The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by memeyeddy, 2023-06-07 05:36:04

BUKU NOTA KURSUS JENAZAH

BUKU NOTA KURSUS JENAZAH

2 TENTATIF KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (MUSLIMAH) ANJURAN BIRO WANITA PPKPP TAMAN DESA BAIDURI 10 JUN 2023 8.00 PAGI : PENDAFTARAN : UCAPAN ALUAN KETUA AJK AGAMA (PN. RADIAH BT. SARIF) : CERAMAH TEORI PENGURUSAN JENAZAH 10.00 PAGI : REHAT/ SARAPAN PAGI : SESI PRAKTIKAL MENYEDIAKAN KAIN KAPAN DAN MEMANDIKAN JENAZAH SECARA BERGILIR : SESI PENUTUP : UCAPAN PERASMIAN OLEH KETUA BIRO WANITA (S/INSP. ASPALELA BT. ALSAPLEE) : PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KEPADA PESERTA : PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH : SESI BERGAMBAR 1.00 T/HARI : BERSURAI


3 PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAH DISEDIAKAN OLEH : UNIT KEBAJIKAN ISLAM BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) URUSAN DENGAN ORANG SAKIT • Hukum ziarah • Adab ziarah orang sakit • Adab ziarah pesakit nazak • Hakikat kematian • Amalan sunat dilakukan ke atas si mati HUKUM ZIARAH • Ziarah • Hukum ziarah - Imam Nawawi (Sunat Muakkad) • Galakan ziarah untuk : - Menghiburkan - Simpati - Kewajipan insan


4 ADAB ZIARAH ORANG SAKIT • Tidak menziarah terlalu lama • Sunat berselang hari • Doa cepat sembuh • Berian kata perangsang • Mengingatkan menjaga kebersihan • Mengingatkan supaya berzikir • Sunat menitiskan air ke mulut pesakit • Sunat duduk di sisi kepala pesakit • Tidak berbual kosong dan membuat bising ADAB ZIARAH PESAKIT NAZAK • Sunat menitiskan air ke mulut pesakit • Ajarkan Doa • Membaca Surah Yasin • Membaca Surah Al-Ra’du ال اله اال هللا kalimah Ajarkan• HAKIKAT KEMATIAN • Setiap yang hidup pasti mati • Dalil: Surah Ali Imran: ayat 185 Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan balasan kamu . . .


5 AMALAN SUNAT DILAKUKAN KE ATAS SI MATI • Buangkan najis/kekotoran pada jenazah • Gantikan semua pakaiannya • Letakkan di tempat agak tinggi mengadap kiblat • Tanggalkan segala yang palsu • Pejamkan mata jenazah • Tutupkan mulut • Letakkan objek berat atas perut jenazah • Letakkan wangian • Tutupkan jenazah dengan kain bersih • Jelaskan semua hutang si mati KEWAJIPAN DALAM MENGURUS JENAZAH • Memandikan jenazah • Mengkafankan jenazah • Menyembahyangkan jenazah • Mengebumikan jenazah KEWAJIPAN 1 (MEMANDIKAN JENAZAH) • Syarat-syarat pemandi jenazah • Yang boleh memandikan jenazah • Jenazah yang boleh dimandikan • Alat mandi jenazah • Cara mandi jenazah • Jenazah yang ditayammumkan


6 SYARAT-SYARAT PEMANDI JENAZAH • Amanah • Ikhlas (minat,keinginan) • Ilmu • Buang sifat jijik terhadap jenazah • Buang perasaan takut YANG BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH Lelaki Lelaki Wanita Wanita Suami/Isteri Isteri/Suami Ayah/Ibu Anak L/P & Mahram Anak L/P Ayah/Ibu/Mahram Kanak-Kanak Lelaki/Wanita Khunsa Musykil Lelaki/Wanita JENAZAH YANG BOLEH DIMANDIKAN • Jenazah orang islam • Jenazah bukan syahid dunia akhirat • Ada walaupun sebahagian anggota jenazah


7 ALAT MANDI JENAZAH • Tempat mandi yang tertutup • Air mutlak • Daun bidara/sabun/yang menghilangkan najis • Kapur barus dan cendana • Air mawar • Sarung tangan,penutup mulut,apron • Kain basahan • Kain gantian • Clorox (HIV) CARA MANDI JENAZAH • Letakkan jenazah terlentang di tempat mandi • Basahkan seluruh badan jenazah • Buang najis qubul dan dubur • Sabun seluruhbadan dan buang kekotoran • Ratakan air seluruh badan • Mandikan air kapur barus • Sunat ketika mandi: wudukkan JENAZAH YANG DITAYAMMUMKAN • Tidak ada air • Jenazah uzur yang tidak boleh kena air (reput,terbakar,mati lemas dsbg) • Jenazah wanita yang hanya ada lelaki sahaja • Jenazah lelaki yang hanya ada wanita sahaja


