SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG ROTAN
06250 ALOR SETAR KEDAH DARULAMAN
KEA4061 TEL: 04-7144960 FAKS: 04-7145312
[email protected] www.smkkr.edu.my
Mesyuarat Agung
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
kali ke 25
TAHUN
29 JUN 2022 (RABU)
DR. HAJI ABDUL SALIM BIN HAJI TAJUDIN BCK
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Kedah
I S I KANDUNGAN 1 ATUR CARA MAJLIS
2 JAWATANKUASA INDUK
3 JAWATANKUASA PELAKSANA
4 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-25
5-7 TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA
8-9 TEKS UCAPAN YDP PIBG
10-13 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-24
14 ANALISIS KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG
15 KEGIATAN PIBG SEPANJANG TAHUN 2021
16 AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2021/2023
17-18 PENYATA KEWANGAN PIBG
19 PENYATA KEWANGAN TABUNG PEMBANGUNAN SURAU
20 BAYARAN TAMBAHAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022
21 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-25
22 SEKALUNG BUDI
ATUR CARA MAJLIS
2.30 petang : Pendaftaran waris & guru
3.00 petang : Ketibaan Perasmi
Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin
Pengarah LKIM Negeri Kedah
Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan dan Laporan Tuan Pengetua
Encik Ishak bin Awang
Ucapan YDP PIBG
Datuk Haji Abdul Muthalib bin Harun
Ucapan Perasmian Pembukaan Majlis
Mesyuarat Agung PIBG ke-25 bermula
Cabutan Bertuah
5.30 petang : Majlis bersurai
1
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI ENCIK ISHAK BIN AWANG
(PENGETUA)
TIMBALAN
PENGERUSI PUAN AMRAH BINTI HASHIM
NAIB (PK HAL EHWAL MURID)
PENGERUSI I
NAIB PUAN RAUDZAH BINTI ABDULLAH
PENGERUSI II (PK PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA PUAN ROSMAWATI BINTI OSMAN
(PK KOKURIKULUM)
PENOLONG
SETIAUSAHA PUAN AFIFAH BINTI ABD RAHMAN
(SETIAUSAHA PIBG)
BENDAHARI
PUAN AZIZAH BT HARUN
PENOLONG (PENOLONG SETIAUSAHA PIBG)
BENDAHARI
PUAN NOR AIDA BINTI AMRAN
(BENDAHARI PIBG)
ENCIK MOHAMAD NASER BIN AYOB
(BENDAHARI PEMBANGUNAN SURAU)
2
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENYELARAS : ENCIK AMIRRUDIN BIN HUSSAIN SAMBUTAN PENYELARAS : PUAN HALIMATUL SA’DIAH BINTI SHAFIE PENYELARAS : PUAN HAKIMAH BINTI IBNI HAJAR TEKS UCAPAN PERASMI
PENYELARAS : PUAN ILHAM BINTI ISMAIL PN. RAUDZAH BINTI ABDULLAH (PKPENTADBIRAN ) PN. BALKISH BINTI MAT ISA
PN. AMRAH BINTI HASHIM (PK HEM )
PN. ROSMAWATI BINTI OSMAN (PK KOKURIKULUM) TEKS UCAPAN YDP PIBG
SEMUA GURU KANAN BIDANG
PN. NUR FADZLIYANA BINTI FADZIL
BACAAN DOA
TEKS UCAPAN PENGETUA
EN. MOHAMED NASER BIN AYOB
PUAN NORZITA BINTI YUSOFF
PENGACARAAN
FOTOGRAFI
EN. KHAIRUL HAFIZ BIN FADZIL
PN. SYAZWANI BINTI MUHAMAD NOR EN. MUKHLIS BIN ISHAK
EN. MARWAN BIN MAZELAN
PENYELARAS TEKNIKAL & EN. MOHD NAJIB BIN BAB
SIARAYA EN. MOHAMMAD HELMY BIN HALIM
EN. ABDUL RASYID BIN ABDUL RAHMAN DOKUMENTASI
EN. EZWAN SHAH BIN MD EUDIN
EN. MOHAMAD AINULLAH BIN PERMASURIA PN RAFIDAH BT MD NOOR
PN NORSYAMSINA BT ISMAIL
PERSIAPAN PENTAS & DEWAN PN. SALMAH BINTI ABDUL HAMID
EN. NOR AKBAR BIN ISMAIL KECERIAAN/KEBERSIHAN/
PN. HASLIZA BINTI JAMALUDIN BANNER/BUNTING
EN. NOOR ADLAN BIN ISMAIL
EN. MOHD AZIZ BIN ABU BAKAR PN. SARIZA BINTI REDZUAN
