UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN
KEJOHANAN SUKAN
TAHUNAN
SMK TAMAN
INDERAWASIH 2022
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 3-5
BAB 1 PENDAHULUAN 6-7
8–9
Rasional, Matlamat, Objektif 10
11
BAB 2 MEMBENTUK ORGANISASI 12
13-16
Carta organisasi Jawatankuasa Pengelola
17-19
Membentuk Jawatankuasa Kecil 20-23
23-27
Membentuk Pegawai Hari Kejohanan
Aturcara Majlis
Ikrar Kejohanan
Contoh-contoh surat
BAB 3 PERATURAN DAN JADUAL
Peraturan Kejohanan
Sukantara
Jadual Acara akhir dan Hari kejohanan
BAB 4 PANDUAN TUGAS PEGAWAI 28-38
BAB 5 Jawatankuasa Pengelola dan senarai semak 39-48
Tugas Pegawai Kejohanan 49-50
Keperluan Pegawai 51-52
Keperluan Salinan Borang
PENGELOLAAN HARI KEJOHANAN 53
Carta aliran borang
Borang Pendaftaran 55
Borang hakim penamat 56
Borang laporan Ketua Penjaga Masa 57
Penjaga Masa 58
Borang keputusan rasmi balapan 59
Borang acara padang 61
Borang Teknikal
LAMPIRAN
Pembinaan dan ukuran padang
Contoh Perbelanjaan
Rujukan
BAB 1
Pendahuluan
Pemilihan sukan olahraga ini berdasarkan kepada kepentingan sukan ini yang menjadi
teras kepada sukan ko-kurikulum di semua sekolah. Setiap tahun semua sekolah diwajibkan
untuk menganjurkan kejohanan olahraga untuk semua pelajar.
Kejohanan Olahraga Tahunan yang dijalankan di SMK Taman Inderawasih ini selaras
dengan tujuan yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Kejohanan Olahraga Tahunan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam
bidang sukan. Selain menyampaikan maklumat dan pengetahuan yang berguna kepada pelajar
seperti aspek-aspek disiplin dan akademik.
Rasional
Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan acara wajib kepada semua sekolah dan semua
pelajar sangat digalakkan untuk melibatkan diri. Guru-guru bertanggungjawab memastikan
kejohanan ini berjalan dengan terancang, teratur dan berkesan. Justeru itu satu panduan yang
baik seperti yang disediakan melalui projek khas ini dapat membantu dalam semua aspek
pengurusan yang berkesan.
Kegiatan sukan boleh membantu pelajar-pelajar mempertingkatkan daya saing yang
sihat di samping melahirkan individu yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Oleh yang demikian semua pelajar haruslah melibatkan diri dan diberi peluang untuk
menyertai acara-acara yang dipertandingkan.
Matlamat
1. Menghargai bakat dan kebolehan yang dianugerahkan oleh Tuhan di samping mensyukuri
anugerah kesihatan diri yang baik.
2. Memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk mengambil bahagian dalam acara-acara
yang dipertandingkan.
3. Mewujudkan hubungan yang lebih erat dan mesra di kalangan guru, ibu bapa pelajar dan
masyarakat setempat.
4. Memenuhi keperluan sosial di kalangan individu melalui aktiviti sukan.
Objektif
1. Menggalakkan pelajar-pelajar bersukan untuk menyihatkan badan.
2. Membina ketahahan diri pelajar dari aspek fizikal dan mental.
3. Membentuk pelajar yang berdisiplin, mempunyai semangat kesukanan, berdaya juang dan
bersaing secara sihat.
4. Membiasakan pelajar dalam acara pertandingan agar segala tindak tanduk dan
penglibatan mereka dalam pertandingan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
5. Mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
PERJALANAN KEJOHANAN OLAHRAGA
1. Pecahan pelajar kepada Rumah Sukan
2. Mesyuarat Agung Rumah Sukan
3. Latihan Sukan
4. Sukantara
5. Sukan Awal
6. Taklimat /Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Olahraga
7. Taklimat Jawatankuasa Kecil
8. Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Olahraga Kedua
9. Raptai Kejohanan
10.Hari Kejohanan Olahraga Tahunan
BAB 2
MEMBENTUK ORGANISASI
Seperti di Lampiran--
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK TAMAN INDERAWASIH KALI
KE-26, 2022
Atur Cara Majlis
7.30 pagi : Semua Kontinjen bersedia di tempat perbarisan
8.00 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia …….
8.15 pagi : Perbarisan Lintas Hormat Kontinjen
- Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Pengelola
- Ucapan dan Pengisytiharan Perasmian Kejohanan
oleh Tetamu Kehormat
- Lafaz Ikrar Kejohanan
9.00 pagi - Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-26
bermula
10.30 pagi : Rehat / Persembahan / Jamuan
11.00 pagi : Acara Kejohanan Disambung Semula
11.30 pagi : Upacara Penyampaian Hadiah oleh
Yang Berbahagia ….
12.00 t/hari : Majlis Bersurai
IKRAR KEJOHANAN
Bahawasanya Kami para athlit SMKTI
berikrar dan berjanji,
akan mengambil bahagian
dalam kejohanan Olahraga Tahunan
kali ke-26 SMK TAMAN INDERAWASIH
bagi tahun 2022
dengan penuh ikhlas,
patuh kepada segala undang-undang,
dan akan bertanding
dengan penuh semangat kesukanan
setia kawan dan muhibbah bagi meningkatkan lagi
mutu sukan sekolah dan negara kita.
Ruj : SMK…
Tarikh:
Pengetua,
Sekolah Menengah …………………………,
………………………………………………..
MEMOHON KEBENARAN PELEPASAN EN. ……………… UNTUK BERTUGAS SEBAGAI PELEPAS UNTUK
KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan memberi kebenaran dan
pelepasan kepada En. ……………… yang dilantik sebagai Pegawai Kejohanan (Pelepas)
kejohanan olahraga sekolah kami seperti butiran berikut.
