ANAK MUSANG YANG MALANG NUR HANI
ANAK MUSANG YANG MALANG
Dibawah sebatang pokok yang rendang, tinggal seekor ibu musang bersama anaknya. Anak musang itu bernama Jojo. 2
Jojo sudah besar tetapi ia penakut dan pemalas. Selain itu, ia juga takut untuk bermain di luar, apatah lagi jika mendengar bunyi guruh dan petir. Setiap hari ia hanya menunggu ibunya pulang membawa makanan. Selepas makan, ia akan menghisap susu ibunya sehingga kenyang lalu tertidur kekenyangan. 3
Ibu musang sudah tua. Ia mulai cepat penat. Walaupun ia sakit, ia tetap juga keluar mencari makanan.“Jojo akan mati kalau tidak makan. Susu aku sudah kering. Jojo tidak dapat minum susu lagi.” Kata ibu musang. 4
Pada suatu pagi,ibu musang keluar mencari makanan. Ia mengejar semua binatang untuk dijadikan makanan. Namun, tiada seekor pun yang berjaya ditangkap. Disebabkan usianya yang sudah tua, ia tidak dapat lagi mengejarnya. Binatang-binatang itu berlari dengan sangat laju dan lincah. 5
Aduhai, tiada makanan untuk Jojo! Bagaimana ini? “Matilah Jojo jika ia tidak makan hari ini, ” kata ibu musang. Ia berjalan lagi. Ia mengejar setiap binatang kecil yang dilihatnya. 6
Setelah senja, ibu musang terjumpa seekor burung gagak. Burung itu sudah mati kerana terkena lastik oleh manusia. Pada masa itu, ibu musang sangat lapar. Ia hendak makan burung itu. Namun, ia tidak sampai hati lalu berkata. “Biarlah aku lapar asalkan Jojo dapat makan, ”katanya. 7
Apabila malam tiba, ibu musang pun pulang. Jojo terjaga daripada tidur lalu menangis kelaparan. Ibu musang memberikan burung gagak yang dijumpainya tadi kepada Jojo. Jojo pun berhenti menangis lalu memakan burung gagak tersebut sehingga habis. 8
Setelah makan, Jojo menangis semula. Ia masih kelaparan. Namun, ibu musang sangat letih untuk keluar mencari makanan lagi. Ia hanya membiarkan Jojo menangis sehingga Jojo terlena dengan sendirinya. 9
Keesokan harinya, ibu musang berkata kepada Jojo, “Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik. Banyak itik berenang di tasik itu. Ayam juga gemar bermain di situ. Pergilah ke tasik itu dan mencari makan sendiri, kamu kan sudah besar”. Jojo pun pergi ke tasik tersebut. Ia berjalan dengan berhati-hati sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Apabila sampai di tasik itu, ia pun berhenti. 10
Tiba-tiba, ada seekor tikus besar melintas di hadapannya. Ia terperanjat dan bersembunyi di belakang batu besar. Di waktu itu, Jojo melihat ada seekor ibu ayam sedang membawa beberapa ekor anaknya. Ibu dan anak-anak ayam itu mengais-ngais dan mematuk cacing yang berada di dalam tanah. Ibu ayam itu mencari makanan dengan berani tanpa menyedari bahawa musang sedang mengintainya secara diam-diam. Wah, banyaknya anak ayam disini! 11
Semakin lama, semakin dekat ibu dan anakanak ayam datang ke tempat Jojo bersembunyi. Sebaik sahaja anak-anak ayam itu menghampirinya, Jojo terus menerkam lalu membaham empat ekor anak ayam tersebut. Manakala lagi dua ekor ia bawa balik kerumah untuk diberikan kepada ibunya. 12
Sejak daripada kejadian itu, setiap hari Jojo menangkap anak-anak ayam. Habis semua anak ayam ia makan. Ibu ayam yang lain berasa sangat takut hendak pergi ke tasik itu lagi. 13
Semua anak ayam sudah habis aku makan. Aku sudah tiada makanan disini lagi. Pada satu hari, Jojo sedang berbaring di sebuah pohon yang rendang. Ia tidak mempunyai makanan lagi. Jojo semakin berani tetapi ia malas untuk mencari makanan di tempat lain. Katanya, “Saya mesti lakukan sesuatu supaya dapat mencari makanan dengan senang di sini.” 14
Di tasik itu banyak itik sedang berenang. Lalu Jojo mendapat idea untuk membaham itik-itik tersebut. Ia mahu memberitahu itik-itik itu bahawa dalam tasik itu mempunyai banyak makanan. Bila itik-itik itu menyelam ke bawah, itik-itik itu akan mati lemas. Wah, disini banyak makanan! 15
Itik-itik yang mati itu akan timbul di atas air. Jojo akan menarik itik-itik yang mati itu ke tepi untuk memakannya. Ia juga akan menggunakan sebatang galah untuk menarik itik-itik yang mati itu naik ke atas darat. 16
Pada suatu pagi, Jojo pun pergi ke tasik itu. Jojo membasahkan seluruh badannya. Setelah itu, ia pun menunggu di tepi tasik.Ia nampak seekor ibu itik di seberang tasik. Jojo berpura-pura hendak berkawan dengan ibu itik itu. Katanya, “Selamat pagi, sahabat! Selamat datang! Hari ini kamu sangat bertuah kerana cepat datang ke tasik ini.” 17