EN. HASSAN BIN OMAR EN. MD SABRI BIN ISMAIL
EN. SAZUKI BIN WAHAB EN. MOHD RIZAL BIN MOHD DAUD
EN. MOHAMAD SYAFIZAN BIN MOHAMAD PEKERJA SWASTA
PENDAFTARAN VIP & WARIS PENCATAT MINIT
PN. AZLINA BINTI ABD HAMID PN. AZLINA BINTI WAHAB
PN. FAISALIZAHAN BINTI MD SALLEH PN. ERNI BINTI HARUN
PN. CHE ZALEHA BINTI JAAFAR PN. INTAN SHAFINAS BINTI CHE MAN
PN. SITI ZAHARAH BINTI ABD HAMID
PN. RUZIAH HANIM BINTI HARUN JAMUAN VIP
PN. CHE NOR AZNONMIZA BINTI CHE AMAT
PN. WAN HASLIZA BINTI WAN HAMID
CENDERAMATA & CABUTAN PN HASLINDA BINTI HASHAN
BERTUAH PN. JUHAIDA BINTI ABD JALIL
PN. ZURAIME BINTI MD AKHIR
EN. MUHAMMAD ADIB BIN ABD RAHIM
CIK MURSYIDAH BINTI MARZUKI JAMUAN WARIS
PN. FARIDAH BINTI SAAD
PN. OH MOOI HOON PN. NUR AFIZAH BINTI AHMAD
PN. WAHIYAH BINTI LAZIM
BUKU PROGRAM PN. SITI ROHANA BINTI MD ISA
PN. ISMAWIYAH BINTI GHAZALI
PN. AZLIA BINTI MAHMUD
PN. AINUL BADRIYAH BT MUHAMMAD 3
AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG KE - 25
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Kubang Rotan 2022/2023
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
PIBG SMK Kubang Rotan Kali Ke-24.
3. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG
SMK Kubang Rotan Sepanjang Tahun 2022.
4. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SMK
Kubang Rotan yang berakhir pada 31 Disember 2022.
5. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Tabung
Pembangunan Surau PIBG SMK Kubang Rotan yang
berakhir pada 31 Disember 2022.
6. Pengesahan Kutipan Sumbangan PIBG bagi sesi 2022.
7. Membahas usul dan cadangan
8. Hal-hal Lain
9. Ucapan Penangguhan
4
TEKS UCAPAN PENGETUA
Terima kasih pengacara majlis.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Mutalib bin Harun,
Yang Dipertua PIBG SMK Kubang Rotan,
Yang Berusaha Puan Raudzah binti Abdullah,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kubang Rotan,
Yang Dihormati Puan Amrah binti Hashim, Encik Ishak bin Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pengetua SMK Kubang Rotan
Puan Rosmawati binti Osman,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan guru kanan mata pelajaran,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Kubang Rotan,
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul
semula dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Kubang Rotan kali ke-25 ini setelah sekian
lama pendemik covid-19 memisahkan kita. Saya berasa bersyukur kerana kita dapat
bersemuka pada kali ini. Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan
percambahan idea, maklum balas dan pandangan bagi meningkatkan segala macam
bentuk kemajuan untuk sekolah ini menjadi lebih terkehadapan di masa yang akan
datang.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Alhamdulillah. Apabila kerajaan mengumumkan kita telah memasuki fasa endemik,
maka telah banyak program yang kita telah laksanakan. Contohnya, pada hari ini kita
telah dapat membuat kembali mesyuarat PIBG secara bersemuka. Terima kasih kepada
para ibu bapa yang hadir. Sebenarnya, terdapat beberapa program yang telah
dilaksanakan oleh sekolah sejak pembukaan sesi ini. Untuk pengetahuan para ibu bapa,
pada bulan Ramadhan yang lalu, sekolah telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan.
