2021
LAPORAN
PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM
(WAN AMANI HAZIRAH BINTI WAN OMAR)
SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
1
LAPORAN JAWATANKUASA TEKNIKAL PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: ALI IMRAN BIN ZUKEFELI
Umumnya, perkhemahan merupakan satu cara untuk hidup di luar daripada tempat
tinggal kita dan biasanya bersifat alam seperti Kawasan hutan, gunung, pantai dan sebagainya
lagi. Kehidupan semasa berkhemah ini sangat berbeza dengan kehidupan seperti biasa dari
segi kelengkapan, cara hidup, rutin dan lain-lain lagi. Lebih jelas lagi, berkhemah ini sangat
berkait rapat dengan cara seseorang beriktiar untuk hidup dengan meminimkan peralatan. Oleh
yang demikian, perancangan yang rapi dan tersusun perlu dibuat bagi menghadapi sesuatu
perkhemaga tersebut seperti pengurusan makanan, alatan, bidang tugas, keselamatan,
kecergasan dan sebagainya. Perancangan ini perlulah dibuat melalui ahli-ahli perkhemahan
bagi melicikan perkhemahan tersebut.
Oleh demikian, Pada 1 hingga 4 September 2021 yang lalu, program Perkhemahan Unit
Beruniform Secara Dalam Talian bagi pelajari PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2020 telah
dijalankan dengan jaya. Program tersebut berjalan dengan lancar walaupun menghadapi
pelbagai halangan dan kesukaran. Pelajar-pelajar PPISMP semester tiga masing-masih diberi
jawatankuasa dan bidang tugas masing-masing dalam perkhemahan tersebut bagi
melancarkan urusan perkhemahan. Justeru, saya telah dilantik sebagai ketua jawatankuasa
teknikal bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Jawatan ini sangat mencabar saya
kerana perkhemahan tersebut dijalankan secara atas talian yang mana, jawatankuasa teknikal
bertugas seratus peratus terhadap permasalahan teknikal yang berlaku ketika perkhemahan
tersebut dan alhamdulillah dapat berjalan dengan baik walapun terdapat beberapa halangan.
Bagi tugas-tugas ataupun perkara yang dilakukan sebelum perkhemahan, pada
awalnya, pembahagian ahli jawatankuasa di bawag jawatankuasa teknikal BSMM dijalankan
dalam group Whatsapp, Justeru, ahli yang berada di bawah saya selaku ketua bagi teknikal
BSMM ialah Muhammad Huzaifah bin Arman dari Pendidikan Agama Islam(PAI) 4, Amaar
Hisyam bin Osman dari PSV1, Nur Ramzi bin Mohamed dari PAI5, Wan Muhammad Taqiyudiin
bin Wan Yusoff dari PAI5, Matasyarani dari PSV1. Kami kemudiannya membuat group
Whatsapp bagi memudahkan urusan kami. Seterusnya, bagi kerja sebelum, saya selaku ketua
teknikal BSMM dan ketua Teknikal persatuan lain seperti Pengakap yang diketuai oleh Arif
Haikal dari Bahasa Melayu5, Persatuan Pandu Puteri Islam yang diketuai oleh ‘Asyiqin dari
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
2
PAI5 dan Kadet Remaja Sekolah yang diketuai oleu Afif dari TESL1. Kami berempat
menubuhkan group whatsapp bagi membincangakn perkara-perkara yang perlu dilakukan
sebelum perkhemahan.
Oleh itu, kami berempat telah berbincang bagi penempahan medium zoom dengan
merujuk kepada pensyarah yang bertugas dan menghubungi Encik Biamin bin Ahmad juga
sebagai ketua unit multimedia IPGKDRI. Setelah itu, kami menyenaraikan slot-slot ketika
perkhemahan untuk kami kawal dari segi teknikal nya. Setelah berbincang Bersama-sama,
saya selaku ketua unit BSMM diberi amanah untuk mengawal slot asas pertolongan cemas
pada malam 2 haribulan 9 , iaitu pada hari Khamis malam Jumaat. Kami berempat juga telah
bersepakat untuk saling bekerjasama dalam majlis penutup yang akan dijalankan pada Hari
Sabtu empat haribulan bagi melicinkan majlis tersebut yang dihadiri oleh Pengarah IPGKDRI.
Dalam pada itu, saya berbincang dengan ahli teknikal BSMM bagi mengawal slot asas
pertolongan cemas dan agar dapat menguruskannya dengan lancer.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
3
Semasa perkhemahan pula, perkara yang mengejutkan berlaku bila mana zoom yang
telah ditempah dengan Encik Biamin mempunyai batas penonton yang boleh menyertai iaitu
hanya seramai 300 orang sahaja sedangkan pensyarah telah menempah zoom yang boleh
memuatkan seramai 1000 orang. Perkara ini berlaku ketika masjlis pembukaan perkhemahan
pada hari Rabu, satu haribulan Sembilan. Kami ketua jawankuasa teknikal dari pelbagai
persatuan membuat sepakat untuk membuat satu bilik di atas talian melalui Google Meet bagi
memberi peluang kepada pelajar atau peserta yang tidak sempat masuk ke Zoom dan
menayangkan Zoom tersebut ke dalam bilik Google Meet tersebut. Hal ini membolehkan
pelajar-pelajar tersebut mendapat input yang sama dari Zoom yang tidak dapat mereka masuki.
Namun, untuk slot-slot yang akan datang, kami terpaksa memikiran satu solusi yang terbaik
bagi kemudahan pelajar-pelajar.
Oleh itu, pada malam hari rabu tersebut, iaitu hari pertama perkhemahan, kami
berempat sebagai ketua Teknikal, telah bersepakat untuk membuat satu meeting Bersama bagi
membincangan beberapa perkara yang telah berlaku ketika mana perkhemahan berlangsung
dan ingin membincangkan solusi yang terbaik. Perkara yang kami berempta bincangkan ialah
segala rakaman bagi slot perkhemahan akan diberikan kepada Puan Shamsiah, kami juga
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
4
berbincang tentang giliran kelas yang akan menyertai Google Meet pada satu-satu slot lantaran
zoom yang tidak boleh memuatkan keseluruhan pelajar seramai 350 orang. Kami juga sedikit
berbincang tentang majlis penutup Unit Beruniform dari segi Krew-krew dan alur majlis tersebut.
Semasa perkhemahan juga, kami ketua teknikal memantau semua pergerakan di dalam
Zoom dan Google Meet terutama dari segi audio dan video sama ada jelas ataupun tidak dan
Alhamdulillah semua slot berjalan dengan lancer. Justeru bagi slot asas pertolongan cemas,
saya dan ahli-ahli teknikal BSMM masing-masing sudah diberikan tugas masing-masing dan
kami mengawal Zoom dan Google Meet dengan lancar, Tiada permasalahn berat yang berlaku
ketika mana kami mengawal alur perjalanan ketika slot asas pertolongan cemas yang
dikendalikan oleh Encik Yunus bin Yusuf. Ketika masjlis penutup pula, semua jawatnkuasa
teknikal bertungkus lumus berbincang, membahagikan tugas, membuat rehearsal dan
sebagainya dan perjalanan majlis penutup tesebut berjalan dengan lancar pada awalnya.
Namun, keadaan menjaid tidak terkawal apabila beberapa penggodam memasuki zoom kami
dan mula membuat pelbagai masalah dalam zoom. Saya sendiri sejujurnya sangat panik ketika
itu lantaran saya juga merupakan jawatnkuasa yang bertugas pada majlis penutup tersebut.
Oleh itu, kami semua mengambil keputusan untuk meremove atau membuang nama-nama
penggodam tersebut dari dalam zoom kami dengan serta merta dan keadaan kembali terkawal.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
5
Namun, hal ini sedikit sebanyak telah merencatkan majlis penutup kami. Kami tidak boleh
menyalahkan sesiapa kerana ini berada dil luar bidang kuasa kami. Kami hanya mampu
bersabar dan itulah antara tugas-tugas semasa perkhemahan dijalankan.
