The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pertandingan pantun negeri kedah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06411057, 2021-09-11 09:32:10

dokumentasi pantun

pertandingan pantun negeri kedah

PESTA PANTUN ATAS TALIAN
SMK SIK

TAHUN 2021

PERINGKAT AWAL
PERTAMA

PEMANTUN TEMA PEMANTUN TEMA
1 Hindari Wabak Penyakit
2 Selesa ke Sekolah A Sekolah Penyayang
3 Bumi Hijau
B Batikku Indah

C Pengangkutan Awam

PERINGKAT AWAL KEDUA

PEMANTUN TEMA PEMANTUN TEMA
1 Rumah Terbuka
2 Cuti-cuti Malaysia A Pembakaran Terbuka
3 Tanaman Hidroponik
B Sarapan Pagi

C Ziarah Cakna

PERINGKAT SEPARUH
AKHIR

PEMANTUN TEMA PEMANTUN TEMA
1 Pengurusan Masa
2 Sukan Pelancongan A Senjata Tradisional Melayu
3 Kepelbagaian Sosiobudaya
B Industri Penerbangan Negara

C Makanan Tambahan

PERINGKAT AKHIR

PEMANTUN TEMA PEMANTUN TEMA
1 Revolusi Industri 4.0
2 Hikayat Melayu A Sukan Dalam Talian
3 Subsidi Petrol
B Seni Silat Melayu

C Dompet Digital

TEMA PANTUN

TEMA SPONTAN SEKOLAH MENENGAH
PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2021
(Pusingan Ke-2 dalam setiap pertandingan secara cabutan undi)

1 Kebersihan Makanan 26 Pemimpin Mithali
2 Remaja Cemerlang 27 Pengguna Bermaklumat
3 Manfaat Teknologi Maklumat 28 Kecemerlangan Sukan Negara
4 Rukun Negara 29 Cintai Sejarah
5 Amalan Berbudi Bahasa 30 Pendatang Asing
6 Sekolahku, Duniaku 31 Program Nadi Ilmu
7 Sains Sukan 32 Permainan Tradisional
8 Muzik Irama Asli 33 Belilah Barangan Tempatan
9 Generasi Kreatif 34 Faedah Koperasi
10 Malaysiaku Indah 35 Perubatan Alternatif
11 Memperkasa Bahasa 36 Perayaan di Malaysia
12 Kesihatan Sepanjang Hayat 37 Insurans Kesihatan
13 Sayangi Keluarga 38 Pengaruh Media Massa
14 Cintai Alam Sekitar 39 Rumahku, Syurgaku
15 Semangat Kejiranan 40 Seni Mempertahankan Diri
16 Perpaduan Bangsa 41 Nilai Integriti
17 Budaya Membaca 42 Berjiwa Ikhlas
18 Komponen Sastera Melayu 43 Inovasi Murid
19 Pendidikan Cemerlang 44 Industri Desa
20 Gaya Hidup Sihat 45 Malaysiaku Tercinta
21 Pendidikan Sepanjang Hayat
22 Berbudi Kepada Tanah
23 Hidup Berdisiplin
24 Kunjung-mengunjungi Amalan Mulia
25 Hutan Simpan

HINDARI WABAK PENYAKIT

JUAL BELI

sayang sena wangi semerbak Menjelang malam pasang pelita
Dihinggap pedada jatuh bertimpa Pelita terpadam dek hujan lebat
Virus korona semakin merebak Covid menyerang di depan mata
Mengapa anda semakin alpa Sukar dilihat sukar diubat

Patah kaki si burung camar
terasa lara murung sendiri
Wabak denggi kesihatan tercemar
Bagaimana cara melindung diri

Anak kelasi bermain jurus
Cukup bersedia tingkah mengelak
Program vaksinasi cegah virus
Vaksin disedia mengapa ditolak

Peria pahit tumbuh menjalar,
Rimbun redup ditabur baja;
Wabak penyakit makin menular,
Mengapa pelitup selapis sahaja?

Rusa terjerat di hutan tebal,
Kakinya luka pedih merana;
Iktisad digugat pandemik global,
Laba maya terzahir bagaimana?

Berkuntum bunga di tepi jalan,
Harum baunya mawar berduri;
Topeng muka kehabisan bekalan,
Bagaimana cara melindung diri?

JUAL SELESA KE SEKOLAH

Bersama rakan pergi berkelah BELI
tiada gembira tawa dan gelak
Ramai kawan suka ke sekolah Anak keladi celahan salak
Mengapa anda sering mengelak Tepian telaga tempatnya lembab
Bukan diri hendak mengelak
Masalah keluarga menjadi sebab

Tumbuh berjajar di hujung desa
Pohon bayas dibuat ulam
tempat belajar luas selesa
Mengapa kelas kelihatan kelam

BUMI HIJAU

JUAL BELI

Anak puyuh terbongkok-bongkok
Mengejar ibunya bukan kepalang
Rakyat disuruh menanam pokok
Kenapa anda membajai lalang

Putera raja ramai berkenan Anak teruna membawa cunam
Gagah berjalan membawa damak Terus bersila duduk celatuk
Cerdik membina pelbagai bangunan Sentiasa suka bercucuk tanam
Mengapa halaman ditumbuh semak Sayang bekerja sehari suntuk

Badai membenam alun melintang Terbang helang lagak berani
Jiwa nelayan sungguh berani Sayapnya kekar melayang lama
Hanya menanam pohon sebatang Menanam sebatang mengaku petani
Kenapa tuan mengaku petani Baru belajar punca utama

Jerami padi menutup paya Gadis desa leka bersajak
Anyam selisih menjadi bakul tangan merangkul sebatang buluh
Bagaimana menjadi petani berjaya Kuguna jentera untuk membajak
Jika masih mengguna cangkul Kuguna cangkul untuk berpeluh

Badan berbelang anak temingat
Bersarang cermat di daun lemuni
Membanting tulang menjerih keringat
Mengapa melarat hidup petani

Lautan diredah bersama tuan
Ombak menerpa terpercik ke paha
Lada merah tinggi permintaan
Petani muda di mana usaha

SEKOLAH PENYAYANG

JUAL BELI

Cempelai hitam menangkap ikan ikan kelah di laut sana
Haruan luka hilang kelibat Keli limbat mudah ditangkap
Pelbagai program sekolah adakan Program sekolah penuh bermakna
mengapa anda tidak terlibat Tidak terlibat lantaran sikap

BATIKKU INDAH

JUAL BELI

Ayam jantan memakan betik Buah rambutan ingin dipetik
Nampak tertib menyusun pagutan Santapan rakyat desa dan pekan
Ke negara jiran membeli batik batik tempatan terbukti cantik
Apakah nasib keluaran tempatan Kempen ditingkat jadi tarikan

Buah kuini bunga kantan
Pegaga dipetik menambah hidangan
Indah berseni rekaan tempatan
Iktiraf batik pakaian kebangsaan

Subur sungguh pohon pulasan
Subur juga si pohon dokong
indah sungguh batik warisan
Mengapa anda tidak menyokong

Waktu senja ombak diredah
Ikan todak renang bergaya
Serata dunia batikku indah
Mengapa tidak jadikan budaya

PENGANGKUTAN AWAM

JUAL BELI

Hijau mempelam belum masak Anak kera kaki terlekat
Luka tangkainya terkena duri Terpijak duri di hujung dahan
Pengangkutan awam kurang sesak Menunggu lama perjalanan tersekat
Kenapa anda memandu sendiri Memandu sendiri jadi pilihan