Program ini telah diisi dengan aktiviti di mana murid-murid telah menghabiskan bacaan
Al-Quran dan majlis Khatam Al-Quran telah dilaksanakan di surau kita. Dalam masa
yang sama juga pada bulan tersebut, pihak sekolah turut memberikan bantuan-bantuan
kepada anak-anak yang kurang berkemampuan. Antaranya sumbangan pakaian raya
dan barangan keperluan harian serta duit raya. Selepas itu, masuknya pula bulan
Syawal, sekolah telah menganjurkan Program Jamuan Hari Raya. Ternyata anak-anak
murid kita begitu teruja setelah sekian lama program tersebut tidak dapat disambut
akibat Covid-19. Beberapa hari selepas itu pula iaitu pada tanggal 16 Mei, telah diadakan
pula Sambutan Hari Guru. 5
Hadirin yang dihormati sekalian,
S ekolah kita baru sahaja selesai Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah pada 28 Mei
yang lalu, setelah sekian lama anak-anak murid kita tidak menyertai kejohanan ini.
Ternyata semangat kesukanan mereka masih utuh. Tidak habis di situ sahaja, SMK Kubang
Rotan telah diberi tanggungjawab yang besar di mana akan menjadi Tuan Rumah
Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Kota Setar pada pada 23 Jun lalu. Anak-anak
murid kita juga akan turut terpilih untuk menyertai kejohanan ini. Oleh itu, marilah sama-
sama kita memberikan sokongan yang padu terhadap kejohanan ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan
yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang
kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang
tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan
usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini
diberkati oleh Allah SWT. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG
sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak
memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah
kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan dalam
menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG.
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
S aya ingin kongsikan di sini berkaitan dengan sidang media khas Dr. Radzi Jidin iaitu
Menteri Pendidikan pada 2 Jun 2022 yang lalu. Beliau telah mengumumkan bahawa PT3
telah dimansuhkan. Namun begitu, ia telah digantikan dengan Pelaporan Akhir Sesi
Akademik menggunakan format baharu yang akan mula dilaksanakan pada sesi akademik
2022/2023. Ia akan dilaksanakan untuk tingkatan 1, 2 dan 3. Oleh itu, PBS terus diperkasa di
mana PBS merangkumi PBD, PAJSK dan PPsi. PBD iaitu Pentaksiran Bilik Darjah akan terus
dilaksanakan. PBD akan merangkumi Pentaksiran Formatif (berterusan) dan Pentaksiran
Sumatif (Ujian Akhir Sesi Akademik). Oleh itu, pemansuhan PT3 bukanlah bererti anak-anak
murid boleh berasa lega kerana mereka akan ditafsir sepanjang masa.
6
Hadirin yang dihormati sekalian,
S ekolah kita baru sahaja selesai Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah pada 28 Mei
yang lalu, setelah sekian lama anak-anak murid kita tidak menyertai kejohanan ini.
Ternyata semangat kesukanan mereka masih utuh. Tidak habis di situ sahaja, SMK Kubang
Rotan telah diberi tanggungjawab yang besar di mana akan menjadi Tuan Rumah
Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah.
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru
mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan
komitmen ibu bapa. Saya berharap, ibu bapadapat memberikan kerjasama dalam
mendidik dan memupuk minat untuk anak-anak datang ke sekolah terutamanya anak-
anak tingkatan 5 yang akan menduduki SPM. Ini kerana kehadiran mereka ke sekolah
amatlah membimbangkan. Pelbagai usaha telah diambil oleh para guru dan pihak
pengurusan untuk menarik minat mereka datang ke sekolah. Tetapi peranan ibu bapa
amat penting dalam memainkan peranan tersebut.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu
bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan
anak-anak pada masa hadapan.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.
