The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTIS PANGGILAN MESY. BIL-2 & MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL-1,2023-2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14027700, 2023-07-15 08:21:15

NOTIS PANGGILAN MESY. BIL-2 & MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL-1,2023-2024

NOTIS PANGGILAN MESY. BIL-2 & MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL-1,2023-2024

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK DIK, 09400 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN. Rujukan Kami : SKPTD 100 – 6 / 1 / 2 (02) Tarikh : 13 JULAI 2023 Semua guru, SK Permatang Tok Dik, 09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman. Tuan, NOTIS PANGGILAN MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-2, 2023 / 2024 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 16 JULAI 2023 Hari : AHAD Masa : 12:30 TENGAH HARI Tempat : BILIK MESYUARAT AL-BIRUNI 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 3.1. Perutusan Pengerusi dan aluan 3.2. Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat kali pertama 3.3. Perkara berbangkit 3.4. Lawatan Penanda Aras TS25 3.5. e-Operasi 3.6 Ujian Pertengahan Sesi Akademik 3.7 Pengurusan Fail 3.8 Pengurusan dan Mesyuarat Panitia 3.9 Hal-hal lain 4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah, ................................................... ( MOHD NOR BIN AHMAD ) Penolong Kanan Pentadbiran SK Permatang Tok Dik E-mel : KBA5015@moe.edu.my No Tel : 04-4850815


SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK DIK, 09400 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN. MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL – 1 , TAHUN 2023 Hari : Isnin Tarikh : 13 / 03 / 2023 Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Biruni , SKPTD Masa : 11:00 a.m. – 1:30 p.m. Pengerusi : En. Mohd Nor bin Ahmad ( PK Pentadbiran ) Kehadiran : 82 / 84 (rujuk lampiran) Turut Hadir : Pn. Mazliah binti Mohammad (wakil PPD) Tidak Hadir : 1) Pn. Nur Zuriati binti Rosdi – anak masuk wad 2) Pn. Zurita binti Zulkeffli – temujanji hospital Agenda : 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI – En. Mohd Nor bin Ahmad (PK Pentadbiran/Kurikulum) 1.1 Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum selaku Pengerusi Mesyuarat memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al – Fatihah. 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dengan ucapan terima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang dan kesempatan untuk hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bil-1 Sesi 2023/2024. 1.3 Mengucapkan tahniah kepada semua guru atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang Sesi 2022/2023. 1.4 Guru-guru perlulah sederap dalam semua kerja, tolong-menolong dan menjadi guru yang mempunyai integriti tinggi terutama dalam strategi PdPC. 2.0 PENYAMPAIAN AMANAT KPPD OLEH Pn. Mazliah binti Mohammad (wakil PPD) 2.1 Memaklumkan bahawa KPM amat menitikberatkan pembangunan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC). 2.2 Guru perlu faham dan hafal 7 Teras Menteri Pendidikan : 2.2.1 Komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus 2.2.2 Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti 2.2.3 Kemiskinan berbilang dimensi B40: malnutrisi, peranti & ruang belajar 2.2.4 Keciciran Pendidikan & masalah literasi, rapatkan kesenjangan Pendidikan 2.2.5 Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian Pendidikan 2.2.6 Ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah & Sarawak 2.2.7 Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah E-mel : KBA5015@moe.edu.my No Tel : 04-4850815


