The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FARAH AALIYAH BINTI FERUZ ANWAR Moe, 2020-04-20 10:04:09

Frasa Adjektif

Frasa Adjektif

Keywords: Frasa adjektif,bm,bahasa melayu,stpm,penggal 2

Frasa Adjektif

Farah Aaliyah & Balqis

Pengenalan

 Frasa adjektif ialah binaan yang terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan yang
intinya ialah kata adjektif.

Binaan Frasa Adjektif

 Dua jenis binaan frasa adjektif:
1. Binaan satu perkataan
2. Binaan dua perkataan

Binaan Satu Perkataan

 Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif sahaja, dan kata ini
boleh diperluas untuk menjadi binaan yng mengandungi dua perkataan atau
lebih.

 Contohnya: hitam, manis, bujur, bulat, cantik, sejuk
 Kata adjektif boleh menerima imbuhan seperti se-, ke-…-an, dan teR-
 Contohnya: Gadis itu secantik ibunya dan sesabar ayahnya.
 Frasa adjektif yang terbina daripada satu perkataan juga boleh dalam bentuk

gandaan.
 Contohnya: Dia kelihatan takut-takut ketika bersama-sama kami.

Binaan Dua Perkataan

 Dua jenis frasa adjektif binaan dua perkataan:
1. Kata adjektif + kata nama
2. Kata adjektif + kata adjektif

Binaan Dua Perkataan

 Binaan kata adjektif + kata nama
1. Mengandungi maksud kiasan (panjang akal, jinak

merpati)
2. Mengandungi maksud keserupaan (merah saga,

kuning telur)

Binaan Dua Perkataan

 Kata adjektif + kata adjektif
1. Mengandungi unsur rima/ keindahan bunyi (riuh

rendah, lemah longlai)
2. Mengandungi keserasian makna (cerdik pandai,

aman damai)
3. Mengandungi makna berlawanan (tinggi rendah,

panjang pendek)

Peluasan Frasa Adjektif

 Frasa adjektif boleh diperluas dengan
menambahkan unsur tertentu pada frasa itu, iaitu
unsur yang terdiri daripada:

1. Kata penguat
2. Kata bantu
3. Keterangan
4. Ayat komplemen

Perluasan Dengan Kata Penguat

 Frasa adjektif boleh menerima kata penguat,
sama ada kata penguat hadapan, belakang atau
kata penguat bebas.

 Contoh:
§ Bayi itu sungguh comel.
§ Rumah ibunya amat cantik.

Peluasan dengan keterangan

 Frasa adjektif boleh diperluas dengan memberikan keterangan tertentu
 Jenis keterangan
- Waktu/masa - Dia amat sibuk pada hujung minggu.
- Bandingan - Gadis itu peramah macam ibunya.
- Musahab - Ibu tua itu amat sunyi kerana keseorangan.
- Tempat - Rumahnya rosak teruk di bahagian dapur.
- Kekerapan - Saya kadang-kadang keliru.
- Hal/keadaan - Jepun amat maju dalam industri automotif.
- Cara - Dia sedar dengan sendirinya.
- Terhadap/kepada (emotif) - Pak Ali amat sayang akan anak tunggalnya.
- Tujuan/harapan - Kita harus kaya demi kesenangan hidup.

Peluasan dengan Ayat Komplemen

 Ayat yang predikatnya terdiri daripada kata adjektif daripada ‘jenis
perasaan/emotif’, sesetengahnya boleh digabungkan dengan klausa tak bebas
yang mengandungi kata hubung komplemen dan ayat itu menjadi ayat
komplemen frasa adjektif. Frasa adjektif itu dikatakan mengalami peluasan
dengan ayat komplemen.

 Contoh: Mereka yakin bahawa perjuangan mereka akan berhasil.

 Hasil daripada peluasan kata adjektif dengan unsur-unsur di atas, dapat
dirumuskan bahawa frasa adjektif boleh terbina dalam susunan seperti yang
berikut:

§ Kata bantu + kata adjektif (Ingatan saya terhadapnya masih segar.)
§ Kata penguat + kata adjektif (Pemandangan di pantai itu amat cantik.)
§ Kata bantu + kata penguat + kata adjektif (Telah terlalu lama mereka terbiar.)
§ Kata adjektif + kata penguat (Berani sungguh dia behujah dengan ketuanya.)
§ Kata bantu + kata adjektif + kata penguat (Buah pisang itu sudah masak sungguh.)
§ Kata penguat + kata adjektif +kata penguat (Rumahnya baharunya amat besar

sungguh.)
§ Kata penguat + kata adjektif +keterangan (Kami agak selesa dalam perjalanan.)
§ Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen (Ibu amat yakin bahawa abang

sudah insaf.)
§ Kata adjektif + kata penguat + ayat komplemen (Kami yakin sungguh bahawa Amir

akan menanang.)
§ Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif (Hidup pasangan itu masih rukun

damai.)

Posisi Frasa Adjektif dalam Ayat

 Sebagai predikat
 Sebagai unsur keterangan dalam predikat
 Sebagai penerang
 Sebagai subjek

Frasa adjektif sebagai predikat

 Frasa adjektif menduduki konstituen predikat dalam ayat.
 Contoh:
§ Sekolah itu bersih sungguh.
§ Budak perempuan itu baik hati.

Frasa adjektif sebagai keterangan dalam
predikat

 Frasa adjektif boleh menjadi unsur keterangan dalam ayat.
 Contoh:
§ Dia datang lambat.
§ Pesawat itu terbang tinggi.

Frasa adjektif sebagai penerang

 Frasa adjektif juga boleh menjadi penerang kepada frasa nama, sama ada
frasa nama subjek atau objek.

 Contoh:
§ Baju lama saya masih baik lagi.
§ Kereta mewah itu milik pengurus baharu.

Frasa adjektif sebagai subjek

 Frasa adjektif juga boleh menduduki konstituen subjek dalam ayat.
 Contoh:
§ Cantik idaman semua wanita.
§ Biru muda warna kegemaran saya.

Soalan

 1) Yang manakah ayat yang mengandungi kata
adjektif majmuk?

a. Tanah di tapak pembinaan itu tinggi rendah.
b. Suasana di kampung itu masih aman damai.
c. Gadis itu cantik manis jika berbaju kurung.
d. Badan budak lelaki itu gemuk air.

Soalan

 2) Yang manakah ayat yang mengandungi
perbandingan kata adjektif darjah?

a. Beras di dalam tong itu masih kurang lagi.
b. Gadis bertudung itu sebaik-baik perempuan.
c. Kek coklat itu kurang manis daripada kek ini.
d. Harga minyak masak terlalu mahal berbanding
dulu.

Soalan

 3) - Warna baju kemeja lelaki itu kuning langsat.
 - Rasa jus ini manis buah.
Frasa adjektif yang berhuruf condong dalam ayat di atas
a. membawa maksud kiasa
b. menunjukkan keserasian makna
c. memperlihatkan unsur keserupaan
d. menekankan unsur keindahan bunyi

Soalan

 4) Ayat yang manakah yang mengandungi frasa
adjektif?

a. Suaranya serak-serak basah.
b. Jalannya berlenggang-lenggok.
c. Langkahnya langkah pahlawan.
d. Wajahnya kelihatan berseri-seri.

Soalan

 5) Yang manakah ayat yang menggunakan kata
adjektif yang mendukung makna kiasan?

a. Mukanya bujur sirih.
b. Dia seorang yang ringan tulang.
c. Tubuhnya sekarang kurus kering.
d. Kerana kehujanan dia basah kuyup.


Click to View FlipBook Version