STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
Dalam manusia, tugas pernafasan dijalankan oleh struktur-
struktur yang membentuk sistem pernafasan.Sistem
pernafasan membawa oksigen ke dalam darah
mengeluarkan karbon dioksida dan wap air dari tubuh.
Karbon dioksida merupakan bahan kumuh utama
ORGAN-ORGAN SISTEM PERNAFASAN
Sistem pernafasan manusia
terbina daripada salur udara
dan paru-paru. Udara masuk
ke dalam tubuh melalui
struktur-struktur berikut,
• Rongga hidung.
• Trakea
• Paru-paru ( kiri & kanan )
• Alveolus
CARA PENARIKAN & PENGHEMBUSAN NAFAS
Tarik nafas
- udara memasuki dari rongga hidung melalui trakea kepada paru-paru dan
alveolus
(hirup gas oksigen)
Hembus nafas
-udara keluar dari paru-paru melalui trakea menerusi mulut
(menghembus gas karbon dioksida)
PENUKARAN GAS DI ALVEOLUS
SISTEM PENGHADAMAN/PENCERNAAN MANUSIA
Satu proses
penghancuran/pengisaran
makanan secara fizikal.
• dalam sistem ini makanan yang di makan
akan melalui menerusi mulut,esofagus,
perut dan enzyme-enzyme yang terdapat
di usus kecil akan menghakiskan makanan
tersebut kepada molekul-molekul yang
lebih kecil dan melalui usus besar.Akhirnya
keluar melalui dubur dalam bentuk tinja
SISTEM PRKUMUHAN MANUSIA
Proses penyingkiran bahan kumuh dari badan oleh organ-
organ perkumuhan.
Organ terlibat: kulit, paru-paru dan ginjal (buah pingggang)
Hasil Perkumuhan:
• Urea – hasil sampingan daripada penguraian asid amino di dalam hati
• Karbon dioksida & air– daripada sel respirasi
• Garam mineral – daripada pengambilan garam mineral yang berlebihan
ORGAN PERKUMUHAN
1. KULIT
menyingkirkan bahan buangan daripada proses perpeluhan. Peluh
mengandungi bahan buangan seperti air dan garam mineral .Peluh
disingkirkan daripada kelenjar peluh melalui rongga peluh ke
permukaan kulit
2. PARU-PARU
menyingkirkan karbon dioksida dan wap air. Karbon dioksida
dalam kapilari darah meresap dalam alveolus dan disingkirkan dari
paru-paru apabila menghembus nafas . Air disingkirkan daripada
paru-paru dalam bentuk wap air
3. GINJAL
adalah organ perkumuhan yang terpenting kerana banyak
bahan buangan disingkirkan dalam kuantiti yang besar
melalui organ ini. Ginjal menyingkirkan lebihan air, urea dan
garam mineral yang berlebihan. Hasil perkumuhan dibawa
oleh darah ke ginjal dan disingkirkan oleh sistem urinari
sebagai air kencing