Burung gelam di hujung muara
Melihat pekaka terbang di tepi
Pengangkutan awam aset negara
Mengapa anda memandang sepi

Hijau mempelam separuh masak
Dikupas dara diminta segan
Pengangkutan awam kurang sesak
Bagaimana cara menambah pelanggan

PEMBAKARAN TERBUKA

JUAL BELI

Sungguh kekar tubuh sang camar Kembang mekar seroja indah
Menongkah bayu sepanjang zaman Teratai memikat di dalam kolam
Sampah dibakar ozon tercemar Larangan membakar tidak diendah
Apakah itu sikap budiman Didik masyarakat sayangi alam

Bunga kantan tepian telaga
Tempat cenderawasih hinggap di tepi
Kata anda hutan berharga
Mengapa masih diratah api

Buah duku di atas para Dara pingitan menuju perigi
Pohonnya selasih di tepi belukar Mencuci muka seri idaman
Hutan itu khazanah negara denda bayaran naikkan lagi
Mengapa masih terus dibakar agar mereka ambil pedoman

JUAL SARAPAN PAGI

Ikat sampan dipohon alai BELI
Dicuci bonda penuh ikhlas
Tanpa sarapan langkahmu longlai Pagi hari kelapa diparut
Mengapa anda masih culas Campuran emping santapan puteri
Sarapan pagi mengalas perut
Sajian terpenting mulakan hari

Membelok sampan mengelak mentari,

Nelayan tua berkerut muka;
Hamba sarapan di rumah sendiri
Tentu anda salah sangka.

Terlepas upan terbang ke ranting
Akibat cuai marah terasa
Benar sarapan sangatlah penting
Kadang diabai mengejar masa

ZIARAH CAKNA

JUAL BELI

Tinggi di angkasa si burung merbah Tiada lena pukat tersangkut
Mencari makan merata-rata Beralih pula menanam huma
Ziarah cakna erat muhibbah Ziarah cakna tidak diikut
Mengapa tuan tak turut serta Urusan keluarga punca utama

Berkulit merah buah berangan
Bunga selasih di tepi angsana
Amalan ziarah rapatkan hubungan
Tanda kasih terus dicakna

Ikan siakap renang di tanjung
Mati dimakan si jerung garang
Dilaung sikap suka berkunjung
Beri galakan mengapa kurang

Nelayan muda mengail kelah
Hilang kelibat tanpa pesan
Ziarah cakna dianggap masalah
Hilang saudara bagaimana kesan

Kaki pedada tertusuk duri
Sakit laksana terpisah badan
Bagaimana anda membantu diri
Ziarah cakna jadikan sempadan

RUMAH TERBUKA

JUAL BELI

Pinang jingga kelatnya rasa Catatan karya tulisan tangan
Tambah adunan secubit gambir Pandai seloka semakin disanjung
Rumah terbuka perpaduan bangsa Perbezaan budaya bukan halangan

Mengapa tuan menjuih bibir Rumah terbuka harus dikunjung

Terbang senja burung merbah
Di pohon selasih ketemu kenari
Rumah terbuka erat muhibah
Mengapa masih mengelak diri

Puteri jelita berwajah bujur
Jadi idaman teruna kota
Rumah terbuka sentiasa dianjur
Kenapa kalian masih sengketa

CUTI-CUTI MALAYSIA

JUAL BELI

Terluka belida sayapnya carik ikan kerisi diangkat naik
Keluar darahnya semerah bara Ikan gelama buat hidangan
Malaysia kaya tempat menarik Malaysia destinasi pilihan terbaik
Kenapa anda ke luar negara Nikmati panorama pesona pandangan

Tiang besi pengikat cermai
Patah dahan menimpa pegaga
Kawasan rekreasi dikunjung ramai
Mengapa kebersihan tidak dijaga

TANAMAN HIDROPONIK

JUAL BELI

Gadis memetik buah rumia Dalam lautan tidak terhingga
Tangkai diikat dibawa ke pekan menunggu joran rebutan ikan
Sayur hidroponik berbaja kimia Jaminan kesihatan hidroponik terjaga
Apakah sihat jika dimakan Segar sayuran sihat dimakan

burung jelatik pujaan pangeran
Menetap pula di hujung kota
Aktiviti hidroponik banyak cabaran
Mengapa anda tak turut serta

Taburan manik indah bersemi Turun menjunam hinggap di serambi
Dijahit selisih rapat berenam Kembali terbang pabila senja
Tanaman hidroponik lestari bumi Aktiviti menanam menjadi hobi
Mengapa masih malas menanam Alangkah malang sibuk bekerja

Mencari akik di semua dukan Ketika berehat dendangkan lagu
sambil berjalan dendangkan lagu Rasa tenteram tenangkan diri
tanaman hidroponik selamat dimakan Bukan niat berasa ragu
mengapa tuan masih ragu Hamba menanam sayuran sendiri

JUAL PENGURUSAN MASA

Puteri cantik sungguh taat BELI
Pada bonda tiap ketika
Masa berdetik setiap saat Gadis lampai penuh taat
Mengapa anda masih leka Tersipu malu diberi kurnia
Sungguh bernilai walau sesaat
Dibuai nafsu melayan dunia

Permata berlian cantik sungguh Buah nangka tepian desa,
Disulam suasa hiasan baju Dimakan remaja tiada berbaki,
Mengapa kalian sering bertangguh Tidak terleka mengisi masa,
Sedangkan masa bergerak laju Sibuk bekerja mencari rezeki.

Dibanding permata dengan suasa
Nilaian kurang dijiwa gemas
Emas berharga umpama masa
Dibiar menghilang mengapa tak cemas

Getah betik terkena baju
Tidak keruan tiada terseka
Masa berdetik begitu laju
Mengapa tuan masih terleka

Tiada biji pisang berangan,
Kuning kulitnya manis terasa;
Bangun pagi sering kesiangan,
Bagaimana anda mengurus masa?

JUAL SUKAN PELANCONGAN

Rusa diserbu lari melencong BELI
Raja rimba mencari hidangan
Kuning semarak bunga dokong
Menimpa akar si bunga jantan

Sukan mampu menarik pelancong Saya bertindak tidak menyokong
Mengapa anda membangkang cadangan Takut tercemar budaya tempatan

Burung belatuk terbang senja jalan melencong hala ke pekan
Hinggap berehat ranting pun patah Bakar jerami pandangan hilang
Sukan membentuk semangat waja Tarikan pelancong penganjuran sukan
Mengapa rakyat masih membantah Jana ekonomi negara terbilang

Menyusur alur membawa andang Menuju pekan beli rambutan
Percikan bara tercucuh jari Asyik berjalan terpijak bara
Sukan dianjur menarik petandang Aktif bersukan menjamin kesihatan
Bagaimana anda libatkan diri Ambil bahagian turuti acara

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

JUAL BELI

Laju bahtera melintasi muara Di tepi paya si pohon ara
Layar ditimpa sepotong dahan Tumbang kerana dahannya mati
Sosiobudaya amankan negara Warisan bangsa terus terpelihara
Sampai bila mampu bertahan Hormat cara adat dituruti

Terbang berdua si anak merbah Bunga seroja dipetik jejaka
Bertandang kasih dipohon cempaka Harum baunya memikat hati
Sosiobudaya erat muhibah Bukan sengaja bermasam muka
Mengapa masih bermasam muka Masalah keluarga tentulah pasti

Dibuat pekasam ikan kelisa Menjelang senja hujan di barat
Dimakan ulat rugi ditanggung Terasa hiba si anak kelasi
Adat resam warisan bangsa Bukan sengaja dibiar berkarat
Budaya barat mengapa diagung Generasi muda lupa tradisi

SENJATA TRADISIONAL MELAYU

JUAL BELI

Pohon belimbing tanaman hiasan Tepian tebing dipasang jerat
Tumbuh berjajar condong ke barat Terkena belida ikan hiasan
Keris lembing senjata warisan Keris lembing dibiar berkarat
Mengapa dibiar terus berkarat Generasi muda lupa warisan

Seluruh penghuni ditimpa gempar Di malam pekat memasang jerat
Lari melulu ke kebun jagung Untuk membunuh anak harimau

Mengapa kini sering dilupa Bukan karat sebarang karat
Keris lembing dulu diagung Karat disepuh si asam limau

Biru terang berwarna hiasan Bercincin gading si gadis ayu,
Mewangi makanan si bunga telang Diwaktu subuh nikmati bumantera,
Keris lembing di mana warisan Keris lembing senjata Melayu,
Beredar zaman kurang dijulang Persatuan ditubuh warisan dipelihara.