Tarikh : 27 Ogos 2022
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih
3. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
“”
“”
Saya yang menurut perintah,
………………………………..,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8
TAMAN INDERAWASIH
13600 PERAI
TEL: 04-3973561
Ruj Kami :
Tarikh :
EN______________
Yang Dipertua PIBG
.
Tuan,
JEMPUTAN MERASMIKAN KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
Adalah dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, tuan dengan segala hormat dan sukacitanya dijemput merasmikan
Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih.
3. Upacara tersebut akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 27 Ogos 2022
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih.
3. Semoga dengan kehadiran tuan akan bertambah meriah lagi kejohanan ini dan pihak kami amat
menghargai kesudian tuan.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8
TAMAN INDERAWASIH 13600 PERAI
TEL: 04-3973561
Ruj Kami :
Tarikh :
…………………………..
Tuan,
JEMPUTAN MERASMIKAN PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, tuan dengan segala hormatnya dijemput menyempurnakan
penyampaian hadiah dan seterusnya merasmikan penutupan Kejohanan Olahraga Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih.
3. Upacara tersebut akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 27 Ogos 2022
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih.
4. Semoga dengan kehadiran tuan akan bertambah meriah lagi kejohanan ini dan pihak kami amat
menghargai kesudian tuanSekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
………………
JEMPUTAN KE KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri upacara penutup dan
penyampaian hadiah kejohanan tersebut seperti berikut:
Tarikh :
Masa :
Tempat:
Perasmian Penutup Oleh: _____________________________. Semoga dengan kehadiran tuan/puan
akan bertambah meriah lagi pesta ini.
Saya yang menurut perintah,
BAB 3
PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA
SMK TAMAN INDERAWASIH KALI KE-26, 2022
1. NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Olahraga Tahunan SMKTI kali ke-26, 2022
2. TARIKH KEJOHANAN
27.08.2022
SABTU
3. STATUS KEJOHANAN
Dijalankan secara dalaman
4. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Undang-undang pertandingan ini berdasarkan peraturan MSSM, MSSPP dan KOAM serta penyesuaian mengikut
keperluan.
5. KELAS
5.1 Kelas 1 (L/P) : Tingkatan 4 & 5
5.2 Kelas 2 (L/P) : Tingkatan 1, 2 & 3
6. PENYERTAAN
Setiap murid hanya dibenarkan mengambil bahagian tidak lebih dari tiga (3) acara individu dalam kombinasi berikut:
a) 2 acara balapan 1 acara padang
b) 1 acara balapan 2 acara padang
Lari berganti-ganti diklasifikasikan sebagai acara berpasukan dan penyertaan tidak tertakluk dalam perkara 6.1 di
atas.
7. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
KELAS
ACARA
1L 2L 1P 2P
X X
100 M X X X X
X X
200 M X X X X
X X
400 M X X X X
X X
800 M X X X X
4 X 100 M X X
4 X 200 M X X
L.PELURU X X
L.JAUH X X
8. NOMBOR PESERTA - (G001 – G199)
GARUDA (BIRU)
RAJAWALI (HIJAU) - (R200 – R399)
CENDERAWASIH (KUNING) - ( C400 – C599)
JENTAYU (MERAH ) - (J600 – J799)
9. PENENTUAN PEMENANG / OLAHRAGAWAN / OLAHRAGAWATI
9.1 Johan rumah akan ditentukan berdasarkan jumlah pingat emas yang diperolehi
9.2 Jika sama, penentuan berdasarkan pingat perak
9.3 Jika sama, penentuan berdasarkan pingat gangsa.
9.4 Jika masih sama, penentuan adalah berdasarkan jumlah mata yang dikumpul.
9.5 Penentuan Olahragawan dan Olahragawati adalah berdasarkan peserta yang mencatat rekod MSSM atau
MSSPP dalam acara individu.
9.6 Jika tiada pemenang, Olahragawan dan Olahragawati dianugerahkan berdasarkan jumlah pungutan pingat emas
acara individu.
9.7 Jika sama, kaedah 9.2, 9.3 dan 9.4 digunapakai.
10. PERBARISAN
Setiap rumah sukan dikehendaki menyediakan satu pasukan perbarisan yang terdiri seramai 23 orang peserta.
Perbarisan lintas hormat semasa perasmian akan dinilai dan dicampur dengan pungutan pingat dan mata setiap
rumah.
11. BANTAHAN
Sebarang bantahan handaklah dibuat secara bertulis tidak lewat daripada 30 minit selepas acara berlangsung
kepada Juri Rayuan.
Setiap bantahan hendaklah disertakan wang berjumlah RM30.
Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.
PERATURAN SUKANTARA SMK TAMAN
INDERAWASIH
2022
Pembahagian kelas pelajar
Tingkatan 1,2 & 3 - kelas 2
Tingkatan 4 & 5 - Kelas 1
Acara- acara : 1. 100 m
2. Lompat jauh
3. Lontar Peluru
Syarat peserta sukantara
a. Pelajar hanya boleh mewakili satu kelas sahaja
b. Pelajar boleh mewakili kelas yang lebih tinggi dari kelasnya tetapi ia hanya berhak mewakili
kelas itu sahaja.
