The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH NEGERI JOHOR - KHAIRATUNNAJIHAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by actionkkaak, 2021-04-10 01:12:53

TOKOH DATO ONN JAAFAR

TOKOH NEGERI JOHOR - KHAIRATUNNAJIHAH

DJAATAOFOANRN

ANAK KELAHIRAN
JOHOR

BIODATA DIRI PESERTA

Nama : Khairatunnajihah binti
Zuraidi
Kelas : 5 Bestari
Alamat Rumah : TL 47 Kampung
Parit Lapis Simis , Sri Medan
83400 , Batu Pahat , Johor .
Email : [email protected]
Alamat Sekolah : SMK Seri
Medan , Jalan Haji Ariff , Sri
Medan , Batu Pahat , Johor .

ISI KANDUNGAN

● BIODATA ● KERJAYA

DIRI TOKOH

PESERTA ● SUMBANG

● ISI AN TOKOH

KANDUN ● NILAI

GAN KEMPIPIN

● PENDAHU AN YANG

LUAN BOLEH

● BIODATA DICONTOHI

TOKOH ● PENUTUP/K

● PENDIDIK ESIMPULA

AN N

TOKOH ● SUMBER

YANG RUJUKAN

DIPILIH

PENDAHULUAN

Alhamdulillah dengan kudrat
saya , dapat saya selesaikan
buku skrap digital ini . Saya
memilih Dato Onn Jaafar
sebagai tokoh pilihan saya
kerana dapat dijadikan
contoh kepada masyarakat
dan juga anak muda pada
zaman sekarang . Selain itu ,
terdapat perlbagai
sumbangan yang telah beliau
lakukan terhadap negara .
Kemudian , telah saya
selitkan serba sedikit nilai
kepimpinan yang dapat kita
contohi dari beliau . Akhir
sekali , saya berharap agar
buku skrap digital ini
memberikan info dan juga
manfaat kepada kita semua .

BIODATA TOKOH

Nama diberi Onn bin Jaafar , beliau dilahirkan pada 12
Februari 1895 di Batu Pahat , Johor . Beliau merupakan anak
kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar
Johor yang pertama . Untuk pengetahuan semua pada tahun
1901 Dato Onn Jaafar telah menjadi anak angkat kepada
Sultan Ibrahim dan menghabiskan masanya di Istana Johor .
Lebih ringkas lagi beliau telah dipelihara sejak kecil lagi oleh
Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar serta beliau telah
mempelajari bahasa inggeris dengan wanita inggeris .
Kemudian , beliau mendapatkan pendidikan Melayu sebelum
melanjutkan pelajarannya ke England . Pada tahun 1902 ,
ibunya iaitu Rugayah telah meninggal dunia dan beliau berasa
sangat sedih kerana dia merupakan wanita yang telah
melahirkannya . Rafaeh Abdullah telah melahirkan empat
orang anak dan telah meninggal dunia beberapa tahun
kemudian .Berbalik pada biodata beliau , Dato Onn Jaafar .
pada tahun 1911 beliau telah berkahwin dengan waita
bernama Rafaeh binti Abdullah . Wanita ini merupaakan anak
angkat bapanya , wanita ini juga merupakan kerani sambilan
di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor . Seterusnya , pada
tahun 1915 Dato Onn Jaafar berkahwin kali kedua dengan
Che Jamilah dan mendapat seorang anak . Pada tahun 1917 ,
beliau telah menyertai pasukan tentera johor dan ditempatkan
di Pulau Belakang Mati , Singapura -markas JMF. Beliau
merupakan seorang yang erilmu dan sentiasa cuba untuk
menceburi pelbagai bidang . Akhir sekali , beliau sentiasa
berjuang untuk tanah air tercinta dengan ilmu yang beliau ada
.

PENDIDKAN TOKOH YANG
DIPILIH

Dato Onn Jaafar merupaka seorang yang
memenuhi ilmu yang penuh didada . Dia juga
seorang yang suka menambah dan mempelajari
pelbagai ilmu-ilmu baharu agar dapat dia gunakan
untuk memimpin anak bangsa . Pendidikan
asasnya bermula di SMJB iaitu SEKOLAH
MELAYU JOHOR BAHRU yang merupakan
sekolah rendah pertamanya . Skolah ini ialah
sekolah yamg dihadirinya sebelum dihantar ke
England , untuk pengetahuan semua beliau telah
diasuh oleh wanita inggeris bersama Sultan Johor
iaitu Tunku Ismail Abu bakar iaitu bapa angkatnya
dan Tunku Ahmad ketika beliau berusia sembilan
tahaun . Kemudian , Dato Onn Jaafar telah
menyambung persekolahannya di Sekolah
Aldeburg Lodge di England sdalam masa yang
agak lama iaitu enam tahun . Setelah beliau
menamatkan pembelajarannya di England , beliau
telah kembali ke tanah airnya i

KERJAYA POLITIK

Dato Onn Jaafar pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah
dalam pentadbiran penjajah British , tetapi beliau telah
berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan .

Seterusnya , pada 1-4 mac 1946 , 41 buah persatuan Melayu
telah berhimpun di Kelab Sultan Lumpur untuk menghadiri
kongres Melayu buat kali pertamanya yang diadakan untuk
menentang Malayan Union . Malayan Union jelas sekali
terlihat seperti ancaman terhadap keistimewaan orang
melayu dan kedudkan sulan-sultan Melayu .. Hasil daripada
mesyuarat ini , sebuah badan yang mewakili orang melayu
telah ditubuhkan ketika kongres ketiga iaitu ketika di Johor
Bahru pada 1 Mei 1946 .Oleh kerana , Dato Onn amat aktif
dalam gerakan nasionalisme Melayu , beliau telah dilantik
sebagai presiden pertama oleh kongres itu .

Pada 1 Oktober 1946 , Dato Onn Jaafar dilatik menjadi
Menteri Besar Johor . Namun , tiga tahun kemudian beliau
telah meletakkan jawatannya kerana ingin menumpukan
sepenuh masanya kepada kepada UMNO . Di bawah
kepimpinanya , UMNO berjaya membuat kerajaanBritish
untuk membubarkan Malayan Union dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) . PTM 1948 mengekalkan
keududukan raja Raja-raja Melayu dan memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan serta memberi hak istimewa
Melayu . Namun demikian , Dato Onn mencadangkan agar
keahlian parti dibuka kepeada semua pendudkTanah Melayu
tanpa mengira kaum dan menukarkan nama UMNO kepada
PERTUBUHAN KEBANGSAAN PENDUDUK TANAH MELAYU
BERSATU . Oleh kerana cadangan itu ditentang , Dato Onn
telah meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila
persidangan UMNO yang keenam diadakan .

Kemudian Dato Onn Jaafar menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya iaitu IMP pada 26 0gos 1951 .
Malangnya , parti tersebut tidak mendapat sambutan
ramai serta sokongan daripada orang melayu . Pada
tahun 1954 , beliau meninggalkan parti itu dengan
tujuan menubuhkan parti baru iaitu Parti Negara untuk
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 . Untuk
pengetahaun tambahan Parti Negara menyekatkan
keahlian bukan orang melayu dalam satu percubaan
untuk memperoleh sokongan daripada orang melayu .
Walau bagaimapun , strategi tersebut tetap gagal . Parti
itu tidak mendapat sokongan dan tidak memenangi
sebarang kerusi di dalam piliha raya tersebut . Namun ,
Dato Onn dengan tulang empat keratnya sedaya upaya
masih berusaha untuk mendapatkan tempat di dalam
politik . Akhirnya , titik peluh yang dikeluarkan selama
ini membuahkan hasil , Beliau telah berjaya
mendapatkan satu kerusi di kawasan Kuala
Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum tahun
1959 . Beliau telah medapat kerjasama ataupun
bantuan daripada parti PAS .

SUMBANGAN

Dari dahulu lagi , Dato Onn
Jaafar hanya diiktiraf sebagai
tokoh yang berjasa kepaada
negara kerana mengasaskan
penubuhan UMNO dan menjadi
Yang Dipertua Pertama dari 1946
- 1951 . Beliau berjasa menentang
dan membubarkan Malayan
Union (MU) . Sumbangan Dato
Onn Jaafar dalam perjuangan ke
arah kemerdekaan negara pada
hakikatnya tidak boleh dinafikan .
Kemerdekaan hari ini tercapai
pada 31 Ogos 1957 meskipun
tidak dianggap sebagai buah
tangan Dato Onn Jaafar tetapi
sebenarnya ia adalah merupakan
hasil asas yang dibinanya .

Dato Onn Jaafar merupakan
lagenda bangsa melayu . Jasa
beliau dalam menyemarakkan
semangat nasionalisme kepada
orang melayu tidak sesekali luput
dan ingatan masih segar terpahat
di minda rakyat Malaysia . Beliau
merupakan pengasas dan YDPA
pertama UMNO , peneraju utama
gerakan untuk menentang dan
mengalahkan Malayan Union dan
tokoh pelapor dan pemangkin
perpaduan dan kerjasama anatara
kaum Malaysia .