Pohon belimbing menaungi pulasan,
Masak sebiji kuningnya warna;
Keris lembing senjata warisan,
Zaman kini terletak di mana?

INDUSTRI PENERBANGAN NEGARA

JUAL BELI
Corak ukiran si burung bayan warna merah hiasi pandangan
Awan larat hasil terhebat Kiambang di paya nampak indah
Industri penerbangan gaji lumayan Potensi cerah ceburi penerbangan
Kenapa rakyat kurang terlibat Kempen kerjaya perlu didedah

Berbalam cahaya tampak sirna Hinggap di dahan seekor kumbang,
Pikul baiat menentu rukyat Dahan ara sebelahan pulasan,
Megah di udara merentas buana Maju penerbangan ekonomi berkembang,
Apa manfaat kepada rakyat Jimatkan masa mudahkan urusan.

Jatuh berangan di balik sena Bau anggerik harum semerbak
Tertimpa lemuni tumbuh di sisi Bertiup dari sebelah kanan
Industri penerbangan ekonomi dijana Tular wabak mudah merebak
Mengapa tuan memandang sepi Industri sepi terbatas perjalanan

MAKANAN TAMBAHAN

JUAL BELI
Anak haruan terpatah gigi Jatuh dahan airnya keruh
Merah darahnya di air keruh Sukar dicari mata pahat
Makanan tambahan berkhasiat tinggi Makanan tambahan makan separuh
Kenapa hanya makan separuh Asbab diri kurang sihat

Makanan warisan laris dijaja Motif dahan ukiran tangan
Penjual remaja tersenyum ramah Cantik selesa ukiran pahat
Botol vitamin berderet di meja Makanan tambahan menu sampingan
mengapa anda masih lemah Khasiat diperiksa bertambah sihat

Perahu nelayan tersadai di paya Tersadung kaki terkulai lemah,
Terasa hampa pulang ke rumah Gadis kirana disambut Bahadur,
Setengah vitamin kandungannya bahaya Tidak sekali akan dijamah,
Mengapa anda terus menjamah Vitamin bahaya langsung diundur.

REVOLUSI INDUSTRI 4.0

JUAL BELI
Mawar berduri ranting terlipat Anak sapi di tepi hutan
Mekar bunganya kolam hiasan Mencari ibunya jauh di sana
Revolusi industri tahap keempat Revolusi industri lambang kehebatan
Kalau terleka apakah kesan Jika terleka mundur merana

Cantik puteri menari inang Seorang puteri memetik bali,
Bijak bicara memikat putera Terlihat bogi di balik akasia,
Revolusi industri sering dicanang Revolusi industri sudah dikenali,
Bagaimana cara memaju negara Terapkan teknologi dihidupan manusia.

Hiasi pelamin bunga seroja Pendekar garang juga gigih,
Diiring hantaran jadi tradisi Digeruni musuh kerana baran,
Mengguna mesin mudahkan kerja Peralatan sekarang sungguh canggih,
Berlaku pengangguran bagaimana atasi Adakan kempen bengkitkan kesedaran

Puteri salju berjiwa nurani,
Menatap selisih putera laksamana,
Tersangatlah maju industri kini,
Kenapa masih disalah guna?

Umpama tersemat dihati kenari,
Jatuh tersisih di ladang pegaga,
Jana maklumat di hujung jari,
Mengapa masih diceroboh juga?

HIKAYAT MELAYU

JUAL BELI
Cempaka layu di laman jiran Tunggul kayu dibelah serupa
Harum baunya di dalam dupa Sungguh berat dipacak berdiri
Hikayat Melayu banyak pengajaran Hikayat melayu bukan dilupa
Mengapa ia semakin dilupa Pengaruh barat kuasai diri

Pohon ara dikerat tunggul Buat manisan isi kelapa
Serkah dahannya terputus tali Letak di para berhias lilin

Merongmahawangsa hikayat terunggul Karya warisan tidak dilupa
Mengapa anda tidak peduli Kurikulum sastera digabung jalin

bersahut tinggi denyutan jentayu Bermain serunai si gadis ayu,
berkicau bingar tiong tanah Merdunya irama hati terpanah,
dipandang sepi hikayat melayu Tingginya nilai hikayat melayu,
mana pembugar menobat khazanah? Adanya belia menjunjung khazanah.

Gadis ayu terlihat jemu, Ukiran kayu jadi hiasan
Turuti budaya menjahit perca, Dipahat si tua bercincin suasa
Hikayat melayu juga ilmu, Hikayat melayu sejarah warisan
Mengapa bukunya kurang dibaca? Angkara media punahlah bangsa

JUAL SUBSIDI PETROL
Anak merbah matanya merah
Di dahan petai ulat dipungut BELI
Petrol sudah cukup murah Tanah landai ditumbuhi pegaga
Kenapa ramai masih merungut Sembunyi terkukur berekor merah
petrol andai terkawal harga
Tentu bersyukur bukan amarah

Jangan bergesel ikan pari Anak raja menunggu lama
Takut terkena bisa sesungut Mencari karun berbulan-bulan
Petrol dan diesel subsidi diberi Jimat belanja subsidi diterima
Mengapa rakyat masih merungut Harga turun jauh berjalan

Menghilir muara mencari semilang Limbat keli berenang di paya,
Sayang tersengat gatal keladi Geraknya licin mencorak buana,
Apakah makna bangsa gemilang Bangsa kini banyak berjaya,
Jika rakyat berharap subsidi Kurang prihatin rakyat merana.

Anak kerengga di hujung ranting,
Jatuh ke batu patah sesungut,
Subsidi petrol komoditi penting,
Harga naik mengapa merungut?

