Kepada : Semua Guru SK Lembah Jaya Daripada : Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SK Lembah Jaya, 22100 Setiu, Terengganu. Salinan Kepada : Guru Besar {mohon tuan mempengerusikan mesyuarat} Rujukan : SKLJ 700 – 1/1/1 Tarikh : 10 Disember 2023 MESYUARAT JAWATANKUASA HEM BIL 4 SESI 2023/2024, SK LEMBAH JAYA Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut: Tarikh : 12.12.2023 (Selasa) Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Lembah Jaya 3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. 4. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 4.1 Perutusan Pengerusi 4.2 Pengesahan Minit Mesyuarat HEM Yang Lalu 4.3 Perkara Berbangkit 4.4 Perkara-perkara Yang Dibincangkan 4.4.1 Program Vape & Rokok 4.4.2 Program Sambutan Hari Lahir 2.0 Pejabat Am : 09-6092500 Guru Besar : 09-6092502 Fax : 09-6092501 Email : [email protected] SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH JAYA Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9 22100 Setiu, Terengganu Darul Iman. MEMO DALAMAN
4.4.3 Borang Bantuan BAP 4.4.4 Fail Peribadi Murid 4.4.5 Pengurusan Kantin Sekolah 4.4.6 Pendaftaran dan Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 4.4.7 PIBKS 4.4.8 Program Gotong-Royong MADANI 4.5 Hal-hal Lain 4.6 Penangguhan Mesyuarat 5. Kehadiran tuan adalah diwajibkan. Kerjasama pihak tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “Guru Penyayang Murid Berkualiti” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ................................................................. ( PN. NUR NEZANNA BINTI MOHAMED ) Setiausaha HEM, Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya Sk : Fail
Tarikh : 12.12.2023 Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lembah Jaya Kehadiran: En. Muhammad Sufli bin Embong - Guru Besar Pn. Tn.Ismariah bt Tn.Jusoh - Guru Penolong Kanan HEM En. Kamaruddin bin Jusoh En. Che Daud bin Che Mat En. Baharuddin bin Abd Ghani En. M.Zaidi bin Mustafa En. Mohd Faizal bin Zammeri Pn. Nor Biah bt Mohd Rawi Pn. Nor Ainun bt Che Embong Pn. Asrul Azura bt Abdullah Pn. Suriana bt Md Rashid Pn. Syarifah Rokiah Samani bt Mahasan Pn. Suriyati bt Mustafa Pn. Nurul Izzah bt Muhamad Pn. Nur Nezanna bt Mohamed Pn. Rufazlizan bt Jaafar Pn. Nik Susilawati bt Nik Mud Pn. Norizan bt Ibrahim Pn. Asiah bt Zakaria Pn. Sarina bt Mat Tidak hadir : Pn. Hasnah binti Daud En. Noor Khairi bin Rahmat En. Khairul Naem bin Mustopa En. Mokharizam bin Mohamad En. Mohd Yusri bin Mat Min Pejabat Am : 09-6092500 Guru Besar : 09-6092502 Fax : 09-6092501 Email : [email protected] SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH JAYA Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9 22100 Setiu, Terengganu Darul Iman. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HEM SK LEMBAH JAYA KALI KE 4 SESI 2023/2024
1.0 Ucapan Pengerusi • Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. • Ucapan terima kasih kepada semua kerana hadir dalam mesyuarat guru kali ke-4 pada tahun ini. • Mengucapkan rasa syukur kerana diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun 2023 ini. • Semoga apa yang kita rancang pada tahun ini dapat meningkatkan lagi sahsiah diri dalam kalangan murid-murid SKLJ. Tindakan: Makluman 2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu Cadangan - Pn. Nor Biah binti Mohd Rawi Sokongan - Pn. Nurul Izzah binti Mohamad Tindakan: Makluman 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Duit MAIDAM • Pengerusi telah pun memaklumkan sebelum ini bahawa sebanyak RM1500 akan digunakan untuk keperluan Program Kem Bestari Solat bagi semua murid Tahun 1 sehingga murid Tahun 6. • Manakala RM500 lagi akan digunakan untuk Program Khatam Al-Quran yang telah pun dijadualkan akan diadakan pada 30 Januari 2024 anjuran Panitia Agama Islam dan Panitia Bahasa Arab. • Program Khatam Al-Quran nanti akan melibatkan semua murid tahun 6 sesi akademik 2023/2024. Tindakan: Makluman 4.0 Fokus Mesyuarat 4.1 Program Vape & Rokok • Pengerusi memaklumkan berkenaan atur cara majlis sepanjang Program Vape & Rokok yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. • Program ini akan diadakan di Dewan Gemilang pada hari yang sama dan pihak sekolah telah pun menjemput pihak luar bagi memberikan ceramah berkenaan vape dan rokok kepada murid-murid.
