INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
(EDUP 3073)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR SHAHIRA BINTI SAZELI
ANGKA GILIRAN 2020192340142
NO. KAD PENGENALAN 011016-06-0360
KUMPULAN / UNIT F7 PISMP 2020
KOD / NAMA KURSUS
TAJUK TUGASAN EDUP 3073 / BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH PENULISAN AKADEMIK
TARIKH HANTAR
TARIKH MAKLUM BALAS PUAN SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID
12 MEI 2022
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
PERKARA 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 2
3.0 LANGKAH-LANGKAH BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 3
3
3.1 FIZIKAL 4
3.2 EMOSI 4
3.3 SOSIAL 5
3.4 SOSIOLINGUISTIK
4.0 KESIMPULAN
SENARAI RUJUKAN
PENGENALAN
Masyarakat di Malaysia amat kaya dengan adat dan tradisi yang dimiliki oleh pelbagai
kaum dan etnik. Hal ini demikian oleh pembentukan Malaysia yang terdahulu untuk mencapai
kemerdekaan memerlukan perpaduan daripada setiap kaum iaitu bertepatan dengan
Perjanjian Tanah Melayu 1975 yang merupakan satu langkah pembinaan negara dan bangsa
yang kukuh dan memperlihatkan persetujuan semua kaum menurusi pakatan murni. Justeru
itu, tidak hairanlah jika variasi keunikan setiap kaum di Malaysia ini dilihat dan menjadi norma
masyarakat Malaysia. Jika ditelusuri dari pelbagai aspek seperti pentadbiran, ekonomi, sosial
dan juga kemasyarakatan, Malaysia mempunyai majoriti kaum yang berbeza-beza sebagai
contoh Melayu, Cina dan India bekerjasama di bawah sektor sama tanpa sebarang
diskriminasi kaum. Tidak dilupakan juga dari sudut pendidikan, murid-murid yang terdiri
pelbagai kaum juga turut menyumbang dalam pembentukan perpaduan di Malaysia ini. Oleh
itu, penulisan ini membincangkan langkah-langkah guru untuk menyediakan bilik darjah yang
mesra yang mempunyai pelbagai sosiobudaya.
BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Budaya dapat didefinisikan sebagai perkara-perkara yang berkaitan dengan budi dan
akal. Istilah budi membawa maksud asli, sejati dan dipandang manakala daya pula dieertikan
sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010). Bagi pendapat E.B. Taylor
(1958), pula bertanggapan bahawa budaya sebagai sebuah kompleks yang merangkumi
pelbagai bidang. Beliau juga melihat budaya sebagai kajian tentang pemikiran manusia
berasaskan sesuatu tindakan. Di Malaysia kini budaya telah dipengaruhi oleh pelbagai
campuran tradisi daripada pelbagai kaum yang dinormakan seperti perayaan, aktiviti
keagamaan dan sebagainya. Sosial pula bermaksud segala perbuatan yang berkaitan dengan
masyarakat atau perlihal kemasyarakatan. Dapat disimpulkan bahawa sosiobudaya
merupakan suatu perihal kemasyarakatan yang melibatkan aktiviti kebudayaan dalam
kalangan masyarakat setempat. Tidak dinafikan lagi bahawa masyarakat di Malaysia telah
menjalani suatu proses penyesuaian kehidupan yang melibatkan variasi perkauman. Bagi
aspek pendidikan pula sosiobudaya ini telah digeneralisasikan supaya kurangnya jurang
sosial dalam setiap kaum tersebut. Justeru, langkah besar yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1956 dengan menukar status sekolah rendah
kepada kebangsaan bedasarkan Penyata Razak 1956.
1
LANGKAH-LANGKAH BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menetapkan akses sebagai
salah satu aspirasi sistem pendidikan negara. Pelan Pembangunan Pendidikan juga turut
menekankan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Perkara tersebut dapat dicapai
menerusi interaksi dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Untuk
merealisasikan hasrat PPPM ini, sekolah merupakan instistusi pendidikan yang dilihat sesuai
dalam menerapkan perpaduan dalam kalangan murid seterusnya mewujudkan bilik darjah
yang mesra budaya. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab
dan berdedikasi, mereka perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan hasrat ini
tercapai. Oleh yang demikian terdapat beberapa langkah yang dalam memastikan bilik darjah
yang mesra budaya. Terdapat empat aspek yang perlu dicapai dalam mewujudkan bilik darjah
yang sempurna iaitu aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.
FIZIKAL
Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seorang guru (Leonard & Karen, 1996). Dalam mewujudkan
sebuah suasana yang nyaman dan selesa bagi proses PdP, aspek fizikal seperti bilik darjah
ini perlu diambil serius oleh seseorang guru sekolah. Dengan itu, guru-guru boleh mengambil
langkah dalam penyusunan kerusi dan meja dalam sesebuah kelas. Dalam kata lain,
penyusunan meja yang berbentuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai jenis latar
belakang murid perlu diatur dengan rapi. Hal ini bukan sahaja membantu pelajar untuk belajar
langkah-langkah dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. secara berkumpulan,
malah juga memastikan kawasan untuk murid bergerak semasa sesi PdP selesa tanpa
sebarang gangguan kesempitan ruang untuk bergerak. Bukan itu sahaja, perkara ini mampu
membentuk suasana bilik darjah yang mesra budaya dengan adanya sesi persefahaman,
perbincangan, penerimaan pendapat dan juga perkenalan yang berlangsung secara formal
ataupun tidak formal. Kesannya, keberkesanan pembelajaran secara berkumpulan dapat
meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid (Bhavani Somasundram, 2017).