SUKAN DALAM TALIAN

JUAL BELI
Sulur terlilit kacang terlihat
Terjuntai dahan ke dalam paya
Apakah atlit akan sihat
Andai bersukan di dunia maya

Terkena joran berdarah tangan
Memancing keli di sawah padi
Sukan talian erat hubungan
Bagaimana diri pastikan menjadi

Pancing haruan tepi perigi
Sambal makan si buah salak
Kata tuan bijak teknologi
Mengapa e-sukan selalu mengelak

SENI SILAT MELAYU

JUAL BELI
Keris berkarat sarungnya kayu Saudagar kaya berehat di taman
Disepuh lilin tampak bergaris Singgah berlabuh beli manisan
Seni silat sanjungan Melayu Keris digaya zaman berzaman
Kenapa makin kurang pewaris Tubuhkan persatuan kekal warisan

Ukir tugu di dalam taman
Empunya kaya tidak terperi
Silat melayu diwaris berzaman
Mengapa hanya di majlis kenduri

Berkhasiat tinggi tapak kuda Kacang sepat berpucuk muda
Tiada kurang daun gelenggang Memanjat dahan sedikit gelangsar
Silat dan tari langkah senada Tari dan silat rentak senada
Mengapa sumbang di tengah gelanggang Kurang latihan langkah tersasar

JUAL DOMPET DIGITAL
Tali dipintal dengan cermat
Buat ikatan bahtera cina BELI
Dompet digital cukup selamat Bantu selamat anak raja
Mengapa tuan malas nak guna Anak cina berhati kental
Belian berhemat urus belanja
Tetap diguna walau digital

Pondok kecil perigi tepian
Dihinggap kenari sayangnya roboh
Dompet digital khidmat talian
Maklumat diri mengapa diceroboh

Anak kembara jauh merantau
Masuk ke hutan disengat gegat
Maklumat negara sering dipantau
Mengapa keselamatan sering tergugat

KEBERSIHAN MAKANAN

JUAL BELI
Pohon berangan hiasan pinggiran kuning masak buah rambai
Dipotong sedahan dibuat titi dibawa ke pekan meniaganya enggan
Penyediaan makanan ada aturan makanan dimasak kebersihan terabai
Mengapa kebersihan kurang teliti sibuk fikirkan hidangan pelanggan

Air jernih pantulan cermin Helang liar mencari camar,
Menjadi azimat menambat imani Melayang ditiup bayu dermaga,
Makanan bersih kesihatan terjamin Bukan dibiar lalat mencemar,
Mengapa dibiar lalat menghuni Makanan ditutup kesihatan terjaga.

REMAJA CEMERLANG BELI

JUAL
sayang seroja tepian telaga
Dahan sekah disangkut baju
Mentaliti remaja kelas ketiga
Bagaimana diubah negara maju

Kemboja cina terkena biasan
pancaran tepat di pucuk meranti
bagaimana remaja melakar wawasan

jika semangat layu di hati Anak dara bersimpuh hormat,
Putus tunangan berair mata;
bunga seroja berbunga ramah Ilmu remaja perlu disemat,
dipetik dara tepian paya Agar wawasan mencapai cita.
Anak remaja berjiwa lemah
Tranformasi negara bagaimana dijaya membawa geliga ternampak kelibat
terasa takut melulu berlari
Pulut susu ketupat palas teringin juga untuk terlibat
Dicicah rendang tanpa debat penyakit asma bertakhta didiri
Cemerlang kamu di dalam kelas
Kenapa di padang tidak terlibat

Tebu tua dibuat gula
Ramuan asli di dalam bengkang
Dulu anda cemerlang segala
Kenapa kini berada di belakang

MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

JUAL BELI
Bangau putih mengepak cermat Nelayan penat tidurnya nyenyak,
Menjulur kakinya turun ke tanah Diselimuti hempasan ombak geruh,
Teknologi canggih teknologi maklumat Teknologi maklumat kebaikannya banyak,
Mengapa percaya cerita fitnah Cetek pemikiran mudah terpengaruh.

Mengail sembilang mestilah sabar Tepian perigi tumbuhnya kiambang
Lambat sentakan umpan digetus Dipetik dara dibawa ke taman
Talian sekarang berjalur lebar Kemajuan teknologi kian berkembang
Kenapa panggilan selalu terputus Apakan daya hidup di pedalaman

JUAL RUKUNEGARA
Nelayan tua mengail gelama
Kail tak sampai ke dasar paya BELI
Kura-kura panjangnya hayat
Beratus tahun umur dikesan

Rukunegara pegangan utama Rukunegara pegangan rakyat
Mengapa ramai belum percaya Inti perpaduan paling berkesan

Kura-kura panjangnya hayat Tersungkur helang di tepi nisan ,
Beratus tahun umur dikesan Tertusuk duri sakit terasa,
Rukunegara pegangan rakyat Tanggungjawab hilang setiap insan,
Tanpa ia apakah kesan Dibelenggu diri negara binasa.

AMALAN BERBUDI BAHASA

JUAL BELI
Datang menerpa angin petaka Rebung sepinggan ulam pegaga
Berpetir guruh kampung sebelah Rumpun buluh tidak berduri
Ibu dan bapa ibarat boneka Adab sopan perlu dijaga
Akhlak runtuh siapa salah Akhlak runtuh salah sendiri

Sayang peria berbuah di laman
Dicelahi rawan tumbuh bersela
Amalan mulia bentengkan iman
Kaki dan tangan mengapa tercela

Baju Melayu dipakai pemantun Jejaka tampan ketemu kekasih
Rekaan terkini penghias rupa Gadis lawa memakai kebaya
Adat Melayu bersopan santun Adab sopan kian tersisih
Mengapa kini kian dilupa Kerana leka di dunia maya

Terluka haruan tertusuk duri
Duri muda amat berbisa
Terbiar situa lelah berdiri
Kenapa tuan duduk selesa

Lumpur melekat di mata tilan Tampan berseri tuan pendeta ,
Lokan di dasar hidup terbaji Memakan anggur bersama kuini,
Bertegur nasihat sesama taulan Bukan diri ingin mengata,
Rakan tersasar kenapa dikeji Sudah ditegur tetap begini.

Terlihat kejora waktu dinihari segar umpama ditabur baja,
Terbanglah tempua ke pohon angsana subur semua si pokok tebu,
Meninggi suara berhari-hari anak muda sibuk bekerja,
Tegur si tua mengapa menghina mereka lupa jasa si ibu.

Duduk menunggu di pangkin buluh,
Sayang buluhnya patah di tepi;
Satu Ibu anaknya sepuluh,
Mengapa tua dibiar sepi?

Putihlah warna bunga cempaka,
Sayangnya layu dinaung seruntun;
Wajah mencuka setiap ketika,
Andai begitu di manakah santun?

SAINS SUKAN

JUAL BELI
Kayuh basikal bawa pulasan
Tumbuh jeruju tepian pangkin, Bekal makanan di dalam raga
Mencengkam tanah musim kemarau, Aktif fizikal latihan berterusan
Sukan dimaju sains dimangkin, Semangat kesukanan tetap dijaga
Kardiovaskular lemah apa dihirau?

MUZIK IRAMA ASLI BELI

JUAL
Pinggir perigi mengkuang layu
Tempat teruna membela sapi

Irama asli dendangan melayu
Kenapa acara semakin sepi

Ke Inderagiri belayar laksamana
Meredah buana membina legasi
Gambus serunai seruling rebana
Bagaimana remaja akan warisi

Membuka langkah tumbukan padu
Pantang selisih wira perkasa
Indah bertingkah irama syahdu
Mengapa tersisih di arus masa?

JUAL GENERASI KREATIF

BELI
Buah peria di atas sampan
Pohon gedangsa bersilang-silang
Di tangan belia terletak harapan
Membawa nusa kemercu gemilang

Biar asli ilmu beradun Tampak bergaya pangeran berpangsi,
Dambaan jejaka sejak azali Disinari cahaya di bawah rembulan,
Kreatif generasi memangkin tamadun Kreatif minda pemaju generasi,
Mana idola tauladan misali Buya Hamka idola tamsilan.

Riang bertamu rumah dituju, BELI
Ke pondok saudara membawa kuini,
Generasi berilmu negara maju ,
Apa pentingnya kreatif kini.

