The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by andyraman59, 2022-10-28 23:39:57

EKONOMI B2

EKONOMI B2

HUKUM PERMINTAAN

• : keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli barang

atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tetentu dan jangka masa tertentu.

• : permintaan yang disokong oleh kuasa beli (kemampuan)

• Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin
kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya.

• : kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta
oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

• Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara
harga dengan kuantiti diminta adalah bersifat songsang (negative). Apabila harga
meningkat, kuantiti diminta menurun.

• : kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta
oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa
tertentu.

• Keluk permintaan individu lebih curam manakala keluk permintaan pasaran lebih landai
kerana keluk permintaan pasaran menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta semua
individu. (Jumlahkan semua kuantiti diminta individu untuk membentuk keluk permintaan
pasaran)

: ikut hukum permintaan. Menyebabkan pergerakan sepanjang

keluk yang sama.

: Apabila harga barang pengganti menurun, kuantiti diminta
menurun. (pengguna membeli barang pengganti) Apabila harga barang penggenap
menurun, kuantiti diminta meningkat.

: meningkat permintaan. Iklan dan kesedaran kesihatan mempengaruhi
cita rasa masyarakat.

: Apabila pendapatan meningkat, permintaan meningkat.

: Musim perayaan/ Cuaca panas, permintaan segelintir barang meningkat.

: Apabila harga dijangka meningkat, permintaan

kini akan meningkat.

: cukai akan menurun kuantiti diminta. Bantuan kerajaan akan
meningkat kuantiti diminta.

• prubahan atau pergerakan di sepanjang keluk yang sama.
• dipengaruhi oleh harga barang itu.
• ditunjukkan oleh pergerakan ke bawah (penguncupan penawaran) kuantiti berkurang,

harga menurun dan pergerakan ke atas (pengembangan penawaran) kuantiti meningkat,

harga meningkat.

• dipengaruhi oleh factor bukan harga barang itu.
• ditunjukkan melaui peralihan keluk ke kiri (pengurangan penawaram) atau ke kanan

(pertambahan penawaran) yang selari dengan keluk penawaran asal

KESEIMBANGAN PASARAN

• Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan
• keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran

• : pembeli berdepan dengan penjual apabila menjalankan urus

niaga : segala urus niaga dijalankan secara atas talian



• : lebihan penawaran

kerana pada harga tinggi, permintaan berkurang dan penawaran bertambah. Hal ini
mungkin menyebabkan pembaziran berlaku. Harga akan turun dan pengguna akan
bertambah permintaan. Pengeluar akan mengurangkan penawaran sehingga
keseimbangan pasaran tercapai.

• : lebihan permintaan

kerana pada harga rendah, permintaan meningkat dan penawaran berkurang, hal ini
menyebabkan kekurangan produk dalam pasaran. Harga akan meningkat dan pengguna
akan mengurangkan permintaan. Pengeluar akan menambahkan penawaran sehingga
keseimbangan pasaran tercapai.

• : keluk permintaan beralih ke kanan, harga dan

kuantiti keseimbangan meningkat.

• : keluk permintaan beralih ke kiri, harga dan kuantiti

keseimbangan menurun. : keluk penawaran beralih ke kanan, harga



keseimbangan menurun, kuantiti keseimbangan meningkat.

• : keluk penawaran beralih ke kiri, harga keseimbangan

meningkat, kuantiti keseimbangan menurun.

KEANJALAN HARGA PERMINTAAN ]

• peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada peritus

perubahan harga barang itu.
• Keanjalan harga permintaan (Ed) = peratus perubahan kuantiti

diminta(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)
• %ᴧQ = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100
• %ᴧP = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100
• Ed= Elasticity of demand, Q= quantity, P= Price
• Jawapan pengiraan keanjalan harga permintaan mempunyai tanda

negative. Tanda negative tersebut menunjukkan hubungan negative antara

harga dengan kuantiti diminta (hukum permintaan). Tanda negative

tersebut akan dikecualikan semasa menulis jawapan.
• Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga menaik sebanyak 1%, kuantiti

diminta akan menurun sebanyak 2%. Jika harga menurun sebanyak 10%,

maka kuantiti diminta akan meningkat sebanyak 20%.

