The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pu3Nelly, 2022-12-20 01:14:38

MODUL 9 TS25 SJKCYC

Improve With TS25

TS25 MODUL 9 – IMPROVE WITH TS25

MAKLUM BALAS GURU
PENDIDIKAN MORAL

1. Kelas pertama: Murid-murid telah memahami definasi dan makna bekerjsama dan tolong-menolong dalam komuniti secara
perbincangan dalam kumpulan dan juga penerangan tambahan daripada guru.

2. Kelas kedua: Murid-murid dibahagiakan kepada kumpulan 4 atau 5 orang sekumpulan. Setiap kumpulan hendaklah
melantik seorang ketua dan seorang setiausaha kumpulan. Proses diterangkan kepada murid untuk menghasilkan peta
minda yang bermutu.

3. Kelas ketiga: Murid-murid diminta untuk menghasilkan sebuah peta minda mengenai contoh-contoh bekerjasama dan
tolong-menolong yang boleh mereka peroleh dalam komuniti, dan terjemahkan ke dalam kad manila yang disediakan. Peta
minda yang akan dihasilkan mestilah mempunyai ciri-ciri kreatif dan berwarna-warni. Murid-murid juga dikehendaki
menggunakan kad manila sepenuhnya. Ahli-ahli kumpulan diwajibkan memberi idea dan pendapat atau pandangan secara
sumbangsaran. Kemudian, barulah ahli-ahli kumpulan membuat lakaran peta minda, melukis, menulis, mewarna dan
melakukan pemurnian ke atas peta minda yang dihasilkan

4. Kelas keempat: Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk menentukan peranan masing-masing
semasa pembentangan nanti. Pembentang-pembentang mula menjalankan simulasi atau latihan.

5. Kelas kelima: Murid-murid membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing dengan suara yang lantang dan
intonasi yang sesuai agar dapat menarik perhatian para audien yang mendengar. Murid-murid daripada kumpulan lain
memberi pandangan terhadap hasil dapatan kumpulan pembentang bagi memastikan murid-murid menumpukan
perhatian sepenuhnya. Murid-murid digalakkan menyoal untuk mendapatkan penerangan lanjutan atau memberi idea
yang lebih membangun berkaitan dengan peta minda kumpulan pembentang.

KEKURANGAN

1. Murid-murid kekurangan keyakinan diri atau kurang terlatih untuk berucap di hadapan kalangan ramai walaupun hanya
berhadapan dengan kawan-kawan sekelas mereka.

2. Masih terdapat ramai murid yang tidak tahu atau kurang keyakinan diri atau kurang inisiatif atau tidak berani untuk
mengeluarkan atau mengemukakan idea, pandangn atau pendapat sendiri.

3. Peta minda yang dihasilkan oleh sesetengah kumpulan adalah kurang menarik, kurang kreatif atau menyalin daripada mana-
mana peta minda yang sedia ada sahaja.

PENAMBAHBAIKAN

1. Murid-murid akan dilatih kaedah-kaedah yang betul untuk membuat pembentang dan berucap di khalayak ramai.
Seterusnya, mereka akan diberi peluang untuk membentangkan hasil tugasan mereka di hadapan kelas.

2. Murid-murid akan ditunjuk ajar oleh guru cara-cara menyediakan satu peta minda yang menarik, mudah difahami dan
dipadatkan dengan maklumat seperti bilangan perkataaan, saiz tulisan, warna dan gambar yang disertakan.

3. Flipped Classroom: Pautan Google contoh lakaran peta minda diberi kepada murid melalui WhatsApp sebagai pandua

Disediakan oleh,

(TAN CHIRN YONG) 48

Program Transformasi Sekolah 2025 Improve With TS25
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yeok Chee TS25 Modul 9


TS25 MODUL 9 – IMPROVE WITH TS25

Penyediaan Toolkit & Pengumpulan Eviden Improve With TS25
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yeok Chee TS25 Modul 9

Dokumentasi & Rekabentuk Grafik
Puteri Nelly Izwa binti Sawiji
SISC+ Bahasa, PPD Baling
20 DISEMBER 2022

Program Transformasi Sekolah 2025
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yeok Chee


Click to View FlipBook Version