MALAYSIAKU INDAH

JUAL
Hulu muara matahari terik
Tempat camar mematuk padi
Malaysia kaya tempat menarik
sekitar tercemar mengapa terjadi

Tajam pahat mengukir congkak Tika berehat terasa jemu,
Potongan rencong tukangnya tabah Keluar rumah pergi ke pekan,
Sikap ramai terbukti bongkak Pelancong terhormat adalah tetamu,
Bagaimana pelancong akan bertambah Sikap ramah perlu terapkan.

Lebat berbuah tembikai melata
Merah menyala padat berisi
Malaysia indah saujana mata

Bencana menimpa apa solusi?

MEMPERKASA BAHASA

JUAL BELI
Gadis ayu di atas beranda Darah mengalir luka terguris
Mula bicara tangan berjabat Keris melayang berhulu kayu
Bahasa melayu bahasa ibunda Aku mahir berbahasa inggeris
Bagaimana cara angkat martabat Aku cemerlang berbahasa Melayu

Kuda dipacu sepantas masa Diambil kayu mengait nona
Memintas jalan untuk ke pekan Gugur sedahan di pangkal akasia
Bahasa melayu jiwa bangsa Bahasa melayu sentiasa diguna
Mengapa tuan malu gunakan Menjadi kebanggaan rakyat malaysia

Tumbuh tinggi pohon jati
Banir akar sandaran raja
Bahasa sendiri dibiar mati
Bahasa luar mengapa dipuja

KESIHATAN SEPANJANG HAYAT

JUAL BELI
Harimau sakit hilang kelibat
Terkena jerat gagal menghindar
Pelbagai penyakit perlu diubat
Mengapa masyarakat tiada sedar

Ayam belanda dibawa ke pekan Buah rambai si buah pulasan
Lalu bertelur di dalam rumah Masak sedikit dicuri kera
Diet anda daging dan ikan Sayur diabai ada alasan
Kenapa sayur tidak dijamah Rasanya pahit pemati selera

Jalak hitam berbalung besar
Mencari rezeki di pohon cabai
Makan malam sepinggan besar
Kesihatan diri mengapa diabai

SAYANGI KELUARGA

JUAL BELI
Batu geliga air selasih Jalan senget si anak angsa
Pengubat duka kekasih hilang kakinya luka dicakar keluang
Hubungan keluarga eratkan kasih Bersama gajet setiap masa
Bagaimana kita biar menghilang Detik bersama tiada terluang

cenderawasih terbang melayang
Terbang di hutan bertemu kera
Tiada kasih berkurang sayang
Erat ikatan keluarga sejahtera

Layang-layang di pohon sena
Gugur dahan ke tanah pamah
Kata sayang keluarga dibina
Mengapa tuan berpindah rumah

Anak sepat terluka di muara
Berenang mencari ubat mujarab
Mengaku rapat saudara mara
Dengan sepupu kenapa tak akrab

CINTAI ALAM SEKITAR

JUAL BELI
Kayu diukir mengguna parang bawa makanan buah bacang
Buat hiasan jual di pekan Pucuk geti dibuat ulam
takungan air semakin berkurang Laksana pembangunan secara terancang
Usahamu tuan mana tindakan? Peraturan diteliti lestari alam

Tangan berdarah dipagut camar Kata keramat diucap bermadah
Semakin lebam berubat di pekan Pengubat rindu hati berduka
Bukit ditarah air tercemar Tindakan lambat dendanya rendah
Mengapa berdiam tiada tindakan Terlebih mampu hingga terleka

Biji selasih sebelah delima Buah remia masam dijamah,
Tampak samar jauh di hutan Sedap terasa dijadikan misan,
Persekitaran bersih tuntutan utama Syurga dunia adalah rumah,
Sampah terbiar bagaimana tindakan? Luangkan masa bersihkan kawasan

SEMANGAT KEJIRANAN

JUAL BELI
terasa hairan melihat guri Sungguh teruja melihat kenari
Tempat nenda menyimpan gula Di hujung desa celahan salak
Terbiar jiran lelah berdiri Bukan sengaja dibiar berdiri
Kenapa anda selesa bersila Sudah dipelawa dia menolak

Siulan tempua di dahan senduduk Silan tempua di dahan senduduk
Irama perlahan tanpa gusar Irama perlahan tanpa gusar
Depan bapa sopan merunduk Depan keluarga sopan merunduk
Dengan jiran mengapa kasar Depan jiran jangan berkasar

nelayan berani dari jawa
mencandat sotong terkena pari
inginku santuni niat dijiwa
jiranku sombong pentingkan diri

Gelama ketuka disiang disisih
Buat santapan bawa ke bendang
Sesama manusia ditatang dikasih
Kucing jiran kenapa ditendang

PERPADUAN BANGSA BELI

JUAL
Pohon dahlia di tepi batu
Tumbuh di tepi memagari jalan
Rakyat Malaysia teguh bersatu
Bagaimana resepi jadi tauladan

Hijau cerah limau gedangsa Hijau cerah limau gedangsa
Layu bunganya macam nak gugur Layu bunganya macam nak gugur
Jiran sebelah berbeza bangsa Jiran sebelah berbeza bangsa
Kenapa anda tidak menegur Amalkan sikap tegur-menegur

Dahan mempelam dibuat gasing Dahan mempelam dibuat gasing
Pakunya patah terbakar rentung Pakunya patah terbakar rentung
Jika program semua terasing Jika program semua terasing

Rakyat berpecah siapa yang untung Rakyat berpecah tiada yang untung

anak singa berbadan tompok
mengejar ular berlari lincah
program dijana asingkan kelompok
pihak luar bangga warta berpecah

BUDAYA MEMBACA

JUAL BELI
Benang dipilin tali terbentuk Dahan gelam diambil pahat
Diikat bersama sebatang paku Diukir teruna menjadi arca
Petang bermain malam mengantuk Tatkala malam hamba berehat
Bila masanya membaca buku Dinihari tiba hamba membaca

Tebu muda retak di buku
Rebah ke tanah tunas tiada
Bagaimana anda membaca buku
Sedang di rumah jadual tiada

Lingkar mempelas di umbi duku
Genting sedahan tinggalkan kesan
Remaja malas menelaah buku
Di masa depan apakah kesan?

KOMPONEN SASTERA MELAYU

JUAL BELI
Bunga raya tidak berduri Menuju ke pekan si gadis gemalai
Dipatah dahan oleh sang kera Memikat hati para pangeran
Rupa wataknya seperti pencuri Rupa luaran usah dinilai
Mengapa perwatakan selembut sutera Baik budi jadi ukuran

Pahat dihentak ukiran larik
Pecah bunganya seperti perca
Plot dan watak sungguh menarik
Kenapa anda berhenti membaca

Hebat tuah pahlawan masyhur berehat kuda selepas makan
Nama terjaja seluruh buana tertidur selesa nyaman berganda

Sastera nan indah warisan leluhur di usia muda ku curah didikan
Strategi apa menyubur cakna pentingkan sastera warisan ibunda

PENDIDIKAN CEMERLANG BELI

JUAL
Jangan dicari lebah di taman
Salah caranya pasti mengejar
Pendidikan berkualiti jadi idaman
Kenapa anda malas belajar

Tepian titi menangkap kekunang Burung helang bergerak laju
Dibawa ke kota melintas paya pohon sirih dilanggar tumbang
Pendidikan berkualiti dicanang-canang Rakyat terbilang negara maju
Mengapa usaha kurang berjaya Teknologi canggih kian berkembang

Kemboja kembang di petang selasa
Kelopaknya keras umpama batu
Anda cemerlang menjelang periksa
Si tua melintas kenapa tak bantu