8 KEWAJIPAN 2 (MENGKAFAN JENAZAH) • Alat kafan jenazah • Kain kafan: jenazah lelaki • Kain kafan: jenazah wanita • Cara menyediakan kafan: lelaki • Cara menyediakan kafan: wanita • Kapas,kapur barus dan cendana • Cara mengikat tali kafan ALAT KAFAN JENAZAH • Kain kafan • Kapas (2 gulung) • Kapur barus,cendana • Minyak atar • Tikar • Tali ikat kafan • Plastik lutsinar (HIV) KAIN KAFAN JENAZAH LELAKI • Wajib selapis (menutup aurat) • Sunat & afdhal : 3 lapis kain yang menutup keseluruhan badan (kanak-kanak/dewasa) • Harus : 5 lapis (3 lapis diatas + baju dan serban) Sudah baligh dan permintaan waris


9 KAIN KAFAN JENAZAH WANITA/KHUNSA • Wajib selapis (menutup aurat) • Sunat & afdhal 5 lapis (kanak-kanak/dewasa) iaitu: ✓ 2 lapis ukuran jenazah & lebihkan 1 hasta ✓ 1 lapis kain dari pinggang ke kaki ✓ 1 lapis kain untuk baju dari bahu ke lutut ✓ 1 helai kain untuk telekung iaitu 11/2 meter • Harus: 7 lapis (5 lapis diatas + 2 kain yang menutupi keseluruhan badan) KAPAS, KAPUR BARUS DAN CENDANA • Kapas: ✓ 2 gulung kapas bagi jenazah biasa ✓ Potong 4 keping lebih kurang 21/2 kaki ✓ Potong 10 atau 12 keping ukuran 1 kaki • Kapur barus dan cendana: ✓ Dicampurkan & ditabur pada setiap lapisan kain kafan (sunat) CARA MENYEDIAKAN KAFAN : JENAZAH LELAKI (1) • Bentangkan tikar jerami/alas • Letakkan tali 5 utas mengikut kedudukan yang sesuai • Bentangkan 3 lapis kain kafan yang menutupi keseluruhan tubuh mayat (kain kafan sunat) • Jika ingin tabur kapur barus pada setiap lapisan kain maka kain dibentang satu persatu • Letakkan kapas di atas lapisan ketiga kain kafan • Tabur kapur barus dan cendana di atas kapas


10 CARA MENYEDIAKAN KAFAN : JENAZAH WANITA (2) • Letakkan kapas 2 keping di tengah-tengah daripada had baju • Taburkan kapur barus dan cendana di atas setiap lapisan kain dan di atas kapas (sunat) • Letakkan cawat/kapas yang dibungkus dengan kain putih bertepatan dengan punggung jenazah • Letakkan jenazah yang telah dimandikan di atas kafan CARA MENYEDIAKAN KAFAN : JENAZAH LELAKI (2) • Letakkan baju dan serban di atas lapisan ke 3 kafan (kain kafan harus) • Letakkan jenazah yang telah dimandikan di atas kafan • Tutup badan jenazah dengan kapas sehingga badan jenazah tertutup dengan kapas • Pakaikan baju dan serban • Kafankan jenazah dengan 3 lapis satu persatu dari kiri ke kanan CARA MENYEDIAKAN KAFAN : JENAZAH WANITA (1) • Bentangkan tikar jerami/alas • Letakkan tali 5 utas mengikut kedudukan yang sesuai • Bentangkan 2 lapis kain kafan yang menutupi keseluruhan tubuh mayat • Jika ingin menggunakan kain kafan harus maka ditambah 2 lapis kain kafan lagi • Letakkan tudung dan telekung • Letakkan baju • Letakkan kain dari pinggang ke buku lali


11 CARA MELETAKKAN KAIN KAFAN & MENGKAFAN JENAZAH (3) • Tutup badan jenazah dengan kapas sehingga badan jenazah tertutup dengan kapas • Lipatkan lapisan kain dari pinggang ke buku lali dan kemaskan dari kiri ke kanan • Masukkan baju dari kepala dan kemaskan • Pakaian tudung/telekong dan kemaskan • Kafankan jenazah dengan kain 2 lapis (sunat) atau 4 lapis (harus) satu persatu dari kiri ke kanan CARA MENGIKAT TALI KAFAN • 1 bahagian kepala untuk ikat pocong kepala • 1 bahagian dada • 1 bahagian perut/pinggang • 1 bahagian peha • 1 bahagian kaki KEWAJIPAN 3 (SOLAT JENAZAH) • Syarat sah solat jenazah • Kedudukan imam dan jenazah • Rukun solat jenazah • Perkara sunat solat jenazah