2.3 Menekankan bahawa guru perlu memastikan murid mempunyai 6 Aspirasi Murid : 2.3.1 Pengetahuan 2.3.2 Kemahiran Berfikir 2.3.3 Kemahiran Memimpin 2.3.4 Kemahiran Dwibahasa 2.3.5 Etika dan kerohanian 2.3.6 Identiti Nasional 2.4 Naratif Baharu Amalan Pendidikan (Fokus Pembelajaran Berorientasikan Perkembangan) 2.4.1 Sub Naratif 1 – Pelajar (Pedagogi) 2.4.2 Sub Naratif 2 – Guru (Pembangunan Kapasiti) 2.4.3 Sub Naratif 3 – Kepimpinan Pendidikan (Pengurusan) 2.5 Menekankan tentang Soal Hati : 2.5.1 Kuatkan pasukan – sentiasa berlumba ke arah kebaikan 2.5.2 Hubungan yang baik – antara rakan sekerja dan selalu bekerjasama 2.5.3 Aduan 2.5.4 Kualiti diri – bantu dan bimbing 2.6 Menyatakan hala tuju pemerkasaan PBS dan hasrat Ujian Akhir Sesi Akademik adalah untuk mengukur kemahiran kognitif murid di akhir sesi akademik. 2.7 Menyebut tentang persiapan buka sekolah , antara contohnya ; 2.7.1 Memastikan keselamatan semasa 2.7.2 Memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah 2.7.3 Memastikan mesyuarat pertama sekolah ( Pegawai PPD menyatakan hala tuju PPD) 2.7.4 Program Transisi 2.7.5 Program Sekolah Penyayang 2.8 Memaklumkan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil -4 Tahun 2023 membatalkan 4 SPI : 2.8.1 SPI Bil. 3/2008 2.8.2 SPI Bil. 9/1991 2.8.3 SPI Bil.3/1991 2.8.4 SPi Bil.14/1998 2.9 Menyebut tentang PSO : Fokus Tahun 2023 2.9.1 Teras 1-Kepimpinan (PPD, Sekolah-PGB, SLT, MLT) 2.9.2 Teras 2-Kualiti Guru (bimbingan SISCt, PLC, Kajian Tindakan) 2.9.3 Teras 3-Kemenjadian Murid (SPM, STPM, PBD, PAJSK, Sahsiah) 2.9.4 Teras 4-Rakan Strategik-(PIBG, PPS, Agensi Kerajaan & swasta) 2.10 Memastikan Program Minggu Pertama lebih ke arah Didik Hibur (seronok, santai dan terancang) 3.0 UCAPAN ALUAN PENASIHAT – Tn. Haji Ismail bin Yahaya (Guru Besar) 3.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bil-1 2023/2024. 3.2 Tn. Guru Besar meminta agar semua guru menyambut baik 4 fokus PPD : 3.2.1 Kualiti Guru 3.2.2 Kemenjadian Murid – Akademik, HEM dan Kokurikulum 3.2.3 Rakan Strategik – PIBG, Bomba, Polis 3.2.4 Kepimpinan – membudayakan PLC dan sentiasa berkongsi ilmu (antara GB dan PK, PK dan guru-guru, Guru-guru dan murid-murid)


3.3 Tn. Guru Besar menekankan tentang Naratif Baharu KPM di mana idea atau cadangan datang daripada guru-guru. 3.4 Beliau meminta agar semua guru memahami dan menghafal tentang 7 Teras Pendidikan. 3.5 Mengingatkan guru-guru tentang kepercayaan waris kepada guru. 3.6 Tanamkan dalam diri, “ Keseronokkan Dalam Bekerja” dan kerja adalah sebagai satu ibadah. 3.7 Tn. Guru Besar meminta semua guru menerapkan nilai PAK21 dan saranan KPM iaitu anak yang baik lagi cerdik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3.8 Makluman kepada semua guru yang mengambil cuti sakit (mc), sila maklum kepada Tn. Guru Besar atau PK pada awal pagi. 3.9 Kebenaran keluar untuk urusan peribadi WAJIB mohon dengan barisan pentadbir, Tn. Guru Besar atau PK Pentadbiran atau PK HEM atau PK Kokurikulum. Mohon isi borang keluar / masuk seperti biasa. 4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 4.1 Minit disahkan oleh : Pn. Zamzila binti Halib Disokong oleh : Pn. Normalati binti Mahmud 5.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIt 5.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan 6.0 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KURIKULUM 6.1 Visi dan Misi 6.1.1 En. Mohd Nor b Ahmad selaku Penolong Kanan Kurikulum memberi penerangan terperinci tentang visi dan misi sekolah bagi Sesi Persekolah 2023/2024. 6.1.2 Beliau turut menyatakan bahawa guru-guru hendaklah peka dengan visi dan misi sekolah dan perlu menghayatinya. 6.2 Pengesahan dan Pembentangan AJK Kurikulum Sesi 2023/2024 6.2.1 Terima kasih atas pengurusan dan khidmat Jawatankuasa Kurikulum 2022/2023. 6.2.2 Mohon semua guru untuk merujuk senarai Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum di dalam Buku Pengurusan dan Takwin Sekolah Sesi 2023/2024 muka surat 40-55. 6.2.3 Ketua Panitia dan Setiausaha Sesi 2022/2023 dikekalkan kecuali Panitia Matematik ada perubahan. 6.2.4 Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas perlantikan AJK Kurikulum dan berharap semua AJK Kurikulum dapat menjalankan tugas dengan baik demi meningkatkan kecemerlangan sekolah khususnya dalam bidang kurikulum.