Kelas 1 lelaki
Kelas 2 lelaki
Kelas 1 perempuan
Kelas 2 perempuan
TAHAP KELAYAKAN MARKAH SUKANTARA
ACARA MASA / JARAK KELAYAKAN
1L 2L 1P
2P
100 M 15.00s 15.00s 18.00s 18.00s
3.00m
L.JAUH 5.0 m 3.7m 3.2m 4.0 m
L/Peluru 6.0 m 5.0 m 4.5 m
a. Bagi acara 100m hanya sekali percubaan sahaja dibenarkan.
b. Bagi acara l/jauh dan l/peluru peserta akan diberikan 2 percubaan.
c. Peserta yang berjaya melepasi masa/jarak yang ditetapkan akan diberikan 2 mata.
d. Hanya peserta yang disenaraikan sahaja boleh membuat percubaan /larian.
e. Adalah menjadi tugas guru rumah untuk memastikan semua peserta rumah sukannya berada di tempat
ujian semasa ujian dijalankan
f. Masa dan jarak kelayakan bagi setiap kategori kelas, ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola
pertandingan.
g. Setiap acara hanya dibenarkan sekali percubaan sahaja.
h. Peserta yang berjaya melepasi masa/jarak yang ditetapkan akan diberikan 2 mata.
i. Adalah menjadi tugas guru rumah untuk memastikan semua peserta rumah sukannya berada di tempat
ujian semasa ujian dijalankan.
j. Keputusan markah sama ada dibawa ke hari kejohanan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola.
JADUAL SUKANTARA
Seperti dilampiran
* Tempoh masa pertandingan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian.
SENARAI ACARA YANG DIPERTANDINGKAN ( excel )
BAB 4-
JAWATANKUASA KEJOHANAN
Bab ini akan menerangkan tentang senarai tugas jawatankuasa yang telah dilantik. Penerangan
ini akan memberikan satu garis panduan kepada petugas untuk melaksanakan tanggungjawab yang
telah di amanahkan bagi memastikan kelancaran kejohanan.
JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA SMKTI 2022
JEMPUTAN/ SAMBUTAN
SENARAI TUGAS
1. Menyediakan senarai dif-dif jemputan
2. Menghantar kad/surat jemputan
3. Mengenalpasti Tetamu/VIP/Perasmi yang dijemput setelah berbincang dengan
Pengerusi.
4. Menjemput tetamu yang datang, mengatur dan menunjukkan tepat duduk mereka.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
6. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Menjemput – Surat Rasmi VIP - Pembukaan & Penutupan Kejohanan
Edarkan pada ………………………..
2. Menyediakan kad-kad jemputan kepada semua Pengetua & GB sekolah berdekatan
3. Jumlah kad – 25 keping
4. Surat jemputan kepada ibubapa/penjaga
5. Edarkan pada ………………………..
6. Perbelanjaan RM ………………
7. Sambutan seperti majlis rasmi
8. Serahkan buku program
9. Pastikan 3 acara ditangguhkan untuk dipertonotonkan kepada Perasmi Penutup
10. Jamuan VIP (Perasmian Pembukaan) Jam 8.00 pagi
11. Jamuan VIP (Perasmian Penutupan) Jam 11.30 pagi
12. Menyambut tetamu- Pengetua , Semua PK & Semua GK
BUKU PROGRAM
SENARAI TUGAS
1. Menentukan bentuk dan kandungan setelah berbincang dengan
Pengerusi/Setiausaha.
2. Mendapatkan maklumat untuk dimuatkan dalam buku tersebut seperti;
a. Kata-kata aluan
b. Aturcara majlis
c. Senarai JK pengelola dan nama pegawai kejohanan
d. Rekod-rekod kejohanan
e. Syarat-syarat pertandingan
f. Jadual-jadual pertandingan
3. Mengatur, mencetak dan menyediakan Buku Program.
4. Mengedar buku program tersebut.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
6. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Bentuk – buku 2 keping (8 pages) @ Brosur
2. Siapkan pada ‘draf’ ………………………..
3. Semak dan serahkan kepada Pengetua pada ………………………..
4. Buku Program VIP ………… buah - Warna ………………………..
5. Hiasan
6. Buku Program biasa ……….. buah.
7. Pelajar/Pembantu………… orang
8. Kos RM …………….
PERSIAPAN TEMPAT
SENARAI TUGAS
1. Menentukan kedudukan Khemah Peserta dan Pengurus Peserta dengan
menyediakan pelan susun atur.
2. Menyediakan khemah Pertolongan Cemas, Urusetia dan Khemah Tetamu.
3. Memastikan khemah peserta didirikan di kawasan yag ditetapkan.
4. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan seperti ;
a. Stand untuk Hakim Balapan dan Penjaga Masa
b. Kerusi dan meja yang diperlukan
c. Payung dan peralatan lain yang perlu
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
6. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Plan susun atur khemah
2. Jumlah Khemah
a. Khemah peserta -4
b. Khemah Penyelia peserta - 1
c. Khemah Pertolongan cemas - 1
d. Khemah Utama/Tetamu/VIP - 1 *
e. Khemah hadiah/Pengacara - 1 *
3. Settie @ Tempat duduk VIP (single) + meja
4. Hiasan meja VIP
5. Minuman di meja VIP (air mineral + cawan)
6. Kipas angin
7. Meja Hadiah
8. Meja + Kerusi Pengacara
9. Rostrum
10. Stand + Meja + Kerusi Hakim Penamat & Penjaga Masa
11. Stand Penerima Hadiah
12. Payung
a. Hakim Penamat
b. Penjaga Masa
c. Hakim Lompat Jauh
d. Hakim Lompat Tinggi
13. Platform Tabik Hormat
14. Banting
15. Perbelanjaan RM ……………
PERASMIAN PEMBUKAAN /PENUTUP/PERBARISAN
SENARAI TUGAS
Perasmian dan Penutup
1. Menjalankan upacara perasmian seperti;
a. Bentuk/format perbarisan
b. Jumlah peserta perbarisan
c. Lintas hormat
d. Pembacaan Ikrar
e. Pembacaan biodata pasukan (diserahkan kepada juru hebah)
f. Naikkan bendera kejohanan
g. Format keluar padang
2. Menentukan perbarisan terbaik dengan menyediakan;
a. Hakim-hakim perbarisan
b. Kriteria penghakiman
c. Borang-borang pemarkahan
3. Menjalankan upacara perasmian penutup seperti;
a. Upacara Penutup
b. Format masuk padang
c. Turunkan bendera.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
5. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
Pembukaan - Tarikh : Masa:
1. Raptai
a. Raptai Pertama
b. Raptai Kedua - Tarikh : Masa:
c. Raptai Penuh - Tarikh : Masa:
2. Susun atur majlis
a. Perarakan Bendera Kejohanan
b. Perbarisan Pasukan Rumah Sukan
c. Pasukan Unit Beruniform
d. Acara menaikkan Bendera Kejohanan
e. Majlis Perasmian
3. Pelan susun atur pergerakan pelajar
4. Ahli Perbarisan Rumah Sukan
a. Pembawa Papan tanda -1
b. Pembawa Bendera - 1
c. Ketua Rumah -1
d. Ahli Rumah - 23
5. Pembawa Bendera Kejohanan -5
6. Borang Pertandingan Perbarisan
7. Penyertaan – Rumah Sukan, Unit Beruniform, Persatuan/Kelab
8. Seragamkan Papantanda rumah sukan
9. Bendera rumah sama besar dan tiang sama panjang
Penutup
1. Susun atur majlis
a. Perbarisan Masuk Pasukan Rumah Sukan
b. Penyampaian Hadiah
c. Ucapan-ucapan rasmi
d. Ucapan Penutupan
e. Acara menurunkan Bendera Kejohanan dan diserahkan kepada VIP
2. Pelan susun atur pergerakan pelajar
3. Perbelanjaan RM ……………………
HADIAH & CENDERAMATA
SENARAI TUGAS
1. Menjalankan usaha-usaha mendapatkan kembali piala-piala pusingan serta kerja-
kerja penyediakan hadiah seperti medal dan piala-piala pusingan sebelum
kejohanan
2. Menjalankan Upacara Penyampaian Hadiah seperti;
a. Menentukan jawatankuasa yang bertugas
b. Menentukan Penyampai-penyampai hadiah.
c. Memastikan hadiah-hadiah mencukupi sebelum kejohanan
d. Menentukan hadiah-hadiah yang akan diberi mengikut acara dan kategori.
e. Mengenalpasti butiran peribadi penyampai hadiah.
3. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
4. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Hadiah di tempah pada ……………………….
2. Hadiah akan dihantar ke sekolah pada ……………………..
3. Piala-piala pusingan dibersihkan dan dipercantikkan
4. Tempah piala-piala bagi menggantikan piala yang rosak @ uzur
5. Hadiah tarik tali
6. Piala Pusingan
7. Membuat senarai semak jenis & jumlah hadiah
8. Hadiah Olahragawan
9. Hadiah Olahragawati
10. Hadiah Acara Pegawai
11. Cenderahati Perasmi – Pembukaan & Penutup
12. Alas & dulang hadiah
13. Pembantu (pelajar) Hadiah ……………. Orang
14. Petugas Khas ke Penyelia Peserta ………… orang
15. Susun atur tugasan petugas khas untuk Majlis Penyampaian Hadiah
16. Dapatkan rekod @ maklumat dari urusetia berkaitan penyampaian hadiah
17. Memastikan Ketua Penasihat Rumah Sukan menyediakan wakil untuk menerima
hadiah jika pemenang tidak dapat menerima hadiah.
18. Memastikan pakaian penerima hadiah berpakaian kemas dan berkasut semasa
menerima hadiah.
19. Membuat taklimat ringkas kepada pemenang sebelum menerima hadiah
a. Hadiah jangan dikeluarkan dari leher sehingga pemenang berjalan ke
khemah
peserta
b. Pakaian kemas
c. Berdisiplin semasa menunggu
JAMUAN RINGAN/ MINUMAN
SENARAI TUGAS
1. Menyediakan minuman pegawai kejohanan dan pembantu sukan semasa
kejohanan.
2. Menjalankan usaha-usaha menentu dan menyediakan menu dan tempat jamuan.
3. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan
5. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Anggaran mengikut menu
2. Jenis Makanan ……….. orang (Pembukaan)
3. ViP, Dif Jemputan & PIBG ……….. orang (Penutup)
4. ViP, Dif Jemputan & PIBG
5. Tempat Jamuan
6. Petugas Khas …………. Orang
Minuman Pegawai Sukan
1. Bentuk air yang disediakan (bancuh/kotak)
2. Sistem pengagihan
3. Petugas mengagihkan minuman …………… orang
4. Perbelanjaan RM ………………….
KEPEGAWAIAN
SENARAI TUGAS
1. Mencari dan menyediakan Pegawai Kejohanan mengikut keperluan sepanjang
kejohanan.
2. Mencari pengganti jika terdapat kekurangan atau ketiadaan pegawai kejohanan.
3. Menentukan tugas-tugas pegawai kejohanan.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
5. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Lantik pegawai kejohanan
2. Lantik pegawai lain jika pegawai tidak mencukupi
3. Senarai nama pegawai kejohanan
4. Taklimat kepada pegawai sukan pada ……………
PUBLISITI DAN DOKUMENTASI
SENARAI TUGAS
1. Memastikan hebahan mengenai kejohanan dibuat seawal mungkin
2. Memastikan semua warga IPDA mengetahui tentang tarikh dan acara –acara
penting
3. Memastikan maklumat yang dihebahkan telah diperakui
4. Menentukan tugasan kepada individu yang bertanggungjawab mengambil gambar,
memproses, menyimpan dan membuat laporan
SENARAI SEMAK
1. Memutuskan media untuk publisiti
2. Poster
3. Bannner disiapkan pada ………….
4. Bannner digantung pada …………….
5. Bekerjasama JK Sambutan untuk mengedarkan Kad-kad jemputan kepada
Pensyarah dan staf sokongan
6. Jurugambar kamera statik dan video
7. Memastikan semua gambar didokumentasikan
SIARAYA
SENARAI TUGAS
1. Menguruskan PA Sistem
2. Memastikan semua peralatan berfungsi
3. Sentiasa mempastikan PA Sistem tersebut berada di dalam keadaan baik di
sepanjang kejohanan.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
5. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. PA sistem sentiasa di dalam keadaan terbaik
2. Menguji peralatan
3. Kemungkian bekalan elektrik terputus – usahakan alterlnatif kedua
4. Heiler (pembesar suara) - 2 unit
5. Perbelanjaan RM ………………
PERTOLONGAN CEMAS
SENARAI TUGAS
1. Menyediakan semua peralatan perubatan di Khemah Pertolongan Cemas.
2. Menyediakan kumpulan pertolongan cemas untuk bertugas di tempat-tempat
tertentu di arena kejohanan.
