Kertas Kerja Pertandingan Bowling Biro Wanita
PPKPP Taman Desa Baiduri
1.0 PENDAHULUAN
Kesihatan fizikal merupakan faktor penting mendorong kepada kesihatan mental seterusnya
kesihatan emosi, justeru keadaan fiizikal yang aktif adalah satu keperluan kepada setiap manusia
bagi membolehkan ianya berinteraksi dengan baik terhadap persekitarannya.
Karnival sukan ini merupakan satu lagi inisiatif Biro Wanita PPKPP bagi mewujudkan budaya “Warga
Sihat” dalam kalangan warga PPKPP Taman Desa Baiduri melalui semangat kesukanan. Selain itu,
melalui penganjuran karnival sukan ini juga diharapkan dapat mewujudkan kejelekitan dalam
kalangan warga PPKPP disamping mencungkil bakat yang terpendam.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membudayakan amalan gaya hidup sihat dikalangan warga PPKPP Taman Desa
Baiduri amnya dan Biro Wanita khususnya.
2.2 Mewujudkan kejelekitan dikalangan warga PPKPP melalui semangat kesukanan.
2.3 Menggalakan kerjasama yang lebih erat antara warga PPKPP.
2.4 Memupuk semangat berpasukan dalam setiap pasukan yang bertanding.
3.0 KUMPULAN SASARAN
3.1 Warga penghuni PPKPP Taman Desa Baiduri.
4.0 MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 6 Ogos 2022
Hari : Sabtu
Masa : 1 Petang Hingga 6 Petang
Tempat : Megalanes Kuala Lumpur,Endah Parade
5.0 JENIS PERTANDINGAN
5.1 Bowling
1. Perlawanan dijalankan secara kiraan mata
2. Setiap pasukan akan bermain dalam TIGA pusingan
3. Senarai pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada pungutan mata
4. Setiap pasukan mesti disertai 4 orang pemain tetap
5. Perlawanan dijalankan secara perkiraan mata tertinggi dalam pasukan dan individu
6. Hadiah akan diberikan kepada pasukan dan yang mendapat tempat pertama hingga ke-5
7. Hadiah dan saguhati akan diberikan kepada peserta individu yang
mendapat tempat pertama hingga ke-10
8. Hadiah suguhati juga akan diberikan kepada peseta yang mengambil bahagian
6.0 SYARAT PERTANDINGAN
1. Setiap pasukan bowling wajib mendaftar maksimum 4 org pemain sahaja
2. Setiap Biro perlu menghantar 1 pasukan
3. Setiap 1 pasukan boleh diwakili oleh peserta lelaki dan peserta perempuan
4. Setiap pasukan yang bertanding haruslah menyerahkan borang penyertaan
kepada pegawai pertandingan beserta yuran penyertaan sebanyak RM200 dan
RM50 bagi individu sebelum tarikh tutup penyertaan pada selewat-
lewatnya sebelum 30 JULAI 2022.
5. Terhad kepada max 15 pasukan sahaja
7.0 PERATURAN PENGADILAN
1. Pentandingan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh AJK pertandingan
2. Peraturan permainan tertakluk kepada peraturan sedia ada.
3. Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pasukan
yang bertanding
4. Taklimat permainan dan pertandingan akan diadakan sebelum pertandingan
dimulakan.
5. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER KEWANGAN PERKARA JUMLAH
BIL
RM 2,000.00
1. Sumbangan PPKPP RM 3,000.00
2. Bayaran Pemain : RM 200 x 15 KUMPULAN RM 5,000.00
JUMLAH BESAR
PERBELANJAAN PERKARA KUANTITI AMAUN JUMLAH
BIL 80 0rg
Jamuan (Makan tengahari & Minum petang) 60 Orang RM20.00 RM 1600.00
1. - Peserta
1
- AJK
2. Sewa Lane (3 Game) RM 24.00 RM 1,440.00
3. Hadiah Pertandingan RM 100.00 RM 1,165 .00
4. Kain rentang RM 100.00
5. Luar Jangka RM 300.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 4,605.00
PERINCIAN HADIAH BUTIRAN AMAUN
KUMPULAN RM 30 x 4 org RM 120.00
Tempat Pertama RM 25 x 4 org RM 100.00
Tempat ke-2 RM 20 x 4 org RM 80.00
Tempat ke-3 RM 15 x 4 org RM 60.00
Tempat ke-4 RM 15 x 4 org RM 60.00
Tempat ke-5 RM 10 X 60 org (15 Kump) RM 600.00
Saguhati Peserta RM 1,020.00
JUMLAH
AMAUN
INDIVIDU BUTIRAN RM 30.00
Tempat Pertama RM 30 x 1 org RM 25.00
Tempat ke-2 RM 25 x 1 org RM 20.00
Tempat ke-3 RM 20 x 1 org RM 70.00
Saguhati RM 10 x 7org RM 145.00
JUMLAH RM 1165.00
Jumlah Keseluruhan
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang sedia dirangka dengan semangat
kerjasama yang jitu dan erat. Komitmen yang tidak berbelah bagi dari semua pihak yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya adalah teras ke arah pencapaian kejayaan yang gilang-gemilang.