6.3 Laporan Analisa Keputusan PBD Sesi Akhir Akademik 2022/2023 6.3.1 Pengerusi membentangkan Analisis Mata Pelajaran Keputusan PBD Sesi Akhir Akademik 2022/2023 dari Tahun 1 hingga Tahun 6. 6.3.2 Beliau meminta guru-guru yang akan mengajar pada Sesi Persekolahan 2023/2024 dapat merancang dan meneliti program atau aktiviti peningkatan akademik yang lebih berkesan kepada semua murid supaya dapat meningkatkan lagi prestasi murid. 6.3.3 Beliau turut meminta semua guru supaya dapat mengenalpasti murid yang bermasalah dalam topik-topik tertentu. Banyakkan latihtubi dalam topiktopik yang mereka masih belum kuasai. 6.4 Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah 6.4.1 PBD dijalankan berterusan sepanjang tahun bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. 6.4.2 Guru-guru perlu menyediakan Rekod Perkembangan Murid dalam apa jua bentuk mengikut kesesuaian. 6.4.3 Laporan PBD akan diserahkan kepada waris 2 kali setahun. - Pertengahan semester ialah pada 3 September 2023 - Sesi Akhir Akademik ialah pada 28 Januari 2024 6.5 Ujian / Penilaian / Peperiksaan 6.5.1 Guru-guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan berdasarkan keputusan yang telah dilaksanakan. 6.5.2 Semua guru perlu bersedia untuk menggubal soalan sendiri. 6.6 Kontrak Latihan / Semakan Buku Tulis dan Buku Kerja 6.6.1 Semua guru perlu menghantar 1 set sahaja Buku Tulis atau Buku Kerja murid kepada pentadbir (pemantau masing-masing) 6.6.2 Ambil borang semakan buku tulis daripada PKP. 6.6.3 Buat penetapan kontrak Latihan dalam mesyuarat panitia masing-masing. Tindakan dan Makluman : Semua Guru 6.7 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran 6.7.1 Mesyuarat Panitia Kali Pertama diadakan pada 15 Mac 2023 (8:30 pagi) mengikut ketetapan berikut : Bahasa Melayu - Bilik Mesyuarat ( PK Hem ) Bahasa Inggeris - Bilik Aspirasi ( PK Petang ) Matematik - Pusat Sumber Sekolah ( PK Pentadbiran ) Sains - Bilik Sains ( PK Pendidikan Khas ) Pendidikan Islam - Bilik RBT ( PK Koko ) 6.7.2 Mohon setiausaha hantar minit mesyuarat seminggu selepas tarikh mesyuarat dijalankan dan masukkan dalam fail panitia. 6.7.3 Agenda mesyuarat panitia kali pertama akan diselaraskan oleh barisan pentadbir. Tindakan : Ketua Panitia dan setiausaha panitia Makluman : Semua AJK panitia


