The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F4- AIN SHAHIRA BINTI ROSLAN (PENULISAN AKADEMIK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ain09-322, 2022-05-12 10:37:50

F4- AIN SHAHIRA BINTI ROSLAN (PENULISAN AKADEMIK)

F4- AIN SHAHIRA BINTI ROSLAN (PENULISAN AKADEMIK)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP 3073)

NAMA PELAJAR : AIN SHAHIRA BINTI ROSLAN
: 2020192340063
ANGKA GILIRAN : 000902-03-0728
: PISMP F4
NO KAD PENGENALAN : EDUP 3073
: MISS TAN YAN IM
KUMPULAN : PENULISAN AKADEMIK
: 12/5/2022
KOD KURSUS :
NAMA PENSYARAH

TAJUK TUGASAN

TARIKH HANTAR

TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS
DARIPADA PENSYARAH

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK
1.0 PENGENALAN
2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA

2.1 ASPEK FIZIKAL
2.2 ASPEK EMOSI
2.3 ASPEK SOSIAL
2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
3.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) akses diperkenalkan
sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara (Goay Teck Chong, Wong Yew Hong
dan Suraini Basir, 2013). Berdasarkan pernyataan tersebut, akses yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menekankan aspek kesamarataan
pendidikan dalam kalangan murid untuk membolehkan mereka mencapai potensi individu
masing-masing.

Bagi merealisasikan pelan tersebut, sekolah merupakan focus utama sebagai medium
bagi mencapai perkara itu. Dalam hal ini, guru seharusnya mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya. Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pengurusan bilik darjah
yang mesra budaya adalah relevan untuk diaplikasikan oleh guru dalam konteks pendidikan
di Malaysia. Hal ini demikian kerana, pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dapat
mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan murid yang berperanan sebagai komuniti
bilik darjah. Perkara tersebut secara tidak langsung dapat mewujudkan integrasi nasional
dalam kalangan murid tersebut.

2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

2.1 ASPEK FIZIKAL

Terdapat beberapa aspek yang boleh diambil kira dalam merancang langkah-langkah
pengurusan bilik darjah mesra budaya antaranya ialah aspek fizikal. Menurut Che
Nidzam Che Ahmad et al (2010), aspek fizikal dalam ruang pembelajaran perlu
dirancang dengan baik kerana ia mencerminkan idea, nilai, tingkah laku dan budaya
yang diharapkan dalam ruang tersebut. Justeru, guru perlulah bijak dan teliti dalam
merancang persekitaran fizikal bilik darjah kerana persekitaran fizikal bilik darjah yang
bersesuaian dapat mendorong suasana pembelajaran, penjanaan idea, nilai, sikap
dan tingkah laku murid yang mesra budaya. Antara langkah yang boleh diambil dalam
merancang persekitaran bilik darjah yang sesuai ialah mengadakan gotong-royong
untuk menghias bilik darjah pada awal persekolahan. Tujuan utama gotong-royong ini
adalah membolehkan guru menilai kerjasama antara murid-murid di dalam kelas
sekaligus dapat mengenalpasti perwatakan murid-murid tersebut.

Oleh itu, guru boleh meneruskan langkah seterusnya iaitu susunan meja dan
tempat duduk di dalam bilik darjah. Guru menyusun murid secara rawak dan
meletakkan murid yang telah dikenalpasti dalam kelompok yang telah ditetapkan. Di
samping itu, guru seharusnya menyusun murid dalam satu kumpulan yang mana
setiap kumpulan mempunyai taburan kaum yang sama denga kumpulan yang lain

(Najeemah Md. Yusof, 2006). Menerusi susunan tersebut, murid-murid akan
bekerjasama antara satu dengan lain ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara tersebut secara tidak langsung
mewujudkan persefahaman antara murid yang berlainan kaum tersebut menerusi
aktiviti perbincangan secara dalam kumpulan yang dilakukan. Murid juga akan belajar
untuk menerima dan menghayati perbezaan dalam kalangan mereka untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Susunan kerusi dan meja
murid sedemikian juga bertepatan dengan pembelajaran abad ke-21 yang mana
menekankan aktiviti pembelajaran secara koperatif.

2.2 ASPEK EMOSI

Albert (1971) berpendapat bahawa kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap
tingkah laku, sikap dan reaksi yang berada di sekelilingnya sewaktu berinteraksi.
Pemerhatian tersebut memupuk pemahaman dan lazimnya kanak-kanak akan meniru
tingkah laku, sikap dan reaksi terhadap orang lain. Maka, sebagai individu yang
sentiasa terlibat secara langsung dengan murid, guru perlu sedar bahawa tingkah laku,
sikap dan reaksi guru diperhatikan, diproses dan akan ditiru oleh murid. Sehubungan
itu, untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru boleh
mengambil langkah untuk mempamerkan sikap atau emosi yang boleh mendorong
murid ke arah tujuan tersebut. Misalnya, guru bersikap adil dalam memberigalakan,
hukuman dan peluang kepada murid tanpa diskriminasi iaitu tanpa mengira agama,
budaya dan bangsa. Sikap adil guru yang dipamerkan akan diperhatikan, difahami dan
seterusnya ditiru oleh murid-murid ketika berinteraksi dengan rakan sekelas yakni
mereka bersikap adil kepada rakan sekelas sama ada ketika memberi pujian,
menjatuhkan hukuman atau memberi peluang tanpa mengira budaya, agama dan
bangsa. Maka persekitaran sosioemosi yang mesra budaya dapat diwujudkan.