7
TEKS UCAPAN YDP PIBG
Bismillahirrahmanirahim Datuk Haji Abdul Muthalib bin Harun
YDP PIBG
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera, SMK Kubang Rotan
Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis.
Yang Berusaha, Encik Ishak bin Awang Pengetua SMK Kubang Rotan.
Yang dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Raudzah binti Abdullah,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Amrah binti Hashim,
Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rosmawati binti Osman,
Barisan guru kanan, guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan
mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 sesi 2022/2023 pada tahun ini. Saya mengucapkan
tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada
hari ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya
menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang
amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain setelah dua tahun bersekolah dalam
keadaan pendemik Wabak Covid-19.
Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa
bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Syabas juga
kepada semua tenaga pendidik yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan
anak-anak yang belajar disekolah ini. Saya mengucapkan tahniah diatas keputusan
peperiksaan SPM 2021 yang telah diumumkan pada 16 Jun melonjakkan lagi nama SMK
KUBANG ROTAN.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan
tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang
dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin
sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadangkala berdepan dengan kesukaran
terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan
telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai Program-program
Khas Sekolah, dan Program Akademik untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan
sahsiah anak-anak kita serta pembangunan infrastuktur sekolah bagi mewujudkan zon
selesa untuk anak-anak dan warga sekolah. 8
Antaranya, pihak PIBG juga telah memberi sumbangan yang sangat bermakna untuk semua
warga sekolah terutamanya kepada anak-anak pelajar iaitu dengan memberi sumbangan
membina sebuah dewan terbuka iaitu Dewan Iltizam, membaiki dan menaiktaraf garaj
motorsikal, tuala sinitasi dan rak pelajar serta lain-lain perbelanjaan sepanjang tahun 2021.
Dengan adanya sumbangan ini dapat memberi keselesaan dan lebih menjamin keselamatan
pelajar serta guru-guru untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan program sekolah dalam
keadaan yang lebih kondusif. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah
dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa
untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu
bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya
menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.
Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini, agar ibu bapa dapat memberi
sepenuh jiwa dan raga bagi membantu sekolah dapat menempa nama sebagai sekolah yang
terbaik di daerah ini khususnya.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya juga sebagai YDP PIBG sangat berharap lebih ramai penglibatan ibu bapa dalam
memberikan sumbangan kepada sekolah. Oleh itu ingin saya tekankan bahawa tanpa
sokongan ibu bapa, SMK Kubang Rotan tidak akan dapat mencapai kejayaannya seperti hari
ini. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK
KUBANG ROTAN terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG
akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada
dari segi kewangan mahupun tenaga.
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Sekian, terima kasih.
9
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE - 24
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK KUBANG ROTAN
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 /2021
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG ROTAN
.
TARIKH : 25 OKTOBER 2021
HARI : ISNIN
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
KEHADIRAN WARIS : RUJUK LAMPIRAN
AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Kubang Rotan 2020/2021.
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbiran, guru-guru, dan semua waris yang dapat
turut serta berkumpul pada mesyuarat kali ke 24 petang ini secara maya. Syabas dan tahniah kepada AJK
PIBG yang dapat mengadakan mesyuarat dalam keadaan norma baharu disebabkan pendemik yang sedang
melanda.
1.2 Sekolah merupakan tangungjawab kita bersama.Oleh itu, terima kasih diucapkan kepada guru yang
bertungkus-lumus terus mencurahkan ilmu walaupun bukannya mudah melaksanakan pembelajaran secara
maya (PdPR).
1.3 Pengerusi juga menyarankan agar semua murid divaksin dan waris haruslah membawa anak untuk
mendapatkan vaksin kerana seramai 23 orang belum mendapatkan suntikan dan 9 orang murid tidak
mendapat kebenaran waris. Selain itu, pihak sekolah dan PIBG dicadangkan mengadakan kerjasama untuk
memastikan 100% murid mendapat suntikan.