3. Lain-lain tugas yang difikirkan perlu.
4. Bertanggungjawab memastikan kebajikan petugas Pertolongan Cemas.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
6. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Khemah dilengkapi pengusung
2. Ubat-ubatan mencukupi terutama ubat luka & kejang otot
3. Bekalan air batu yang mencukupi dan sentiasa ada (ingatkan setiap rumah sukan)
4. Pastikan tempat untuk pelajar wanita terlindung dari pandangan ramai
5. Tikar atau tilam untuk menempatkan pelajar yang cedera
6. Pastikan surat dihantar ke Pusat kesihatan yang terdekat untuk makluman
7. Pastikan klinik yang berhampiran dan masih beroperasi selepas waktu pejabat.
8. Pastikan 2 buah kereta yang akan bertindak sebagai ambulan jika berlaku
kecemasan dan pastikan kereta tersebut tidak terhalang oleh kenderaan lain.
9. Petugas (pelajar) perlu dilatih terlebih dahulu untukmenghadapi sesuatu kejadian @
kecerderaan
JURU ACARA
SENARAI TUGAS
1. Mengendalikan majlis yang berkaitan dengan kejohanan.
2. Sentiasa bekerjasama dengan Pengurus Kejohanan untuk mendapatkan maklumat-
maklumat berkaitan kejohanan.
3. Mengendalikan upacara Penyampaian Hadiah.
4. Sentiasa berhubung dengan Pengelola Peserta dan Jawatankuasa hadiah untuk
mendapatkan maklumat.
5. memastikan nama dan jawatan VIP, Jemputan khas dan Penyampaian Hadiah
dengan tepat dan betul.
SENARAI SEMAK
1. Sediakan Skrip
2. Pastikan butiran VIP diperolehi dengan tepat
3. Pastikan nama penyampai hadiah ditulis dengan lengkap dan betul
4. Raptai – Tiada kesalahan, rancangkan terlebaih dahulu dengan ‘stage manager’
KAWALAN KESELAMATAN, DISIPLIN DAN KEBERSIHAN
SENARAI TUGAS
1. Memastikan arena dan kawasan pertandingan selamat dari sebarang gangguan.
2. Bertanggungjawab menghiasi khemah tetamu agar kelihatan ceria.
3. Memastikan arena dan kawasan padang bersih serta selamat digunakan sebelum
dan selepas kejohanan.
4. Bekerjasama dengan Marsyal bertugas untuk memastikan kejohanan berjalan
lancar seperti yang dirancang.
5. Bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk memastikan disiplin pelajar
dan mengawal selia kehadiran pelajar.
6. Mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan pelajar tidak ponteng dan
keluar dari kawasan IPDA semasa kejohanan berlangsung.
SENARAI SEMAK
1. Tugas mengawasi arena kejohanan dan persekitaran
2. Memastikan sistem yang berkesan untuk memantau kehadiran
3. Awasi dan ambil langkah mengelakkan pelajar balik awal dan bertembung dengan
VIP yang datang merasmikan penutupan kejohanan.
4. Tiada pelajar berada di atas bangunan
5. Pengawasan penggunaan surau hanya untuk sembahyang (bukan tempat menyalin
pakaian @ makan)
6. Senarai @ Jumlah pelajar yang tidak mengambil bahagian (akan bertugas)
7. Tong-tong sampah diperbanyakkan di sekeliling padang terutama Khemah peserta
8. Berkumpul selepas Kejohanauntuk menjalankan gotong royong
9. Perbelanjaan RM ………………….
KEPUTUSAN DAN STATISTIK
SENARAI TUGAS
Keputusan dan Statistik
1. Menguruskan data dan maklumat berkaitan dengan kejohanan.
2. Memastikan Keputusan Rasmi disimpan dan dikeluarkan untuk makluman semua
pasukan.
3. Menguruskan semua senarai nama pemenang dan pungutan mata/pingat bagi
semua acara yang dipertandingkan.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
5. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Memastikan borang pendaftaran diterima dari setiausaha/urusetia
2. Memastikan peralatan komputer, printer, disket dan kertas mencukupi dan boleh
digunakan
3. Memastikan sistem yang akan digunakan diuji terlebih dahulu.
4. Memastikan bekalan elektrik diperolehi
5. Memastikan borang-borang yang akan digunakan mencukupi
6. Memastikan keputusan tepat dan cepat
7. Fail, kertas, clip kertas serta peralatan lain mencukupi
PENGURUS TEKNIK – TEKNIKAL DAN BORANG
SENARAI TUGAS
Pengurus Teknik
1. Bertanggungjawab menyediakan balapan dan padang yang akan dijadikan arena
2. Bertanggungjawab penuh memastikan bahawa balapan, ukuran alatan dan lain-lain
keperluan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
3. Menyediakan borang-borang secukupnya.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
5. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Memastikan dan menyediakan semua jenis borang