6.8 MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris) 6.8.1 Mohon AJK HIP kemaskini papan info dan sudut HIP. 6.8.2 Setiap program HIP dirancang dengan teliti,dilaksanakan dan perlu didokumentasikan sebagai bukti pelaksanaan. 6.8.3 Pengerusi meminta semua guru melibatkan diri dalam menjayakan program yang dianjurkan di bawah MBMMBI. 6.8.4 Beliau juga meminta Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris hendaklah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan aktiviti di bawah program ini. Tindakan : AJK HIP Makluman : Semua Guru 6.9 eRPH / DSKP / RPT / RPH / BRM 6.9.1 Semua guru menggunakan DSKP dan RPT Semakan 2017 terkini, bermula Tahun 1 hingga Tahun 6. 6.9.2 RPH disediakan dalam bentuk eRPH. 6.9.3 eRPH dihantar bersama dengan RPT dan DSKP untuk setiap subjek yang diajar. 6.9.4 Penulisan eRPH hendaklah dirancang mengikut format PdPc Abad 21 (menitikberatkan KBAT dan menjurus kepada PAK21) 6.9.5 Semua guru hendaklah mematuhi Panduan Buku Rekod Mengajar seperti dalam Pekeliling Akta 1996:PU(A)531 peraturan 7,8,11 - Peraturan 7 : Sukatan Terkini/Huraian Sukatan Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Mempunyai Senarai Nama Murid bagi setiap kelas. - Peraturan 8 : Guru hendaklah menyimpan dan menggunakan Buku Rekod Mengajar (eRPH) - Peraturan 11 : Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan pelajaran dan format Rancangan Pelajaran Harian yang betul 6.9.6 Penalti Pelanggaran Peraturan 7-8 : - Guru boleh dikenakan penalti RM 500.00 jika melanggar peraturan ini. 6.9.7 Penalti Pelanggaran Peraturan 11(1) : - Guru boleh dikenakan penalti RM 5000.00 jika melanggar peraturan ini. Tindakan dan Makluman : Semua Guru 6.10 Bilik-Bilik Khas 6.10.1 Pengerusi memaklumkan senarai guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk bilik-bilik khas. 6.10.2 Beliau meminta guru-guru supaya membersihkan bilik-bilik tersebut supaya dapat digunakan pada hari pertama mpersekolahan. 6.10.3 Penyelaras setiap bilik khas dikehendaki menyediakan Jadual Penggunaan Bilik dan Buku Rekod Penggunaan Bilik Khas. Guru-guru yang menggunakan bilik-bilik tersebut dikehendaki mengisi butiran penggunaan dalam buku tersebut. 6.10.4 Bilik Aspirasi akan dijadikan Bilik Gerakan TS25. Tindakan : Penyelaras Bilik-Bilik Khas Makluman : Semua Guru


6.11 PLC / LDP 6.11.1 PLC sebagai agenda dalam mesyuarat panitia 6.11.2 Patuhi proses PLC ( kitaran PLC yang lengkap memerlukan masa ) A) Pra - perbincangan B) Semasa - pelaksanaan C) Selepas - post morterm 1 minggu – 1 bulan 6.11.3 Contoh PLC – Learning Walk / Book Review / TSS / Lesson Study 6.11.4 Mata kredit untuk LDP – 42 mata jam kredit dalam SPLKPM 6.11.5 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) - Buat secara dalaman setelah guru tamat kursus (secara online/bersemuka) - Contoh tajuk LDP – Fokus Peningkatan Kualiti Guru / Pedagogi PAK21 - Laporan PLC dan LDP – Tindakan panitia dan SU JK PLC dan LDP - Galakkan semua guru menyertai kursus webinar dari anjuran luar 6.11.6 Pn. Asmahani selaku Setiausaha LDP tahun 2022/2023 memaklumkan bahawa semua guru telah mencapai mata jam kredit yang diperlukan bagi tahun 2022. Tindakan : SU LDP / JK PLC / Ketua Panitia Makluman : Semua Guru 6.12 Bantuan Geran Per Kapita (PCG) 6.12.1 Pengerusi memberi penerangan ringkas mengenai pengurusan kewangan panitia kepada guru-guru. 6.12.2 Mohon semua Ketua Panitia untuk merujuk baki yang diberi pada Mesyuarat Kurikulum Kali Ke-3 , bagi perbelanjaan untuk Tahun 2023. 6.12.3 Setiap barangan dan alatan yang dibeli perlu disertakan dengan Nota Minta yang diluluskan oleh Tuan Guru Besar dan mesti diminitkan dalam Mesyuarat Panitia masing-masing. 6.12.4 Pembelian mestilah terancang dan sesuai dengan keperluan panitia masing-masing. Rancang pembelian, beli dengan berhemah dan guna secara optimum. 6.12.5 Barang-barang yang dibeli dilabel dan diletakkan di tempat yang disediakan kerana ianya asset panitia. Tindakan : Ketua Panitia Makluman : Semua Guru 6.13 Pencerapan PdPc/PBPPP/SKPM@Sekolah 6.13.1 Semua guru sila rujuk Jadual Pencerapan dalam buku Pengurusan dan Takwim 2023/2024 muka surat 30-33. 6.13.2 Borang Keberhasilan dan Penilaian Kendiri Standard 4 perlu dihantar kepada Penilai masing-masing. 6.13.3 Maklum terlebih dahulu sebelum dicerap. Guru akan lebih bersedia untuk dicerap. Tindakan dan Makluman : Semua Guru