1.4 Beliau menggalakkan semua waris untuk melibatkan diri secara aktif dalam mesyuarat PIBG ini untuk
membincangkan tentang masalah pembelajaran anak-anak serta mencari penyelesaian bersama. Waris boleh
membincangkan perkembangan pembelajaran anak-anak bersama guru terutamanya dalam era pendemik
yang mencabar ini.
1.5 Pihak PIBG juga telah berusaha mencari dana untuk membantu pembelajaran sekolah anak-anak.
Sehubungan itu, pihak Yayasan Pelajaran Mara sudi untuk memberi sumbangan kepada sekolah. Selain itu,
PIBG juga telah membina dewan terbuka yang boleh dijadikan sebagai tempat perhimpunan pelajar yang lebih
selesa dan dewan komuniti setempat.
10
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK KUBANG ROTAN
1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa akan mengundur diri sebagai YDP PIBG bagi sesi kali ini untuk
pemilihan yang baharu. Beliau juga memaklumkan bahawa tidak lagi mempunyai anak di sekolah
ini. Oleh itu, guru dan waris bebas membuat cadangan untuk memilih AJK PIBG bagi tahun
2021/2022 untuk membantu pihak sekolah. Sebelum mengundurkan diri, beliau memohon maaf jika
ada salah silap sepanjang menjadi YDP PIBG dan mengharapkan anak-anak berjaya dalam
pendidikan.
AGENDA 2 : Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-22 Bagi Tahun 2019
2.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke -23 tahun 2020 dibentangkan oleh Puan Azizah binti Harun
selaku Setiausaha PIBG SMKKR bermula dari muka surat 8 hingga 11.
2.2 Puan Wan Hasliza bt Wan Hamid mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan. Puan
Amrah binti Hashim menyokong.
AGENDA 3: Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan Bagi Tahun 2019.
3.1 Laporan aktiviti tahunan 2020 dibentangkan oleh Puan Azizah binti Harun. Beliau meminta agar
laporan tahunan diterima bermula muka surat 14 hingga 16.
3.2 Datuk Haji Abdul Muthalib mencadangkan laporan aktiviti diterima dan Puan Che Su binti Mohd
Desa menyokong.
AGENDA 4: Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Yang Berakhir pada 31 Disember 2020.
4.1 Puan Nor Aida Binti Amran selaku Bendahari PIBG SMKKR membentangkan laporan Kewangan
PIBG berakhir pada 31 Disember 2020 bermula dari muka surat 17 hingga 18. Memohon disemak dan
diterima.
4.2 Puan Azlina binti Abdul Hamid mencadangkan untuk diterima. Puan Sufina binti Mohd Lazim
menyokong.
AGENDA 5: Membentang dan Menerima Laporan Penyata Kewangan Tabung Pembangunan
Surau PIBG Yang Berakhir 31 Disember 2020.
5.1 Encik Naser Bin Ayob selaku Bendahari Tabung Pembangunan Surau membentangkan laporan
kewangan berakhir pada 31 Disember 2019 pada muka surat 20.
5.2 Puan Umi Kalsom binti Ibrahim mencadangkan untuk diterima. Puan Nor Umairah binti Mohd
Zainol menyokong laporan.
11
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK KUBANG ROTAN
AGENDA 6: Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021
6.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2020/2021 serta mengucapkan terima
kasih kepada semua AJK yang telah memberi perkhidmatan kepada sekolah.
AGENDA 7 : Pelantikan Pengerusi sementara
7.1 Puan Rosmawati binti Osman mencadangkan En. Amiruddin bin Hussain sebagai pengerusi
sementara. Puan Azizah binti Harun menyokong cadangan tersebut. Encik Amiruddin bin Hussain
mempengerusikan Mesyuarat Agung untuk menjalankan pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu.
AGENDA 8 : Perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2021 hingga 2023.