2. Borang yang dicetak mencukupi
3. Tarikh mencetak borang-borang
4. Edaran borang kepada pegawai bertugas
PENGURUS TEKNIK - PERALATAN
SENARAI TUGAS
1. Menyediakan peralatan mengikut spesifikasi yang dibenarkan dengan secukupnya.
2. Menyerahkan peralatan dan keperluan kepada pegawai kejohanan yang dilantik.
3. Mengumpul dan menyimpan peralatan di tempat yang ditetapkan.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
5. Menyediakan laporan.
SENARAI SEMAK
1. Memperolehi senarai acara dari setiausaha/urusetia kejohanan
2. Membuat senarai peralatan yang akan digunakan
3. Memeriksa peralatan sebelum latihan rumah sukan dan kejohanan
4. Membuat laporan dan memesan peralatan baru untuk menggantikan peralatan yang
rosak atau tidak mencukupi
TUGAS PEGAWAI KEJOHANAN
Urusetia
1. Bertindak sebagai badan perhubungan
2. Menyelia dan memantau perjalanan kejohanan
3. Menyimpan segala maklumat berkaitan kejohanan
4. Menjalankan tugas-tugas khas.
Pendaftaran
1. Bekerjasama dengan JK Teknikal dengan menyediakan borang pendaftaran
untuk semua rumah sukan.
2. Memberi taklimat kepada semua rumah sukan berkaitan syarat dan peraturan
pendaftaran.
3. memastikan semua borang penyertaan dihantar pada tarikh yang ditetapkan.
4. Membuat penyusunan peserta mengikut acara dan kategori
5. Membuat senarai penuh nama peserta mengikut rumah sukan, acara dan
kategori.
Pencatat & Perangkaan
1. Mencatatkan keputusan rasmi ke dalam Borang Hadiah
2. Memastikan nama, jawatan dan pingat Penyampai
Hadiah dengan tepat
3. Mencatatkan, merekod dan sentiasa mengemaskini
pungutan pingat/mata rumah-rumah sukan yang bertanding.
4. Mencatatkan dan memastikan keputusan ‘melepasi’
rekod asal atau tidak.
5. Mencatatkan, merekod dan menyediakan calon-calon
Olahragawan/wati Kejohanan. Semak Peraturan Pertandingan atau hubungi
Urusetia @ Pengurus Kejohanan sebelum membuat keputusan muktamad.
6. Mendapat ‘kebenaran’ terlebih dahulu dari ‘Stage
Manager’ sebelum Majlis Penyampaian Hadiah.
7. Menyediakan petugas khas;
a. Dari Urusetia → ke Penyelia Peserta (Hadiah)
b. Dari Urusetia → ke JK Hadiah
c. Pencatat
Referi
1. Bertugas sebelum kejohanan bermula dengan
memastikan semua peralatan dang kemudahan yang akan digunakan menepati
peraturan.
2. Bertanggungjawab memastikan peralatan baik dan
selamat untuk digunakan.
3. Hanya Referi sahaja yang berhak membuat keputusan
di atas sebarang pertikaian atau bantahan (Rule of Law) dan keputusannya
adalah muktamad.
4. Hanya Referi berhak membenarkan tempat acara di
ubah atau beralih tempat.
5. Referi perlu menyemak, memastikan keputusan yang
dibuat betul dan tepat serta menandatangani Keputusan Rasmi.
6. Sentiasa membawa Buku Peraturan KOAM @ MAAU
sepanjang kejohanan untuk rujukan jika perlu.
7. Referi tidak berhak memutuskan apa-apa berkaitan
Peraturan Pertandingan.
8. Sentiasa berada berhampiran Urusetia @ Tempat
Pertandingan.
9. Referi Padang perlu memberikan tugasan dan
kedudukan kepada Pengadil Lorong
Pelepas
1. Bertugas sepanjang kejohanan sebagai pegawai yang
akan memulakan acara balapan.
2. Memastikan ‘pistol’ berfungsi dengan baik.
3. Memastikan peluru dibekalkan oleh urusetia mencukupi
untuk acara balapan
4. Bekerjasama dengan Penolong Pelepas.
Penolong Pelepas
1. Membantu Pelepas menjalankan tugasnya.
2. Membantu menyemak nama peserta, nombor dan
lorong seperti yang dinyatakan pada borang penyertaan.
3. Bertindak sebagai pembantu dengan memastikan
peserta berada pada kedudukan yang betul dan mengikut undang-undang
kejohanan.
4. Bertindak sebagai Pelepas jika tiada Pelepas.
5. Meyediakan
a. 2 bendera berlainan warna.
b. Penghadang pistol
c. Kerusi/tempat Pelepas
6. Menyediakan petugas khas;
a. Memberi isyarat acara akan dimulakan.
b. Memegang penghadang pistol (pastikan dibekalkan kapas @ pelindung
telinga)
7. Menyusun peserta kedua dan seterusnya dalam acara
4 x 100 & 4 x 200 dan memastikan lorong yang betul diberi kepada sesebuah
pasukan
Penjaga Masa
1. Ketua Penjaga Masa memastikan jam randik (stop
watch) mencukupi sebelum acara dimulakan.
2. Mengagihkan tugasan kepada penjaga masa;
a. Tempat Pertama – Ketua Penjaga Masa.
b. Tempat Pertama – 2 orang Penjaga Masa.
c. Tempat Kedua – 2 orang Penjaga Masa.
d. Tempat Ke 3 - 8 – 1 orang Penjaga Masa.
3. Ketua Hakim harus sentiasa mengingatkan Penjaga
Masa apabila melihat ‘isyarat’ dari pelepas, acara akan dimulakan.
4. Ketua Penjaga Masa akan mengumpulkan kad catatan
masa penjaga masa dan merekodkan kedalam borang Laporan Ketua Penjaga
Masa.
5. Penjaga Masa harus dapat melihat api atau asap dari
hujung pistol pelepas (bukan bunyi)
6. Catatkan masa dua rumah perpuluhan ( 0. 00 )
7. Tidak berbincang sesama Penjaga Masa, catatkan
masa yang diperolehi dari jam randik.