Bagi gerak kerja selepas pula, tidak banyak tugas yang kami laksanakan kerana tugas
kami lebih kepada kerja sebelum dan semasa perkhemahan sahaja. Namun, kami di peringkat
ketua teknikal membuat laporan, SWOT, mengumpulkan gambar dan sebagainya sebagai
bukti. Di peringkat teknikal BSMM pula, kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana
masing-masing telah menjalankan tugas dengan baik. Kami kemudiannya membuat laporan
bergambar bagi rujukan para pensyarah.
Kesimpulannya, saya telah memperoleh banyak pengetahuan mengenai aktviti yang
dilakukan sepanjang berkhemah program perkhemahan atas talian ini di samping beberapa
pengetahuan baharu tentang teknikal dan sebagainya. Justeru, perkhemahan atas talian
mempunyai banyak halangan dan cabaran dan ini mengajar ahli-ahli teknikal tentang erti
kesabaran dan memerlukan ketabahan yang tinggi semasa melakukan tugasan dan amanah
yang diberikan. Saya tidak akan melupakan perkhemahan kali ini dan berharap dapat
menceburkan bidang ini pada masa akan datang.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
6
LAPORAN JAWATANKUASA PUBLISITI PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: FAIZ HAKIMI BIN ROSLI
Pada 1 hingga 4 September 2021 yang lalu, program Perkhemahan Unit Beruniform
Secara Dalam Talian bagi pelajari PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2020 telah melabuhkan
tirainya. Program tersebut berjalan dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Kelancaran perkhemahan ini dipandu oleh organisasi jawatankuasa yang mantap terdiri dalam
kalangan pelajar-pelajar semester 3 sendiri.
Untuk persediaan sebelum perkhemahan, ahli-ahli unit beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) 2021 diminta untuk memilih jawatankuasa masing-masing di template yang
disediakan dalam Group Whatsapp kami. Terdapat pelbagai jawatankuasa yang tersedia
seperti teknikal, publisiti, Malaysia Cergas, keselamatan, istiadat pagi, majlis penutup dan
banyak lagi. Setelah meneliti template tersebut dan berfikir beberapa kali, saya mengambil
keputusan untuk menyertai jawatankuasa publisiti. Ahli-ahlinya terdiri daripada 6 orang iaitu
Muzziel Han sebagai ketua, Asyraf Saha, Muhammad Zakwan, Muhammad Nabil, Afiq Aiman
dan saya, Faiz Hakimi.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
7
Selepas itu, Muzziel membuat group yang berasingan untuk mengumpulkan ahli-ahli
jawatankuasa publisiti sahaja di dalamnya. Kami juga dipelawa untuk menyertai group publisiti
bersama dengan jurulatih pembimbing dan ahli-ahli publisiti daripada unit beruniform lain seperti
KRS, PPK dan pengakap. Di dalam group tersebut, kami berbincang mengenai giliran
pembuatan poster sepanjang empat hari perkhemahan. Untuk mengelakkan keserabutan dan
ketidakaturan, kami semua bersepakat untuk menetapkan hanya satu unit beruniform sahaja
yang akan bertugas untuk sesuatu hari. Muzziel telah memilih hari pertama iaitu Rabu sebagai
hari bertugas BSMM.
Kami dikehendaki untuk membuat empat poster utama iaitu poster setiap slot bersama
pensyarah, poster tazkirah, poster Malaysia Cergas dan poster penutupan. Aplikasi yang
digunakan pula ialah Canva kerana ia sangat mudah untuk digunakan. Kami juga berbincang
tentang butiran-butiran yang perlu ada dalam setiap poster seperti slot, tarikh, masa, platform
dan ayat hebahan. Kedudukan logo juga tidak terlepas kerana ia memainkan peranan yang
sangat penting. Seterusnya, Muzziel mengarahkan di dalam group berenam kami untuk
membahagikan giliran tugasan poster mengikut slot-slot yang ada. Setiap orang boleh memilih
satu slot sahaja.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
8
Saya telah memilih slot pertama iaitu pendaftaran pengagihan subkem. Muzziel
menyediakan template poster yang selaras kepada kami di Canva. Hanya tinggal kami perlu
menyunting butiran-butirannya sahaja. Setelah siap, Muzziel menunjukkan satu hasil poster
kepada Encik Yunus untuk pemeriksaan jika ada sebarang pembetulan atau penambahbaikan.
Beliau memuji poster kami dan menyatakan sedikit perkara yang perlu dibaiki iaitu susunan
logo dan selebihnya kami perlu rujuk Puan Shamsiah. Puan Shamsiah mengatakan poster kami
sudah bagus.
Unit publisiti utama juga telah menyiapkan poster persediaan perkhemahan untuk
diupdate di status Whatsapp masing-masing pada malam sebelum perkhemahan. Poster
tersebut telah dihasilkan oleh Muzziel sendiri. Ayat hebahan pula disediakan oleh kami. Saya
juga telah menyiapkan butiran-butiran poster dan ayat hebahan yang telah ditugaskan kepada
saya. Hasil kerja saya tersebut telah dihantar ke group utama untuk mendapatkan sebarang
komen dan cadangan yang perlu ditukar atau ditambah. Terdapat beberapa teguran daripada
rakan-rakan unit lain tentang ayat hebahan tersebut seperti penyediaan pautan dan masa
hebahan. Kami bercadang untuk menyebarkannya 30 minit sebelum program bermula.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
9
Untuk gerak kerja semasa pula, kami telah bersedia sejak jam 7.15 pagi lagi. Poster
dihantar dulu kepada Puan Shamsiah pada pagi itu untuk diperiksa sekali lagi sekiranya
terdapat apa-apa kesalahan yang tidak diingini. Tepat jam 7.30 pagi, poster pertama telah
diedarkan ke group utama yang dihuni ahli-ahli publisiti dan mereka pula akan mengedarkannya
kepada kumpulan masing-masing. Semuanya berjalan dengan sangat lancar tanpa kesalahan
maklumat. Para pelajar sentiasa peka dengan hebahan yang disampaikan dan mematuhinya
dengan patuh. Proses pengedaran poster bermula dari slot pertama hingga slot terakhir pada
hari Rabu berjalan seperti yang dirancang. Maka, unit BSMM telah menyelesaikan tugasnya.
Untuk gerak kerja selepas, tidak banyak yang dilakukan kerana unit publisiti hanya
memainkan peranan sebagai penyampai maklumat sahaja. Kami berbincang semula tentang
gerak kerja yang telah dilakukan sebelum ini. Kami mencatat kelebihan dan kekurangan yang
telah dilakukan agar ia dapat menjadi panduan untuk acara akan datang. Kami semua berpuas
hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap ahli. Kami juga saling mengucapkan terima
kasih kerana tanpa salah seorang daripada kami terutamanya Muzziel, sudah pasti unit publisiti
akan lumpuh. Muzziel merupakan orang yang sangat handal dalam menyunting gambar dan
video.
Secara keseluruhannya, penyertaan saya dalam unit publisiti ini memberikan suatu
pengalaman yang baru buat saya. Saya tidaklah terlalu pandai dalam mencipta poster, tetapi
dengan adanya orang yang berpengalaman, mereka boleh membimbing saya ke arah yang
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
10
lebih baik. Saya tidak akan melupakan pengalaman ini. Saya berharap agar dapat
menceburkan diri lagi dalam bidang ini jika berkesempatan nanti.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
11
LAPORAN JAWATANKUASA MALAYSIA CERGAS PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: WAN MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN WAN MOHD RUDIN
Sebelum perkhemahan berlangsung, saya telah dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa
Malaysia Cergas bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Saya bersama tiga
orang lagi ketua dari unit beruniform yang lain membincangkan cara melaksanakan aktiviti
semasa slot Malaysia Cergas yang akan berlangsung. Perancangan rapi telah dibuat seperti
mengumpulkan video lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Institut Pendidikan Guru. Selain
itu, video kecergasan seperti senamrobik juga disediakan. Kami juga telah menjalankan “test
run” terlebih dahulu menggunakan Microsoft Teams dan Google Meet.
