BAHAGIAN A
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
(AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK)
BAHASA MELAYU (A013003)
Bersama : Cikgu Waniey Aziz
Standard Kandungan
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata
yang sesuai dalam pelbagai bidang
Standard Pembelajaran (SP)
5.1.1 Mengaplikasi bentuk
kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai
laras bahasa dengan betul mengikut konteks
Apa itu AYAT TUNGGAL
Contoh Ayat Tunggal
SUBJEK PREDIKAT
1 Ahmad jurutera pelatih
2 Mereka ke Ipoh esok
3 Orang tua itu kuat berjalan
4 Berenang menyihatkan badan
5 Sungai itu sangat dalam
Apa itu AYAT MAJMUK ?
Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan
mencantum dua ayat tunggal atau lebih dengan
menggunakan kata hubung
Ayat Majmuk mempunyai subjek dan predikat yang
lebih daripada satu
Terdapat 3 jenis ayat majmuk:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran
AYAT Ayat yang terdiri daripada ayat-ayat tunggal yang
MAJMUK setara sifatnya dan digabungkan dengan kata hubung
GABUNGAN gabungan ( setara= sama taraf dan boleh berdiri
sendiri)
Contoh kata hubung gabungan: dan, lalu, tetapi, serta
, atau , malahan, kemudian, selain
Contoh ayat majmuk gabungan
(a) Aminah mengemas rumah dan ibunya menanak nasi.
(b) Mereka mungkin pergi ke Johor atau Kelantan.
AYAT MAJMUK PANCANGAN
Ayat yang terbina daripada satu ayat induk dan beberapa ayat kecil yang
dipancangkan pada ayat induk tersebut.
Pancangan Relatif Pancangan Komplemen Pancangan Keterangan
Ayat yang ditandai dengan Ayat yang ditandai dengan • Ayat yang majmuk yang terdiri
penggunaan perkataan penggunaan ‘bahawa’
‘yang’(kata hubung daripada satu ayat induk dan satu
pancangan relatif) Contoh:
ayat kecil atau lebih yang berfungsi
Contoh: -Ali baru mengetahui bahawa
-Saya membeli baju yang Ani telah meninggal dunia. sebagai keterangan kepada predikat
berwarna merah
-Dia mulai sedar bahawa • Contoh:
-Budak yang sedang perbuatannya itu merupakan satu
menyanyi itu adik saya. dosa besar. -Adik menangis kerana dia lapar.
-Dia bukan ketua saya ketika
saya bekerja di Kota Bharu dahulu.
-Pemuda itu datang dengan menaiki
kereta api
- Pelajar itu belajar bersungguh-
sungguh sehingga ia berjaya.
-Jika diizinkan Allah saya akan pergi lagi
ke Pulau Tioman.
-Sementara menunggu jagung masak
petani itu menanam tebu
AYAT Ayat yang mengandungi lebih daripada satu
MAJMUK jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran
CAMPURAN ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
pelbagai jenis ayat majmuk
Contoh kata:
-Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-
kawannya yang penat telah lama tidur
(campuran ayat majmuk gabungan ‘tetapi’ dan
ayat majmuk pancangan relatif ‘yang’ )
LATIHAN PENGUKUHAN
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya
1.Tuan Pengetua mengiringi tetamu kehormat yang baru tiba sebentar tadi masuk ke dalam dewan
sekolah
- Tuan Pengetua mengiringi tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan sekolah
- Tetamu kehormat baru tiba sebentar tadi
2.Setiap murid hendaklah membaca buku dan mengulang kaji pelajaran dengan tekun
- Setiap murid hendaklah membaca buku
- Setiap murid hendaklah mengulang kaji pelajaran dengan tekun
3.Ibu lebih lemah lembut dalam mendidik anak-anak manakala ayah tegas dalam mendisiplinkan
anak-anak.
-Ibu lebih lemah lembut dalam mendidik anak-anak
- Ayah tegas dalam mendisiplinkan anak-anak.
4. Para pelajar berusaha bersungguh- sungguh untuk berjaya di dalam peperiksaan
-Para pelajar berusaha bersungguh di dalam peperiksan
- para pelajar berjaya di dalam peperiksaan
Kafein terdapat di dalam kopi, teh dan sesetengah ubat-ubatan.
Kafein memberikan kesan terhadap metabolism badan seterusnya
merangsang sistem saraf pusat . Kesannya, kafein dapat
meningkatkan tenaga dan/serta daya tumpuan seseorang.
1-Terdapat banyak kes ragut belakangan ini.
2- Kes ragut menimbulkan keresahan pelbagai pihak.
3-Mangsa sukar mengecam identiti peragut.
4- Kejadian ragut ini berlaku sangat pantas.
5-Mangsa bukan sahaja mengalami kerugian.
6-Kebanyakan mangsa turut mengalami kecederaan.
Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan hari istimewa sesebuah sekolah
yang diadakan pada setiap tahun. Murid yang berjaya dalam kurikulum dan
kokurikulum akan dihargai. Ibu bapa berasa gembira melihat anak-anak
mereka menerima hadiah dan/serta sijil kecemerlangan.
Assalamualaikum wbt…
Sekian. Terima kasih.
Ikhlas dari saya:
Cikgu Waniey Aziz