6.14 Pengurusan Bilik Darjah 6.14.1 Guru Kelas perlu memastikan semua murid mesti ada 1 set kerusi dan meja serta 1 set buku teks. 6.14.2 Guru Kelas dan Pembantu Guru Kelas perlu memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria sebelum sesi persekolahan bermula. 6.14.3 Susunan atur meja murid adalah mengikut kesesuaian dan keperluan. 6.14.4 Pastikan semua murid mendapat jadual kelas dan ditampal pada papan info di dalam kelas. 6.14.5 Pihak sekolah telah menempah papan kenyataan (banner) bagi menggantikan papan kenyataan yang bermasalah. 6.14.6 Beberapa papan putih yang bermasalah telah digantikan dengan papan putih yang baru. Tindakan : Guru Kelas dan Pembantu Guru Kelas Makluman : Semua Guru 6.15 Perhimpunan Mingguan 6.15.1 Dilaksanakan pada setiap hari Ahad ( 7:30 pagi – 8:00 pagi ) 6.15.2 Masa yang diperuntukkan ialah selama 30 minit. 6.15.3 Tempat perhimpunan yang ditetapkan ialah di Dewan Al-Ghazali. 6.16 Bahan Bantu Belajar 6.16.1 Pengerusi meminta semua guru membincangkan bahan bantu mengajar (BBM) yang diperlukan dalam proses PdPc dalam mesyuarat panitia akan datang. 6.16.2 Beliau menyarankan kepada guru-guru supaya menggunakan BBM yang sedia ada di sekolah. 6.16.3 Guru-guru juga diminta menggunakan Bilik Bahan Bantu Mengajar untuk memperolehi bahan yang digunakan untuk PdPc yang berkesan. 6.17 Melindungi Masa Instruksional (MMI) 6.17.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di atas komitmen mereka dalam mematuhi dasar kerajaan yang menitikberatkan tentang MMI di sekolah dan di dalam bilik darjah. 6.17.2 Beliau menyarankan kepada guru-guru supaya terus membudayakan amalan Melindungi Masa Instruksional di sekolah dan di dalam bilik darjah. 6.17.3 Guru-guru perlu mencapai sasaran waktu mengajar yang telah ditetapkan dalam setahun. 6.17.4 Guru-guru perlu memastikan supaya standard pembelajaran dan standard kandungan yang dirancang diajar bagi setahun. 6.17.5 Keberadaan guru di bilik darjah dan sekolah adalah sangat penting. Tindakan dan Makluman : Semua Guru 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Program Pendidikan Inklusif 7.1.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli tentang Program Pendidikan Inklusif (PPI) dimana suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersamasama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.


7.1.2 Terdapat dua orang murid yang terlibat dengan Program Pendidikan Inklusif Penuh iaitu : i) Muhammad Fadhlilah Bin Azrul Amry ( kelas 2 Ibnu Abbas ) ii) Nur Aisyah Munawwarah Bt Mazlan ( 3 Ibnu Majah ) 7.1.3 Muhammad Fadhilah mempunyai masalah sukar bergerak kerana murid terbabit mengunakan kaki palsu. 7.1.4 Nur Aisyah Munawwarah mengalami masalah rabun yang kritikal. 7.1.5 Diharapkan semua guru cakna dengan keadaan murid tersebut dan dapat menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keadaan murid (Pembelajaran Terbeza). 7.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat panitia dan kurikulum di adakan 4 kali setahun. 7.3 Sila kemaskini e-operasi masing-masing. 7.4 Mohon Setiausaha PIBG berbincang dengan YDP PIBG untuk menetapkan tarikh Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024. 8.0 Ucapan Penangguhan / Penutup : 8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang sesi 2022/2023 8.2 Mesyuarat ditangguh pada jam 1:30 petang Minit disediakan oleh : Minit disemak oleh : ……………………………. …………………………….. (WAN SOFINA BINTI WAN ISHAK) ( MOHD NOR BIN AHMAD) Setiausaha Unit Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran SK Permatang Tok Dik SK Permatang Tok Dik 20.3.2023 20.3.2023


Click to View FlipBook Version