8. Menyediakan petugas khas;
a. Dari Penjaga Masa → ke Hakim Penamat
b. Pencatat
Hakim Penamat/Balapan
1. Menentukan kedudukan pemenang
2. Ketua Hakim Penamat akan mengisi borang Keputusan
Rasmi dengan memastikan maklumat yang dicatat sama dengan borang
penyertaan.
3. Meyediakan 2 bendera berlainan warna.
4. Menyediakan petugas khas;
a. Dari Hakim Penamat → ke Perangkaan
b. Memberi isyarat Hakim Penamat ‘bersedia’ apabila Pelepas memberikan
‘isyarat’ acara akan dimulakan – bendera putih
Hakim Lompat Jauh
1. Memastikan tempat lompatan baik dan selamat
digunakan.
2. Memastikan semua peralatan telah diperolehi dari JK
Teknikal.
3. Memastikan penyapu disediakan untuk membersihakn
pasir pada papan lonjak.
4. Memastikan disediakan 2 bendera berlainan warna.
5. 3 percubaan diberikan untuk semua peserta.
6. 8 peserta terbaik akan diberikan 3 percubaan lagi.
7. Setiap percubaan diukur kecuali lompatan tersebut
batal.
8. Percubaan batal dikira apabila mana-mana bahagian
kaki menyentuh kawasan antara papan lonjak dan tempat mendarat (melepasi
papan lonjak).
9. Percubaan juga dikira bakat jika melompat dengan dua
belah kaki (double take off).
10. Ukuran dibuat dengan bacaan di papan lonjak selari
dengan papan lojak.
Hakim Lontar Peluru
1. Memastikan peluru yang digunakan betul dan selamat
untuk digunakan.
2. Percubaan batal dikira apabila mana-mana bahagian
kaki menyentuh atas atau kawasan selepas papan penghadang/garisan.
3. Percubaan dikira batal jika peluru tidak menyentuh
‘dagu dan leher’ apabila membuat lontaran.
4. Percubaan dikira batal apabila mana-mana anggota
badan menyentuh kawasan di dalam bulatan kecuali kakinya semasa membuat
lontaran.
5. Percubaan dikira batal apabila peluru mendarat di luar
kawasan yang ditandakan.
6. Percubaan dikira batal apabila peserta keluar melalui
bahagian depan garisan separuh bulatan.
7. Ukuran dibuat/dibaca pada garisan/bahagian dalam
papan penghadang. Pita ditarik melalui titik tengah bulatan.
Pengadil Lorong
1. Memastikan dibekalkan 2 bendera putih dan
merah.
2. Bertugas pada setiap acara balapan (larian).
3. Membawa pita lekat @ sebarang benda yang boleh
dijadikan tanda apabila sesuatu kesalahan berlaku.
4. Kesalahan yang sering berlaku ialah
a. Berlari dilorong yang bukan dikhaskan kepadanya kecuali pusingan kedua
acara 800 meter atau peserta kedua dan seterusnya dalam acara 4x400
meter.
b. Memberi dan menerima baton di luar zon
c. Terjatuh baton dan diambil oleh orang lain atau memasuki lorong lain
untuk mengambil baton.
d. Dengan sengaja menghadang orang lain dalam usaha mengambil baton
atau memulakan larian terutamanya dalam acara ‘relay’.
e. Keluar dari lorong selepas memberi baton dan mengganggu larian peserta
lain.
5. Pengadil Lorong tidak mempunyai kuasa untuk
membuat keputusan.
6. Jika tidak terdapat sebarang kesalahan Pengadil orong
mengangkat bendera putih/hijau apabila pelari melepasi beliau.
7. Jika terdapat sebarang kesalahan Pengadil Lorong perlu
menandakan tempat kesalahan tersebut dengan pita dan mengangkat bendera
merah sehingga Referi datang. Maklumkan kesalahan kepada Referi untuk
dibuat keputusan.
Penyelia Peserta
1. Dapatkan fail dan senarai penyertaan dari Setiausaha Kejohanan
2. Memanggil peserta mengikut susunan acara.
3. Membuat semakan nama, nombor peserta dan rumah sukan.
4. Hantarkan peserta dengan pembantu sukan mengetuai kumpulan peserta
mebawa borang penyertaan.
5. Menyediakan peserta untuk acara seterusnya.
6. Sediakan peserta untuk:
a. Mengambil bahagian
b. Menerima hadiah (berpakaian lengkap)
7. Memastikan nama peserta, nombor dan pasukan betul
sebelum dibenarkan mengamil bahagian.
8. Menyemak nama peserta berdasarkan salinan
pendaftaran asal jikan terdapat sebarang perselisihan.
9. Memastikan hanya peserta yang berdaftar sahaja yang
mengamil bahagian.
10. Bersedia lebih awal untuk menyediakan peserta untuk
acara mengikut susunan acara
11. Menyediakan petugas khas
a. Dari Penyelia Peserta → ke tempat permulaan acara balapan atau
padang dengan membawa borang penyertaan
b. Dari Penyelia Peserta → menghantar & mengiringi pemenang ke tempat
penerimaan hadiah dan balik.
c. Dari Penyelia Peserta → ke khemah rumah/peserta untuk mencari
pemenang untuk majlis penerimaan hadiah.
12. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
13. Menyediakan laporan.
Pengurus Pasukan
1. Menyediakan peserta untuk:
a. Perbarisan masuk – pembukaan dan penutup (kecualikan peserta yang
akan mengambil bahagian selepas perasmian)
b. Mengambil bahagian
c. Penyampaian hadiah
2. Menjadi tanggungjawab Pengurus Pasukan untuk
memastikan pakaian peserta yang akan mengambil bahagian dan menerima
hadiah berpakaian sukan lengkap.
