The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7405368, 2021-07-31 11:34:14

2.1.2 Model-model Pangkalan Data

Tugasan flipbook oleh Pn.Maizun

2.1.2

MODEL - MODEL
PANGKALAN
DATA



1. MODEL HIERAKI
CTH:

Model pangkalan data hierarki ialah model terawal semenjak
tahun 1950 dan sering digunakan dalam sistem pengurusan
maklumat keluaran syarikat IBM. Dalam model pangkalan data
hierarki, data disusun dalam struktur pokok seperti di atas.

KELEBIHAN: Model ini sesuai digunakan sekiranya suatu
entiti mempunyai hubungan satu induk (parent) dengan satu

atau lebih entiti anak (child).
KEKURANGAN: Model ini tidak menyokong hubungan banyak
entiti induk kepada banyak entiti anak. Mungkin disebabkan

itu, model ini tidak banyak digunakan.

CTH REKOD DATA DI SEKOLAH MENGGUNAKAN MODEL
HIERAKI:

2. MODEL DATA RANGKAIAN
CTH:

Model pangkalan data rangkaian terdiri daripada beberapa jenis
rekod dan dihubungkan melalui penunjuk.

KELEBIHAN: Model ini dapat mengatasi beberapa
ketidakbolehtentuan dalam model hierarki. Kembali kepada
contoh daripada model hierarki. Bolehkah suatu subjek seperti
Fizik diambil oleh murid-murid yang lain selain daripada Izati?

Sudah tentu ya. Akan tetapi, bolehkah hubungan tersebut
ditunjukkan dalam model hierarki? Kelemahan ini diatasi melalui

model rangkaian.

CTH REKOD DATA DI SEKOLAH MENGGUNAKAN MODEL
HIERAKI:

3. MODEL HUBUNGAN (RELATIONAL)

CTH:
Model ini digambarkan dengan menggunakan tiga entiti (jadual)
iaitu MURID, PENDAFTARAN dan SUBJEK. Atribut ID murid dari
entiti MURID dan Kod subjek dari entiti SUBJEK dijadikan kunci
primer. Kunci primer ini akan dihubungkan kepada kunci asing
atribut ID murid dan Kod Subjek di dalam entitiPENDAFTARAN.
Selepas dihubungkan melalui kunci primer dan kunci asing ini, data
berkenaan akan digabungkan.

Model ini sering digunakan kerana mudah dibina, digunakan
dan diuruskan dalam dunia yang sebenar. Datanya disusun
dalam jadual yang terdiri daripada lajur dan baris.
KELEBIHAN: Kelebihan model pangkalan data hubungan ialah

struktur pangkalan data tidak perlu dinyatakan terlebih
dahulu. Perhatikan Rajah di atas untuk gambaran yang lebih

jelas.

4. MODEL PANGKALAN DATA BERORIENTASIKAN
OBJEK (OBJECT- ORIENTED)

Model berorietasikan objek merupakan kaedah yang baharu
dalam pengurusan data.
KELEBIHAN: Model ini menyimpan takrifan objek-objek yang
boleh digunakan semula oleh perisian. Model ini menyimpan
objek-objek dan hubungan. Model ini mempunyai ciri yang
sama dengan model rangkaian iaitu dapat mewakilkan data
untuk hubungan banyak-ke-banyak.

Objek di dalam kelas dikenal sebagai kejadian kelas (class
instances). Setiap kejadian kelas mempunyai nilai data
yang tersendiri bagi setiap atribut tetapi masih boleh
berkongsi nama atribut dan kaedah yang sama dengan
kejadian kelas yang lain.
CTH:
Rajah di atas menggambarkan konsep orientasi objek
bagi kelas Pensyarah yang mempunyai atribut dan
kaedah (method) tersendiri.
(a) Kelas (class) – mengambarkan keadaan entiti objek
sebenar
(b) Atribut (attributes) – data yang mewakili sifat-sifat
objek tersebut
(c) Kaedah (method) – menjelaskan kelakuan bagi objek
dan juga dikenal sebagai prosedur atau fungsi.

Perbandingan:

MODEL PERKARA
Hieraki
● Model terawal di antara model - model lain.
Pangkalan data ● Mengggunakan struktur pokok dan juga
rangkaian
konsep mudah
Pangkalan data ● Tidak sesuai untuk banyak induk kepada
hubungan
banyak anak

● Untuk mengatasi kekurangan pada model
Hieraki

● Sesuai utnuk banyak induk kepada banyak
anak

● Hubungan baharu menjadai sukar untuk
ditambah

● Data disusun di dalam jadual yang terdiri
daripada lajur dan baris.

● Mudah untuk dibina, digunakan dan
diuruskan

● Model yang paling kerap digunakan
berbanding model - model yang lain

Pangkalan data ● Kaedah baharu dalam pengurusan
berorientasikan objek ● Model ini menyimpan takfrifan kelas objek

dan hubungan
● Seseuai untuk pangkalan data yang

memerlukan hubungan kompleks di antara

objek - objek
● Mempunyai prestasi pencarian yang terbaik

antara model - model yang lain

TAMAT


Click to View FlipBook Version