Slot Malaysia Cergas berlangsung pada pukul 7.00 hingga 7.30 pagi selama dua hari
dengan persiapan yang rapi oleh kami. Program berlangsung dengan lancar walaupun terdapat
sedikit masalah teknikal pada hari pertama. Seterusnya, kami memasang video senamrobik dan
meminta semua pelajar mengikuti langkah-langkah yang disediakan di dalam video tersebut.
Selepas setiap slot Malaysia Cergas, kami akan membuat analisis dan mengadakan
mesyuarat dengan ahli-ahli yang lain bagi membincangkan kelebihan, kekurangan dan cara
penambahbaikan untuk masa akan datang.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
12
LAPORAN JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: RAJA MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN R MOHAMAD FAUDZI
Perkemahan Unit Beruniform Secara dalam talian telah berlangsung selama 4 hari 3
malam bermula dari 1 hingga 4 September. Perkemahan ini dijalankan bagi pelajar-pelajar
Pismp Ambilan Jun 2020 yang mengabungkan 4 unit beruniform iaitu unti berunirform, Bulan
Sabit Merah, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah dan Pandu Puteri Kadet. Program tersebut
berjalan dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Kelancaran perkhemahan
ini dipandu oleh organisasi jawatankuasa yang mantap terdiri dalam kalangan pelajar-pelajar
semester 3 sendiri.
Pada awal sebelum aktiviti dilaksanakan, Beberapa ajk telah ditubuhkan melalui
perbincangan di dalam google meet serta membuat group whatapp agar mudah untuk
berkomunikasi. Perkara yang dibincang sebelum perkemahan semuanya akan disalurkan di
dalam group-group yang telah dibentuk serta bagi setiap ahli jawatankuasa terdiri daripada 4
unit beruniform. Sama seperti Ahli Jawatankuasa Pertolongan Cemas ia terdiri 4 orang ahli
jawatnkuasa induk bagi ajk ini. Serta dibawahnya telah dibahgikan ahli-ahli yang lain. Selain itu,
di dalam perbincangan juga, terdapat beberapa pendapat yang dikemukan oleh Setiap unit agar
sewaktu aktiviti Pertolongan cemas yang akan berlansung pada hari Khamis malam pada pukul
9.00 malam hingga 11.00 malam berjalan dengan lancar.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
13
Disamping itu terdpat juga bahagian sewaktu pembahgian tugas, dimana setiap Ahli
Jawatankuasa Pertolongan Cemas diberikan tugas mengikut kemahiran masing-masing.
Contohnya skop tugasan yang diberi adalah seperti ahli teknikal sewaktu aktiviti PC berjalan
yang diketuai oleh Ali Imran daripada unit Pai. Selain itu tugasan yang diberi adalah seperti MC
dan Pembaca doa. Pembahagian tugas ini semua dilaksanakan oleh kesemua kerjasama
diantara keempat-empat ahli jawatankuasa induk bagi Pertolongan Cemas (PC).
Sebelum berlangsungnya, slot Perlongongan cemas pada 2 September 2021 iaitu pada
hari kedua perkemahan. Kesemua ajk telah berkomunikasi dengan lecterur dan ahli-ahli PC
yang lain di dalam group. Dimana ajk teknikal bagi bahagian platform yang akan digunakan
telah berhubung dengan ajk Pertolongan Cemas untuk meberitahu bahawa akan terbahagi dua
platform iaitu platform google meet dan zoom. Diamana lebih 200 lebih akan berada di dalam
zoom dan selebihnya akan berada di dalam google meet. Ini kerana kapasiti bagi platform zoom
tidak dpt memuatkan kesemua pelajar yang seraai 355 pelajar. Maka ajk teknikal dan ajk
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
14
Pertolongan Cemas telah berbincang agar semua dapat menghadiri slor Pertolongan Cemas ini
dengan mengunakan dua platform yang berbeza.
Diatas merupakan contoh situasi yang dilalui oleh pelajar, dimana pelajar dan lecterur
akan membuka camera bagi memudahkan komukasi dua hala dianatara pelajar dan lecterur.
Selain itu, Pelajar-pelajar juga diminta untuk fokus serta mempunyai sesi solan jawab ketika
Slot PC dijalankan. Lecterur yang telah menyampaikan sesi talk pada Slot PC ini adalah Encik
Yunus Bin Yusuf. Encik Yunus telah memberikan talk tentang cara untuk menghadapi situasi-
stuasi bahaya dan asas CPR.
Ini merupakan banner yang disiapkan oleh ajk Publisiti yang telah dihasilkan bagi slot
Pertolongan Cemas. Dimana banner ini dihasilkan agar mudah untuk pelajar-pelajar menerima
makulmat yang akan berlansungnya slot Pertolongan Cemas pada 2 haribulan. Selain itu, ajk
publisiti telah pun berbincang dengan ajk Pertolongan Cemas agar mereka mehebahkan
kepada kesemua unti beruniform masing-masing supaya tiada yang terlepas slot Pertolongan
Cemas ini.
Pada fasa selepas, tidak begitu banyak perbincangan yang dilakukan. Kerana Ajk
Pertolongan Cemas itu berjalan dengan lancar dan tiada sebarang gangguan semasa slot itu
berlangsung. Selain itu, lecterur juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama diatas usaha
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
15
menjaya slot pada malam hari itu. Diatas kerjasama jurulatih, pensyarah dan ajk-ajk yang
terlibat telah menjayakan slot Pertolongan Cemas (PC) dengan jayanya pada Hari kedua
Perkemahan.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
16
LAPORAN JAWATANKUASA KEMBARA PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: NURHUSNA IZZATI BINTI MAT YUNUS
Pada 1 hingga 4 September 2021, satu perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan
secara online bagi memenuhi keperluan dan tugasan siswa-siswi guru. Seramai 350 pelajar
PISMP Semester 3 ambilan Jun 2020 telah menyertai perkhemahan unit beruniform ini bagi
subjek MPU3062, Kokurikulum-Unit Beruniform. Sebelum program perkhemahan
dilangsungkan, pelbagai aktiviti telah dirancang dan ditetapkan pada hari-hari tertentu untuk
mengelakkan berlakunya pertindihan jadual serta untuk meningkatkan kelancaran program
yang dirancang. Beberapa badan jawatankuasa dan organisasi persatuan telah dibentuk
bertujuan untuk mengendalikan program perkhemahan ini termasuklah aktiviti kembara bermisi
dan ikhtiar hidup. Sama seperti pasukan unit beruniform yang lain, ahli BSMM juga turut
menetapkan ahli jawatankuasa kembara iaitu dengan ahli seramai 4 orang dan diketuai oleh
Nurhusna Izzati bt Mat Yunus dari unit PIM 6.
Ahli-ahli jawatankuasa kembara telah mengadakan perbincangan bersama pensyarah
yang mengendalikan slot kembara, iaitu Encik Safri bin Aziz pada Tarikh 26 Ogos 2021. Tujuan
perbincangan ini diadakan adalah untuk menetapkan platform yang akan digunakan untuk slot
aktiviti kembara bermisi dan ikhtiar hidup iaitu secara segerak pada tarikh 2 September 2021
nanti. Pihak atasan telah bersepakat menetapkan jadual ataupun masa untuk aktiviti kembara
bermisi dan ikhtiar hidup iaitu pada hari Khamis, 2 September 2021, tepat jam 8.00 pagi hingga
10.00 pagi dan disambung lagi jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahhari.
Seperti yang telah ditetapkan sebelum ini, aktiviti kembara bermisi dan ikhtiar hidup
telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 September 2021 dengan menggunakan platform
Zoom dan Google Meet. Namun begitu, kita hanya merancang dan Allah sebaik-baik
perancang, aktiviti slot kembara bermisi tidak dapat dilaksanakan pada waktu yang dirancang
dan ditunda pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang yang mana ianya adalah secara
segerak. Manakala 1 jam lagi, iaitu jam 5.00 hingga 6.00 petang pula adalah secara tidak
segerak. Hal ini demikian kerana ada beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan
oleh pihak yang berwajib. Sesi slot kembara bermisi dan ikhtiar hidup ini dimulakan oleh Encik
Safri dengan taklimat tentang pengembaraan. Beliau menyambung lagi dengan topik-topik
seperti tema, tujuan, rancangan, peralatan dan juga laporan tentang pengembaraan yang bakal
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
17
berlangsung. Encik Safri juga ada mendedahkan pelajar atau ahli unit berunifrom dengan
kemahiran membaca peta yang merangkumi peta topografi dan beliau turut memaparkan dan
memberi penerangan tentang petunjuk-petunjuk yang ditayangkan.
