contoh dari cara Bahasa Tamil memainkan peranan penting 3
Makanan Nasi Lemak- Masyarakat Melayu Hidangan nasional Malaysia Terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan kelapa dan dihidang dengan sambal, telur, kacang, ikan bilis, dan irisan timun Roti Canai- Masyarakat India Roti jenis leper yang berbentuk bulat dan biasanya dimakan dengan kuah kari atau dhal Roti terbaik di dunia dengan kedudukan tempat pertama dalam senarai roti dunia pada tahun 2023 Char Kway Teow- Masyarakat Cina Dimasak dengan kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, telur, tauge, dan kucai Cina. Irisan sosis, kek ikan, atau topping lainnya ditambahkan sesuai selera setempat. Hidangan mi pedas yang terdapat di seluruh nusantara dan berakar umbi dalam budaya Parsi. Diperbuat daripada bunga kantan, daun kesum, otak udang dan asam gelugur. Popular dalam kalangan Cina, Baba Nyonya, Melayu, Bugis dengan variasi yang tersendiriLaksa- Masyarakat Melayu, Cina dan Baba Nyonya 4
Hinava - Masyarakat KadazanDusun Hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan Dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah gambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam Manuk Pansuh- Masyarakat Iban Ayam yang dimasak di dalam buluh bersama dengan daun ubi sebagai penambah aroma Hidangan wajib ketika hari perayaan orang Iban seperti Hari Gawai Pulut Kukus Dalam Periuk Kera - Masyarakat Orang Asli Makanan Orang Asli Semelai di Malaysia Pulut dimasukkan ke dalam periuk kera dan dikukus sebelum dimakan Penggunaan tumbuhan liar seperti periuk kera menunjukkan hubungan rapat antara masyarakat Orang Asli dan alam semula jadi. Dimasak daripada ikan rebus, terung, asam jawa, bendi, belimbing buluh, limau purut yang memberi rasa Nyonya yang unik- masam, masin dan pedas Popular semasa perayaan dan makan besar. Ikan Gerang Asam- Baba Nyonya 5 Makanan
Seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya ataupun sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia Rekaan dilukis pada kain dengan lilin cair panas dengan menggunakan objek logam yang dipanggil canting Artis menggunakan berus untuk melukis pewarna dalam garisan tersebut Teknik: INDIA-SILAMBAM Seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan masyarakat India yang berasal dari wilayah Tamil Nadu tetapi juga diamalkan di komuniti Tamil di Malaysia Menggunakan tongkat panjang yang disebut "silambam" atau “lathi” sebagai senjata utama Satu set teknik asas termasuk pukulan, blok, serangan, dan gerakan bertahan dengan tongkat Teknik: CINA-KALIGRAFI Seni tulis tradisional yang memiliki akar yang dalam dalam budaya Tionghoa yang dihargai komuniti Cina di Malaysia. Digunakan untuk menulis teks-teks klasik, puisi, dan dokumen-dokumen penting di awalnya Ditulis dengan dakwat dan berus cina, menggunakan kertas berwarna merah yang melambangkan kemeriahan atau membawa 'ong' (tuah) Teknik: 6 -SENI- Melayu- batik
•Terdapat 2 jenis iaitu baju kurung teluk belanga johor dan baju kurung cekak musang. •Baju kurung selalunya dipakai untuk majlis perkhawinan,majlis agama dan majlis rasmi. PakaianBaju Melayu Baju Kurung •Set baju melayu lengkap terdiri daripada bahagian asas baju dan seluar yakni, dengan lilitan kain samping yang diperbuat daripada songket. Sam Foo Cheongsam •Pakaian tradisional samfoo ini berupa baju longgar dan seluar yang diperbuat daripada kain sutera. •Cheongsam selalunya dipakai dalam majlis perkhawinan dan tahun baru cina. •Pada asalnya diperbuat daripada sulaman benang emas dan sutera. •Dhoti diperbuat daripada lembaran kain berwarna putih yang panjang. •Kain akan dililit di bahagian pinggan dan diikat dicelah paha dan disangkut pada bahu. •Sari diperbuat daripada lembaran kain yang berukuran sampai 2 meter. •Sari akan dililit dari pinggan dan diselempang hingga ke bahu •Selalunya dipakai pada masa perkhawinan. Dhoti Sari Masyarakat Melayu Masyarakat Cina Masyarakat India 7
•Baju tradisional suku Kadazan di Penampang. •Selalunya memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik yang dilengkapi tali pinggang himpogot. •Dipakai semasa sambutan Pesta Menuai atau dikenali sebagai perayaan ‘Tadau Kaamatan’ Gaung Sinuangga •Bagi penduduk Penampang, lelaki akan memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan siga. •Baju ini selalunya menggunakan kain hitam (kain baldu) yang bersulamkan benang emas untuk lelaki dan perempuan. Masyarakat Kadazan Dusun Masyarakat Iban • Memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. •Wanita juga memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Baju Gagung (Baju Burung) Bidang • Memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar • Memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang di kepala 8 Pakaian
