AYAT
PENEGASAN
KARANGAN
CIKGU BADA
APA ITU AYAT PENEGASAN
AYAT TERAKHIR PERENGGAN ISI
APA ITU AYAT PENEGASAN
AYAT TERAKHIR PERENGGAN ISI
TEMA SASARAN
Semangat Diri anda sendiri
Patriotisme
FORMAT
TUGASAN TIDAK
Usaha-usaha yang anda lakukan BERFORMAT
untuk memupuk semangat
patriotisme dalam diri anda
sendiri
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik
dalam diri kita. Pada realitinya, saya mestilah mengambil tahu dan mengenali tokoh-tokoh
yang memperjuang untuk kemerdekaan negara. Hal ini bermaksud, saya hendaklah
didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanan pejuang tanah air kita agar mampu memberi
kesedaran dan insaf, bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta". Sebagai contoh, kisah
Leftenan Hassan yang mengambil risiko menghadap pergerakan komunis 10 hari sebelum
Tanah Melayu diisytiharkan merdeka demi ketenteraman negara. Jika mendalami akan pahit
maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuang kemerdekaan
negara, tentunya semangat patriotik dalam diri lebih kuat.
Jelaslah bahawa mengambil tahu dan mengenali tokoh-tokoh yang
memperjuangkan kemerdekaan ialah usaha-usaha untuk memupuk semangat
patriotik dalam diri.
Di samping itu, dengan menjalankan kempen media massa juga penting dalam memupuk
semangat patriotik antara masyarakat. Dengan mengadakan kempen ini, akan memberikan
kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya semangat patriotik dalam negara kita.
Stesyen televisyen dan radio adalah jalan yang terbaik untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan atau program yang
berunsurkan patriotisme supaya dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
filem-filem seperti Bukit Kepong " Leftenan Adnan" dan drama-drama tentang pejuang
pejuang kemerdekaan negara ataupun berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
TIDAK MENJAWAB TUGASAN
Jelaslah kepada kita bahawa kempen media massa merupakan usaha usaha
untuk meningkatkan semangat patriotik dalam diri kita.
SEKIAN
TERIMA KASIH
SEMOGA BERMANFAAT
CIKGU BADA