The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

REKA BENTUK MAKANAN contoh pelaporan SMART

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vanithakumaresan7, 2021-08-08 07:16:54

REKA BENTUK MAKANAN contoh pelaporan SMART

REKA BENTUK MAKANAN contoh pelaporan SMART

LAMPIRAN DOKUMEN LAPORAN REKA BENTUK SISTEM AKUAPONIK LAMPIRAN 4

MODUL PDPR RBT TING. 2 2021

Tarikh : 9 /8/2021( ISNIN ) hingga 13/8/2021(JUMAAT )

Arahan : Lengkapkan folio ANYFLIP LINK : ?

di bawah ini berpandukan sumber rujukan BAHAN RUJUKAN FOLIO dari buku kerja m/s 78 – 81

Tarikh Akhir Tugasan : 13/8/2021 ( JUMAAT )

PELAPORAN REKA BENTUK

REKA BENTUK MAKANAN DAN
PEMBUNGKUSAN MAKANAN
SANDWICH
TAHUN 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL
RAHMAN TALIB , 36000 TELUK INTAN, PERAK

KELAS : 2 BESTARI / 2 CERDAS /
2 DEDIKASI

Nama : Tarikh :
: No. Kad Pengenalan :

Arahan Tugasan Reka Bentuk Makanan :
(Murid akan buat amali di rumah dan membuat pelaporan di buku
kerja ms 78-81)

Murid dikehendaki menghasilkan satu reka bentuk makanan dan
reka bentuk pembungkusan makanan terhadap makanan yang
dipilih. Pastikan makanan yang dipilih itu adalah makanan yang
tidak berkuah. Contoh makanan yang boleh dipilih ialah seperti
sandwic, burger, nasi goreng, kek, kuih dan sebagainya. Tema reka
bentuk makanan adalah ‘Sandwich’.

Bagi mencapai TP3 murid dikehendaki menghasilkan lakaran reka
bentuk makanan dan lakaran pembungkusan makanan. Pastikan
murid menghasilkan reka bentuk makanan dan pembungkusan
makanan berdasarkan lakaran yang dilakar.

Lakaran reka bentuk makanan
Pastikan lakaran tersebut diwarnakan, mempunyai label bahan yang
digunakan ,elemen dan prinsip yang digunakan.

Murid boleh memilih makanan yang hendak dilakarkan.

TP3 – Melakar reka bentuk dan pembungkusan makanan.

No 4 . Lakaran idea reka bentuk makanan dan pembungkusan makanan.
(Rujuk Buku kerja ms 78)

Lakaran reka bentuk
makanan

Contoh 1

Lakaran reka bentuk makanan

Lakaran reka bentuk makanan



Lakaran pembungkusan reka bentuk makanan





TP4 – Menganalisis kesesuaian elemen dan prinsip dalam reka bentuk dan
pembungkusan makanan.
No 5. Berdasarkan lakaran idea reka bentuk makanan pada soalan 4, analisis dan
justifikasikan bagi setiap yang berikut. (Buku kerja ms 79)

a) Menganalisis kesesuaian elemen reka bentuk makanan dan pembungkusan

makanan (tambahan)**.TP4

**Murid mesti menganalisis ikut lakaran masing-masing. Contoh analisis lakaran reka bentuk

makanan sandwich berdasarkan Contoh 1**

Kesemua elemen mesti ditulis dan

Bil Elemen reka Tandakan (√ ) dimasukkan dalam lakaran m/s 78
Analisis elemen
bentuk Ada Tiada

1 Garisan √ Lakaran reka bentuk sandwich menggunakan
garisan halus, tebal dan melengkung.

Lakaran pembungkusan makanan

menggunakan garisan lurus, halus, tebal dan
melengkung.

2 Rupa √ Lakaran sandwic berbentuk campuran rupa
organik dan rupa geometri.

Rupa geometri segiempat yang bersudut

digunakan pada lakaran pembungkusan

makanan

3 Bentuk √ Lakaran reka bentuk sandwich dan
pembungkusan makanan adalah berbentuk

abstrak/ilusi dan bersifat 3D.

Hasil reka bentuk makanan dan pembungkusan

makanan bersifat konkrit.

4 Tekstur √ Lakaran yang menggunakan garisan tebal dan
hitam menggambarkan gambaran keras dan

kasar.

Hasil permukaan reka bentuk makanan dan

kotak pembungkusan makanan mempunyai

tekstur licin dan kasar.

5 Saiz √ Lakaran kotak pembungkusan makanan
diterangkan pada lakaran iaitu 110mm x20mm

x 110mm dan reka bentuk makanan pula dalam

linkungan 250mm x 50mm x 250mm.

** (mengikut saiz reka bentuk sendiri yang

akan dihasilkan, saiz kotak mesti lebih besar

dari saiz makanan yang dihasilkan)

6 Ruang √ Susunan antara lakaran bahan makanan
dengan bahan makanan yang lain secara

longgar dapat menwujudkan ruang kosong.

Lakaran kotak pembungkusan makanan

mempunyai ruang yang sederhana sesuai untuk

memasukkan sandwich.

