MPU 21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH : PUAN FARAH HANAN
KUMPULAN : 1
TOPIK 3 : ETNIK DI MALAYSIA
NAMA PELAJAR NOMBOR PENDAFTARAN
CLAUDIA OCTAVIA ANAK UJIH 20DKA21F2017
20DKA21F2022
AGNES ANAK KENDAWANG 20DKA21F2026
NAZEMMUDDIN BIN MAZALAN 20DKA21F2045
MOHD NORHILMI HASMADI BIN
ABDULLAH
ISI KANDUNGAN 3
Penghargaan 4
Objektif 5
Pengenalan 6
Faktor/Cabaran etnik di Malaysia
Langkah-langkah menangani masalah 10
etnik di Malaysia 15
Peranan masyarakat etnik di Malaysia 18
Contoh etnik-etnik di Malaysia
kesimpulan
Sumber rujukan
Soalan
PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan e-folio ini
yang bertajuk etnik-etnik di Malaysia. Folio ini amat penting buat kami kerana
peerkara ini merupakan sebahagian daripada folio daripada subjek Penghayatan
Etika dan Peradaban.
Syukur sekali lagi, kepada Tuhan kerana kami telah menyiapkan draf e-folio ini
dengan jayanya. Kami terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan iaitu Claudia
Octavia, Agnes Kendawang, Nazemmuddin dan Hilmi Hasmadi ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Farah Hanan binti Abu Bakar
yang merupakan pensyarah kursus kami kerana beliau telah memberikan
pelbagai tunjuk ajar untuk menyiapkan e-folio ini.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama dalam
menyempurnakan e-folio ini. Penghargaan ini turut ditujukan kepada ibu bapa
kami yang selalu memberi dorongan dan semangat kepada kami selama kami
menyempurnakan e-folio ini dengan jayanya.
Akhir kata daripada kmi, terima kasih sekali kepada semua pihak yang telah
membantu bekerjasama secara langsung atau tidak langsung sepanjang
penyiapan tugasan ini dijalankan dan dibentangkan nanti.
OBJEKTIF
I. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur
etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang
lain
II. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat
sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk
kesejahteraan dalam masyarakat
III. Memahami konsep akomodasi, akultasi, amalgamasi dan asimilasi yang
membentuk toleransi antara etnik kearah menghasilkan kesepaduan sosial
dalam kehidupan seharian
IV. Menganalisis setiap cabaran secara telus demi mencapai keharmonian
kaum di Malaysia
PENGENALAN
Etnik ialah hubungan antara kelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir sama termasuk adat resam, pakaian, Bahasa dan kegiatan
ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-
konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada fizikal
atau sifat-sifat biologi (keturunan atau pertalian darah yang sama) antara
manusia. Terdapat juga pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di
bawah sistem politik. Hubungan etnik membawa maksud pertalian antara etnik.
Bahasa juga boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Etnik juga
boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, Bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya.
Etika juga berasal daripada perkataan Yunani ethnos yang bermakna
orang. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu dan juga
wujud satu kebudayaan ataun sub-budaya yang jelas di mana anggotanya
merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap, dan tingkah laku yang sama.
Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi
dan hiburan. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-
ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain
yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap rendah dan
dianggap ganjil, berada di tahap rendah atau tidak bermoral.
FAKTOR/CABARAN
ETNIK DI MALAYSIA
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DARI
ASPEK SOSIAL
➢ Aspek sosial ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut
permisahan fizikal, sistem Pendidikan yang berasingan polirasi dalam kalangan
pelajar dan kontrak sosial.
➢ Dari sudut permisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul
akibat daripada kesan dasar “ pecah perintah “ yang diamalkan oleh British sejurus
menjajah Malaysia. Ketiga-tiga kumpulan kau ini bukan sahaja terasing daripada segi
lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.
Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau
berpeluang beerinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya
mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat permisahan
fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah
dengan Laut China Selatan.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DARI
ASPEK EKONOMI
➢ Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah pengusaan
ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, pengusaan
ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum melayu
menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknolohi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih
maju seperti perniagann, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala,
kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan estet getah dan kelapa sawit.
Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu
terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi
negara Malaysia.
➢ Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak
boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan
kumpulan sosial tnpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam
kalangan kumpulan sosial dan etnik di Malaysia melalui penyertssn mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan
pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk
seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan
produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di
Kawasan luar bandar tetapi juga di Kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat
perpaduan negara kerana masalah kemiskinan yang menonjol dalam kalangan
kolompok etnik yang tertentu sahaja.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
DARI ASPEK POLITIK
➢ Cabaran yang ketiga dalah cabran kepentingan etnik dari aspek politik
iaitu di mana politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan
perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semngat perkauman jika
sesuatu Tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakkat oleh semua
pihak. Isu-isu perkauman seperti bhasa, kebudayaan, Pendidikan, agama,
kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,
pastinya ia tidak akana menyumbang kea rah masyarakat yang Bersatu
padu.
➢ Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk
mengekalkan identity kaumnya sendiri tidak kira dari aspke bahasa, dan
budaya mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga
mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada
negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-
masing parti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.
Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambing sahaja jika
semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing- masing
LANGKAH-LANGKAH
MENANGANI MASALAH ETNIK
DI MALAYSIA
MENJADIKAN AKTIVITI SUKAN
SEBAGAI AGEN PENGERAT
HUBUNGAN ANTARA ETNIK
➢ Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.
Contohnya sukan skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya.
Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat
patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan
negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama
diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan
aktiviti sukan dan permainan dalam institusi pendidikan dalam
menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang.
➢ Usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat
sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan
hasil yang positif. Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti
kebudayaan, keseniaan dan sukan, ianya menampakkan semangat
perpaduan yang positif diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti
sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat
tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai
di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar
secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar
yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial.
➢ Melalui ko-kurikulum, bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan
lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, minat murid dalam bidang
sukan dan kesenian dapat ditanam dan diperkembangkan. Kejayaan
seperti ini pastinya menjadikan kerajaan lebih ghairah dalam
memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti
sebegini. Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara
titik tolak usaha kerajaan dalam memperkasakan perpaduan kaum di
Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun
2011 untuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.
MENJADIKAN GURU SEBAGAI
AGEN PENYEMAI PERPADUAN
KAUM
➢ Guru merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan
dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Aspek guru juga
menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru
perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap
untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya.
Malah, guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu
dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana.
➢ Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu
semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang
salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan
integrasi antara kaum tidak dapat dicapai.
➢ Jelaslah bahawa, pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman
kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya
segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan
datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan
membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.
BERSIFAT SETIA DAN CINTA
AKAN NEGARA
➢ Setiap daripada kita hendaklah berbangga menjadi rakyat Malaysia tanpa
mengira warna kulit, bahasa dan kepercayaan. Semua rakyat perlu
mempertahankan nama baik negara dan berusaha untuk mengharumkan
nama negara. Dengan memiliki sikap berbangga sebagai rakyat Malaysia,
kita akan sentiasa berusaha mengekalkan hubungan kita dengan rakyat
Malaysia yang lain, walaupun berlainan kaum, kebudayaan dan
kepercayaan. Pendek kata, sikap ‘di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung’ perlu diamalkan dan dijiwai sepenuhnya.
➢ Setiap daripada kita haruslah mempunyai sifat setia dan sayang akan
negara dengan menghormati dan menunjukkan taat setia kepada raja dan
para pemimpin negara. Selain itu, kita juga mesti sayang dan hormat
kepada lambang-lambang negara kita seperti Jalur Gemilang, Lagu
Negaraku, Parlimen, Rukun Negara dan institusi lain yang berkaitan.
Elakkkan sikap yang boleh menghina, menjejaskan dan menimbulkan
provokatif terhadap lambang-lambang negara kita kerana ini akan
memperlihatkan sejauh mana sikap patriotisme kita sebagai warganegara
Malaysia.
MENJADIKAN RUKUN NEGARA
SEBAGAI PANDUAN
➢ Pematuhan terhadap peraturan, undang-undang dan rukun negara,
menunjukkan kita bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan
menghormati amalan dan kepercayaan mereka serta hak mereka untuk
hidup di negara ini. Kita hendaklah menunjukkan bahawa kita mahukan
yang terbaik untuk kaum lain sebagaimana kita mahukan yang terbaik
untuk diri kita. Hal ini akan mendorong kita untuk lebih bersikap
bertolak ansur dan cuba memahami hak kaum lain. Kita tidak akan
memperjuangkan hak untuk kaum kita semata-mata dengan menindas
atau membelakangkan hak yang sepatutnya turut diterima oleh kaum lain.
Kita juga akan sentiasa bersedia untuk berkongsi dalam sesuatu perkara
yang dibenarkan oleh budaya kita tanpa mengorbankan prinsip undang-
undang dan keadilan selaras dengan prinsip rukun negara.
PERANAN
MASYARAKAT ETNIK
DI MALAYSIA
KEJUJURAN
➢ Ibu bapa perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan
seharian mereka untuk memberi inspirasi kepada anak untuk mencontohi kelakuan
baik yang akan membantu mereka membina negara yang stabil. Nilai seperti
kejujuran, integriti, toleransi, ketekunan, keadilan, menghormati orang tua dan
kesedaran sivik mesti dikekalkan.
➢ Selepas 61 tahun kemerdekaan, kita rakyat Malaysia harus lebih bersatu kerana kita
berkongsi harapan, aspirasi dan impian yang sama. Kita semua harus bangga
mengenali diri kita sebagai rakyat Malaysia. Saya sentiasa percaya untuk menjadi
rakyat Malaysia tidak menjadikan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau
Bidayuh kurang identiti masing-masing.
➢ Perpaduan dan integrasi negara dapat lebih kuat dan lebih bersemangat menerusi
penanaman nilai patriotisme. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia dapat
mengatasi sebarang cabaran apabila rakyatnya bersatu.
➢ Kepelbagaian kita ialah kekuatan kita dan resipi kejayaan dalam mencapai kemajuan
dan peningkatan sosioekonomi, serta keupayaan kita untuk mengatasi pelbagai
masalah. Rakyat Malaysia yang berbeza etnik, agama dan warna kulit melengkapi
antara satu sama lain dan kepelbagaian kita tidak boleh menjadi halangan bagi kita
untuk menjalani kehidupan yang bersatu dan harmoni.
KONSEP PERPADUAN
➢ Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati konsep perpaduan
di bawah 1Malaysia dengan setiap orang menerima keunikan orang lain supaya kita
dapat hidup bersama dalam saling menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara
yang aman dan kesejahteraan rakyat.
➢ Bangsa dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika generasi muda tidak
diserapkan dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi peranan warganegara dan
kepemimpinan hari ini.
➢ Belia mempunyai kuasa untuk mengubah negara menjadi tempat yang lebih baik dan
membawa perubahan positif di negara ini. Dilengkapi dengan nilai-nilai yang baik
dan positif, mereka dapat mempengaruhi rakan untuk menyumbang kepada
pembangunan negara.
➢ Kita perlu memberi peluang kepada anak muda kita untuk membuktikan diri mereka
dan untuk mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu menanamkan nilai sosial dan
moral yang baik di dalamnya untuk menangani konflik secara positif dan menangani
masalah yang berkaitan dengan gangguan sosial.
➢ Belia kita mesti mempunyai keupayaan dan mengambil inisiatif untuk menjadi
‘pembina jambatan antara etnik’ untuk meningkatkan hubungan etnik di negara ini
dengan meneutralkan politik kebencian, polarisasi kaum dan eksklusif kaum yang
nampaknya semakin meningkat sekarang.
CONTOH
ETNIK-
ETNIK
DI
MALAYSIA
KESIMPULAN
Masyarakat yang terdiri daripada masyarakat majmuk membolehkan
rakyatnya untuk memahami dan menghargai keunikan pelbagai etnik. Meskipun
kaum India merupakan satu daripada kaum yang rasmi di Malaysia, tetapi masih
dapat sesetengah masyarakat yang kurang memahami akan budaya dan adat
resam etnik orang India. Oleh itu, tujuan utama kerja kursus ini dipercayai
adalah untuk mendedahkan kami terhadap budaya pelbagai kaum dengan lebih
lanjut melalui pengalaman yang diperoleh.
Tuntasnya, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah memahami tentang
budaya etnik lain dengan lebih lanjut agar tidak menyinggung perasaan mereka,
perpaduan bermula dari rakyatnya. Oleh sedemikian, kita harus meneruskan
keharmonian di Malaysia bagi mencapai keamanan perpaduan negara.
SUMBER RUJUKAN
I. https://www.slideshare.net/widia
watihashim/cabaran-etnik-di-
malaysia-62842531
II. http://tujuhpen.blogspot.com/2015
/04/langkah-mengatasi-cabaran-
dalam.html?m=1
III. https://www.scribd.com/doc/3135
51877/Peranan-Agama-dalam-
Memupuk-Hubungan-Etnik-yang-
Harmoni-di-Malaysia
SOALAN
1. Apakah sikap yang perlu kita amalkan dalam masyarakat etnik yang
berbilang kaum ?
2. Berikan 4 langkah-langkah menangani masalah etnik di Malaysia
3. Terangkan bagaimana guru berperanan dalam menyampaikan dan
melaksanakan tentang etnik di Malaysia