Pada akhir slot kembara bermisi dan ikhtiar hidup ini, berdasarkan apa yang telah
dipelajari, setiap ahli unit beruniform termasuklah ahli Bulan Sabit Merah Malaysia telah
diberikan tugasan ringkas oleh jurulatih. Tugasan ini memerlukan setiap ahli unit beruniform
untuk melukis atau melakar satu peta topografi berkaitan dengan kawasan rumah masing-
masing malah mereka juga perlu menambah beberapa petunjuk didalam peta tersebut. Mereka
juga diingatkan untuk membentuk satu lakaran perjalanan ke tempat yang telah dinyatakan oleh
jurulatih dalam peta mereka. Setiap peserta diberi tarikh akhir untuk menyiapkan dan
menghantar tugasan tersebut iaitu sehingga 12 September 2021 beserta dengan hasil kerja
berkumpulan yang telah ditetapkan. Bagi mengakhiri slot kembara bermisi dan ikhtiar hidup ini,
satu sesi soal jawab telah diadakan untuk pelajar bertanyakan soalan samada berkaitan
dengan apa yang dipelajarai mahupun tentang tugasan yang diberikan kepada semua ahli unit
beruniform. Dengan adanya sesi soal jawab ini, setiap persoalan yang ada dalam fikiran pelajar
dapat dirungkai dan pelajar dapat memahami dengan jelas tentang aktiviti slot kembara yang
dilaksanakan.
Dengan itu, berakhirlah sudah slot kembara bermisi yang diadakan selama beberapa
jam yang sangat bermakna. Kami sebagai ahli unit beruniform terutamanya BSMM sangat
bersyukur kerana dapat merasai pengalaman menyertai slot kembara ini. Kami juga
dipertanggungjawabkan dengan beberapa amanah serta tugasan dan akan kami laksanakan
dengan sebaik mungkin. Pengalaman menyertai slot kembara ini tidak dapat kami lupakan
kerana perkhemahan secara online ini merupakan suatu perkara yang baru dan disebabkan
kekangan yang ada serta pandemic yang melanda negara ketika ini. Kami ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan slot dan aktiviti
kembara pada kali ini.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
18
LAPORAN JAWATANKUASA IKATAN DAN SIMPULAN PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: DANISH AKMAL BIN SOFIAN
Pada 1 hingga 4 September 2021 yang lalu, program Perkhemahan Unit Beruniform
secara Dalam Talian telah diadakan bagi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan 2020. Program
tersebut berjalan dengan jayanya walaupun menghadapi kekurangan. Kelancaran
perkhemahan ini telah dipandu oleh organisai jawatankuaa yang terdiri daripada kalangan
pelajar-pelajar semester 3 sendiri
Antara persiapan yang dilakukan sebelum bermula perkhemahan, ahli-ahli unit
beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 2021 telah diminta untuk memilih
jawatankuasa masing-masing mengikut kemampuan sendiri. Terdapat pelbagai jawatankuasa
tersedia seperti teknikal, publisiti, pertolongan cemas, istiadat pagi, majlis penutup, ikatan dan
simpulan dan banyak lagi. Kesemua jawatankuasa ini diperlukan agar kelancaran program
pada hari kejadian itu terjamin.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
19
Saya telah dipilih untuk menjadi Ketua Jawatakuasa Ikatan dan Simpulan bagi mewakili
unit beruniform. Setelah pelantikan tersebut, pada 15 Ogos 2021, para Ketua Jawatankuasa
setiap Unit Beruniform telah bertemu dalam satu mesyuarat bersama Jurulatih untuk
mendengar taklimat berkaitan dengan rangka perjalanan program. Dalam taklimat tersebut kami
telah diberi penjelasan tentang tugas yang perlu kami lakukan bagi keancaran program. Puan
Samsiah selaku penyelaras program ini menyampaikan taklimat. Taklimat tersebut berakhir
pada 11 malam.
Antara tugas yang pertama yang saya lakukan ialah mengumpulkan ahli bagi
jawatankuasa di bawah saya. Oleh itu, antara yang menyertai seramai 5 orang iaitu Siti Rabiatul
Ayuniey Binti Abdullah, Syamimi Adriana Binti Mohd Nirwandy, Syarifah Nuramirah Binti Mohd
Firdaus Tee, Zidni Ilma Bt Manah, Mohd Farhan Bin Kamarudding. Seterusnya kami telah
masuk ke dalam “Group Whatsapp” khas untuk semua jawatankuasa Ikatan dan Simpulan
daripada semua Unit.
Dalam “group” tersebut kami telah berbincang bersama dengan Jurulatih yang
menyelaras aktiviti ini iaitu Tuan Ronif. Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaksanaan
bagi aktiviti yang akan dilakukan pada hari kejadian. Tuan Ronif memberitahu bahawa terdapat
beberapa ikatan yang tidak di ajar lagi secara langsung daam kelas. Antara ikatan dan simpulan
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
20
tersebut ialah , Simpul pengail, Simpul pulih, Simpul pencuri, Simpul kerusi, Ikatan bunga geti
ganda dan Ikatan tindih kasih ganda. Seterusnya kami sebagai wakil daripada Unit Beruniform
BSMM akan menyampaikan segala maklumat yang diperolehi daripada perbincangan yang
berlaku di dalam “Group Whatsapp” tersebut. Hal ini supaya semua pelajar tahu apa yang patut
mereka lakukan dan bersedia pada slot Kemahiran Asas Tali.
Jawatankuasa Ikatan dan Simpulan tidak mempunyai banyak tugasan yang berturutan
semasa program berlangsung. Kami hanya perlu bersedia pada slot Kemahiran Asas Tali.
Walaupun, begitu kami masih lagi bersedia dengan apa apa perubahan yang mungkin akan
berlaku secara tiba-tiba. Alhamdulillah, tiada sebarang perbuhan aktiviti yang berlaku melainkan
waktu Slot Kemahiran asas ini pada mula sebelah petang selepas Zohor, tetapi diubah pada
waktu pagi Jumaat kerana faktor tertentu daripada jurulatih. Semua peserta perkhemahan
maklum akan perubahan tersebut. Kami juga telah memaklumkan kepada jawatankuasa
Publisiti dan Teknikal atas perubahan tersebut bagi menyediakan platfom dan hebahan untuk
slot tersebut.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
21
Sebelum slot bermula, Jawatankuasa Ikatan dan Simpulan telah memberi peringatan
kepada semua peserta untuk bersedia dengan keperluan yang diperlukan semasa slot tersebut
seperti tali yang sesuai dan sebatang kayu . Sewaktu slot Kemahiran Asas Tali berlangsung,
saya wakil daripada Jawatankuasa Ikatan dan Simpulan telah menjadi pengacara majlis dan
majlis diperdengarkan bacaan doa oleh Saudara Abdul Muqsiet bin Abd Rahman. Slot tersebut
bermula pada pukul 8.15 pagi kerana menunggu sebahagian peserta yang masih lagi belum
masuk ke dalam “Zoom” atau “Google Meet” yang disediakan. Tambahan pula, seramai 14
orang peserta daripada Unit Tesl tidak dapat hadirkan diri kerana mempunyai kursus khas. Slot
tersebut berjalan lancar dan berakhir pada pkul 10.15 pagi.
Selepas perkhemahan tidak banyak yang kami lakukan memandangkan tidak
mempunyai banyak bidang tugas yang perlu dilakukan. Kami sekadar menyimpan gambar
sewaktu slot dijalankan untuk persedian laporan pengurusan perkhemahan. Selain itu, kami
juga telah mengisi Google Form bagi maklumat ahli jawatankuasa Ikatan dan Simpulan.
Antara penambahbaikan yang boleh dibuat ialah daripada segi penglibatan semua ahli.