8.1 Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2021 hingga 2023 yang telah dilantik :
Yang dipertua PIBG : Datuk Haji Abdul Muthalib bin Harun
Naib Yang Dipertua : Encik Wan Ahmad bin Wan Othman
Setiausaha : Puan Afifah binti Abd Rahman
Penolong Setiausaha : Puan Azizah binti Harun
Bendahari : Puan Nor Aida binti Amran
Penolong Bendahari : Encik Mohamad Naser bin Ayob
AJK Guru :
1. Puan Amrah binti Hashim
2. Encik Khairul Hafiz bin Fadzil
3. Puan Azlia binti Mahmud
4. Encik Mohd Najib bin Bab
AJK Waris :
1. Encik Husim bin Hamid
2. Puan Sufina binti Mohd Lazim
3. Puan Hazlina binti Ahmad Hasanin
4. Encik Mohd Khairol bin Othman
5. Puan Noorsuryani binti Abu Bakar
6. Encik Hashim bin Taib
Juruaudit Dalaman :
1. Puan Sariza binti Redzuan (Guru)
2. Puan Mornah binti Long (Waris)
12
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK KUBANG ROTAN
AGENDA 9 : Pengesahan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2021/2022
9.1 Puan Bendahari memaklumkan bahawa kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2021/2022 adalah
seperti muka surat 22. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan jumlah sumbangan PIBG
tersebut.
AGENDA 10 : Membahas usul dan cadangan
10.1 Semua usul dan cadangan dibawa ke Mesyuarat Agung PIBG akan datang.
AGENDA 11 : Ucapan Penangguhan
11.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas lantikan baru kepada semua ahli
jawatankuasa. Semoga ahli yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik.
11.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 6.00 petang
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
………………………….................………….......... ……………………………………………………...................................…..
(AFIFAH BINTI ABD RAHMAN) (DATUK HJ. ABDUL MUTHALIB BIN HARUN)
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG
SMK KUBANG ROTAN SMK KUBANG ROTAN
13
ANALISIS KEHADIRAN
AJK PIBG SESI 2021/2022
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali pada sesi 2021/2022
B
IL NAMA
11/
4 12 /
6 21
/6
/
/
/
1
EN. ISHAK BIN AWANG
/
/
/
2
PN. AMRAH BT HASHIM
/
/
X
3
DATUK HAJI ABDUL MUT
HALIB BIN HARUN /
/
/
4
EN. WAN AHMAD BIN WA
N OTHMAN /
/
/
/
/
/
5
PN. AFIFAH BT ABD RAHM
AN /
/
/
/
/
X
6
PN. AZIZAH BT HARUN
/
/
X
/
/
X
7
PN. NOR AIDA BT AMRAN
/
/
/
/
/
X
8
EN. MOHAMAD NASER B
AYOB /
/
X
/
/
/
9
PN. AZLIA BT MAHMUD
/
/
/
X
X
X
10
EN. MOHD NAJIB BIN BAB
/
/
X
/
/
X
1
1 EN. KHAIRUL HAFIZ BIN F
ADZIL /
/
/
12
PN. SUFINA BT MOHD LA
ZIM 14
13
PN. HAZLINA BT AHMAD
HASANIN
14
PN. NOORSURYANI BT A
BU BAKAR
15
EN. HUSIM BIN HAMID
16
TN. HAJI HASHIM BIN TA
IB
17
EN. MOHD KHAIROL BIN
OTHMAN
18
PN. SARIZA BT REDZUAN
19
PN. MORNAH BT LONG
KEGIATAN PIBG
SEPANJANG TAHUN 2021
• PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 ( SARANA IBU BAPA )
• HADIAH PELAJAR CEMERLANG PT3
• PROGRAM CAKNA WARIS SPM
• MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
• PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 SMK KUBANG ROTAN
• MAJLIS PENETAPAN TARGET PELAJAR TINGKATAN 5
• PROGRAM PENYERAHAN TUALA MURID
• E-ORIENTASI PSS TINGKATAN 1
• PROGRAM CAKNA NILAM
• BENGKEL IQ NILAM PENGAWAS PSS
• PROGRAM KERJAYA DAN MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM
• MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