12 SYARAT SAH SOLAT JENAZAH (1) Orang yang hendak solat jenazah mesti : • Akil baligh • Berakal • Suci dari hadas kecil dan besar • Menutup aurat • Mengadap kiblat SYARAT SAH SOLAT JENAZAH (2) • Jenazah beragama islam • Bukan jenazah mati syahid • Jenazah sudah dimandikan • Diletakkan jenazah di hadapan orang yang menyembahyangkannya • Disolatkan oleh orang lelaki • Tidak disyaratkan masuk waktu KEDUDUKAN IMAM DAN JENAZAH • Jika jenazah lelaki (dewasa/kanak-kanak): Kepala jenazah di sebelah kiri imam, Imam berdiri berbetulan (mengadap) kepala jenazah • Jika jenazah wanita (dewasa/kanak-kanak): Kepala jenazah disebelah kanan imam Imam berdiri berbetulan (mengadap) pinggang jenazah Jenazah khunsa sama dengan jenazah wanita • Secara umum,imam mengadap mana-mana anggota jenazah


13 RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH • Berdiri betul • Niat • 4 kali takbir • Membaca al fatihah (selepas takbir 1) • Selawat ke atas nabi (selepas takbir 2) • Doa (selepas takbir 3) • Salam (selepas takbir 4) PERKARA SUNAT SOLAT JENAZAH • Membaca lafaz niat • Mengangkat tangan ketika takbir • Sunat tinggal doa iftitah • Sunat baca ُ وذ ُ ع َ أ ِ اَلل ّ ِ ب ِمن ِن ا ط ْ ي َّ ِم الش ِجي الرَّ • Sunat tinggal bacaan surah • Sunat tinggal baca kuat walaupun malam • Sunat doa selepas takbir ke empat • Sunat sebut • Sunat menyebut KEWAJIPAN 4 (KEBUMIKAN JENAZAH) • Cara membawa jenazah • Penyediaan kubur • Cara menurunkan jenazah • Amalan sunat setelah kebumi jenazah


14 CARA MEMBAWA JENAZAH • Dengan diusung. Dilakukan oleh lelaki • Bawa dengan cara hormat. Dahulukan kepala. • Berjalan kaki sedikit laju • Mayat wanita/khunsa sunat tutup atasnya • Menghantar jenazah dengan berjalan kaki • Sunat berjalan di hadapan jenazah • Makruh membawa api kecuali gelap/malam • Tidak membuat bising • Orang perempuan makruh menghantar jenazah PENYEDIAAN KUBUR • Sekurang-kurangnya kubur yang wajib ialah dapat menahan bau busuk dan diselongkar binatang • Sunat dan afdal : dalam,luas dan panjang • Jika tanah liat : afdal berliang lahad • Jika tanah peroi : memadai digali seperti parit • Menjaga kehormatan mayat. Jika terjumpa lubang jenazah lama hendaklah ditanam semula CARA MENURUNKAN JENAZAH • Sunatُletakُkepalaُusunganُdiُtepiُ“kakiُ kubur” • Sunat mengeluarkan mayat dari pihak kepala • Sunat memasukkan mayat dari arah kaki kubur • Orang di dalam kubur sunat 3 orang lelaki • Sunat membaca doa ketika meletakkan jenazah


15 KEDUDUKAN JENAZAH DALAM KUBUR/LIANG LAHAD • Sunat meletakkan mayat dalam keadaan mengiring diatas lambung kanan • Sunat melekapkan muka dan kaki ke dinding lahad serta dibongkokkan sedikit badannya • Buka ikatan2, selak pipi kanan dan ditemukan pipi dengan tanah • Wajib menghadapkan jenazah ke arah kiblat • Wajib ditutup liang lahad dengan papan lahad AMALAN SUNAT SETELAH KEBUMIKAN JENAZAH • Sunat ditinggikan kadar sejengkal • Sunat diratakan tanah diatasnya • Sunat dijirus air sejuk suci ke atas kubur • Sunat ditanda dikepala dan kaki dengan batu dsb • Sunat duduk sebentar disisi kubur untuk: - Berdoa kepada simati - Beristigfar semoga allah mengampunkan dosa - Baca talqin SEKIAN TERIMA KASIH Sendiri Di Perut Bumi Bersemadi Jasad Yang Kerdil Saudara Dan Teman Telah Tiada Lagi Terkujur Kaku Berselimut Putih Semoga ilmu ini dapat dimaanfaatkan dalam melaksanakan fardu kifayah yang difardukan ke atas kita JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR @ 2008


Click to View FlipBook Version