PENDAHULUAN
Ceramah Teknik Menjawab Tasawwur Islam SPM merupakan aktiviti tahunan yang
dirancang oleh Panitia Tasawwur Islam SMK Bukit Katil dengan kerjasama pihak sekolah.
Teknik Menjawab ini melibatkan seramai 34 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Bukit Katil.
Program teknik menjawab soalan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran
teknik menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran
terbesar dalam kehidupan mereka sebagai pelajar iaitu peperiksaan SPM.
MATLAMAT
1. Melahirkan murid tingkatan 5 memahami dengan betul cara menjawab subjek
Tasawwur Islam dan mencapai kecemerlangan dalam SPM.
2. Melahirkan murid yang benar-benar bersedia sebelum menghadapi peperiksaan SPM.
3. Membantu meningkatkan prestasi pencapaian SPM dan penguasaan murid dalam
subjek Tasawwur Islam dari segi kualiti dan kuantit kecemerlangan.
OBJEKTIF
Mengetahui teknik dan cara menjawab Tasawwur Islam SPM dengan betul dan berkesan
Mempertingkatkan kualiti prestasi akademik dalam kalangan murid yang bakal menduduki
SPM 2021.
Membantu murid meningkatkan kesedaran dalaman untuk mencapai kecemerlangan di
dalam SPM.
SASARAN
Murid 5 Stem 2, 5 Akaun dan 5 Arif
PENUTUP
Semoga Ceramah Teknik Menjawab ini akan memberikan ilmu dan panduan berguna
kepada murid untuk mereka bersedia menghadapi peperiksaan SPM. Adalah diharapkan
input dan maklumat yang diperolehi dalam Ceramah Teknik Menjawab ini akan digunakan
oleh murid bagi mereka menjawab soalan peperiksaan dengan betul dan berkesan dan
menyumbangkan kecemerlangan dalam keputusan SPM .
Pengerusi
Puan Zaiha binti Ahmad
( Pengetua SMK Bukit Katil )
Timbalan Pengerusi
Puan Norliza binti Jamil
( GPK Pentadbiran )
Penyelaras
Tuan Haji Abd. Razak bin Asri
(GKMP Kemanusiaan)
Setiausaha
Encik Muhammad Erfan Arif Bin Hairuddin
( Ketua Panitia Tasawwur Islam)
AJK bacaan doa : Encik Muhammad Erfan Arif bin Hairuddin
AJK penyelaras link : Puan Rafidah Binti Zahid
AJK juruacara majlis : Encik Muhammad Erfan Arif bin Hairuddin
AJK dokumentasi : Puan Rafidah Binti Zahid
AJK surat jemputan : Encik Muhammad Erfan Arif bin Hairuddin
AJK brosur/Poster : Encik Muhammad Erfan Arif bin Hairuddin
: Puan Rafidah Binti Zahid
2.00 petang : Link program disebar luaskan
2.15 petang
: Ucapan Moderator
4.15 petang
: Bacaan Doa
Oleh Encik Muhammad Erfan Arif Bin Hairuddin
: Ceramah Teknik Menjawab dimulakan.
Di sampaikan oleh :
Ustaz Noor Erman Bin Sungep
Guru penyampai Didik TV Tasawwur Islam
Jurulatih Utama Negeri KSSM Tasawwur Islam
Jurulatih Utama Daerah Tasawwur Islam
Panel penggubal soalan Tasawwur Islam Daerah Batu Pahat
: Program tamat
Penceramah
Ustaz Noor Erman Bin Sungep
Pengetua SMK Bukit Katil
Barisan Pentadbir SMK Bukit Katil
Panitia Tasawwur Islam SMK Bukit Katil
Peserta-peserta
Serta
semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.