Sesetengah hali tidak melibatkan diri dan memilih untuk berdiam. Hal ini kerana tidak banyak
tugas yang perlu dibahagi dan memadai dengan ahli yang sedikit. Selain itu, mungkin boleh
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
22
dibaiki dari segi susunan dan kualiti ayat hebahan maklumat agar lebih tersusun, kemas dan
formal.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
23
LAPORAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN UNIT
BSMM
OLEH: AMIRUL ASYRAF WILDAN BIN RASMAN
Pada 1 hingga 4 September 2021 seramai 348 orang peserta PISMP Semester 3
Ambilan Jun 2020 dan 2 orang peserta PISMP Semester 5 ambilan Jun 2019 telah menyertai
perkhemahan ini menjadikan bilangan peserta 350 orang. Tujuan utama aktiviti perkhemahan
ini ialah untuk memenuhi kehendak silibus yang telah ditetapkan dalam RMK bagi subjek
MPU3062 Kokurikulum-Unit Beruniform. Terdapat 4 Unit beruniform yang menyertai
pekhemahan ini iaitu Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah
Malaysia. Semua aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini adalah secara atas talian
dan dijalankan secara segerak dan tidak segerak menggunakan beberapa platform seperti
Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan Google Classroom. Seorang ketua telah dilantik bagi
setiap unit beruniform untuk menjadi wakil Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan dan
kemudiannya, beberapa orang pelajar telah dipilih untuk bertugas di bawah Jawatankuasa
Kebajikan dan Keselamatan. JK ini dibawah pengelolaan Encik Azhar bin Mansor.
Sebelum aktiviti perkhemahan secara atas talian bermula, AJK Kebajikan dan
Keselamatan telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa menerusi aplikasi “Google Meet”
untuk mengenal pasti bidang tugas yang perlu dilakukan sepanjang perkhemahan berlangsung.
Beberapa bidang tugas telah dibahagikan sesama ahli jawatankuasa secara adil contohnya
membuat tag nombor bagi setiap peserta seramai 350 orang. Malah kami juga mengambil
maklumat peribadi bagi setiap peserta seperti nama dan nombor telefon waris bagi memastikan
penglibatan semua peserta secara penuh dan aktif. Akhir sekali, kami telah mengadakan satu
jadual bertugas malam walaupun perkhemahan dijalankan secara tidak bersemuka namun bagi
merasai perkhemahan yang sebenar kami telah membuat jadual tersebut untuk menaikkan lagi
semangat kami untuk berkhemah.
Semasa perkhemahan berlangsung, kami ditugaskan untuk menyelia serta memantau
keperluan para peserta perkhemahan. Oleh kerana perkhemahan dijalankan secara atas talian,
maka penyeliaan berkaitan data serta liputan internet terlebih dahulu dijalankan oleh wakil
Jawatankuasa setiap Unit Beruniform. Pada hari Rabu 1 September 2021, perjalanan majlis
perasmian berjalan lancar. Tugas yang diberikan kepada kami sewaktu program berlangsung
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
24
ialah mendapatkan maklumat setiap siswa guru untuk diberikan kepada jurulatih penasihat.
Ianya bertujuan memudahkan jurulatih untuk menghubungi pihak waris sekiranya berlaku
kecemasan sewaktu program berlangsung. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi pelajar
seperti kehilangan telefon bimbit, masalah talian dan masalah kesihatan. Namun ahli JK kami
telah mengambil tindakan pantas dengan menghubungi peserta tersebut dan memaklumkan
kepada jurulatih akan masalah yang dihadapi pelajar. Seterusnya, tugas selaku JK keselamatan
diteruskan pada malam hari iaitu memantau pergerakan atau keadaan peserta yang terlibat.
Jadual tugasan telah diagihkan terlebih dahulu untuk memudahkan ajk yang terlibat bersiap
sedia dari segi mental dan fizikal. Ajk yang akan berjaga di malam hari dibahagikan kepada
beberapa waktu bermula daripada pukul 12 tengah malam hingga pukul 6 pagi. Setiap sesi
bertugas mengambil masa selama sejam yang terdiri daripada dua orang ajk keselamatan.
Pada hari kedua, kami telah menerima beberapa permasalahan daripada peserta.
Antara masalah utama yang diutarakan adalah gangguan capaian internet secara tiba-tiba
disebabkan oleh hujan, pengambilan vaksin daripada peserta dan juga masalah kesihatan
peserta. Contohnya, ada pelajar daripada unit Pandu Puteri, Nur Izzaty Balqis yang matanya
dimasuki pasir sewaktu membuat gajet menyebabkan mata dia bengkak. Walau bagaimanapun,
kesihatannya semakin pulih dan boleh mengikuti perkhemahan sehingga selesai. Namun
begitu, semua masalah ini telah dikumpul dan diberikan kepada jurulatih untuk makluman
semasa. Segala permasalah yang diterima telah dikemaskini serta diajukan kepada jurulatih
untuk tindakan selanjutnya. Tambahan lagi, kami tetap meneruskan tugasan berjaga malam
seperti yang tertera di dalam jadual yang disediakan.
Meneruskan perkhemahan pada hari ketiga, permasalah dan aduan diterima sama
seperti hari kedua. Permasalahan yang paling banyak diterima tentunya kerana pengambilan
vaksin seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Pengambilan vaksin semestinya sebagai langkah
untuk mewujudkan ‘Herd Imunity’ bagi membendung penularan wabak Covid-19. Didapati
terdapat ramai peserta yang mengalami masalah capaian internet kerana cuaca yang tidak
menentu serta hujan di beberapa negeri semenanjung terutama di negeri Kelantan dan
Terengganu. Kita sedia maklum bahawa perkhemahan secara atas talian tentunya mencabar
mental dan fizikal peserta lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara individu. Walaupun begitu,
peserta tetap menunjukkan semangat yang kuat dengan menyertai kesemua aktiviti yang
dijalankan secara aktif. Seperti kebanyakkan perkhemahan, sudah menjadi adat untuk
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
25
mengadakan malam kebudayaan serta aktiviti jamuan bbq. Namun kerana semua peserta
berada di kediaman masing-masing, maka ianya tidak dapat dijalankan. Menjadi satu kerugian
buat peserta lebih lagi kepada jurulatih kerana tidak berupaya mencipta memori dan kenangan
bagi perkhemahan unit beruniform pada kali ini.
Pada hari terakhir, tugas bagi Jawatankuasa kebajikan dan keselamatan diteruskan
dengan acara majlis penutup. Pelbagai reaksi wajah para peserta dapat dilihat semasa
menonton video montaj contohnya gembira dan seronok. Namun kami berasa sedikit hampa
dan kecewa apabila platform Zoom yang digunakan untuk majlis penutup telah digodam oleh
masyarakat luar yang bukan dari golongan IPG. Walau bagaimanapun, itu di luar bidang tugas
kami kerana pada ketika itu, jk teknikal dan jk penutup yang mengendali majlis penutup. Walau
bagaimanapun, Encik Rosmadi selaku komander kem telah menyelesaikan isu tersebut dengan
pihak atasan dan menasihati kami untuk sentiasa berhati-hati apabila menggunakan platform di
media sosial. Pada malam terakhir, ketua-ketua JK ditugaskan menyediakan laporan unit
masing-masing. Maka, kami bekerjasama dengan ahli jawatankuasa bagi menyumbang
pendapat dan refleksi untuk dilengkapkan sebagai laporan. Pensyarah penasihat mengingatkan
peserta yang tidak lagi menghantar video tugasan supaya mempercepatkan urusan. Jurulatih
unit beruniform masing-masing sedang sibuk menganalisis peserta yang terbaik untuk mewakili
IPG kampus ke E-Perkhemahan KAGUM 2021.
