KOLEKSI
PERIBAHASA
BAHASA MELAYU
NUR ILIYA SYAIRAH BT ZAKRIA
PISMP BM3 AMBILAN JUN 2020
NUR ILIYA SYAIRAH BINTI ZAKRIA
PISMP BAHASA MELAYU 3 AMBILAN
JUN 2020
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
20 HIMPUNAN
PERIBAHASA
BAHASA MELAYU
Air dalam berenang, air dangkal
bercebok.
Maksud: Berbelanja mengikut kemampuan dan sesuai dengan
pendapatan sendiri.
Contoh: Syafikah membelanjakan keperluan rumah mengikut
kemampuan yang dimilikinya kerana dia sedar bahawa air dalam
berenang, air dangkal bercebok.
Air beriak tanda tak dalam.
Maksud: Banyak bercakap tanda tiada ilmu.
Contoh: Ghani selalu bercakap besar walaupun tiada ilmu
sehinggakan rakan-rakannya tidak lagi percaya kepadanya kerana
mereka tahu bahawa air beriak tanda tak dalam.
Ayam tak patuk, itik tak sudu.
Maksud: Keadaan orang dihina dalam masyarakat.
Contoh: Kehidupan lelaki itu semakin susah selepas kematian ibu
bapanya kerana segala perbuatan yang dilakukan akan dihina oleh
masyarakat seperti Ayam tak patuk, itik tak sudu.
Bagai cincin dengan permata.
Maksud: Pasangan yang sama padan.
Contoh: Pasangan pengantin itu sangat sepadan dan cocok sama
seperti cincin dengan permata.
Awak yang tidak menari,
dikatakan lantai yang berjoget.
Maksud: Menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri.
Contoh: Amran telah menuduh Sofia menconteng dinding sekolah
walaupun dia yang melakukan perbuatan itu. Perbuatan ini sama
seperti awak yang tidak menari, dikatakan lantai yang berjoget.
Bagai ayam naik ke surau.
Maksud: Berkunjung ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa
hidangan.
Contoh: Puan Fatimah telah berbual-bual dengan Jannah sudah
hampir 2 jam tetapi secawan air juga tidak dihidangkan. Keadaan
yang dialami Puan Fatimah ibarat ayam naik ke surau.
Bagai dekan di bawah pangkal
buluh.
Maksud: Pandai menyembunyikan rahsia.
Contoh: Sikap Halim ibarat dekan di bawah pangkal buluh kerana
berjaya menyembunyikan kes penyuludupan dadah di kampung itu.
Bagai dihiris sembilu.
Maksud: Perasaan kecewa dan sedih atas sesuatu perkara.
Contoh: Perasaan Farah bagai dihiris sembilu apabila mengetahui
perkahwinannya dibatalkan.
Bagai bajak wangkang makan
diangkat.
Maksud: Orang yang gemar dipuji.
Contoh: Pak Haji bagai bajak wangkang makan diangkat kerana beliau
gemar menghebohkan kebaikan-kebaikan yang dilakukan supaya
mendapat pujian daripada orang kampung.
Bagai kambing menanduk bukit,
tanduk patah bukit tak runtuh.
Maksud: Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.
Contoh: Perbuatan Hashim seperti kambing menanduk bukit, tanduk
patah bukit tak runtuh kerana masih terlibat dalam sindiket judi
walaupun telah mengalami kerugian yang banyak.
Bagai kumbang putus tali.
Maksud: Perasaan gembira selepas terlepas daripada keseksaan.
Contoh: Hanif bagai kumbang putus ali selepas keluar daripada
penjara akibat tertuduh menjadi keldai dadah.
Belum bertaji sudah berkokok.
Maksud: Ilmu yang tidak cukup tetapi sudah berlagak.
Contoh: Syafiqa mempunyai sifat belum bertaji sudah berkokok
apabila dia berlagak di hadapan guru walaupun ilmu yang
dipelajarinya masih cetek.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Maksud: Perpaduan yang kuat dalam sesebuah masyarakat akan
membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan
perpecahan.
Contoh: Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling bertolak-ansur
dan bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
Dibalik-balik bagai memanggang.
Maksud: Berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu
pekerjaan.
Contoh: Kita disarankan berfikir dahulu sebelum membuat
keputusan supaya keputusan yang dilakukan tidak menyusahkan
kemudian hari, bak kata pepatah dibalik-balik bagai memanggang.
Gajah berjuang bersama gajah,
pelanduk mati ditengah-tengah.
Maksud: Orang atasan bergaduh sesama sendiri mengakibatkan
orang bawahan yang menerima padahnya.
Contoh: Pemimpin negara mestilah memerintah negara dengan aman
dan tidak bersengketa sesama sendiri supaya rakyat tidak merana di
bawah pimpinan tersebut, bak kata pepatah gajah berjuang bersama
gajah, pelanduk mati ditengah-tengah.
Haus telunjuk mencolek garam.
Maksud: Hidup dalam kemiskinan.
Contoh: Kehidupan Rahim seperti haus telunjuk mencoleh garam
kerana pendapatan yang diperolehinya hanya cukup untuk sehari
sahaja.
Hendak belajar berenang dapatkan
itik, hendak belajar memanjat
dapatkan tupai.
Maksud: Apabila hendak mempelajari sesuatu perkara, bertanyalah
kepada orang yang mahir.
Contoh: Nabila akan bertanya kepada gurunya yang pakar Matematik
sekiranya terdapat soalan yang tidak difahami kerana baginya
hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat
dapatkan tupai.
Menepuk air di dulang, terpecik
ke muka sendiri.
Maksud: Seseorang yang mendapat malu setelah membuka aib orang
lain.
Contoh: Tuduhan Aiman kepada Sani bebalik kepada dirinya kerana
orang ramai sudah mengetahui sifatnya yang suka berbohong.
Perbuatan ini sama seperti menepuk air di dulang, terpecik ke muka
sendiri.
Seperti aur ditarik songsang.
Maksud: Perkara atau pekerjaan yang sukar diselesaikan kerana
sudah tersalah jalan.
Contoh: Guru berpesan kepada murid-muridnya supaya sentiasa
membuat persediaan sebelum peperiksaan bermula supaya tidak
berhadapan dengan masalah seperti aur ditarik songsang.
Tidak memandang bulu, tidak
memandang rupa.
Maksud: Seseorang yang adil dan tidak berat sebelah.
Contoh: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tok Dir seperti tidak
memandang bulu, tidak memandang rupa sewaktu menjalankan
tugasnya di sekolah.
SEKIAN,
TERIMA KASIH