• MAJLIS ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK
• MESYUARAT AGUNG PIBG
• HADIAH CABUTAN BERTUAH MESYUARAT AGUNG PIBG
• CENDERAHATI AJK PIBG
• BACAAN YASSIN PERDANA TINGKATAN 5
• MENCETAK KERTAS SOALAN DAN BAHAN PDP
• PEMBELIAN KERTAS A4
• PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN BEG SEKOLAH MURID
• PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SEJARAH
• BENGKEL INTENSIF AKADEMIK (UITM)
• PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK (YAYASAN PELAJARAN MARA)
• PROGRAM PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN AKADEMIK
• PROGRAM SKOR A SPM
• HADIAH PERSARAAN USTAZAH NORAZIMA
• MEMBAIKI DAN MENAIK TARAF GARAJ MOTOSIKAL PELAJAR
• MEMBAIKI KERUSI MEJA PELAJAR
• PEMBERSIHAN GARAJ MOTOSIKAL PELAJAR
15
AHLI JAWATANKUASA SESI 2021/2022
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK KUBANG ROTAN
PENASIHAT
ENCIK ISHAK BIN AWANG
YANG DIPERTUA
DATUK HAJI ABDUL MUTHALIB
BIN HARUN
NAIB YANG DIPERTUA
ENCIK HUSIM BIN HAMID
SETIAUSAHA AHLI BENDAHARI
JAWATANKUASA
PUAN AFIFAH BT PUAN NOR AIDA
ABD RAHMAN BINTI AMRAN
PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI
PUAN AZIZAH BT ENCIK MOHAMAD
HARUN NASER BIN AYOB
GURU WARIS
EN. KHAIRUL HAFIZ BIN FADZIL EN. HUSIM BIN HAMID
EN. MOHD NAJIB BIN BAB TN HJ HASHIM B TAIB
PN AZLIA BT MAHMUD EN.MOHD KHAIROL BIN OTHMAN
PN. SARIZA BT REDZUAN PN.MORNAH BT LONG
PN. SUFINA BT MOHD LAZIM
PN. HAZLINA BT AHMAD HASANIN
PN. NOORSURYANI BT ABU BAKAR
16
PENYATA KEWANGAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK KUBANG ROTAN
17
PENYATA KEWANGAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK KUBANG ROTAN
18
PENYATA KEWANGAN
TABUNG PEMBANGUNAN SURAU
SMK KUBANG ROTAN
19
BAYARAN TAMBAHAN PIBG BAGI
SESI PERSEKOLAHAN 2022
20
USUL DAN CADANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 25
BIL NAMA PENCADANG USUL
1 En. Ismail bin Abd Rahim
Pn. Rokiah binti Mohd Saad Menambah meja dan kerusi dikantin agar
murid dapat makan dengan selesa.
2 Pn. Rosmawati binti Osman Membuat bangsal untuk waris menunggu.
3 En. Amil bin Darus Membina laluan berbumbung dari pintu
masuk hingga ke laluan kelas.
4 Pn. Noor Hafiza binti Hamid
Mengadakan gotong royong bersama waris
5 Pn. Zunaidah binti Ismail dan guru.
En. Ahmad Tarmizi bin
Arshad @ Mahtar Mengadakan kelas tambahan terutamanya
En. Abdullah bin Ahmad murid yang mengambil peperiksaan.
Pn. Aziroh binti Hat
Makanan di kantin kurang memuaskan
6 PIBG seperti ayam kecil.
Menurunkan harga makanan di kantin.
Makanan di kantin patut dijual pada harga
berpatutan serta tidak menjual balik
makanan semalam atau dipanaskan semula.
Mengutip RM5 bagi waris yang tidak hadir
atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
Kemudian sumbangan tersebut akan
dipulangkan kepada waris yang hadir dalam
bentuk cabutan bertuah.
21
SEKALUNG
Budi
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG
kali ke - 25 tahun 2022 SMK KUBANG ROTAN
merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih di atas kehadiran, kerjasama serta sumbangan
yang telah diberikan kepada:
Semua warga
SMK KUBANG ROTAN,
dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 25 bagi tahun 2022
SMK KUBANG ROTAN, ALOR SETAR, KEDAH
22
Catatan
23
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUBANG ROTAN