The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aaqilanajihah, 2022-10-25 01:31:21

bio

bio

- biologi -

fermentasi dadih




nama: nur aaqila najihah bt che
azemi

kelas: 4 ibnu kathir
nama guru: rahimah bt zukifli

- objektif -

1. menyatakan faktor yang
menyebabkan fermentasi berlaku
dalam sel.

2. menjelaskan penghasilan tenaga
daripada glukosa semasa
fermentasi.

3. menerangkan proses-proses yang
berlaku.

Apakah yang dimaksudkan
dengan fermentasi?

Fermentasi ialah proses penguraian glukosa
tidak lengkap dalam keadaan oksigen terhad

atau tanpa oksigen. Fermentasi berbeza
dengan respirasi aerob dalam laluan
metaboliknya selepas peringkat glikolisis.
Selepas glikolisis, piruvat yang terhasil akan
menjalani sama ada fermentasi alkohol atau
fermentasi asid laktik. Bakteria Lactobacillus
menjalankan fermentasi susu untuk

menghasilkan dadih.

Apakah yang dimaksudkan
dengan dadih ?

Dadih ialah produk olahan susu kerbau,
iaitu salah satu makanan tradisional berupa

susu fermentasi khas Indonesia yang
dikenali sebagai probiotik. Fermentasi dadih
dilakukan oleh bakteria asam laktat (BAL)

yang terdapat pada bambu yang
digunakan sebagai tempat fermentasi. Hasil

isolasi bakteria asam laktat pada dadih
terdiri daripada 36 strain genus

Lactobacillus, Streptococcus, Leuconostoc
dan Lactococcus.

Bagaimanakah fermentasi
dadih berlaku ?

Fermentasi dadih melibatkan bakteria
Lactobacillus yang telah menjalankan
fermentasi susu untuk menghasilkan dadih.
Bakteria Lactobacillus bertindak ke atas
laktosa untuk menukarkannya kepada asid

laktik. Asid laktik kemudiannya
menggumpulkan kaesein (protein susu)
menjadi dadih. Asid laktik berperanan
penting dalam pembentukan tekstur dan

citarasa.

Cara-cara
membuat

dadih

sediakan
bahan-bahan

1. gula
2. air
3.susu cair
4.serbuk dadih
5.bekas acuan

Panaskan air dan
tuangkan gula ke

dalam periuk

Masukkan susu cair
satu tin

Kacau sehingga
sebati dan tutup api

Masukkan serbuk
dadih

Kacau sehingga
sebati

Tuangkan adunan ke
dalam bekas

Letakkan dadih ke
dalam peti ais dan
tunggu semalaman

Dadih sudah sedia
untuk dimakan !

rumusan

Dalam penghasilan dadih ini, bakteria
Lactobacillus memainkan peranan

penting.Bakteria ini akan menjalankan
fermentasi susu untuk dijadikan

dadih.Kemudian,laktosa ditukarkan menjadi
asid laktik apabila bertindak balas dengan
Lactobacillus.Seterusnya,asid laktik mengumpal
kasein menjadi dadih.Fermentasi laktosa juga

menghasilkan sebatian perasa. Ini telah
menunjukkan proses fermentasi telah berlaku

dalam dadih.

sekian
terima
kasih !


Click to View FlipBook Version