7 Warna √ Lakaran menggunakan teknik rendering dan
berwarna-warni.

8 Nilai √ Lakaran mempunyai tona warna yang pelbagai

dan menarik.

TP5 – Menjustifikasikan pemilihan elemen dan prinsip dalam reka bentuk

dan pembungkusan makanan.

No 5. b) Menjustifikasikan pemilihan elemen reka bentuk makanan dan

pembungkusan makanan (tambahan)**. TP5

Contoh

Elemen Reka Bentuk Makanan

Penggunaan garisan melengkung , tebal atau

Garisan halus atas reka bentuk makanan hasil dari sos cili

dan mayonis menampakkan persembahan roti

lebih elegen.

Rupa Susunan rupa geometri iaitu segi tiga yang
berlapis-lapis menjadikan roti mempunyai rupa
lebih menarik.

Bentuk Roti adalah berbentuk 3D serta konkrit
menjadikannya lebih menarik.

Warna Kombinasi warna oren pada buah tomato, hijau
pada salad dan warna yang lain dari sayur-
sayuran yang pelbagai menjadikan persembahan
roti lebih menarik.

TP4 – Menganalisis kesesuaian elemen dan prinsip dalam reka bentuk dan
pembungkusan makanan.

No 5. c) Menganalisis kesesuaian prinsip reka bentuk makanan dan pembungkusan

makanan (tambahan)**.TP4 Pilih 5 prinsip dan tuliskan dan
dimasukkan dalam lakaran m/s 78
(Buku kerja m/s 80)
Analisis prinsip
Bil Prinsip reka Tandakan (√ )

bentuk Ada Tiada

1 Keseimbangan √ Lakaran potongan dan susunan hiasan pada
sandwich atas pinggan serta reka

pembungkusan makanan adalah seimbang.

Hasil reka bentuk makanan atas pinggan

tersusun dan tidak berat sebelah. Tapak kotak

pembungkusan makanan yang terhasil dapat

berdiri kukuh ,seimbang dan tanpa jatuh.

2 Pengulangan √ Lakaran inti dalam roti sandwich atas
pinggan dilukis berulang-ulang. Pengulangan

bentuk bintang atas kotak pembungkusan

3 Kontras √ Warna lakaran pada sandwic dan kotak

pembungkusan reka bentuk pembungkusan

makanan dapat menunjukkan perbezaan dan

menonjol perhatian.

4 Kepelbagaian √ Hasil penggunaan salad, tomato ceri, mayonis
dan sos cili menunjukkan kepelbagaian dalam
5 Kesatuan lakaran reka bentuk makanan atas pinggan.
6 Keringkasan Rupa bentuk gambar saiz sandwich yang
pelbagai atas reka bentuk pembungkusan.
7 Harmoni
8 Pergerakan √ Tiada prinsip kesatuan diaplikasikan
10 Pembahagian
√ Idea yang dilukis dalam reka bentuk
makanan dan pembungkusan adalah
berbentuk 3D, ringkas dan mudah difahami.
Hasil reka bentuk makanan dan
pembungkusan makanan yang ringkas serta
mudah dibina.

√ Rekaan reka bentuk makanan dan
pembungkusan yang ringkas dan tidak terlalu
rumit dapat memberikan keamanan dan
kedamaian.

√ Tiada prinsip pergerakan diaplikasikan.

√ Tiada prinsip pembahagian diaplikasikan.

TP5 – Menjustifikasikan pemilihan elemen dan prinsip dalam reka bentuk

dan pembungkusan makanan.

No 5. d) Menjustifikasikan pemilihan prinsip reka bentuk makanan dan

pembungkusan makanan (tambahan)**.TP5

(Buku kerja ms 80)

Prinsip Reka Bentuk Makanan

Keseimbangan Kedudukan tomato ceri dan karot dalam keadaan

seimbang dan tersusun bagi menarik perhatian.

Pengulangan Pengulangan bentuk inti dalam roti sandwich
menjadikan persembahan sandwic dan
pembungkusan makanan lebih menarik

Keringkasan Hasil reka bentuk makanan yang ringkas dan
mudah difahami dapat menekankan elemen penting
bagi sandwic dan menonjolkan lagi reka bentuk
makanan.

Harmoni Rekaan reka bentuk makanan dan pembungkusan
yang ringkas dan tidak terlalu rumit dapat memberi
ketenangan dan kegembiraan pada individu

TP6 – Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan makanan.
No 6. Hasilkan reka bentuk dan pembungkusan makanan berdasarkan pada soalan 4

dan lekatkan gambar makanan yang direka dan pembungkusan tersebut pada ruang
yang disediakan.TP6
(Buku kerja ms 81)

Gambar reka bentuk makanan atas pinggan, makanan bekal dan
pembungkusan makanan

Contoh 1

Gambar pembungkusan makanan

Contoh-contoh lain lakaran reka bentuk makanan atas pinggan, makanan
bekal dan pembungkusan makanan



**Peringatan kepada semua murid

Kamu boleh menggunakan bahan terbuang bagi menghasilkan kotak
pembungkusan reka bentuk makanan. Murid boleh menggunakan bahan
terbuang seperti contoh di bawah:


Click to View FlipBook Version