Semut melata di pohon tualang
Semakin lemah terluka dada
Bagaimana anda hendak cemerlang
Jika di rumah jadual tiada

Dara di pekan sanggul berbucu
Manis tampak ditatap putera
Kualiti pendidikan terus dipacu
apakah dampak kepada negara

tepian kali disemai lada Takut dikejar si anak angsa
diairi air saliran bendang Lelah kepenatan sukar dibilang
didikan tranformasi menjana minda Tenaga pengajar perlu diperkasa
Pelajar dilahir apakah gemilang Variasi ajaran capai gemilang

GAYA HIDUP SIHAT

JUAL BELI
Mari dilihat si burung dara Buah rotan buah langka
Membuat sarang di Pulau Pandan Cermat disimpan jauhkan kotoran
Hidup sihat bagaimana cara Belia watan cerdik belaka
Penyakit kurang menimpa badan Asak berkempen timbul kesedaran

rumpun pandan si pohon kerdas
daunnya perang dihinggap bena
Mahu badan sihat dan cerdas
Mengapa jarang padang diguna

Gugur merekah si bunga dahlia
Patah sejambak di tepi hutan
Najis dadah perosak belia
Bagaimana hendak memimpin watan?

SEKOLAHKU DUNIAKU

JUAL BELI
Anak keli dimakan belida Ayu dayang membawa pelita,
Silap tertelan tulang berduri Mencari tuan di pinggir hutan,
Di rumah sepi di sekolah tiada Sekolah ku sayang sekolah ku cinta,
Ke mana tuan menghilang diri Kurang kemampuan tiada pengangkutan.

Burung tempua hinggap digalah
Bercorak celoreng hiasan diri
Mengaku anda sayangi sekolah
Kenapa ponteng berselang hari

Mudir muara berkayuh perahu
Sayup menghilir redupan fajar
Terkilaf di mana ajaran guru
Murid tercicir enggan belajar

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

JUAL BELI
Tiang tayar tinggi dan gayat
Diikat ke haluan sama diukur
Orang belajar sepanjang hayat
Kenapa tuan selesa berdengkur

Nelayan lelah mengail pelata Menangkap ikan tepian titi,
Tali joran panjang segalah Ternampak haruan laju menerpa,
Kawan di sekolah anda di pesta Kurang didikan iman dihati,
Kenapa berjalan di lorong yang salah Mencari keseronokan ilmu dilupa

Merentas laut berdagang kembayat

Dagang empunya musafir serani
Ilmu dituntut sepanjang hayat
Mana letaknya kualiti insani

BERBUDI KEPADA TANAH BELI

JUAL
Burung kuang di celahan ara
Berdenyut galak mengelak helang
Industri dijulang wawasan negara
Mengapa bajak masih dijulang

Tubuh berbelang anak temingat Wanginya cengkih dibeli teruna
Bersarang cermat di daun lemuni Berjalan gembira menuju ke barat
Membanting tulang menjerih keringat Teknologi canggih tidak diguna
Mengapa melarat hidup petani? Menjadi angkara hidup melarat

Ubi kayu panjang berisi, tanah dipajak terlihat subur
Digetus pucuknya semakin subur; tanam mangkokan tumbuh berisi
Sawi layu kurang nutrisi, haiwan perosak tuba ditabur
Mengapa tuba yang tuan tabur? alpa akan kurangnya nutrisi

HIDUP BERDISIPLIN BELI

JUAL
Angin bertiup ke dahan meranti
Bergoyang pokok patah sebatang
Cemerlang hidup dambaan hati
Mengapa rokok dihisap berbatang

Tepian paya membiak semalu
Takut terluka tika berjalan
Menjulang jaya keringat selalu
Mengapa usaha separuh jalan.

Tumbuh setara tepian paya anak muda tinggal berlima
Tanaman cabai juga lumai membaca cerpen diterangi lilin
Segunung cita mengharap jaya peranan warta bangkit bersama
Disiplin terabai bagaimana disemai? lakukan kempen semaikan disiplin

KUNJUNG- MENGUNJUNG AMALAN MULIA

JUAL BELI
Bayu membuai bebunga tanjung Jatuh terduduk seorang jejaka,
Gugur menimpa di atas pundak Ternampak dara di hutan akasia,
Bagaimana disemai amalan berkunjung Tidak bermaksud bermasam muka,
Bertemu muka senyum pun tidak Gurauan manja sesama manusia.

HUTAN SIMPAN BELI

JUAL
Menenun kain tiap helaian
Dipakai dara dari seberang
Endau Rompin diwarta kerajaan
Sayang fauna kenapa berkurang

Sungai mengalir beralih arah Penjurit handal di medan kelak
Pabila pukat merentang buana Penuh sujana sering berjasa
Pinggiran kenyir hutan ditarah Hutan tebal ditarah jentolak
Lesen disekat buktinya di mana Pupusnya flora fauna binasa

Padi lembah bercampur antah
Petani jerih menampi tuaian
Hutan dijarah laba diratah
Fauna tersisih mana tujuan

PEMIMPIN MITHALI

JUAL BELI
Pisang berangan di atas para

Masaknya kelat dua peringkat
Bagaimana pemimpin memacu negara
Rakyat selamat pencapaian ditingkat

Gugur dedalu tidak tersisa,
Terpisah bunganya ditiup semilir;
Pemimpin mahu membangun nusa,
Mengapa anda menyongsang alir?

Berenang keli galak tepian
Diekor belida berlalu di sisi
Pemimpin mithali idola impian
generasi alpa apa solusi

PENGGUNA BERMAKLUMAT

JUAL BELI
Berenang ikan ke hulu padi cantik berwarna si burung kenari
Terserempak kedidi sayapnya luka hinggap seketika di pohon cendana
Mudah sebarkan maklumat peribadi disalah guna maklumat diri
Apakan jadi di hari muka? sindiket berleluasa nama diguna

Hujan lebat tidak terkata,
Pohon cermai terpatah dahan;
Pelbagai maklumat di depan mata,
Kenapa ramai silap pilihan?

KECEMERLANGAN SUKAN NEGARA

JUAL BELI
Beralas pelapik tiang menara Penat teruna menanam pedada
Mercu tanda seribu kenangan Bersama rumbia jua dokong
Atlit paralimpik menjulang negara Walau sempurna berbakat tiada
Kita yang sempurna apa sumbangan Sentiasa setia menjadi penyokong

Daun nipah gugurnya pagi Berjalan gigih pabila dikerah
Jatuh menimpa julai rambutan Membawa dulang bersama rebana
Badminton sudah bertaraf tinggi Pelapis dilatih tanpa menyerah
Bagaimana cara sambung kehebatan Pingat dijulang penuh bermakna

Walet segara hinggap di akasia

Mencari makan hidupan kekapis BELI
Atlet negara semakin berusia BELI
Bagaimana tuan membina pelapis

Bicara lisan seru tumpuan
Terpancar semarak kerajaan champa
Atlet insan menyumbang kejayaan
Tamatnya kontrak mengapa dilupa?

Mentari senja indahlah sungguh,
Pengubat lara cuma sementara;
Ketika undurnya seorang jaguh,
Mengapa tiada pengganti setara?