2
EMOSI
Menurut Rizalina Radzi (2014), perkembangan emosi kanak-kanak khususnya adalah
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap
sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak- kanak. Sekiranya
emosi seorang murid di dalam kelas adalah positif, maka secara tidak langsung akan menjadi
perangsang untuk membangkitkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP.
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan persekitaran emosi yang
baik dan dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya ialah semasa melaksanakan aktiviti
PdP, guru perlulah memberi galakan ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab
dengan betul latihan ataupun soalan yang diberikan. Hal ini secara tidak langsung boleh
memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik
darjah.
Selain itu, layanan seseorang guru juga menyumbang kepada membentuk bilik darjah
yang mesra budaya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pengurusan emosi murid memberi
impak kepada pembelajaran dan prestasi mereka. Dengan ini seseorang guru itu, perlu
mengambil langkah-langkah yang sesuai seperti memberi layanan yang adil kepada setiap
murid tanpa mengira bangsa dan kaum serta taraf sosial mereka. Sebagai contoh guru
memberi tugas yang sama kepada setiap murid dan memupuk mereka dengan memberi
pujian yang sama rata. Impaknya, murid-murid tidak akan berasa terasing dan selesa untuk
belajar tanpa memikirkan perbezaan dalam diri mereka. Jelaslah bahawa aspek emosi juga
membantu untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya dan meningkatkan prestasi
pembelajaran mereka.
SOSIAL
Antara cara dalam membentuk kelas mesra budaya dari aspek sosial ialah mengadakan
aktiviti yang berkaitan dengan persilangan budaya murid dalam kelas. Sebagai contoh, aktiviti
jamuan hari raya, hari kelahiran dan juga aktiviti persembahan budaya oleh setiap kaum.
Melalui aktiviti seperti ini guru dapat memupuk pembelajaran didik hibur serta membantu
pelajar untuk bergerak aktif di dalam kelas. Menurut Noriati A. Rashid (2017), aktiviti ini
mampu mengeratkan hubungan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik dan meningkatkan
perkembangan aspek sosial mereka. Interaksi yang berlaku antara mereka juga mampu
mewujudkan persefahaman dari sudut budaya, akademik dan juga sejarah tradisi.
3
SOSIOLINGUISTIK
Bahasa merupakan satu alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya. Sosio
pula merupakan interaksi antara masyarakat (Abdul Rahman, 2001). Secara umumnya
sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa serta
turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan. Salah satu cara
untuk membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui pertuturan. Juteru guru boleh
mengadakan pertandingan nyanyian kecil yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam
menyampaikan muzik dan lagu bahasa ibunda mereka. Sebagai contoh, lagu “Tanak
Kampung” dimainkan oleh pelajar kaum Melayu Sabah, lagu “Tum Hi Ho” dan lagu “Hari Raya”
oleh murid kaum Melayu. Dengan ini murid-murid dapat mempelajari keunikan bahasa
daripada setiap kaum melalui hasi nyanyian yang disampaikan seterusnya membantu untuk
murid memperluaskan pengetahuan bahasa yang dimiliki mereka.
Selain itu, guru juga boleh melakukan aktiviti drama yang menerapkan murid daripada
pelbagai kaum. Hal ini dikatakan sedemikian kerana penyampaian pertuturan oleh watak dan
perwatakan setiap kaum dimainkan dalam bahasa ibunda mereka. Justeru, murid-murid dapat
meningkatkan pemahaman mereka terhadap variasi linguistik dalam kelas dan juga memupuk
toleransi bahasa dalam kalangan murid. Impaknya bukan sahaja daripada sudut akedemik,
malah interaksi sosial juga turut dapat diasah melalui aktiviti persilangan bahasa seperti ini.
KESIMPULAN
Tuntasnya, guru-guru perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebuah
kelas yang mesra budaya agar segala manfaat boleh dinikmati oleh pelbagai pihak
terutamanya dalam kalangan murid itu sendiri. Usaha dalam mewujudkan bilik darjah yang
mesra budaya ini mampu merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025). Berkesinambungan daripada hal ini, bilik darjah yang mesra budaya ini dapat
mewujudkan suasana yang selesa seterusnya membantu meningkatkan prestasi akedemik
murid-murid.
4
SENARAI RUJUKAN
Ahmad Firdaus Mohd Noor, Mohd Farhan Abd Rahman & Mukhamad Khafiz Abd Basir.
(2020). Elemen pengurusan kelas pensyarah cemerlang pendidikan Islam di politeknik.
Jurnal Intelek Vol. 15 Issue 2, 162-173.
Asmah Omar. (1979). Language planning for unity and efficiency. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
S. A. & Auster, K. R. (2018). Motivation to enhance the better thinking and creative thinking.
Academical and Educational Journalism.
Bhavani Somasundram. (2017). Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian
dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 11-23.
Foziana Jamaludin. (2018). Latihan dalam perkhidmatan: Pengurusan bilik darjah. Jurnal
Wacana Sarjana Jilid 2 (1), 1-12.
Haliza Hamzah. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan bilik darjah: strategi-strategi mewujudkan komuniti
pembelajaran berkesan. PTS Akademia.
Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu: Suara dari bawah. Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
5