The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RBT T2 Bab 2 2.5 Reka Bentuk Akuaponik - Nota

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vanithakumaresan7, 2021-07-04 18:51:46

RBT T2 Bab 2 2.5 Reka Bentuk Akuaponik - Nota

RBT T2 Bab 2 2.5 Reka Bentuk Akuaponik - Nota

2.5 Reka
Bentuk

Akuaponik

RBT Tingkatan 2 KSSM

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

2.5.1 Maksud
akuaponik
dan

menerangkan
reka bentuk
akuaponik

Maksud
Akuaponik

 Akuaponik merupakan
teknologi pertanian
yang menggabungkan
akuakultur (aktiviti
ternakan ikan) dengan
aktiviti hidroponik
(menanam tanaman
tanpa media tanah)
dalam satu pusingan
air (circulation).

Maksud
Akuaponik

 Unsur yang sangat
penting dalam
akuaponik ialah
kewujudan ikan,
tanaman, dan bakteria.

 Ketiga-tiga unsur ini
membentuk suatu
hubungan yang saling
menguntungkan atau
simbiosis mutualisme.

Cara ketiga-tiga unsur
tersebut beroperasi

 Ikan mengeluarkan sisa makanan
yang mengandungi ammonia dan
kotoran bagi tanaman;

 Bakteria yang ada akan menapis
dan mengubah ammonia
menjadi nitrat dan zat yang
berfungsi sebagai baja kepada
tanaman.

 Tanaman pula akan
menyalurkan oksigen dan air
yang bebas ammonia yang
diperlukan oleh ikan.



Tujuan Akuaponik

 Tujuan utama sistem
akuaponik adalah untuk
mengekalkan kualiti air dan
mengurangkan kadar
ammonia di dalam air supaya
dapat dimanfaatkan oleh
organisma lain.

 Selain itu, akuaponik juga
dapat menjimatkan ruang dan
dapat menghasilkan dua jenis
makanan manusia secara
serentak iaitu tanaman dan
ternakan.

Sistem Kitaran
Akuaponik

 Sistem kitaran akuaponik ialah
sistem pengaliran air dari
kolam ikan ke media
penanaman dan air akan
dikitar semula ke dalam kolam.

 Air dari kolam ikan yang kaya
dengan bahan organik itu akan
diserap oleh tanaman dan air
yang mengalami proses kitaran
akuaponik yang lengkap itu
akan menjadi jernih.

Proses Kitaran
Akuaponik

 Ikan menghasilkan
ammonia dan urea yang
kaya dengan nutrien.
Kedua-dua bahan ini
sesuai untuk tanaman
dan diserap oleh akar
untuk tumbuh.

 Bahan tanah atau
lumpur yang terkumpul
pada dasar kolam juga
boleh digunakan untuk
pembajaan tanaman.



Akuaponik Secara
Takungan dan Kitaran

 Akuaponik Secara
Takungan

 Akuaponik Secara
Kitaran

Akuaponik
Secara Takungan

 Akuaponik secara
takungan hanya
menggunakan
kolam, tangki,
atau bekas yang
sama untuk ikan
dan tanaman.

 Ikan dipelihara di
dalam bekas dan
tanaman berada
di atas permukaan
air dengan akar
yang terendam.

Akuaponik Secara Kitaran  Sistem akuaponik secara
kitaran menggunakan dua
bekas tangki, iaitu tangki
ikan dan bekas tanaman
secara berasingan.

 Cara ini mempunyai
kelebihan dari segi
penyediaan oksigen untuk
akar tanaman supaya lebih
terjamin dan membuatkan
tanaman lebih sihat selain
mengurangi risiko busuk
akar.

 Media tanaman yang
digunakan seperti
hidroton, kerikil, atau
media lain yang sesuai.



Reka Bentuk Sistem Akuaponik

 Reka bentuk
akuaponik adalah
susunan komponen
dan bahan akuakultur
dengan sistem
hidroponik.

 Yang berikut
merupakan beberapa
jenis atau model
hidroponik yang sesuai
digunakan dalam reka
bentuk sistem
akuaponik.

Model Akuaponik

 Sistem Raft
 Sistem Ebb & Flow
 Sistem NFT (Nutrient

Film Technique)

Sistem Raft

 Sistem Raft (rakit) ini adalah
tanaman yang diletakkan terus
di atas permukaan air
sehinggaakar tanaman
terendam di dalam air dengan
menggunakan stereofoam,
span, atau bahan yang sesuai
dengannya.

 Kelebihan sistem ini ialah akar
tumbuhan boleh menyerap
nutrien organik di dalam air
secara langsung.

 Ini menjadikan tumbuhan
tumbuh lebih cepat berbanding
dengan sistem lain.



Sistem Ebb & Flow

 Sistem ini juga dikenali sebagai sistem
pasang surut. Sistem ini berfungsi
dengan menggunakan alat yang
dipanggil loceng sifon.

 Alat ini mengalirkan air dari media
penanaman apabila air sudah
memenuhi media penanaman.

 Loceng sifon bekerja dengan prinsip
yang mirip dengan pelampung pada
tangki simbah.

 Bezanya, pelampung akan
menghentikan aliran air apabila sudah
penuh, sedangkan loceng sifon akan
mengeluarkan air jika sudah penuh.

 Sistem Ebb & Flow ini adalah sistem
akuaponik yang sederhana jika
dibandingkan sistem Raft dan sistem
NFT.



Sistem NFT (Nutrient
Film Technique)

 Sistem ini seolah-olah seperti
sistem Raft.

 Sistem ini tidak menggunakan
media penanaman dan
akarnya menyentuh lapisan
air yang mengalir.