Tinggi laksana belimbing besi
Disinggah merbah dahannya renggang
Intensif sarana suntik motivasi
Mengapa rebah tengah gelanggang

CINTAI SEJARAH

JUAL
Dahan patah disangga galah
Elak sena menimpa lada
Masih basah tinta sejarah
Mengapa alpa berakar di minda

Merbah terbang mencari buah
Hinggap di bonggol dahan ara
Darah pejuang tanda maruah
Mengapa si Kitol dijulang wira

Biji saga warnanya merah
Nampak menyala tepi tualang
Wira negara bermandi maruah
Watan derhaka mengapa dijulang

Tinggi laksana pohon jejawi
Melindung ara di seberang sana
Sejarah duka bumi pertiwi
Terkilas fakta mengapa tak cakna

PENDATANG ASING

JUAL

Nama diseru jasad dikejar
Rindu datang bukti disemai
Di perairan diburu, didarat dikejar
Pendatang kenapa seludup beramai

Bunga derdap jatuh ke muka,
Pedih terasa terganggu lena;
Sejarah pemantap jiwa merdeka,
Kelas bermula, anda di mana?

Meredah sendiri hutan akasia
Jejaka muda mendayung sampan
Kelonggaran diberi masuk ke Malaysia
Mengapa anda musnahkan harapan

Mekar kuning si bunga ara,
Patah sedahan menjelang subuh;
Pendatang asing membuat angkara,
Kenapa tuan berpeluk tubuh?

Pohon merbau redup merimba
Tumbuh kekar di pinggir kali
Dagang merantau mengaut laba
Watan terbiar siapa peduli

serpeh gasing terkena jari
rentak terlari tujaman mengena
Pendatang asing utama diberi
Rakyat sendiri gunanya di mana

PROGRAM NADI ILMU

JUAL BELI
Ditutup kain nenas dan cuka Nakhoda jemu di atas jalia,
Ajak berjamah sepinggan nasi Hilangkan bosan bermain muri,
Kempen pemangkin insan terbuka Program ilmu sangatlah mulia,
Berdiam dirumah bagaimana atasi Hentikan khayalan renungkan diri

Dukun bertemu si kunyit temu,
Baunya segar penghalau hama;
Dalam buku sejuta ilmu,
Kenapa dibakar makalah lama?

Jauh seberang di tengah kota BELI
Pohon jemuju tumbuh meliar
Program dicanang segenap strata
Minda nan beku mengapa dibiar

PERMAINAN TRADISIONAL

JUAL
Anak kumbang terbang bersama
Tergoda bunga pelbagai jenis
Galah panjang permainan lama
Kenapa anda menjeling sinis

Gulai keli dimakan isi
Kuahnya tawar hati terkesan
Andai guli permainan tradisi
Kenapa dibiar terhenti warisan

Mencari kerang hingga ke hulu,
Bekas seguni penuh terisi;
Galah panjang permainan dulu,
Mengapa kini tersisih di sisi?

Rasa tersisih pohon kemaman
Dipantai chenang terbina gerbang
Tarik upih tradisi berzaman
Pohon pinang mengapa ditebang

Pandangan mata lepasi kekisi
Masa terisi melihat gelenggang
Dinobat bagaimana mainan tradisi
Andai peranti jadi gelanggang

BELILAH BARANGAN TEMPATAN

JUAL BELI
Beli di pekan sebatang paku
Diasah menjadi paksi gasing
Bagaimana kesan akan berlaku
Ramai membeli barangan asing

Indah ukiran bunga melati
Sepanjang masa disebut orang
Barangan tempatan tiada di hati
Mengapa anda berlaku curang

Masuk ke hutan mencari perigi
Tiba disana berhenti makan
Produk tempatan berkualiti tinggi
Barangan china mengapa alukan

Ranting direpih angkara khianat,
Hilang sedahan sumber setanggi;
Kenapa masih kurang peminat?
Walau barangan bermutu tinggi.

Dijahit tangan jahitan sembat
Indah senian mahir digilap
Barangan tempatan cukup hebat
Dingin sambutan manakah silap

FAEDAH KOPERASI BELI

JUAL
Negeri segara dituju kelasi
Hati terpaut puteri cendana
Dipohon segera tubuhkan koperasi
Untungnya dikaut buktinya di mana

Hidup jelata ditepi paya
Saat merana disaksikan laut
Dicanang merata koperasi berjaya
Dari mana hasilnya dikaut?

Condong sebelah si pohon lada,
Putih bunganya tidak berduri;
Koperasi sekolah untung berganda,
Mengapa anda menarik diri?

Nampak kabur pohon jemuju
Lautan tepi singgahan kelasi
Dana dilabur koperasi dimaju
Ahli menyepi apa solusi

PERUBATAN ALTERNATIF BELI

JUAL
Anak belida di bawah titi,
Menyambar ulat jadi cebisan;
Adakah anda yakin di hati?

Andai berubat guna hembusan. anak rusa menjadi buruan
di balik daun tempat selindung
Ikan cencaru di tengah lautan pihak berkuasa teruskan pantauan
Lompat melantun diserkap pukat bahan beracun pasti dibendung
Herba dan madu jadi rebutan
Rumusan beracun bagaimana disekat

Belimbing besi tepi telaga
Dipetik dara mengguna sigai
Ubatan tradisi tiada harga
Mengapa pengusaha membina mahligai

PERAYAAN DI MALAYSIA BELI

JUAL
Berbuat salah diberi amaran
Tingkahku pudar hilang sanjung
Disambut meriah hari lebaran
Saudara dibandar mengapa tak kunjung

Empulur bambu dibuat raga, Menangkap kelah menggunakan joran
Dianyam bersama si buluh cina; Sambil mendayung tanpa curiga
Anda mengaku mesra tetangga, Disambut meriah hari lebaran
Jiran beraya anda di mana? Raya di kampung bersama keluarga

Tumbuh setara benih kelisa Mencari tembaga di tanah lombong
Nampak sulur ditutup sabut Tatkala penat berpeluh di dahi
Meriah beraya tak kira bangsa Bukan sengaja diri menyombong
Tangan dihulur mengapa tak sambut Ada hajat perlu penuhi

INSURANS KESIHATAN BELI

JUAL
Duduk makan buah rambutan
Diteduhi awan cengkerik berlagu
Islam benarkan insurans kesihatan
Mengapa tuan yang masih ragu

Gajah di hutan perosak huma, Anak teruna membawa tangsi,
Luka kakinya dijerat besi; Menangkap sepat di tepi paya,
Insurans kesihatan murahan cuma, Bukan hamba menolak polisi,
Kenapa anda menolak polisi? Aturannya ketat tidak terdaya.

PENGARUH MEDIA MASSA BELI

JUAL
anak petani menuju perigi
Jalannya sesak terus tersangkut
Warta kini bijak teknologi
Tularnya perosak mengapa diikut

Turun ke muara mencari lala,
Muncul suria hilanglah sejuk;
Media massa mengawal segala,
Mengapa anda mengikut telunjuk?

RUMAHKU SYURGAKU BELI

JUAL
Biji selasih sebelah delima
Tampak samar jauh dihutan
Persekitaran bersih tuntutan utama
Sampah terbiar bagaimana tindakan

Rusa berjalan di tengah padang,
Hilang harum puspa dijamah;
Panggilan azan sudah berkumandang,
Mengapa belum pulang ke rumah?