Tarian Sejenis tarian yang dilakukan masyarakat Melayu di Nusantara Dipercayai dibawa oleh mubaligh dari Timur Tengah sekitar abad ke 15. Gerakan mengikuti irama musik dengan hitungan 1, 2, 3, dan 4. Pada hitungan ke-4, kaki dilunjurkan ke arah yang diinginkan, bisa ke samping, depan, atau belakang. Biasanya diiringi oleh musik tradisional. Alat muzik yang terlibat ialah Violin, Marwas dan Gambus Tarian klasik India yang sangat tua Bharatanatyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu Selalunya diringi dengan muzik Carnatic Melayu- Zapin India- Bharatanatyam Telah ada sejak Dinasti Han Tarian Kipas Tionghoa sering kali memiliki simbolisme yang mendalam. Gerakan kipas yang anggun mencerminkan kemewahan, keanggunan, dan keelokan Cina- Tarian Kipas Bharatanatyam Tarian Kadazan dipersembahkan pada acara keagamaan dan sosial Sebagai tanda kesyukuran hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghalau roh jahat dan menyembuhkan penyakit. Terdapat pergerakan perlahan yang menggambarkan burung dalam penerbangan Kadazan- Sumazau 9
Alat Muzik •Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. •Cara untuk memukul kompang adalah dengan menggunakan jari atau tapak tangan anda untuk mengetuk perlahan kulit kompang secara berirama •Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacaraupacara tradisi lain. Kompang Erh Hu •Alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz: kecil, sedang dan besar. •Tali digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello. •Digunakan sebagai instrumen solo untuk hiburan dan juga digunakan dalam orkestra yang mengiringi opera Cina. Veenai •Badan diperbuat daripada kayu, dada bulat, belakang cembung.. •Ia mempunyai 7 tali, terdiri daripada 4 tali gut dan tiga tali tarab. •Dalam masyarakat India, agama dan muzik berkaitrapat kerana muzik adalah satu unsur penting semasa upacara keagamaan. 10
Alat Muzik •Dahulunya hanya dimainkan semasa upacara perubatan di rumah panjang dalam kalangan Dayak, tetapi beransur-ansur menjadi alat sosial digunakan sebagai bentuk hiburan. •Sape dimainkan semasa duduk bersilang kaki di lantai dan digunakan untuk mengiringi tarian. Sape Sompoton •Alat muzik masyarakat Sabah terutamanya Kadazan-dusun dan diperbuat daripada labu air yang dikeringkan. •Sompoton terdiri daripada lapan paip buluh yang dimasukkan ke dalam labu kering, disusun dalam dua lapisan seperti rakit. •Pemain meniupkan udara melalui muncung sambil dua-dua tangan menutupi lubang buluh hujung 11
Makanan Setiap komuniti ada hidangan tradisi masingmasing tetapi mereka saling toleransi dengan hidangan dan tabiat makanan komuniti lain. Tradisi makan bersama kuat di kalangan masyarakat Malaysia yang mencerminkan etika perkongsian, pergolakan dan perpaduan dalam masyarakat. Hidangan tradisional sering dikaitkan dengan perayaan dan acara sosial, membantu memupuk ikatan yang lebih kukuh antara ahli komuniti. Masakan Malaysia mencerminkan etika bersama, keramahan dan rasa hormat terhadap budaya yang berbeza. Bahasa Bahasa tradisional menunjukkan kebanggaan akan warisan budaya dan etika sambil mempertahankan identiti budaya. Alat komunikasi yang penting dan menggunakannya dengan sopan dan hormat mencerminkan etika komunikasi yang baik Selain itu, pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merangkumi etika perpaduan dan inklusiviti. Ia juga menekankan kepentingan komunikasi dan persefahaman yang berkesan dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik. Variasi bahasa yang ada di Malaysia mencerminkan kepelbagaian etnik dan budaya negara. 12 Bagaimana elemen-elemen ini mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia?
Pakaian Memakai baju tradisonal melambangkan penghormatan seseorang terhadap tradisi dan warisan budaya Selalunya dipakai semasa upacara keagamaan yang menunjukkan mereka menghormati kepercayaan dan amalan agama mereka. Pakaian tradisional di Malaysia, seperti baju kebaya, baju Melayu dan sari India, benar-benar mencerminkan nilai moral yang baik, kesopanan dan menghormati tradisi yang mendalam dan kaya. Seni Kesenian kraf Kesenian mempertahankan diri - menunjukkan etika ketukangan yang teliti, ketekunan dan keindahan dalam setiap perincian. - digunakan untuk untuk menghias rumah, masjid dan tempat ibadat lain, serta untuk menyampaikan mesej budaya dan kerohanian - mengajarkan etika bela diri dan bagaimana menggunakan kekuatan dengan bijaksana. -mencerminkan etika disiplin, kehormatan, dan keterampilan dalam menjaga diri. - boleh belajar seni bela diri kaum lain kerana matlamat seni ini adalah untuk semua orang, tidak kira umur, jantina atau asal usul. Ini mencerminkan etos inklusif dan kepelbagaian masyarakat berbilang etnik 13 Bagaimana elemen-elemen ini mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia?