 Air yang mengalir tidak boleh
bertakung dan sentiasa
mengalir dengan cepat.

 Kelebihan sistem ini adalah
air yang digunakan untuk
mengairi tumbuhan adalah
sedikit.



Perbandingan Tiga Sistem Akuaponik

2.5.2
Kelebihan
reka bentuk

sistem
akuaponik

Kelebihan dan kelemahan reka bentuk
sistem akuaponik

Kelebihan dan kelemahan reka bentuk
sistem akuaponik

Kelebihan dan kelemahan reka bentuk
sistem akuaponik

2.5.3
Mengenal

pasti
komponen
akuaponik

Mengenal Pasti
Komponen Akuaponik

 Dalam sebuah sistem
akuaponik, terdapat
beberapa komponen
penting yang perlu
diketahui sebelum
membina sistem
akuaponik.

Komponen
Akuaponik

 Tangki Ikan
 Bekas Tanaman

(Grow Beds)
 Media Tanaman
 Sistem Perpaipan
 Pam Air (Water

Pump)
 Penapis

Tangki Ikan

 Tangki ikan ialah tempat untuk
memelihara ikan sebagai sumber
nutrisi bagi tanaman dan tempat
pembiakan ikan.

 Jenis tangki terdiri daripada
kolam simen, akuarium, kolam
fibreglass, drum plastik, dan
lain-lain mengikut kesesuaian
projek.

 Kolam ikan haruslah mempunyai
kuantiti air yang lebih besar
bersesuaian dengan saiz bekas
atau jumlah tanaman yang akan
digunakan dalam sebuah sistem
akuaponik.

 Penggunaan kolam berwarna
gelap akan menghalang
pertumbuhan lumut.

Bekas Tanaman (Grow
Beds)

 Grow beds atau tempat
untuk menanam tanaman
digunakan dalam sistem
akuaponik pasang surut atau
kitaran sebagai proses
pengawalan air.

 Biasanya, bekas ini
menggunakan alat yang
dikenal sebagai auto siphon.

 Sifon ada pelbagai jenis
seperti loceng sifon, U-sifon,
dan sifon terapung.

Media

Tanaman

 Media tanaman berguna sebagai
pemegang tanaman agar dapat tumbuh.

 Media tanaman yang baik haruslah
mempunyai ruang udara dan daya tahan
supaya tanaman lebih subur.

 Sebagai contoh, Ebb & Flow (sistem
pasang surut) boleh menggunakan
pecahan genting, batu kerikil, arang,
dan lain-lain.

 Untuk sistem NFT, media penanaman
rock wool atau kain flanel boleh
digunakan.

Sistem Perpaipan

 Sistem perpaipan dalam
akuaponik boleh
menggunakan paip PVC
dan paip poli.

 Sekiranya sistem
akuaponik memerlukan
penyambungan paip,
maka beberapa bahan
penyambungan paip
boleh digunakan
mengikut keperluan.



Pam Air (Water
Pump)

 Pam air digunakan untuk
memindahkan air dari
tangki ikan ke bekas
tanaman.

 Pam ini akan menggerakkan
air secara menegak.

 Pemilihan dan kesesuaian
pam haruslah mengikut saiz
tangki atau bekas tanaman
yang digunakan

Penapis

 Penapis dapat menyingkirkan pepejal
(penapisan mekanikal) dan penukaran
arah air (penapisan biologi).

 Penapis diperlukan agar kualiti air
menjadi bersih dan jernih.

 Selain itu, penapis boleh mengelakkan
pam daripada tersumbat. Dalam
sistem akuaponik Ebb & Flow
(pasang surut), media tanaman dalam
grow beds bertindak sebagai penapis
biologi dan mekanikal serta sebagai
tempat untuk menyokong tanaman
agar dapat tumbuh.

 Sistem NFT perlu menggunakan
penapis yang berasingan dari kolam
ikan.

2.5.4 Melakar
reka bentuk
sistem
akuaponik

bermaklumat



Lakaran Reka Bentuk Sistem Akuaponik

Lakaran Reka Bentuk Sistem Akuaponik

Membuat
Lakaran
Reka
Bentuk
Sistem
Akuaponik

2.5.5
Menganalisis
lakaran reka
bentuk sistem

akuaponik

Elemen reka bentuk sistem akuaponik

Prinsip reka bentuk sistem akuaponik

2.5.6
Membina
model reka
bentuk sistem
akuaponik

Membina Model Reka Bentuk Sistem
Akuaponik

 Model merupakan persembahan ringkas
yang menyerupai produk sebenar.

 Walau bagaimanapun, saiz dan bahan
tidak semestinya sama dengan produk
sebenar.

 Model boleh dibina dengan menggunakan
bahan-bahan terbuang seperti kertas
surat khabar yang direndam dengan air
serta dihancurkan (paper mache), kotak,
polisterin, kain, mancis, ranting kayu,
span, gam, dan bahan-bahan lain yang
sesuai.

Model Reka Bentuk
Sistem Akuaponik

 Model Separa
Berfungsi

 Model Berfungsi
Sepenuhnya

Model Separa Berfungsi

 Dihasilkan mengikut
skala yang sesuai.

 Bahan dan teknik
pembinaannya
mengikut
kesesuaian

 Mempunyai
sebahagian
komponen sebenar
yang berfungsi.

Model Berfungsi
Sepenuhnya

 Dibina menyerupai
produk sebenar

 Bahan dan teknik
pembinaan
menggambarkan produk
yang sebenar

 Berfungsi mengikut
tujuan asal.


Click to View FlipBook Version