SENI PERTAHANAN DIRI BELI

JUAL
Jauh diselat berbuka puasa
Diwaktu senja doa dipupuk
Seni silat warisan bangsa
Mengapa remaja katanya lapuk

Buah kelapa dari seberang
Hanyut berada di bawah titi
Sudah berjumpa lawan yang garang
Mengapa anda bergoncang hati

Pagi jumaat bertanam lada Mencari jati Di Gunung Tahan,
Bersama dituai anak penghulu Hujungnya bertemu pepohon nira,
Ilmu silat penuhi dada Hidup mati di tangan tuhan,
Berani mati apakah perlu Pertahanankan ilmu maruah negara

Dilaut dalam berenang sardin
Timbul di muka disambar kenari
Betapa tajam pisau dan ladin
Seteru mana hendak dicari

NILAI INTEGRITI BELI

JUAL
Buah salak jatuh dititi
Dikutip pekerja isinya kosong
Mudah dipupuk nilai integriti
Mengapa remaja mudah terpesong

Anak kelkatu terbang tak laju, terbang murai dari barat
Sampai ajalnya disambar murai; bertemu tuan dalam gua
Andai bersatu negara maju, keputusan bercerai terasa berat
Mengapa anda pilih bercerai? dek tak sehaluan terpisah jua

Keli limbat kurang di muara
Disauk pukat sepenuh kudrat
Bersikap khianat terhadap saudara
Apakah selamat dunia akhirat

BERJIWA IKHLAS BELI

JUAL
Indah hiasan sanggul penari
Cukup berseri didandan rapat
Mengapa insan ikhlaskan diri
Sedang memberi belum mendapat

Burung pegan memagut padi kuasa sakti burung kedidi
Tersimpul benang di tepi pukat amat menakutkan di waktu malam
Mengapa enggan menabur budi niat di hati inginku berbudi
Berhati tenang melimpah berkat sanggup biarkan dek kisah silam

Corak mempelas hiasan labuci,
Dijahit berlima di tengah tuala;
Andai ikhlas peribadi suci,
Mengapa anda mengungkit segala?

Hilir berteman mencari lokan
Sampai kuala patah kemudi
Adik bukan saudarapun bukan
Mengapa anda tetap berbudi

Hadir kenduri bersongket kemas BELI
merai pengantin turunan duli
Hilang budi kerana emas
Kami yang miskin siapa peduli

INOVASI MURID

JUAL
Setiap pagi mengkait kuini
Saat mencari jatuh tersadung
Dipenuhi teknologi pembelajaran kini
Vandalisme bagaimana dibendung

Terangnya terbit mentari pagi, Berjalan lelah lintasi benteng
Terik sinarnya memantul biasan; Mencari khadam untuk si raja
Ramai murid inovasi tinggi, Usaha sekolah di pandang enteng
Mengapa bakatnya lewat dikesan? Bakat terpendam dibiar saja

INDUSTRI DESA

JUAL BELI

Tumbang kenanga umbi dikapak,
Tunasnya mati pucuk tiada;
Hasil desa berabuk dan hapak,
Apakah nanti tindakan anda?

Tinggi laksana terbangnya merbah Terbang pekaka bersama merpati
Turun ke paya ketemu kuang Hinggap di dahan pohon mempelam
Hasil desa makin bertambah Industri desa tetap dihati
Mengapa hanya memenuh ruang Luaskan pasaran seantero alam

Diperdu sena tumbuh kelisa Datang teruna mengirim cempedak
Memanjat pepara serumpun sarat Menaiki pedati dari istana
Dilonjak bagaimana industri desa Industri desa dipandang tidak
Andai citarasa berkiblat barat? Tingkatkan kualiti pendapatan dijana

MALAYSIAKU TERCINTA BELI

JUAL
Seladang muda digesel gajah
Terguris luka tidak terjaga
Cukup terseksa hidup terjajah
Mengapa merdeka tidak terjaga

Anak segara terbang melaju
Bersama kuang tinggi menghilang
Malaysia negara kian maju
Nobat gemilang mengapa bergalang

Tumbuh berembang di tepi muara Dibawah pawana mengerat jerami,
Gugur sedahan tersangkut pukat Tangis merana dipatuk ular,
Kebebasan berdagang hak negara Perdagangan negara menjana ekonomi,
Jana pendapatan mengapa disekat tiada daya wabak menular

Sambal belacan tidak sempurna, Terbang bebas si burung candik,
Andai tiada si ulam kerdas; Sayang sekali dipanah bendahara,
Di dalam talian Malaysia dihina, Anak muda semuanya cerdik,
Mengapa anda takut membidas? Tingkatkan prestasi banggakan negara

TEMA BEBAS

SRIKANDI BERJASA

JUAL BELI
Bayangan tualang di bawah rembulan Mudik di sungai ikan seluang
Indah hiasi seluruh padang Dijadikan lauk oleh Si Emban
Bersuara lantang tegakkan keadilan Adat pahlawan setia berjuang
Mengapa mati di mata pedang Pantang dicabar sedia berkorban

PENDERMAAN ORGAN

JUAL BELI
Dijahit tuan sehelai satin Turun cerun seorang diri
Buat panglima di medan kelak Sebilah pisau dibawa Bersama
Katanya tuan rakyat prihatin Rasa gerun selubungi diri
Disuruh menderma mengapa menolak Hati risau enggan menderma

LIPATAN KENANGAN

JUAL BELI
Pangan ara tumbuh beralaf Berdiri megah pohon berangan
Diredah dongan tiada lepa Buahnya merkah jatuh ke tanah
Hanya kerana satu khilaf Tercipta indah beribu kenangan
Seribu kenangan mengapa dilupa Dek amarah semuanya punah

MUAFAKAT SERANTAU

JUAL BELI
Anak sepat menyambar jerami Sungguh pekat aliran sungai
Ekornya luka sirip terbelah Anak ikan mati gelimpangan

Setuju muafakat naikkan ekonomi Berbeza budaya pelbagai perangai
Antara negara, mengapa berbalah Bercanggah fikiran, pelbagai halangan

MEMACU PRODUKTIVITI

JUAL BELI
Berbunga mekar pohon akasia Burung nuri hinggap di dahan
Gugur di akar saling bersilih Terbang sendiri memagut huma
Daging segar banyak di Malaysia Daging import jadi pilihan
Import luar mengapa dipilih Kualiti tinggi penyebab utama

Tersemat cempaka memagar rendangan Tumbuh berangan tepian serapuh
Merbah meruntun jambangan kurnia Tanahnya bersepah dihiasi duri
Semangat membara mengejar saingan Semua saingan akan ku rempuh
Bagaimana membangun di persada dunia? Berbekal ilmu dalaman diri

JATI DIRI

JUAL BELI
Terkena keris burung kenari Atap beranda kemas di atur
Darahnya menitik ke pohon semalu Di tepi benteng dibiar sahaja
Berbahasa Inggeris di negeri sendiri Bahasa ibunda malu ditutur
Berbahasa ibunda mengapa malu Dipandang enteng kalangan remaja

kucing kurus garu di papan
papan bernama si kayu tari
bagaimana hati tidak keruan
melihat watan tidak mandiri

Tumbuh keladi di tanah lata
Tempat pedada memakan buah
Bergoyang budi gilakan harta
Mengapa anda musnahkan maruah

JUAL ADAT ISTIADAT
jika lebat si buah kurma,
buah salak jual di pekan, BELI
jika adat bertentang agama, Jatuh kelkatu di atas batu,
di mana hendak kita padukan, Sayapnya berat dek hujan lama;
Andai berlaku fenomena itu,
Tuntunlah adat ke jalan agama.

GENERASI PELAPIS

JUAL BELI
Riuh Mergastua penghuni rimba Terbang bebas si burung candik,
Penuh pawana nikmati duniawi Sayang sekali dipanah bendahara,
Selagi belia berjiwa hamba Anak muda semuanya cerdik,
Bagaimana dibela nasib pertiwi? Tingkatkan prestasi banggakan negara


Click to View FlipBook Version