Ibu itik terperanjat mendengar suara musang. Ibu itik berasa takut dan mahu melarikan diri dari musang namun ia berfikir dahulu. Ia melihat musang itu baik dan mahu berkawan 18
Jojo pun berkata kepada ibu itik, ”tasik ini tasik ajaib. Saya baru sahaja terjun ke dalamnya. Lihatlah badan saya basah. Di bawah tasik ini ada sebuah negeri. Negeri itu sangat cantik dan indah. Kamu boleh mendapat makanan yang sangat sedap di situ. Seribu tahun pun tidak akan habis makanan kamu. Air di bawah tasik ini juga sangat ajaib. Sesiapa sahaja yang pergi kesana akan hidup selama-lamanya. 19
Ibu itik berasa sangat gembira mendengar apa yang diucapkan oleh musang. Lalu ia pun menyelam ke dalam tasik itu. Ia terus menuju ke bawah tasik. Musang berasa sangat gembira kerana ia berjaya menipu ibu itik. Ibu itik itu tentu akan mati lemas dan ia boleh memakannya. 20
Ibu itik melihat di bawah tasik itu. Namun ia tidak nampak sesuatu yang istimewa seperti yang dicakap oleh musang tadi. Ibu itik sedar bahawa musang telah menipunya. Ia hampir lemas lalu berenang ke atas semula dan berjumpa dengan musang. 21
Terima kasih musang! Lalu ibu itik berkata, “Terima kasih, sahabatku musang. Apa yang kamu cakapkan tadi adalah benar. Cantik betul di bawah tasik ini. Makanan pun terlalu banyak. Airnya pula sangat dingin.” 22
“Habis, mengapa kamu naik ke darat?” tanya Jojo. “Saya mahu mengajak kawan-kawan saya terjun ke bawah tasik ini, ” jawab itik. Jojo terperanjat. “Betulkah tasik ini ajaib?” tanyanya di dalam hati. 23
Ibu itik pun memberitahu kawan-kawannya bahawa musang mahu menipu mereka. Keesokannya, sepuluh ekor itik terjun ke dalam tasik itu. 24
Betulkah tasik ini ajaib? Jojo melihat itik-itik tersebut dari seberang tasik. Hatinya semakin percaya bahawa tasik itu ajaib. Itik -itik yang terjun ke dalam tasik itu tadi tidak menimbulkan diri mereka di hadapan musang malah mereka menyelam ke tepi tasik dan naik ke darat semula. Jojo tidak melihat itik tersebut naik ke darat dan menyangka tasik itu benar-benar ajaib. 25
Lihat! Meraka sangat gembira dibawah sana. Ibu itik mendekati Jojo dan berkata, Lihatlah itik-itik itu tidak mahu naik ke darat lagi. Itikitik itu sangat seronok tinggal di bawah sana.” 26
Mari samasama kita terjun ke dalam tasik ini. Tidak! Saya takut. Ibu itik mengajak musang mengikutinya terjun ke dalam tasik itu. Namun Jojo berkata, “Saya takut lemas sebab perjalanan ke bawah tasik ini jauh.” 27
Kita gunakan tali dan batu ini. “Jangan bimbang, saya boleh menolong kamu.” kata ibu itik kepada musang. Lalu ibu itik mengikat seketul batu di kaki Jojo. 28
Ibu itik berkata, “Batu ini akan membawa kamu ke bawah tasik dengan cepat. Seribu tahun kamu tidak perlu mencari makanan jika kamu pergi ke bawah tasik ini.”Jojo berasa takut lalu menjawab, “Saya takut! Saya takut terjun! jerit Jojo. Namun ibu itik terus menolaknya ke dalam tasik dari belakang. 29
Rasakan, itu adalah akibat jika berbuat jahat. Jojo pun terjatuh ke dalam tasik bersama kakinya yang diikat dengan batu. Jojo tidak timbul setelah jatuh ke dalam tasik. Jojo sudah mati lemas di bawah tasik itu. 30
Musang sudah mati! Ibu itik memberitahu kepada ayam dan itik-itik lain bahawa musang sudah mati. Mereka sangat gembira mendengar berita tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada ibu itik dan memuji ibu itik kerana berani menipu musang tersebut. 31
Sejak dari peristiwa itu, mereka sudah tidak takut untuk mencari makan di kawasan tasik itu lagi. Akhirnya mereka dapat hidup dengan aman dan sentosa. 32
SINOPSIS Ada seekor anak musang bernama Jojo.Jojo sangat pemalas dan hanya berharap dengan ibunya untuk mencari makanan.Pada suatu hari ibu musang menyuruh Jojo untuk mencari makanan sendiri.Jojo pergi ke tepi tasik dan telah ternampak anak-anak ayam sedang mencari makanan di kawasan itu.Lalu Jojo memakan kesemua anak-anak ayam yang berada di kawasan tasik itu.Setelah itu,Jojo menipu anak-anak itik di tasik itu.Jojo mengatakan bahawa didalam tasik itu terdapat negeri yang indah lalu anak itik menyelam dan lemas .Jojo memakan kesemua anak itik yang mati lemas.Jojo juga mahu menipu ibu itik dengan menggunakan tektik yang sama namun ibu itik sangat bijak dan ia mahu membalas perbuatan jahat Jojo.Berjayakah ibu itik membalas perbuatan jahat Jojo?