Konklusinya, berikut merupakan laporan JK Kebajikan dan Keselamatan bagi
perkhemahan atas talian yang dijalankan selama 4 hari 3 malam. Walaupun terdapat beberapa
cabaran dan kekangan namun semua permasalahan berjaya diselesaikan dengan hasil
toleransi dan kerjasama yang baik antara AJK dan jurulatih demi memastikan kebajikan dan
keselamatan semua peserta aktiviti perkhemahan sentiasa terjaga dengan rapi.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
26
LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: MUHAMMAD AMMAR BIN HAMDAN
Perkhemahan unit beruniform adalah merupakan salah satu saluran daripada
pendidikan luar bilik darjah yang amat efektif berkesan dalam usaha menangani segala bentuk
masalah gejala sosial. Kegiatan kokurikulum sebegini memberi faedah yang banyak kepada
murid-murid. Perkhemahan juga dapat membantu dan mendidik murid-murid percaya kepada
diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Hal ini adalah kerana melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan, mereka didedahkan dengan suatu persekitaran yang baharu. Melalui kegiatan
perkhemahan, para murid akan diajar untuk berdikari melalui aktiviti-aktiviti seperti memasak,
membasuh, mencari sumber kayu api, dan sebagainya. Selain itu, nilai disiplin turut dapat
dibentuk melalui kegiatan kokurikulum perkhemahan.
Oleh itu para siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia terlebih dahulu
diberi pendedahan dan pembelajaran kepada kegiatan kokurikulum aktviti perkhemahan
menerusi kursus MPU3062 Kokurikulum-Unit Beruniform sebelum melangkah ke dunia
profesion keguruan. Hal ini adalah supaya para bakal guru terlebih dahulu diterapkan segala
kemahiran dan nilai-nilai murni sebelum diterapkan kepada murid-murid. Perkara ini juga secara
tidak langsung menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal para
siswa guru.
Sebelum sesuatu perkhemahan dijalankan, terlebih dahulu untuk membentuk
jawatankuasa pelaksana. Hal ini adalah supaya sesuatu aktiviti perkhemahan itu berjalan
dengan lancar dan teratur. Seterusnya, bagi kegiatan kokurikulum perkhemahan IPG Kampus
Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) untuk para siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda ambilan
Jun 2020 yang berlangsung pada 1-4 September 2021 secara dalam talian, terdapat dua belas
kumpulan jawatankuasa telah dibentuk bagi menggerakkan aktiviti perkhemahan.
Antara kumpulan jawatankuasa yang dibentuk ialah jawatankuasa Majlis Penutup. Bagi
pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) saya telah dipilih sebagai pemimpin kumpulan
jawatankuasa Majlis Penutup. Antara perkara yang saya laksanakan sebelum Majlis Penutup
dilaksanakan pada hari terakhir perkhemahan iaitu 4 September, saya telah merekrut tiga orang
daripada ahli pasukan BSMM untuk bekerja sebagai jawatankuasa pelaksana Majlis Penutup.
Saya kemudiannya diberi pautan kumpulan sembang whatsapp oleh saudara Zakwan, ketua
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
27
jawatankuasa unit beruniform Kadet Remaja Sekolah sebelum memberikan pautan tersebut
kepada tiga lagi ahli yang bergerak di bawah kepimpinan saya. Dalam kumpulan jawatankuasa
induk yang menempatkan kesemua ahli jawatankuasa Majlis Penutup daripada semua pasukan
unit beruniform, kami sekali lagi dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tugas.
Antara kumpulan tugasan yang ada ialah kumpulan penyediaan buku program,
backdrop digital atau banner, menyediakan atur cara majlis, menyediakan powerpoint Majlis
Penutup, menyediakan teks ucapan pengarah, melantik pengacara, pembaca doa dan ucapan
wakil pelajar, penyediaan montaj, serta yang terakhir ialah menyediakan laporan jawatankuasa
dan menghantar kepada setiausaha pasukan unit beruniform masing-masing. Saya selaku
ketua jawatankuasa Majlis Penutup unit berunifrom BSMM, maka telah ditempatkan kepada
kumpulan tugasan menyediakan laporan jawatankuasa dan menghantar kepada setiausaha
pasukan unit beruniform masing-masing, bersama-sama empat orang lagi ketua jawatankuasa
Majlis Penutup unit beruniform lain.
Sebelum Majlis Penutup berlangsung pada 4 September 2021, kesemua jatankuasa
perkhemahan yang terlibat telah mengikuti satu sesi raptai Majlis Penutup pada malam 3
September. Antara perkara yang telah diambil kira semasa raptai dijalankan ialah kelancaran
aturcara majlis, teks ucapan pengarah, teks ucapan wakil siswa guru dan teks pengacara
majlis. Terdapat banyak kepincangan yang telah ditemui semasa raptai dijalankan antaranya
ialah formaliti kesemua teks ucapan serta tulisan pada tayangan slaid Powerpoint yang tidak
sama saiz dan salah tatabahasa. Kesalahan-kesalahan tersebut dengan segera dibetulkan
supaya tidak emncacatkan majlis keesokan harinya.
Pada 4 September 2021 Majlis Penutup berjalan dengan lancar dan berkesan sebelum
berlaku gangguan semasa pertengahan majlis. Terdapat gangguan suara daripada individu
yang tidak dikenali malah menggunakan bahasa asing, bukan bahasa Inggeris mahupun
bahasa Malaysia. Tamabhan pula, Individu tersebut telah menayangkan gambar yang tidak
senonoh semasa majlis berlangsung iaitu semasa pengarah IPGKDRI menyampaikan ucapan.
Hal ini menyebabkan majlis terhenti seketika dan siaran langsung di media Facebook dan
Youtube dihentikan supaya adegan tidak senonoh itu tidak ditayangkan kepada masyarakat
umum. Setelah keadaan reda, majlis diteruskan sehingga berakhir. Setelah selesai Majlis
Penutup, semua jawatankuasa Majlis Penutup diarahkan untuk masuk ke dalam laman Google
Meet untuk membuat post-mortem tentang majlis sebentar. Antara yang dibincangkan ialah
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
28
masalah gangguan dan tayangan gambar tidak senonoh oleh individua asing dan tidak dikenali
tersebut. Pensyarah mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawankuasa pelaksana atas
kerjasama dan usaha yang telah diberikan.
Setelah selesai Majlis Penutup saya terus melaksanakan tanggungjawab untuk
menyediakan laporan jawatankuasa dan menghantar kepada setiausaha pasukan unit
beruniform BSMM iaitu saudari Amani. Selain itu, saya juga mengucapkan jutaan kepada ahli
jawatankuasa pelaksana Majlis penutup di dlaam sembang kumpulan Whatsapp dan Telegram
atas kerja yang amat bagus dan kerjasama yang memberangsangkan.
Rumusannya, kita perlulah menjalankan sesuatu tanggungjawab yang diberikan dengan
ikhlas, bertanggungjawab dan penuh saksama. Hal ini adalah supaya sesuatu programa atau
aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Selain itu juga kita perlu untuk sentiasa
bersedia dengan risiko yang tidak dapat dikawal supaya tidak melemahkan semangat dan
gerak kerja sesuatu perkara. Kalau bukan kita siapa, kalua bukan sekarang bila.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
29
LAPORAN JAWATANKUASA ISTIADAT PAGI PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: MUHAMMAD ALIFF HAIKAL BIN ANUAR
Pada 1 September 2021 sehingga 4 September 2021 telah diadakan Perkhemahan Unit
Beruniform anjuran Jabatan Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Perkhemahan ini melibatkan semua pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 yang meilbatakan 4 unit
beruniform iaitu Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu
Puteri Kadet. Perkhemahan ini diadakan secara atas talian sebagai menyahut seruan Kerajaan
Malaysia bagi menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Antara jawatankuasa
yang telah dibentuk adalah jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform. Jawatankuasa ini
mempunyai bidang tugas yang telah ditetapkan untuk dilakukan sepanjang program
perkhemahan berlangsung. Berikut merupakan laporan jawatankuasa Istiadat Pagi Unit
Beruniform sepanjang program berlangsung.
Sebelum perkhemahan berlangsung pelantikan ahli jawatankuasa untuk unit beruniform
Bulan Sabit Merah Malaysia telah dilakukan bagi memastikan perjalanan program berjalan
lancar. Ahli jawatankuasa dibentuk terlebih dahulu bagi mengetuai ahli jawatankuasa ini.
