The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 (BUKU TEKS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AMIRAH BINTI ABD HAMID KPM-Guru, 2023-10-13 04:30:19

PERIBAHASA

SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 (BUKU TEKS)

1 PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 Bil Peribahasa Maksud 1 Belayar sambil memapan(hal. 7) Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus. 2 Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai(hal.9) Sekiranya hendak mengetahui atau menguasai sesuatu perkara, belajarlah daripada orang yang ahli ataupun pakar dalam bidang tersebut. 3 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(hal.10) Jika mempunyai cita-cita seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. 4 Orang mengantuk disorongkan bantal(hal.12) Memperoleh apa yang benar-benar diingini. 5 Zaman Tuk Nadur berkajang kain(hal.21) Suatu masa atau zaman yang telah lalu; Suatu masa atau zaman yang telah lama sekali berlalu. 6 Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang(hal.37) Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. 7 Bertangguh itu pencuri masa(hal.49) Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri. 8 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam(hal.49) Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah. 9 Titik peluh(hal.68) Hasil usaha sendiri 10 Hujan halau mentua(hal.74) Hujan sebentar sahaja 11 Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa(hal.74) Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja. 12 Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai(hal.74) Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya. 13 Takkan lari gunung dikejar(hal.75) Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan berhati-hati. 14 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri(hal.77) Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.


2 Bil Peribahasa Maksud 15 Jauhari sahaja yang mengenal manikam(hal.77) Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu. 16 Indah khabar daripada rupa(hal.77) Perkhabaran sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 17 Bapa borek, anak rintik. (hal.82) Anak itu mengikut kelakuan dan lain-lain orang tuanya. / Anak menurut baka, kelakuan dan lain-lain dari bapanya. 18 Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata(hal.82) Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya. 19 Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. (hal.82) Perbezaan zaman yang berubah mengikut peredaran masa. 20 Kera mendapat bunga(hal.82) Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain. 21 Bagaimana acuan, begitulah kuihnya(hal.82) Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya. 22 Sambil menyelam minum air(hal.83) Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai. 23 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri(hal.84) Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik. 24 Sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga(hal.88) Sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya. 25 Bagai itik mendapat air(hal.90) Kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai 26 Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah(hal.90) Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal. 27 Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang. (hal.90) Tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal 28 Air tenang jangan disangka tiada buaya(hal.90) Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut. Bil Peribahasa Maksud


3 29 Anak buah(hal.98) Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / Orang yang termasuk dalam sesuatu pasukan / Pekerja di bawah jagaan kita. 30 Seperti telur di hujung tanduk(hal.99) Dalam keadaan bahaya, serba sulit. 31 Sambil menyelam minum air(hal.99) Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. 32 Pisang tidak berbuah dua kali. (hal.106) Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. 33 Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. (hal.106 dan 107) Contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan daripada sesuatu yang buruk. 34 Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. (hal.106) Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera. 35 Mata air. (hal.112) Orang kesayangan, kekasih. 36 Jalan tengah. (hal.113) Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah. 37 Harga diri. (hal.133) Maruah 38 Membuang muka. (hal.141) Berpaling ke arah lain untuk mengelakkan orang lain yang tidak disukai. 39 Membuka mata / Buka mata. (hal.180) Melihat dan meluaskan pandangan. (ii) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain. 40 Panas baran (hal. 198) Cepat marah. 41 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. (hal.199) Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain. 42 Ambil kira. (hal.207) Mempertimbangkan.


4 Bil Peribahasa Maksud 43 Malang tidak berbau. (hal.220) Keadaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya 44 Anak bongsu. (hal.224) Anak yang paling muda dalam keluarga 45 Alah membeli, menang memakai. (hal.232) Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan lama. 46 Membaca jambatan ilmu. (hal.232) Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan. 47 Biar putih tulang jangan putih mata. (hal.232) Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan. 48 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa / Berkata pelihara lidah. (hal.232) Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain. 49 Yang lama dikelek, yang baharu didukung. (hal.232) Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 50 Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. (hal.232) Biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga. / Orang yang bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya. 51 Duit saku / Wang saku. (hal.252) Wang perbelanjaan 52 Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi. (hal.252) Mendapat apa yang diingini. 53 Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. (hal.254) Sekali melakukan kerja, dua kali maksud tercapai. 54 Air tangan. (hal.257) Masakan seseorang.


Click to View FlipBook Version