Anjal Tidak Anjal

Ed > 1 Ed < 1
%ᴧQ > %ᴧP %ᴧQ < %ᴧP
Contoh: barang mewah Contoh: barang keperluan
Keluk permintaan berbentuk landai Keluk permintaan berbentuk curam

• Contohnya, barang mewah adalah anjal kerana apabila harga jatuh sedikit,

pengguna akan membelli dengan banyak, kuantiti diminta akan meningkat

dengan banyak.
• Contohnya, barang keperluan tidak anjal kerana walaupun harga menaik

secara banyak, namun pengguna tetap beli untuk keperluan hidup.

penentu keanjalan harga permintaan ]

1. Jenis Barangan : barang mewah anjal, barang keperluan asas tak anjal.
2. Faktor jangka masa : jangka masa pendek tak anjal kerana sukar mencari

barang pengganti.
3. Bilangan barang pengganti : banyak maka anjal, kurang maka tak anjal.
4. Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan : semakin besar nisbah semakin

anjal.
5. Bilangan kegunaan : banyak kegunaan maka anjal, penggunaan terhad maka

tak anjal
6. Ketagihan : tahap ketagihan tinggi tak anjal. Walaupun harga naik,

pengguna tetap beli.
7. Ketahanan barang : tahan lama maka anjal kerana boleh simpan. Tidak

tahan lama tak anjal.

perhubungan antara keanjalan harga
permintaan dengan jumlah hasil ]

• jumlah hasil= Kuantiti × Harga
• Anjal : penurunan harga boleh meningkatkan jumlah hasil kerana penurunan

harga sedikit boleh meningkatkan kuantiti diminta dengan banyak.
• Tak anjal : peningkatan harga boleh meningkatkan jumlah hasil kerana

peningkatan harga kurang mempengaruhi kuantiti diminta.

KEANJALAN HARGA PENAWARAN ]

• peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan kesan daripada peritus
perubahan harga barang itu.

• Keanjalan harga penawaran (Es) = peratus perubahan kuantiti
ditawarkan(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)

• %ᴧQ = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100
• %ᴧP = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100
• Es= Elasticity of supply, Q= quantity, P= Price
• Jawapan pengiraan keanjalan harga penawaran mempunyai tanda positif.

Tanda positif tersebut menunjukkan hubungan positif antara harga dengan
kuantiti ditawarkan (hukum penawaran).
• Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga menaik sebanyak 1%, kuantiti
ditawarkan akan meningkat sebanyak 2%. Jika harga menurun sebanyak
10%, maka kuantiti ditawarkan akan menurun sebanyak 20%.

Anjal Tidak Anjal

Es > 1 Es < 1
%ᴧQ > %ᴧP %ᴧQ < %ᴧP
Contoh: barang perkilangan Contoh: barang pertanian
Keluk permintaan berbentuk landai Keluk permintaan berbentuk curam

• Contohnya, barang perkilangan adalah anjal kerana jika harga meningkat,
kilang mampu memproseskan barangan untuk ditawarkan.

• Contohnya, barang pertanian tidak anjal kerana walaupun harga
meningkat, hasil pertanian tidak dapat ditambah kerana memerlukan masa
untuk bercambah.

Penentu Keanjalan Harga Penawaran

1. Tambahan kos : tambahan kos pengeluaran sangat besar maka tak anjal.
2. Faktor masa : jangka masa pendek tak anjal kerana memerlukan factor

pengeluaran tertentu.
3. Bilangan firma dalam pasaran : banyak maka anjal, kurang maka tak anjal

kerana kurang keluaran
4. Corak penggunaan factor pengeluaran : tak anjal jika sukar diperoleh. Anjal

jika mudah diperoleh
5. Mobiliti Faktor Pengluaran : boleh dipindah dengan mudah maka anjal
6. Ketersediaan Stok atau Inventori : anjal jika stok barang banyak

membolehkan fima bertindak cepat

KEPENTINGAN KEANJALAN HARGA ]

Firma

meningkatkan hasil (rujuk bahagian Perhubungan antara Keanjalan Harga
Permintaan dengan Jumlah Hasil)

Kerajaan

• Percukaian : cukai yang dikenakan pada permintaan anjal, beban cukai
pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar. Cukai yang dikenakan
pada permintaan tak anjal pula, beban cukai pengguna adalah lebih besar
daripada pengeluar.

• Hal ini demikian kerana apabila cukai dikenakan, bilangan penawaran akan
berkurang, titik keseimbangan akan beralih ke kiri menyebabkan harga
berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sebikit sahaja manakala
harga berubah banyak bagi permintaan tak anjal.

• Subsidi : subsidi yang diberi untuk permintaan anjal, subsidi yang
dinikmati oleh pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar. Subsidi
yang diberi untuk permintaan tak anjal, subsidi yang dinikmati oleh
pengguna lebih banyak daripada pengeluar.

• Hal ini demikian kerana apabila subsidi diberikan, bilangan penawaran
bertambah, titik keseimbangan akan beralih ke kanan menyebabkan harga
berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sedikit sahaja, manakala
harga berubah banyak bagi permintaan tidak anjal.

• Oleh itu, konsep keanjalan harga pentinguntuk menentukan polisi
percukaian dan subsidi (cukai pada barangan anjal dan subsidi pada
barang tak anjal sebagai keutamaan kerana menguntungkan pengguna)


Click to View FlipBook Version