Kemudian 12 jawatankuasa dibentuk dan ahli Bulan Sabit Merah Malaysia yang lain telah
dibahagikan kepada semua jawatankuasa. Untuk jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform
telah dianggotai oleh 6 orang ahli iaitu Muhamad Aliff Haikal (Ketua), Wan Muhammd Luqman,
Ahmad Naffis Irfan, Shahril Arimi, Abdul Raif dan Muhammad Azim. Setelah mempunyai
jawatankuasa masing-masing, ketua jawatankuasa diminta untuk menghadiri taklimat untuk
mengetahui bidang tugas masing-masing. Kemudian, ketua membuat perjumpaan secara atas
talian bersama ahli-ahli jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform yang lain untuk
menyampaikan bidang tugas yang telah diberi oleh pensyarah. Kami berhubung menggunakan
Whatsapps untuk bekerjasama dalam melaksanakan jobskop bagi jawatankuasa Istiadat Pagi
Unit Beruniform.
Semasa perkhemahan berlangsung, ketua jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform
ini telah mendapat arahan bahawa pelaksanaan slot Istiadat Pagi Unit Beruniform ini dijalankan
mengikut unit beruniform masing-masing. Untuk pelaksanaan aktiviti semasa Istiadat Pagi Unit
Beruniform ini mestilah dilaksanakan mengikut istiadat unit berunidorm masing-masing. Untuk
unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia, Istiadat Pagi Unit Beruniform dimulakan dengan
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
30
semua ahli akan membuat barisan di hadapan bendera diketuai oleh ketua unit. Kemudian
nyanyian lagu akan dijalankan, dimulakan dengan lagu negaraku, lagu negeri dan lagu Bulan
Sabit Merah Malaysia. Setelah selesai nyanyian lagu tersebut, bacaan ikrar Bulan Sabit Merah
Malaysia akan dilakukan dengan diketuai oleh ketua unit. Seterusnya, ketua pasukan dan
pensyarah penasihat akan memberi ucapan ringkas setelah bacaan ikrar. Setelah selesai
ucapan tersebut, semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dibenarkan untuk keluar barisan.
Selepas pekhemahan, jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform mestilah
menyediakan laporan bergambar. Laporan tersebut mestilah mengandungi setiap aktiviti yang
telah dijalankan dalam slot Istiadat Pagi Unit Beruniform. Selain itu, jawatankuasa Istiadat Pagi
Unit Beruniform membincangkan kelemahan yang berlaku ketika Istiadat PagI Unit Beruniform
dijalankan untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku di lain waktu.
Untuk Perkhemahan Unit Beruniform kali ini aktiviti Istiadat Pagi Unit Beruniform tidak
dapat dijalankan kerana tidak bersesuaian dengan pelaksanaan perkhemahan kali ini. Perkara
ni kerana pelaksanaan Istiadat Pagi Unit Beruniform hanya sesuai dijalankan ketika
perkhemahan dilakukan secara bersemuka. Oleh itu, pensyarah-pensyarah Jabatan
Kokurikulum telah berbincang dan membuat keputusan untuk membatalkan slot Istiadat Pagi
Unit Beruniform untuk perkhemahan kali ini.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
31
LAPORAN JAWATANKUASA KAWAD KAKI PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: AHMAD NORSYAFIQ BIN MOHD NAZRI
Berkhemah merupakan cara kehidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Pada zaman dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk
hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap
pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan
persekitaran anda.
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung
dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan,
perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. Penyediaan kelengkapan
dan peralatan perkhemahan bergantung kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan
bilangan peserta.
Bagi program perkhemahan unit beruniform secara atas talian, penyediaan kelengkapan
dan peralatan perkhemahan harus disediakan oleh setiap ahli peserta perkhemahan secara
individu. Dalam program ini, saya memegang jawatankuasa ketua aktiviti kraf perkhemahan.
Berikut merupakan apa yang saya lakukan dalam program perkhemahan ini.
Pada 1 September sehingga 4 September 2021 yang lalu, IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail telah mengadakan perkhemahan unit beruniform bagi kesemua pelajar PISMP semester
3 ambilan Jun 2020. Aktiviti perkhemahan ini telah dibuat secara dalam talian kerana penularan
wabak pandemik Covid-19 yang semakin meruncing di negara kita. Jawatankuasa kawad kaki
BSMM ditubuhkan bagi memudahkan urusan-urusan sebelum,semasa dan selepas aktiviti
kawad dijalankan. Jawatankuasa kawad juga perlu membantu pensyarah atau jurulatih yang
bertugas untuk memastikan aktiviti kawad kaki berjalan dengan lancar.
Sebelum aktiviti perkhemahan unit beruniform, pelantikan jawatankuasa kawad telah
diadakan mengikut unit masing-masing. Mesyuarat penyelarasan JK perkhemahan UB telah
diadakan bersama semua jurulatih dan ahli jawatankuasa. Jawatankuasa kawad kaki BSMM
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
32
mempunyai seramai lima orang ahli yang diketuai oleh Ahmad Norsyafiq Bin Mohd Nazri dari
PAI 2. Selepas itu, pada 24 Ogos ketua-ketua bagi JK kawad setiap unit beruniform melakukan
perbincangan mengenai perancangan aktiviti dan tentatif pelaksanaan aktiviti bagi slot kawad
kaki.
Pengerusi dan pembaca doa bagi slot ini turut dilantik bagi tujuan memulakan dan
mengaturkan slot. Ahli jawatankuasa kawad turut berkolaborasi dengan AJK Teknikal dan AJK
Publisiti bagi tujuan pelaksanaan slot secara atas talian dan hebahan melalui poster.
Jawatankuasa Kawad melakukan perbincangan mengenai masa yang diperlukan bagi
pelaksanaan slot aktiviti kawad kaki. Terdapat dua slot yang perlu dilaksanakan iaitu secara
segerak dan tidak segerak. Masa bagi setiap slot telah ditetapkan kepada dua jam dan kedua-
dua slot diputuskan untuk dilaksanakan pada sesi pagi. Bagi slot segerak, ahli-ahli kadet
dimaklumkan untuk bersedia dengan rakaman video kawad kaki masing-masing yang telah
dilakukan sebelum slot ini bermula.
Pada 1 September yang lalu, taklimat perkhemahan Unit Beruniform telah diberikan oleh
Encik Rosmadi bagi penyelarasan pelaksanaan setiap aktiviti perkhemahan. Melalui taklimat
tersebut, pelajar dimaklumkan untuk menyertai setiap slot aktiviti mengikut platform yang
disediakan oleh unit beruniform masing-masing. Pada hari kedua perkhemahan, slot amali
kawad kaki dijalankan secara segerak dan tidak segerak mengikut Unit Beruniform masing-
masing. Unit Beruniform BSMM melakukan pertemuan menerusi pelantar Google Meet dengan
kehadiran penuh ahli BSMM dan kehadiran pensyarah iaitu Encik Yunus Bin Yusof bagi sesi
segerak. Jurulatih membuat penilaian berkenaan amali kawad kaki secara individu yang
dilakukan oleh beberapa orang kadet secara langsung. Untuk sesi tidak segerak, pensyarah
memberi peluang kepada pelajar untuk merakam kembali video kawad kaki bagi memperbaiki
kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan dalam rakaman sebelumnya.
Pada 4 September iaitu hari terakhir perkhemahan unit beruniform bagi pelajar PISMP
Semester 3 Jun 2020, sesi refleksi bersama telah dijalankan mengikut unit beruniform masing-
masing. Para ahli BSMM berkesempatan untuk menyuarakan kelebihan dan kekurangan serta
pengalaman yang diterima sepanjang perkhemahan berlangsung berdasarkan teknik SWOT.
Masalah-masalah yang sering berlaku ialah masalah ketidakfahaman dan rangkaian internet. Ini
dianggap sebagai kekurangan yang dihadapi. Secara keseluruhannya, program berjalan
dengan lancar.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
33
Secara kesimpulan, urusan-urusan berkaitan aktiviti kawad yang telah dijalankan
sebelum, semasa dan selepas perkhemahan berjalan dengan lancar dan dapat diuruskan
dengan baik oleh jawatankuasa kawad BSMM. Setiap kelemahan yang dikenal pasti diharapkan
dapat ditangkis pada perkhemahan yang akan datang.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
34
LAPORAN JAWATANKUASA AKTIVITI KRAF KEM PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: NURUL ASYIKIN BINTI ZAMRI
Berkhemah merupakan cara kehidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Pada zaman dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk
hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap
pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan
persekitaran anda.