Dato Onn Jaafar bekerja sebagai wartawan pada
tahun 1930 ketika berumur 35 tahun dan pada tahun 1934
menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga

. Selain itu , beliau juga pernah menjadi ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor . Semasa zaman pendudkan
Jepun , Dato Onn Jaafar menjadi ketua pejabat Kawalan
Makanan Negeri Johor . Beliau pernah ditugaskan dalam
pentadbiran penjajah British tapi kemudian diberhentikan

kerana membantah dasar-dasar kerajaan .
Dato Onn Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap
pembentukkan Malaysia khususnya dalam aspek politik .

Ianya juga dapat membuka mata masyarakat agar tahu
betapa pentingnya bersatu padu dalam mencapai

kemerdekaan negara . Anatara langkah yang beliau lakukan
ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu Melayu iaitu UMNO pada 11
Mei . Beliau juga telah dilantik sebagai presiden UMNO
yang pertama .
Seterusnya , beliau telah dilantik sebagai Besar Johor .
Namun , tiga tahun kemudian beliau telah meletakkan
jawatan untuk menumpukan sepenuh masanya kepada
UMNO . Setelah itu , beliau berjaya menubuhkan
Persekutuan Tanah Melayu . Beliau telah mengemukakan
cadangab tentang keahlian UMNO tapi disebabkan orang

melayu tidak sanggup menerima perubahan radikal . Walau
bagaimanapun , Dato Onn Jaafar tetap tidAK BERPUTUS

ASA .
Dato Onn Jaafar telah dilantik oleh kerajaan British
sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negara dan beliau
nampak akan permasalahan tentang pentadbiran dan politik
. Mungkin kerana itu beliau merasakan yang negara
memerlukan kerjasama antara kaum dan percaya bahawa
mereka memerlukan bimbingan dari Bristish agar dapat
memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai

kemerdekaan ,

Oleh kerana perkara tersebut ,
beliau telah dituduh sebagai pro-british
kerana duduk di dalam kabinet penjajah .

Kemudian UMNO membenarkan
seorang wakil menerima tempat di dalam
kabinet tersebut Sewaktu Dato Onn telah

dilantik sebagai Pengerusi RIDA iaitu
sebuah badan yang bertujuan umtuk
meninggikan ekonomi orang-orang
melayu . Selain itu , di dalam bidang
pelajaran Dato Onn terkenal dengan
minatnya terhadap kemajuan anak-anak
melayu yang membuahkan anatara lain ''

Biasiswa UMNO'' .
Pada tahun 1962 , Dto Onn Jaafar
menghembuskan nafas terakhirnya di
Johor Bahru . Perjalanan perjuangan
beliau merupakan sebahagian dariapada
sejarah tanah air kita selepas perang

duani kedua . Walapun pelbagai
tanggapan yang diberikan kepadanya ,
tiada siapa pun yang akan melupakan

baktinya terhadap tanah melayu .

NILAI KEPIMPINAN
YANG BOLEH
DICONTOHI ;

Sebagai seorang pejuaang dalam mendukung
keamanan negara dan tanah air tercintanya serta
memperjuangkan hak pelbagai bangsa , beliau terbukti
mempunyai pendirian tersendiri yang sangat teguh . Beliau
juga mempunyai pendirian tersendirinya di dalam bidang
politik . Selain itu , kepintaran dan kegigihannya tidak ada
tolak bandingnya di nwaktu beliau berada di mercu politik
UMNO dan tanah air sehingga diperakui diantara semua
kalangan masyarakat . Seterusnya , beliau seorang tokoh
politil nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi
meskipun tidak menjejaki kakinya di mana-mana Universiti
. Dato Onn Jaafar juga merupakan pemidato serta pengarang
yang terkenal dengn kebolehan bahasanya yang
menakjubkan . Dalam waktu yang intensif iaitu ketika waktu
pergolakan polotik tanah air sedang memuncak beliau wujud
untuk memegang teraju pimpinan orang-orang melayu dan
membentuk corak politik yang akan diikuti . Itulah anata
nilai kepimpinan beliau yang dapat kita contohi dari sudut
pandangan yang positif '

PENUTUP

Alhamdulillah syukur
kepada allah kerana
limpah kurnianya dapat
juga saya menyiapkan
buku skrap ini dengan
tempoh masa yang
diberikan . Saya telah
mendapat pelbagai
manfaat ketika
menyelesaikan tugasan
ini , salah satunya saya
dapat memahami alur
cerita tentang perjuangan
seseorang demi tanah air
tercintanya . Saya
berharap anak muda pada
masa kini dapat
mencontohi segala nilai
murni tentang tokoh-
tokoh di negara kita serta
menghargai perjuangan
para tokoh dan pejuang
tanah air tercinta kita .

sumber rujukan

BUKU RUJUKAN

> Tokoh-tokoh

kemerdekaan
> Buku Teks

GOOGLE /
LAMAN WEB
>
HTTPS://WIKI
PIDIA.ORG
>HTTPS;//umn
o-online.my

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version