2.3 ASPEK SOSIAL

Bagi aspek sosial pula guru boleh mengambil langkah untuk membantu murid yang
pelbagai budaya, bangsa dan agama untuk saling berkenalan dan menjalinkan
hubungan yang seterusnya akan mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.
Menurut Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf (2012),
perkembangan sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak dan situasi
ini akan mempengaruhi kehidupan manusia itu seterusnya. Perkembangan sosial
merupakan proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara
yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Semasa seseorang kanak-kanak
mengalami perkembangan sosial, mereka cuba menguasai kemahiran berinteraksi

dengan orang lain, pembentukan kendiri untuk mula menghargai dan mengawal diri
sendiri. Perkembangan sosial yang sihat mendorong ke arah pembinaan hubungan
yang positif dengan keluarga, kawan, guru dan masyarakat. Semasa mengalami
proses kematangan, seseorang kanak-kanak belajar mengurus perasaan serta
kehendaknya dan mampu menyesuaikan kehendaknya dengan perasaan dan
kehendak orang sekeliling.

Sehubungan dengan itu, guru perlu memberi pendedahan dalam pengurusan
sosial yang sesuai bagi membantu murid mengalami perkembangan sosial yang sihat.
Misalnya, guru meminta murid meraikan hari lahir rakan sekelas agar dapat
menggembirakan murid yang diraikan di samping merapatkan tali persahabatan murid
daripada pelbagai etnik. Melalui cara ini murid akan didedahkan dan dilatih
menghargai rakan-rakan, menghormati latar belakang rakan-rakan dengan membawa
makanan yang boleh dimakan oleh semua rakan sekelas di samping memahami
perbezaan amalan dan kepercayaan agama. Selain itu, guru juga boleh mengadakan
aktiviti pembelajaran yang mendedahkan murid untuk bekerjasama seperti
pembelajaran koperatif. Pengalaman bekerja dalam satu pasukan akan memberikan
pengalaman kepada murid untuk memahami orang lain dan cuba bertingkah laku agar
disenangi dan diterima oleh kumpulannya (Len, 2013). Pengalaman ini amat penting
kepada setiap murid berbeza etnik memupuk sikap tolak ansur, saling menghormati
dan saling memahami supaya hubungan antara mereka berjalan lancar dan
seterusnya berjaya membina masyarakat yang harmoni.

2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK

Umum mengetahui bahawa negara kita memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa dan
juga budaya. Perkara ini memberi cabaran kepada negara dalam membina
masyarakat yang mesra budaya. Oleh itu, antara langkah yang boleh diambil oleh guru
untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya adalah dengan menekankan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Asmah Omar (1983)
menegaskan bahawa bahasa Melayu sesungguhnya merupakan salah satu unsur
terpenting dari segi penyatuan bangsa dan budaya masyarakat berbilang keturunan.
Hal ini kerana bahasa Melayu memainkan peranan penting bagi membentuk sikap
baharu yang bertonggakkan persefahaman dan persaudaraan senegera sehingga
terbentuknya bangsa Malaysia model (Jeniri Amir, 2013). Oleh itu, penggunaan
bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara sama ada digunakan dalam konteks
formal dan tidak formal tentu berupaya menghakiskan etnisisme yang merantai hampir
semua ranah dan ciri kehidupan seharian masyarakat majmuk Malaysia.

Baginda Rasulullah SAW sendiri menekankan komunikasi yang boleh difahami
dengan jelas oleh orang yang mendengar. Daripada Anas RA bahawasanya
Rasulullah SAW apabila bercakap sesuatu percakapan yang baik Baginda akan
mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga percakapan itu dapat difahami. Apabila
Baginda pergi menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka
sebanyak tiga kali (HR Bukhari, 1987).

Justeru, bagi memastikan berlakunya komunikasi berkesan dalam membentuk
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar amat diutamakan agar persefahaman dan persaudaraan dapat
diwujudkan merentas etnik. Ulangan percakapan sebanyak tiga kali juga diaplikasikan
bagi membantu mereka yang kurang faham atau lambat faham tentang sesuatu
perkara.

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh guru dalam usaha
untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya pada abad ke-21. Bilik darjah yang mesra
budaya adalah penting untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang memberi fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi
sistem pendidikan negara. Bilik darjah mesra budaya dilihat sebagai medium yang efektif
dalam menjayakan hasrat murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
tersebut. Hal ini demikian kerana, bilik darjah mesra budaya mengalakkan murid untuk
mewujudkan konsep penerimaan dan persefahaman dalam kalangan murid yang teridiri
daripada latar belakang yang berbeza. Perkara tersebut secara tidak langsung dapat
menanamkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid pelbagai etnik. Oleh yang
demikian, bilik darjah mesra budaya seharusnya dipraktikan oleh guru dalam usaha untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (1983). Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi: Bahasa dalam
Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bandura, A. (1971). Behavior therapy from a social learning perspective. Proceedings of the
XIXth International Congress of Psychology. London, England.

Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. (2010). Hubungan ramalan
persekitaran pembelajaran makmal Sains dengan tahap kepuasan pelajar. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 35(2), 19-30.

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong dan Suraini Basir, 2013. Teks Pra-U STPM Pengajian
Am Penggal 2. Selangor: Longman.

Jeniri Amir. (2013). Menulis Biografi: Melakar Kehidupan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
dan Buku Malaysia.

Marzita Puteh, Mazlini Adnan, Mohd Hairy Ibrahim, Noraini Mohamed Noh & Che Nidzam Che
Ahmad. (2014). An analysis of comfortable teaching and learning environment:
Community response to climate change in school. Procedia – Social and Behavioral
Sciences, 116(2014), 285 – 290.

Najeemah Md. Yusof, 2006. Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Ting Len Siong, (2013), Budaya dan Pembelajaran, Kuala Lumpur : Free Mind Horizons.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor Persekitaran Sosial
Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition,
155-172.


Click to View FlipBook Version