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung
dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan,
perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. Penyediaan kelengkapan
dan peralatan perkhemahan bergantung kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan
bilangan peserta.
Bagi program perkhemahan unit beruniform secara atas talian, penyediaan kelengkapan
dan peralatan perkhemahan harus disediakan oleh setiap ahli peserta perkhemahan secara
individu. Dalam program ini, saya memegang jawatankuasa ketua aktiviti kraf perkhemahan.
Berikut merupakan apa yang saya lakukan dalam program perkhemahan ini.
SEBELUM PERKHEMAHAN
Membuat perlantikan ahli jawatankuasa perkhemahan dalam kalangan ahli peserta unit
beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Ahli jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih
dahulu bagi melaksanakan perkhemahan. Setiap ahli Bulan Sabit Merah dibahagikan kepada
12 jawatankuasa bersama 3 orang memegang jawatankuasa induk. Saya memegang jawatan
sebagai ketua jawatankuasa aktiviti kraf perkhemahan bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM). Ahli BSMM membahagikan semua ahli sebagai ahli kepada jawatankuasa.
Bagi ahli jawatankuasa aktiviti kraf perkhemahan, mempunyai 5 orang ahli termasuk diri saya.
Setelah mempunyai jawatankuasa masing-masing, ketua jawatankuasa diminta untuk
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
35
menghadiri taklimat untuk mengetahui bidang tugas masing-masing. Seterusnya, saya masuk
ke dalam group Whatsapp bagi jawatankuasa aktiviti kraf perkhemahan semua unit beruniform
dan juga group Whatsapp untuk semua ketua jawatankuasa bagi perkhemahan akan datang.
SEMASA PERKHEMAHAN
Sebagai ketua jawatankuasa aktiviti kraf perkhemahan semasa perkhemahan, saya
mendapat arahan dari pensyarah yang terlibat bagi penilaian tugasan ujian kraf perkhemahan
iaitu Encik Azhar bin Mansor dan Puan Shamsiah untuk membuat kumpulan bagi setiap unit.
Kumpulan yang dimahukan ialah kumpulan dengan 10 orang ahlinya. Bagi unit beruniform
BSMM, ahli peserta telah dibahagikan kepada 7 kumpulan. Saya menjadi orang tengah kepada
pensyarah dan juga peserta BSMM untuk menyampaikan arahan yang diberikan. Tugasan
aktiviti kraf perkhemahan menyediakan arahan kepada para peserta untuk membuat gajet
setiap ahli, memasang khemah, dan membuat layout perkhemahan. Seterusnya, saya harus
memastikan bahawa ahli BSMM faham akan kehendak tugasan yang telah diberikan. Saya juga
harus memastikan peserta menghantar tugasan dengan format yang betul kepada pensyarah.
SELEPAS PERKHEMAHAN
Selepas selesai program perkhemahan unit beruniform, saya mengumpul gambar
proses pembinaan dan hasil kraf perkhemahan iaitu gajet dan khemah dari ahli unit beruniform
BSMM. Seterusnya, saya memastikan semua peserta BSMM telah menghantar tugasan pada
masa yang telah ditetapkan. Kemudian, saya menghasilkan satu laporan bergambar serta
berkenaan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan. Selain itu, saya juga
menyiapkan laporan refleksi seleseai program perkhemahan unit beruniform ini.
Kesimpulannya, dari program perkhemahan atas talian ini saya memperoleh banyak
pengetahuan mengenai aktviti yang dilakukan sepanjang berkhemah. Perkhemahan atas talian
mempunyai banyak halangan dan cabaran. Ia mengajar saya erti kesabaran dan memerlukan
ketabahan yang tinggi semasa melakukan tugasan yang diberikan. Dengan kerjasama ahli
BSMM dan juga peserta perkhemahan yang baik, perkhemahan ini dapat dijalankan dengan
lancar.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
36
LAPORAN JAWATANKUASA KEROHANIAN DAN MORAL PERKHEMAHAN UNIT BSMM
OLEH: AHMAD NAIMUDDIN BIN AWWALUDDIN
Pada 1 hingga 4 September 2021, satu perkhemahan unit beruniform telah diadakan
secara atas talian. Seramai 348 pelajar PISMP semester 3 ambilan Jun 2020 dan 2 orang
pelajar PISMP semester 5 ambilan Jun 2019 telah menyertai perkhemahan unit beruniform ini
di bawah subjek MPU3062 iaitu Kokurikulum-Unit Beruniform.
Sebelum perkhemahan berlangsung, pelajar-pelajar telah membentuk carta organisasi
yang bertujuan untuk mengendalikan pengurusan perkhemahan yang berlangsung selama 4
hari 3 malam tersebut. Antara jawatan yang dilantik adalah pengerusi perkhemahan, naib
pengerusi perkhemahan, setiausaha perkhemahan serta ahli jawatankuasa-ahli jawatankuasa
untuk bidang tugas tertentu. Antara jawatankuasa yang dibentuk ialah jawatankuasa teknikal,
jawatankuasa publisiti, jawatankuasa Malaysia Cergas, jawatankuasa keselamatan dan
kebajikan, jawatankuasa aktiviti kraf kem, jawatankuasa ikatan dan simpulan, jawatankuasa
masakan, jawatankuasa pertolongan cemas, jawatankuasa kerohanian dan moral,
jawatankuasa kembara, jawatankuasa istiadat pagi unit beruniform dan jawatankuasa majlis
penutup. Saya telah dilantik sebagai ketua jawatankuasa kerohanian dan moral bagi unit
beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia.
Selepas jawatankuasa berkenaan dilantik, satu perjumpaan besar dijalankan pada tarikh
15 Ogos 2021 melalui Google Meet yang melibatkan para pensyarah unit beruniform dan ahli
jawatankuasa induk. Perjumpaan ini diadakan untuk memberi taklimat mengenai perkhemahan
serta bidang tugas bagi setiap jawatankuasa. Taklimat ini diberikan oleh Pn Hajah Samsiah binti
Hassan. Selepas taklimat jawatankuasa tersebut dijalankan, para ahli jawatankuasa mula
menjalankan tugas masing-masing. Saya sebagai ketua jawatankuasa kerohanian dan moral
pula, telah menyediakan jadual bertugas penyampai tazkirah dan pengerusi slot tazkirah untuk
solat maghrib dan subuh.
Untuk gerak kerja semasa perkhemahan, saya akan menyediakan template nama
pengerusi, pentazkirah, tajuk tazkirah, tarikh dan hari untuk diisi oleh setiap pengerusi dan
pentazkirah. Seterusnya, saya akan menghantar template berkenaan beserta link Google Meet
ke dalam group whatsapp 10 minit sebelum bermulanya slot tazkirah Subuh dan Maghrib pada
setiap hari. Sewaktu berlangsungnya slot tazkirah Maghrib dan Subuh, saya akan memastikan
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
37
semua peserta hadir ke dalam majlis ilmu tersebut. Saya juga telah merekodkan gambar dan
video sepanjang slot tersebut berlangsung untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya juga telah
membuat laporan pada setiap hari mengenai slot tazkirah untuk dihantar kepada setiausaha
pasukan unit beruniform BSMM.
Selepas perkhemahan, tidak banyak bidang tugas jawatankuasa kerohanian dan moral
yang perlu dilaksanakan. Antara gerak kerja selepas perkhemahan adalah menyediakan
laporan untuk diberikan kepada setiausaha. Menerusi rekod bertulis dan bergambar banyak
memudahkan saya untuk menulis laporan bagi aktiviti dalam slot tazkirah Maghrib dan Subuh.
Kesimpulan yang diperoleh daripada aktiviti perkhemahan unit beruniform ini ialah
pelbagai pengalaman baru telah dapat ditimba dan begitu banyak ilmu baru telah dipelajari.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa semua peserta perkhemahan mempamerkan nilai-nilai
yang cemerlang sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH