CABARAN | KONFLIK | KETEGANGAN | USAHA MALAYSIA FAKTOR FAKTOR YANG MENGHALANG PEMBANGUNAN NILAI TOLERANSI DI MALAYSIA? TUGASAN BERDASARKAN MASALAH BUDAYA TOL ERANSI MPU20342 NILAI MASYARAKAT MALAYSA SESI I 23/24 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
NATASHA PANG FAY 05DEE21F1045 ANGELYNE ANAK TIGGONG 05DEE21F1108 SIDANG REDAKSI PENULIS PENYUMBANG KETUA EDITOR PENGARAH SENI PENGARAH KANDUNGAN INFOGRAFIK JOEANNE ANAK JOHNNY 05DEE21F1038 ADRIANA MANDY ANAK LAMPONG 05DEE21F1029 EMILLIE SINAK ANAK SATING 05DEE21F1057 02 PRAKATA PUAN HASLINDA JAMA’INPENSYARAH POLITEKNIKKUCHING SARAWAKSekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DEE5/S3, Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Politeknik Kuching Sarawak bagi pengajian Sesi 1 2023/2024 yang telah memberikan komiten padu dań kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya Emajalah bertemakan nilai Toleransi untuk dijadikan manfaat kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan aspek perpaduan dalam memastikan kestabilan dan keharmonsan masyarakat majmuk di Malaysia Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbangkan idea dan pandangan yang kritis dalam merealisasikan matlamat kerajaan.
ISI KANDUNGAN PENGENALAN FAKTOR MENGHALANG PEMBANGUNAN NILAI TOLERANSI DI MALAYSIA RUJUKAN INFOGRAFIK PRAKATA 07 08 09 03 POLITIK Pemimpin pancing rakyat untuk raih sokongan Artikel sampingan Sudut info MEDIA SOSIAL Berita Palsu Menguatkan Tembok Toleransi Meningkatkan Toleransi dan Memahami Sumber Maklumat PENDIDIKAN Ketidakpedulian Kita kepada Ilmu: Permasalahan Pendidikan dan Kesedaran di Zaman Moden Mengukuhkan Jalinan Harmoni:Kokurikulum untuk semua Tingkatkan kesedaran dan peluang pembelajaran untuk memahami kepelbagaian dan toleransi EKONOMI Tiada toleransi dalam ekonomi, timbul konflik dalam kalangan masyarakat. Pendekatan holistik dan langkah-langkah yang bersepadu. 02 04 05 06 10 11 12 13 13 14 15 16
DASAR PERPADUAN NEGARA 04 DASAR PERPADUAN NEGARA (DPN) Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat. Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian digunakan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan hala tuju perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur. Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. DPN MEMPUNYAI 3 OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI IAITU: 1. 2. 3. Patriotisme dan Demokrrasi Meningkatkan pemahaman dan penghayatan Sejarah Malaysia Identiti Nasional Mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik Ekosistem Perpaduaan Mengekalkan, membina dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan 3 TERAS PERPADUAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF DPN: 1. 2. 3. disediakan oleh NATASHA PANG FAY
INFOGRAFIK POLITIK EKONOMI PENDIDIKAN Bahasa kebangsaan sebagai penghantar utama. Rukun Negara menjadi landasan dan panduan prinsip-prinsip asas negara Malaysia. Kokurikulum berperanan penting dalam usaha melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara. Mengatasi masalah ketidakpedulian terhadap ilmu untuk membangunkan masyarakat yang lebih toleransi. Mukadimah politik berunsurkan perkauman Faktor penghalang toleransi antara pemimpin dan rakyat Inisiatif bagi mengatasi isu-isu yang terlibat MEDIA SOSIAL Penyebaran maklumat palsu yang berleluasa boleh menghalang pembangunan toleransi Menggalakkan media untuk menyebarkan maklumat yang mendorong nilai toleransi Mengajar mereka untuk berhati-hati dalam mempercayai sesuatu maklumat. Pekerja tempatan mungkin terjejas jika kompetisi global membawa kepada keperluan untuk meningkatkan kemahiran dan mobiliti pekerja. Keusahawanan tempatan mungkin terancam apabila budaya luar yang mempromosikan model perniagaan yang berbeza dan lebih besar masuk ke dalam pasaran Malaysia. Pengaruh budaya luar boleh memberi tekanan kepada nilai mata wang tempatan, yang boleh membawa kepada inflasi dan meningkatkan kos hidup. 05 disediakan oleh NATASHA PANG FAY
Dari segi ekonomi, terdapat jurang ekonomi antara perkauman. Hal ini telah pun wujud sejak zaman penjajahan British lagi dimana majoriti kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India bekerja di ladang getah dan kaum Cina menguasai sektor pedagangan dan perlombongan. Toleransi adalah satu sikap keterbukaan dan hormat terhadap individu lain dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Setiap orang haruslah memiliki sikap toleransi agar dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu. Sikap toleransi juga dapat mengelakkan berlakunya diskriminasi dan juga konflik dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cabaran dalam memupuk nilai toleransi dalam masyarakat. Dari segi politik, kewujudan perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menimbulkan konflik perpaduan kaum. Dunia politik ini penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang tersendiri. Oleh itu, masih terdapat ramai pemimpin yang menggunakan sentimen perkauman dengan harapan dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Setelah kemerdekaan dicapai, berlakunya perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang yang sama. Namun begitu, kesan daripada dasar penjajahan dahulu dapat dilihat sampaisekarang dimana sektor perniagaan masih didominisasi oleh kaum Cina. Dari segi pendidikan, sistem sekolah vernakular yang ditubuhkan berdasarkan bahasa ibunda setiap kaum telah menjadi satu kontroversi yang menjadi punca utama kegagalan pembangunan ideologi nasional yang cuba dibangunkan pemimpin kita. Hal ini menyebabkan ramai warganegara Malaysia yang masih tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Kesannya, terdapat kesukuran untuk berkomunikasi kerana rasa kekok apabila bergaul dengan kaum lain kerana terpaksa bertutur dalam bahasa selain bahasa ibunda. Dari segi media sosial, terdapat banyak penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular di sosial media di mana penyebaran tersebut menyentuh sensitivi perkauman atau agama. Terdapat banyak individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih. Maklumat palsu yang disebarkan mubgkin nakan menyebabkan masyarakat tidak puas hati, marah dan terus menyalahkan kumpulan kaum atau agama berdasarkan andaian mereka. FAKTOR MENGHALANG PEMBANGUNAN NILAI TOLERANSI DI MALAYSIA 06 Sumber: BERNAMA disediakan oleh NATASHA PANG FAY
Bagaimanakah masalah ini dapat dibendung sebelum ia menjadi barah? olitik adalah proses dan cara membuat keputusan oleh sesuatu badan kumpulan. Pertama sekali, politik boleh dilihat sebagai satu badan orang yang berusaha menuju bagi membina kepentingan negara, wujud hanya untuk berkhidmat dibawah perlembagaan negara. Yang kedua, politik juga dilihat sebagai satu platform yang keadaan sekelilingnya dimanipulasikan demi mendapatkan kuasa. Berikut merupakan faktor yang menghalang toleransi di Malaysia berserta dengan usaha pihak politik bersama rakyat untuk mengatasi isu ini. ditulis oleh Joeanne Anak Johnny Pemimpin rakyat untuk raih sokongan PANCING saha yang mapan adalah usaha bersama rakyat dan pemimpin termasuklah Kesedaran melalui pendidikan. Hal ini kerana melalui pendidikan kesedaran tentang kepelbagaian budaya dan nilai toleransi adalah penting bagi mencapai perpaduan. Setiap orang mesti menerima pendidikan yang menggalakkan toleransi dan menghargai kepelbagaian dalam masyarakat Selain itu, komitmen politik yang jelas juga haruslah disematkan dalam jiwa pemimpin politik agar sentiasa komited dalam menjalankan amanah yang diberikan untuk mengelakkan ucapan dan tindakan perkauman, dan memastikan bahawa parti dan kerajaan mempunyai dasar yang menyokong keharmonian dan perpaduan.Akhir sekali, pendidikan politik dan kesedaran pengundi. Melalui pendidikan politik yang baik, pengundi boleh melihat melalui retorik perkauman dan membuat keputusan berdasarkan dasar dan kepentingan negara. Oleh itu, melalui usaha bersama rakyat dan pemimpinnya, Malaysia dapat mengatasi cabaran politik perkauman dan membangunkan masyarakat yang lebih bertolak ansur dan harmoni. sumber foto : Berita Harian Online 07 Bagi bacaan lanjut berkaitan foto dibawah Penekanan kepada identiti etnik menggunakan retorik yang menekankan perbezaan kaum untuk mendapatkan sokongan politik. Ini termasuk mewujudkan perasaan takut atau gerun di kalangan kumpulan etnik tertentu. Seterusnya, mengambil kesempatan terhadap isu sensitif dengan mengetengahkan isu sensitif berkaitan agama dan budaya untuk mempengaruhi emosi pengundi demi mendapatkan sokongan. Para pemimpin ini juga dengan sendirinya meletakkan identiti politik yang dipimpin mereka dengan mewujudkan polarisasi politik dengan menekankan identiti etnik atau agama tertentu untuk kepentingan politik.
Gambar (kanan) menunjukkan Wacana siri ke-193 yang membincangkan topik Hari Malaysia, Hanya Sekadar Sambutan di Kumpulan Karangkraf di sini. Laporan oleh Berita Harian Online disediakan oleh Joeanne Anak Johnny HAH ALAM -Pemimpin politik perlu berhenti daripada memainkan sentimen perkauman dan etnik demi mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kedudukan mereka. Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, ini kerana tindakan itu boleh meruntuhkan usaha untuk membina perpaduan negara ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang. Menurutnya, sebagai ahli politik, mereka seharusnya membawa suara rakyat meliputi semua bangsa dan agama, bukannya kaum dan etnik tertentu sahaja. "Nasihat saya kepada pemimpin politik dan pemimpin negara supaya janganlah kita memainkan atau menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan. 08 "Walaupun saya dari MIC (parti India) tapi saya mewakili semua etnik tanpa perbezaan. Itulah yang saya amalkan dan harus dibuat oleh semua pemimpin secara ikhlas. "Jadi, saya harap ahli politik harus membuang sikap pentingkan diri dengan menggunakan elemen-elemen tidak sihat seperti perkauman bagi memastikan mereka dapat mengekalkan posisi (sebagai ahli politik) demi memastikan pembangunan negara akan terlaksana," katanya pada Wacana siri ke-193 yang membincangkan topik Hari Malaysia, Hanya Sekadar Sambutan di Kumpulan Karangkraf di sini. Ahli politik henti sentimen perkauman, etnik Artikel Sampingan s
Pemangkin negatif dalam aspek POLITIK Penekanan perbezaan kaum Jadikan isu sensitif demi mendapat sokongan Menentukan identiti parti politik berbaur perkauman I n i s i a t i f Pendidikan kesedaran masyarakat majmuk Komitmen politik yang delas Pendidikan politik & kesedaran pengundi 09 SUDUTINFOditulis oleh Joeanne Anak Johnny
TIMBUL KONFLIK DI KALANGAN MASYARAKAT TIADA TOLERANSI DALAM EKONOMI 10 Penghalang pembangunan nilai tolerasi dari segi ekonomi adalah bermaksud golongan individu atau kelompok masyarakat yang tidak bertolak ansur dalam memberi kesempatan kepada individu lain tanpa mengira agama, kaum atau jantina. Hal ini juga telah mewujudkan konflikkonflik di antara masyakat dan kaum dimana telah menimbulkan sifat kebencian dan kecemburuan dalam diri individu hanya kerana ketidakpuashati terhadap kejayaan orang lain. Ketidaksetaraan ekonomi jelas menjadi punca pembangunan nilai ekonomi terhalan pada masa era globalisasi kini. Sudah terang lagi bersuluh ketika sebahagian besar masyarakat menghadapi kesulitan ekonomi, golongan ini akan lebih mudah cendurung lebih dalam terhadap fluktasi pasar dan inflasi yang sedang berlaku di Malaysia kini. Ini menyebabkan berkemungkinan kurangnya jati diri masing masing untuk menjadi lebih toleran terhadap orang lain dari latar belakang ekonomi yang berbeza. Meningkatnya angka pengangguran dan kemiskinan di Malaysia juga dapat mengakibatkan ketegangan sosial dan toleransi dalam kalangan masyarakat kerana kebanyakan orang lebih cenderung dalam pencarian "kambing hitam" untuk situasi mereka. Sebagai contoh yang lebih mendalam, ketika pemerosotan ekonomi yang mencetus konflik-konflik dan ketegangan dalam kalangan masyarakat dari segi isu kehilangan pekerjaan. Meningkatnya angka pengangguran dan kemiskinan di Malaysia juga dapat mengakibatkan ketegangan sosial dan toleransi dalam kalangan masyarakat kerana kebanyakan orang lebih cenderung dalam pencarian "kambing hitam" untuk situasi mereka. Sebagai contoh yang lebih mendalam, ketika pemerosotan ekonomi yang mencetus konflik-konflik dan ketegangan dalam kalangan masyarakat dari segi isu kehilangan pekerjaan. DITULIS OLEH ADRIANA MANDY ANAK LAMPONG
Pendekatan holistikdan langkah-langkah yangbersepadu. Pendidikan merujuk kepada proses pemberian pengetahuan, kemahiran, nilai, dan kebolehan kepada individu melalui pengajaran, latihan, atau penyelidikan.Berikan penekanan kepada pembangunan pendidikan dan kemahiran yang relevan dengan pasaran pekerjaan. Pastikan semua segmen masyarakat mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing ekonomi. Pendidikan dianggap sebagai bentuk pelaburan dalam modal manusia. Modal manusia yang berkualiti memberikan pulangan yang tinggi dalam jangka panjang dalam bentuk pekerja yang produktif dan mahir. Pengagihan sumber ekonomi dalam konteks perpaduan merujuk kepada cara atau proses pengedaran hasil ekonomi dan kekayaan negara di antara pelbagai kumpulan masyarakat secara adil dan saksama. Objektif utama pengagihan sumber ekonomi dalam konteks perpaduan adalah untuk mengurangkan jurang sosial dan ekonomi di kalangan rakyat, memastikan setiap kumpulan masyarakat mendapat manfaat dari kemajuan ekonomi, serta memperkukuhkan perpaduan dan kestabilan sosial dalam masyarakat.Pengagihan sumber ekonomi yang tidak saksama boleh menyebabkan ketidaksetaraan ekonomi, kemiskinan, dan ketidakpuasan dalam masyarakat. Oleh itu, strategi pengagihan sumber ekonomi yang baik dapat membantu mencapai objektif perpaduan dengan cara memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk turut serta dalam proses ekonomi negara. DITULIS OLEH ADRIANA MANDY ANAK LAMPONG 11
"KETIDAKPEDULIAN KITA KEPADA ILMU: PERMASALAHAN PENDIDIKAN DAN KESEDARAN DI ZAMAN MODEN" Pendidikan adalah tulang belakang pertumbuhan dan kemajuan sebuah negara. Dalam dunia moden yang serba pesat dan kompleks, kesedaran akan kepentingan ilmu pengetahuan semakin meningkat. Ketidakpedulian terhadap ilmu pengetahuan ini menjadi permasalahan serius dalam sistem pendidikan kita. Bahasa kebangsaan sebagai penghantar utama untuk menyatukan penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah salah satu usaha bagi memastikan pembangunan nilai toleransi di Malaysia. Malaysia adalah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, kaum, dan agama. 12 Rukun Negara menjadi landasan dan panduan prinsip-prinsip asas negara Malaysia. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan kurikulum negara. Rukun Negara adalah satu set nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang ditetapkan pada tahun 1970 sebagai panduan bagi warganegara Malaysia dalam memahami dan menerima pelbagai lapisan masyarakat, agama, etnik, dan budaya yang terdapat di negara ini. . Hal ini dapat membantu dalam membentuk pemikiran serta tingkah laku pelajar untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dengan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia yang makmur dan aman. Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara telah bermula sejak sekian lama. Pelbagai akta dan dasar seperti Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963, Akta Bahasa kebangsaan 1967 serta Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1982) telah dirancang, digubal dan dilaksanakan. Akta Pelajaran 1961 memberikan fokus kepada usaha mengembangkan pendidikan di negara ini melalui bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar menggantikan bahasa Inggeris. Sumber akhbar: Dr. Nor Aishah Hanifa(3 September 2021),Pertahan toleransi pastikan Malaysia terus aman,jaya,Berita Harian,11 Sumber akhbar: Azri Onn Othman(29 Oktober 2015),Angkat martabat bahasa melayu,Berita Harian,5 Kepentingannya adalah memperkukuhkan kesedaran akan kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat. Ia perlu dimulakan seawal pendidikan prasekolah dan diteruskan dengan program pendidikan dalam kalangan golongan dewasa. Sekolah dan institusi pendidikan perlu mempromosikan minat dalam pembelajaran dan menekankan pentingnya pengetahuan sebagai asas pembangunan diri. Disediakan oleh : Angelyne Anak Tiggong
"TINGKATKAN KESEDARAN DAN PELUANG PEMBELAJARANUNTUK MEMAHAMI KEPELBAGAIAN DAN TOLERANSI" "MENGUKUHKAN JALINAN HARMONI: KOKURIKULUM UNTUK SEMUA." Satu rancangan pendidikan yang merangkumi pelbagai aspek penting dalam pembentukan individu dan masyarakat adalah kokurikulum kerana mengandungi segala ilmu pengetahuann kemahiran yang diperlukan nilai-nilai moral penting,serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan. Kokurikulum berperanan penting dalam usaha melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama. Memahami dan menghormati kepelbagaian ini adalah sikap yang amat penting dalam mempromosikan keharmonian sosial dan persefahaman antara pelbagai komuniti. Kokurikulum juga salah satu memainkan peranan dalam memastikan pelajar memahami budaya dan agama yang berbeza, dan mengiktiraf kepentingan nilainilai ini dalam masyarakat. Sumber akhbar: Nazrini Badarun(9 Mei 2017),Aktiviti kokurikulum cungkil bakat kepimpinan,asah disiplin pelajar,New Times Sabah,9 Selain itu,masalah ketidakpedulian terhadap ilmu ini juga memberi kesan negatif kepada kemampuan individu untuk memahami kepelbagaian dan membina nilai toleransi. Tanpa pengetahuan yang mencukupi tentang budaya, agama, atau pemikiran orang lain, kita cenderung untuk berpegang kepada stereotaip dan prasangka. Inilah yang menyebabkan menghalang usaha untuk memahami dan menghormati perbezaan yang ada di dalam masyarakat kita. Dalam usaha untuk membangunkan masyarakat yang lebih toleransi, kita perlu mengatasi masalah ketidakpedulian terhadap ilmu. Ilmu pengetahuan adalah jambatan untuk memahami dan menghormati perbezaan, dan dengan menggalakkan pembelajaran dan kesedaran ilmu pengetahuan, kita dapat membina masyarakat yang lebih terbuka, berfikir kritis, dan lebih toleran terhadap kepelbagaian yang ada dalam masyarakat kita. Dalam kesimpulannya,segala usaha yang telah membantu memastikan pembangunan nilai toleransi di Malaysia ini dapat membina jambatan komunikasi di antara penduduk yang berbilang kaum dan agama, memupuk perhubungan yang baik, dan mewujudkan persefahaman tanpa menimbulkan rasa curiga. Usaha ini adalah asas kepada keharmonian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik dan agama, dan ia adalah contoh positif bagaimana kepelbagaian boleh menjadi satu kekuatan dalam negara yang bersatu. Sumber foto: Ghazali Kori 13 Disediakan oleh : Angelyne Anak Tiggong
BERITA PALSU MENGUATKAN TEMBOK TOLERANSI EMILLIE SINAK AK SATING DITULIS OLEH : Media sosial membawa pengaruh yang sangat besar dalam masyarakat Malaysia. Namun, ia juga dapat mempengaruhi nilai toleransi dan pemahaman masyarakat Malaysia. Akan tetapi, ada segelintir pengguna telah menyalahgunakan platform media sosial ini dengan menyebarkan maklumat dan berita palsu. Hal ini sekaligus boleh menghalang pembangunan nilai toleransi dalam masyarakat Malaysia. Pada era globalisasi ini,masyarakat Malaysia lebih gemar memilih media sosial sebagai tempat untuk mereka mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu perkara. Media sosial adalah platform-platform dalam talian yang membolehkan individu dan organisasi berkongsi maklumat dan pendapat serta berkomunikasi secara digital. Antara contoh-contoh media sosial yang popular adalah Facebook,Twitter,Instagram dan sebagainya. 14 Terdapat beberapa isu sensitif yang tidak digalakkan untuk disentuh iaitu isu agama, budaya dan etnik. Apabila tersebarnya maklumat dan berita palsu tentang isu-isu ini, tidak dinafikan bahawa ia boleh mencetuskan konflik dan menghalang kesedaran yang positif dalam masyarakat kita. Oleh sebab itu,pengguna media sosial digalakkan untuk tidak menyentuh isu-isu tersebut untuk mengelakkan terjadinya hal-hal yang tidak diingini.
MENINGKATKAN TOLERANSI & MEMAHAMI SUMBER MAKLUMAT. Dalam meniti arus kemodenan ini,pengunaan media sosial sudah menjadi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.Kita terus-menerus dipaparkan oleh berbagai jenis informasi dari media sosial.Meningkatkan toleransi dan memahami sumber sebuah maklumat tersebut merupakan salah satu aspek penting dalam pembangunan masyarakat yang cerdas. 15 Jika masyarakat terus-menerus didedahkan dengan berita palsu,maka kepercayaan antara masyarakat dengan media akan menjadi semakin lemah.Ini sekaligus dapat mempengaruhi perspektif masyarakat dan boleh mengundang tindakan yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Hal ini adalah kerana pemahaman yang salah boleh menggoyahkan keyakinan masyarakat bahawa media menyampaikan fakta dengan jujur atau tidak. Bukan itu sahaja,berita palsu juga dapat mempengaruhi sikap dan perilaku seseorang individu tersebut.Mereka mungkin akan mengambil tindakan yang tidak bijaksana atau mendukung pihak yang salah kerana informasi yang mereka dapati itu salah. Hal ini sekaligus boleh membina tembok untuk masyarakat Malaysia meningkatkan toleransi antara satu sama lain.Oleh itu,pihak media harus digalakkan untuk menyebar maklumat yang mendorong nilai tolerani dan penting juga bagi kita untuk memahami sumber maklumat yang kita dapati. EMILLIE SINAK AK SATING DITULIS OLEH :
RUJUKAN BERITA HARIAN ONLINE. (September 9, 2023). Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh-Anthony Loke. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/115052 2/toleransi-sederhana-dalam-politik-untuk-jadikan-malaysianegara SINAR HARIAN ONLINE. (17 SEPTEMPER 2020). Ahli politik henti sentimen perkauman , etnik. https://www.sinarharian.com.my/article/101400/khas/wac ana/ahli-politik-henti-sentimen-perkauman-etnik https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pelajaran_1961 https://sharinashaariupsi.blogspot.com/2012/11/fungsibahasa-melayu-sebagai-bahasa.html https://www.facebook.com/116667740460867/posts/21langk ah-langkah-bagi-mnegatasi-masalah-perpaduan-dalamkalangan-pelajar/143817087745932/ https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkanperpaduan-kaum.html 16