3. Memastikan peserta melapor diri kepada ‘Hakim
Padang’ terlebih dahulu jika peserta mengambil acara balapan pada masa yang
sama.
4. Menyediakan wakil khas rumah sukan untuk mewakili
rumah/peserta untuk mengambil hadiah.
5. Bertanggungjawab memastikan Borang Pendaftaran
diserahkan kepada Setiausaha Sukan pada ……………
6. Memastikan peserta yang berdaftar sahaja mengambil
bahagian.
7. Memastikan peserta memakai nombor dengan betul
seperti yang didaftarkan.
8. Membuat pengesahan dan membuat perubahan semasa mesyuarat Pengurus
Pasukan.
9. Menyediakan keperluan makan dan minum kepada ahli rumah.
10. Memastikan peserta memakai pakaian yang sesuai untuk mengambil bahagian.
11. Memastikan semua ahli berada di dalam kawasan rumah sukan masing-masing.
Keperluan Pegawai dan Pembantu Padang
Referi Padang - 1 orang
Referi Balapan - 1 orang
Pengelola Peserta - 5 orang
Pembantu - 10 orang (menghantar peserta dan borang - jika boleh bilangan pembantu ditambah)
Pelepas - 1 orang
Penolong Pelepas - 2 orang
Pembantu - 1 orang (memegang papan penghadang pistol)
- 1 orang (membantu membawa kerusi dan pembesar suara)
Hakim Penamat - 1 orang (Ketua Hakim Penamat)
Pembantu - 8 orang Hakim Penamat (5 orang jika kekurangan pegawai)
- 2 orang (pencatat keputusan rasmi)
Penjaga Masa - 4 orang runner
Pembantu
(menghantar keputusan rasmi ke statistik, hadiah, juruhebah dan pengelola peserta)
- 1 orang (Ketua Penjaga Masa)
- 8 orang Penjaga Masa (5 orang jika kekurangan pegawai)
- 2 orang runner
(menghantar keputusan rasmi ke Hakim Penamat)
Pengadil Lorong - 8 orang Penjaga Masa (5 orang jika kekurangan pegawai)
Hakim L. Jauh - 2 orang Hakim
Pembantu - 2 orang (membantu mengukur)
- 1 orang (meratakan pasir)
Hakim L. Peluru - 2 orang Hakim
Pembantu - 2 orang (membantu mengukur)
- 2 orang (mengambil peralatan)
Keperluan Salinan Borang
Borang Penyertaan
1 salinan → Pengurus Pasukan
1 salinan → Urusetia/Setiausaha Kejohanan
Borang Pertandingan
Acara Balapan (4 salinan )
1 salinan → Pengelola Peserta
1 salinan → Hakim Penamat
1 salinan → Pelepas
1 salinan → Juruhebah – diumumkan sebelum acara bermula (jika perlu)
Acara Padang (3 salinan )
1 salinan → Pengelola Peserta
1 salinan → Hakim Acara
1 salinan → Juruhebah – diumumkan sebelum acara bermula (jika perlu)
Borang Keputusan Rasmi
Acara Balapan (4 salinan )
1 salinan → Pengelola Peserta - Urusan penyediaan peserta untruk Penyampaian Hadiah
1 salinan → Urusetia/Statistik
1 salinan → JK Hadiah – persediaan penyampaian hadiah
1 salinan → Juruhebah – diumumkan semasa upacara penyampaian hadiah
Acara Padang (4 salinan )
1 salinan → Pengelola Peserta - Urusan penyediaan peserta untruk Penyampaian Hadiah
1 salinan → Urusetia/Statistik
1 salinan → JK Hadiah – persediaan penyampaian hadiah
1 salinan → Juruhebah – diumumkan semasa upacara penyampaian hadiah
Borang/ Kad Hakim Penamat, Ketua Penjaga Masa & Penjaga Masa
* Sediakan salinan secukupnya mengikut bilangan acara yang dipertandingkan
BAB 5.
BORANG-BORANG PERTANDINGAN
CONTOH BORANG-BORANG KEJOHANAN
SEKOLAH MENENGAH KEBA
KEJOHANAN OL
BORANG PENDAFTARAN PESERTA
RUMAH SUKAN: WARNA:
BIL NAMA NOMBOR
100 200 400 800
Nama Pengurus : ……………………………………………….
Tandatangan : ……………………………………………….
ANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
LAHRAGA KALI KE 26
KATEGORI:
ACARA JUM
1500 L/T L/J L/K L/P L/C R/L 4X100 4X200 JUM
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
HAKIM PENAMAT
NO. ACARA :____________ (AKHIR / SARINGAN)
ACARA :___________________________ ( L / P)
KEDUDUKAN NO. PESERTA
__________________________
(T.Tangan Hakim
LAPORAN KETUA PENJAGA MASA
No. Acara :
Acara :
Kedudukan
Masa
1
2
3
4
T.tangan
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
PENJAGA MASA
NO. ACARA :____________ (AKHIR / SARINGAN)
ACARA :___________________________ ( L / P)
JAM ( ) MASA
__________________________
(T.Tangan Penjaga Masa)
KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLA
No. Acara : Acara : Peringkat: KEPUTUSAN
Rekod
Sekolah: Daerah: Neg
Lorong Nom
Nama Peserta
1 T.T Ketua Hakim:………………………… T.T Re
2
3
4
5
6
7
8
Tarikh:
AH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
KALI KE 26
RASMI (BALAPAN)
Kategori : L1/L2 @ P1/P2
geri:
mbor Rumah Masa Ked.
eferi: ……………
KEPUTUSAN RASMI (LOMP
No. Acara : Acara : LOMPAT JAUH
Rekod Negeri : Daerah:
Giliran Nama Peserta Nombor Rumah
1
2
3
4
5
6
7
8
Tarikh: T.T Ketua Hakim:………………………… T.T Re