• Pengerusi juga menerangkan tentang Ahli Jawatankuasa bagi program tersebut dan jobskop kerja bagi setiap AJK yang telah ditubuhkan. • Pengerusi menyeru supaya semua guru dapat berada di dewan apabila program bermula dan berharap semoga perjalanan program tersebut lancar seperti yang telah dirancang. Tindakan : Makluman Semua Guru 4.2 Program Sambutan Hari Lahir 2.0 • Program ini akan dilaksanakan sekali lagi bagi meraikan semua warga SKLJ dan murid-murid yang lahir pada bulan Julai hingga Disember • Pengerusi memaklumkan senarai AJK yang terlibat bagi program ini dan turut memaklumkan bahawa pengacara majlis bagi program ini ialah Ustazah Suriyati Mustafa. • Manakala banner pula dalam proses tempahan dan AJK persiapan tempat juga sudah boleh memulakan tugas mereka. • Murid-murid yang membawa kek pada hari berkenaan perlu meletakkan kek mereka di dalam Bilik KH bagi memudahkan urusan guru untuk menyusun kek-kek tersebut. Tindakan: Makluman 4.3 Borang Bantuan BAP • Pengerusi menyatakan bahawa semua murid telah pun diedarkan borang PB1 dan borang PB2. • Guru kelas terutamanya perlu mengingatkan semua murid kelas masingmasing supaya menghantar borang yang telah lengkap diisi bagi memudahkan pihak sekolah untuk urusan bantuan BAP. • Seterusnya borang-borang yang telah lengkap diiisi bolehlah dihantar ke pejabat sebelum hari Khamis ini bagi urusan pengagihan wang bantuan BAP dalam masa yang terdekat ini. . Tindakan: Makluman 4.4 Fail Peribadi Murid • Pengerusi sekali lagi mengingatkan kepada semua guru kelas supaya mengemaskini nama guru yang terkini pada fail peribadi murid. • Manakala laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang telah siap dicetak perlulah disimpan di dalam fail peribadi murid tersebut. • Pengerusi turut memaklumkan bahawa murid kelas 2 Umar iaitu Muhammad Daniel Hakim akan berpindah sekolah bermula sesi persekolahan baru nanti. Tindakan: Makluman
4.5 Pengurusan Kantin Sekolah • Untuk makluman semua guru, pihak sekolah akan menerima pihak tender kantin yang baharu bermula bulan Januari tahun hadapan. • Pengerusi memperkenalkan serba sedikit berkenaan Puan Zarliza, pengusaha kantin yang baharu ini kepada semua guru. • PK HEM berharap agar semua guru dan murid dapat menyesuaikan diri dengan pihak pengusaha kantin yang baharu ini supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Tindakan: Semua guru 4.6 Pendaftaran Dan Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 • Sekolah kita telah menerima hampir 51 orang murid Tahun 1 semasa sesi pendaftaran online baru-baru ini. • Namun begitu, jumlah sebenar murid Tahun 1 sesi persekolahan 2024/2025 belum dapat disahihkan lagi bilangannya sehingga selesai program minggu transisi nanti bagi Tahun 1. Tindakan: Guru Tahun 1 4.7 Penglibatan Ibu Bapa & Komuniti Swasta (PIBKS) • Pengerusi memaklumkan bahawa laporan PIBKS perlulah dihantar empat kali setahun secara atas talian. • Antara contoh PIBKS yang telah dijalankan baru-baru ini ialah sumbangan ibu bapa dalam pembangunan sekolah, jururawat yang datang ke sekolah untuk memeriksa murid, serta pihak perhutanan yang telah menjalinkan kerjasama antara dalam usaha penanaman pokok. • Maklumat dan info tambahan mengenai PIBKS akan dikongsi dan dihantar dalam Group Whatsapp sekolah nanti. . Tindakan: Makluman 4.8 Program Gotong-Royong MADANI • Pengerusi memaklumkan bahawa program gotong-royong ini wajib dilaksanakan kerana setiap sekolah di Malaysia mendapat bantuan kewangan sekali lagi iaitu sebanyak RM5000. • Pengerusi memaklumkan hanya 20% digunakan untuk peruntukan makan untuk murid. Manakala lebih kurang dalam RM4000 perlu digunakan untuk keceriaan sekolah. • Pengerusi menyeru agar semua guru dapat berbincang dan mengutarakan pendapat tentang kawasan sekolah yang harus diceriakan terlebih dahulu. Tindakan: Makluman
5.0 Hal-hal Lain • Cikgu Faizal memaklumkan bahawa semua buku teks murid termasuk buku teks guru juga akan dikutip semula pada bulan Februari nanti. • Cikgu Nor Biah menyatakan tentang jamuan akhir sesi persekolahan bagi semua kelas boleh diadakan pada bulan Januari nanti. Tempat boleh dibuat di dalam kelas atau di Bilik KH. • PK HEM - memaklumkan kepada semua guru bahawa kita akan mengadakan Jamuan Perpisahan Cikgu Lila Shakira sebelum berakhirnya sesi akademik 2023/2024. • PK HEM turut memaklumkan masalah disiplin yang kini semakin menjadijadi dalam kalangan murid Tahun 5 khususnya dalam masalah buli. • Ustazah Suriyati memaklumkan tentang lantikan pengawas bagi sesi ini dan juga sesi baharu nanti. Guru kelas boleh mencadangkan nama murid kelas masing-masing yang dirasakan layak untuk dilantik menjadi pengawas bagi sesi baharu nanti. • Guru Besar - mengingatkan semua guru berkenaan Penataran Modul Buli & Salah Laku Disiplin. Seterusnya, semua guru juga diminta ambil cakna tentang kecederaan murid semasa waktu PJ di sekolah. • Guru Besar – memaklumkan tentang sedikit pembaharuan untuk Kelab Guru kita iaitu cadangan untuk menjual makanan tengahari sebelum bermulanya aktiviti kokurikulum pada setiap hari Selasa • Guru Besar – memaklumkan juga bahawa bermula tahun 2024, semua bilik khas akan diberi kuncinya kepada pengawal keselamatan yang bertugas dan tindakan tegas bakal diambil sekiranya masih berlaku lagi perkara yang tidak diingini seperti sebelum ini. Tindakan: Semua guru Penutup Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas segala pendapat dan pandangan yang telah diberikan. Semoga segala apa yang kita lakukan akan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.. Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 3.55 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ............................................. ................................................. (Pn. Nur Nezanna bt Mohamed) (YM Tuan Ismariah bt Tuan Jusoh) Setiausaha Unit HEM, Guru Penolong Kanan HEM, SK Lembah Jaya. SK Lembah Jaya.