Alat Muzik Ketukangan dan penggunaan berterusan alat muzik ini menunjukkan dedikasi etika untuk memelihara warisan budaya. Pemuzik yang memainkan alat ini menyampaikan pengetahuan dan pengetahuan mereka, sekali gus memastikan kesinambungan tradisi muzik dalam tamadun mereka. Alat muzik tradisional Malaysia direka dengan teliti dan mempunyai kepentingan budaya. Tarian Penari sering menggunakan seni untuk menyatakan idea, pemikiran dan perasaan mereka tentang dunia. Ini mencerminkn kebebasan berfikir dan bersuara Tarian tradisional selalunya berkumpulan, ini mencerminkan etika disiplin, kerja berpasukan, dan kebanggaan budaya. Tarian tradisional adalah satu seni pertunjukan yang mencerminkan etika keindahan, keharmonian dan ekspresi seni 14 Bagaimana elemen-elemen ini mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia?
KESIMPULAN Ringkasnya, warisan budaya Malaysia merupakan khazanah yang kaya yang mencerminkan kelestarian akhlak dan tamadun dalam masyarakat yang pelbagai ini. Warisan budaya, termasuk bahasa, masakan, pakaian, tarian, seni dan alat muzik, membentuk asas yang kukuh untuk identiti budaya Malaysia. Di sebalik setiap elemen warisan budaya ini terdapat nilai moral yang mendalam dan penghormatan terhadap tradisi, nilai yang diwarisi dari generasi ke generasi. Warisan budaya juga memainkan peranan dalam pelancongan, pendidikan dan ekonomi, di samping merapatkan jurang antara masa lalu dan sekarang. Dengan mengekalkan, memelihara dan menghormati warisan budaya, masyarakat Malaysia menjunjung nilai moral yang baik, menghormati kepelbagaian dan menghormati tradisi. Ia adalah bukti bahawa warisan budaya bukan sekadar aspek material budaya tetapi juga mencerminkan tamadun yang wujud dan terus berkembang dalam masyarakat Malaysia yang unik dan inklusif. Dengan memahami, menghargai dan meraikan warisan budaya kita, rakyat Malaysia terus memperkaya identiti kita dan memelihara etika dan tamadun mereka yang luar biasa. -Terima Kasih15
Rujukan 8 Makanan Baba Nyonya Yang Popular Terutamanya No. 7. (2021, February 23). Prihatin Spanco. https://prihatinspanco.com.my/2021/02/22/2937/ Badra. (2023). Pakaian tradisional Malaysia mengikut negeri / suku kaum. eCentral. https://ecentral.my/pakaian-tradisional-malaysia/ IPG KPI. (2012, July 31). Hubungan Etnik IPG KPI. http://hubunganetnikipgkpi.blogspot.com/2012_07_01_archive.html Itawrah. (2019, July 22). 17 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut dah Cuba - Saji.my. Saji.my. https://saji.my/makanantradisional-malaysia/ Jabatan Warisan Negara. (n.d.). Makanan warisan. https://www.heritage.gov.my/adat-budaya/makanan-warisan.html Kosmo. (2023). Roti canai dinobat roti terbaik di dunia. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2023/09/10/roti-canai-dinobat-rotiterbaik-di-dunia/ Makanan Tradisional Iban yang SEDAP di Sarawak. (2021). Cari Destinasi. https://www.caridestinasi.com/makanan-tradisional-ibanyang-sedap-di-sarawak/ Pakaian Tradisi Simbol Identiti Etnik di Borneo – LOCCO Malaysia. (2021, June 4). https://www.locco.com.my/2021/06/04/pakaiantradisi-simbol-identiti-etnik-di-borneo/ PAKAIAN TRADISIONAL KADAZAN PENAMPANG. (n.d.). https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/733 16
Sejarah tarian Zapin. (2009, March 5). Zapin Johor. https://tarianzapin.wordpress.com/sejarah/ Tan, H. (2019, November). 5 Kesenian Tionghoa Menarik : Tarian Barongsai & Naga, Bian Lian, Tarian Kipas, Opera Peking dan Wayang Potehi - TIONGHOA.INFO. TIONGHOA.INFO. https://www.tionghoa.info/5-kesenian-tionghoa-menarik-tarianbarongsai-naga-bian-lian-tarian-kipas-dan-wayang-potehi/ 17